Chapter 12

I'm Falling in Love with You

 

Hyo Joo termenung jauh memikirkan sesuatu yang agak merunsingkan fikirannya.Gelagat anak-anak muridnya bermain di taman permainan langsung tidak diambil kisahnya.Dia lebih selesa dengan dunia angannya sendiri.Entah mengapa,wajah Jio kerap bermain di layar mindanya.Walaupun Jio bukanlah jenis lelaki yang melengkapi ciri-ciri lelaki idamannya,namun kehadiran lelaki sombong itu benar-benar bermakna dan meninggalkan kesan dalam diari kehidupannya.Sudah lebih sebulan Jio tidak kelihatan di hadapannya.Hyo Joo gelisah.Janji lelaki itu hanya sebulan lebih untuk berjauhan darinya.Namun kini sudah hampir dua bulan lebih Jio masih belum pulang.Hyo Joo takut untuk menghubungi lelaki itu walhal hatinya melonjak-lonjak untuk mendengar suara lelaki itu.Jio juga seolah-olah sudah melupakan dirinya.Amat jarang sekali lelaki itu menelefonnya.Itupun hanya awal-awal pemergiannya.Tidak lama selepas itu,lelaki itu mulai menyepi.Ah,mungkin dia terlalu sibuk.Maklumlah projek besarlah katakan.Lamunannya terganggu apabila telefon bimbitnya berdering.Hyo Joo terus menjawab panggilan itu.

"Jio?"

"Hai Hyo Joo."Kedengaran suara Seulong dalam talian.Hyo Joo sedikit hampa namun diukirnya senyuman tawar.

"Oh,Seulong.Apa khabar?Kenapa telefon ni?"soal Hyo Joo,seperti tidak bermaya.

"Macam tak suka je saya telefon?Kenapa ni?"soal Seulong perlahan-lahan melangkah mendekati Hyo Joo.Hyo Joo tidak menyedari kehadiran Seulong di situ.

"Taklah,ok je.Penat sikit kot,"kata Hyo Joo,pura-pura tersenyum.Seulong mengambil tempat di sisi Hyo Joo lalu meletakkan tangannya di atas dahi Hyo Joo.Hyo Joo tergamam.

"Em,tak panas pun.Tapi macam tak berapa sihat pula saya tengok,"kata Seulong selamba.

"Seulong?Apa awak buat kat sini?"soal Hyo Joo.Seulong tersenyum.

"Nak jumpa awaklah,"kata Seulong.Hyo Joo tersenyum.

"Awak ni memang suka buat surprise tau.Dari awal kita kenal lagi awak suka buat macam ni,"kata Hyo Joo.

"Hyo Joo..."panggil Seulong.Hyo Joo menoleh ke arahnya.Seulong memandangnya dengan pandangan yang berbeza sekali.

"Saranghae..."ucap Seulong,lembut.Hyo Joo mengukir senyuman manis.Begitu juga dengan Seulong.Sudah lama lelaki itu mengakui perasaan sebenarnya terhadap dirinya.Namun,tidak pernah sekalipun Hyo Joo membalas ungkapan cinta itu kepada lelaki itu.Hyo Joo sekadar menerimanya tanpa sepatah kata.Entahlah,Hyo Joo sendiri tidak pasti tentang perasaan sebenarnya.Siapakah yang benar-benar mendapat tempat di hatinya?Soalan yang benar-benar susah untuk dijawab olehnya.

"Hyo Joo masih belum boleh terima saya ke?"soal Seulong apabila menyedari Hyo Joo lama menyepi.Hyo Joo pantas menggeleng.

"Tak lah.Cuma...terharu yang awak masih sabar tunggu jawapan daripada saya,"kata Hyo Joo.Seulong tersenyum,tapi terbatuk tidak lama selepas itu.

"Seulong,awak okey ke?"soal Hyo Joo,risau.Seulong tersenyum kelat.

"Ala,batuk sikit je.Tak payah risaulah,"kata Seulong.Hyo Joo bimbang.Sejak belakangan ini,Seulong sering terbatuk-batuk dan wajahnya juga kelihatan sedikit tidak bermaya jika dibandingkan dengan keadaannya semasa awal perkenalan mereka dahulu.

"Awak kerja kuat sangat ye?Kan saya dah kata yang awak kena rehat-rehat juga,"kata Hyo Joo.

"Saya okey je.Batuk je pun.Tak ada apalah,"balas Seulong.

"Kita tak payah keluarlah hari ni.Saya nak awak rehat-rehat kat rumah,"kata Hyo Joo.Seulong masih batuk-batuk.Hyo Joo ingin beredar dari situ untuk mengambilkan air,namun ditahan oleh Seulong.Pantas sahaja lelaki itu memeluknya.Hyo Joo terkejut.Pelukan Seulong semakin erat.

"Kajima.Saya betul betul perlukan awak sekarang ni,Hyo Joo,"kata Seulong,seolah-olah merayu.Hyo Joo membisu.

"Saya yakin yang saya akan bertambah baik kalau awak ada di sisi saya.Saya tak perlu risaukan apa-apa lagi.Sebab awaklah satu-satunya harta yang amat bernilai bagi saya.Saya sanggup kehilangan semuanya tapi bukan awak.Sebab saya benar-benar cintakan awak,Hyo Joo,"kata Seulong lembut.Mata Hyo Joo mulai bergenang.Rasa bersalah kepada lelaki itu kian menebal.Amat payah baginya untuk menerima cinta setulus lelaki itu.

"Seulong...."

"Saya akan tunggu awak,"kata Seulong.Pelukannya dilepaskan.Matanya masih tidak terlepas dari menatap wajah ayu Hyo Joo itu."Saranghae..."ucapnya lagi.Hyo Joo menundukkan wajahnya.Seulong mengusap lembut pipi Hyo Joo itu.

"Awak sangat cantik...Saya sangat bertuah sebab dapat jatuh cinta kepada gadis secantik dan sebaik awak,Hyo Joo,"kata Seulong lalu mencium lembut pipi Hyo Joo itu.Hyo Joo tergamam untuk seketika.Seulong benar-benar meluahkan rasa perasaan cintanya itu.Tidak lagi berkias-kias kata.Perbuatannya hari ini sudah cukup membuktikan perasaannya yang sebenar.Hyo Joo kemudiannya memeluk Seulong.Air matanya mengalir.Dia benar-benar rasa bersalah terhadap lelaki itu.Kerana di saat lelaki itu meluahkan rasa cinta dan prihatin terhadapnya,Hyo Joo lebih memikirkan Jio yang sedang berada jauh darinya.

 

 

 

DongHae semakin hairan dengan perubahan sikap Tae Yeon dari hari ke hari.Tae Yeon seperti sudah menjadi seseorang yang semakin tidak dikenalinya.Dia bukan lagi Tae Yeon yang kelihatan naif seperti dahulu.Tae Yeon kini seperti seorang gadis yang sombong dan berlagak.Penampilannya juga sudah jauh berbeza.Perlahan-lahan DongHae menghampiri Tae Yeon yang sedang sibuk mengulangkaji di perpustakaan itu.

"Hai,"ucap DongHae.Namun,tidak dibalas oleh Tae Yeon.DongHae malu sendiri.

"Boleh saya duduk?"soal DongHae,masih belum berputus asa.Tae Yeon masih mendiamkan diri.

"Kenapa dengan awak ni?Awak benci sangat ke nak jawab soalan saya ni?"soal DongHae,mulai tidak senang dengan perbuatan Tae Yeon terhadapnya.Tae Yeon menoleh ke arahnya dengan pandangan yang tajam sekali.

"Ya,"kata Tae Yeon sebelum menyambung kerjanya semula.DongHae geram.Dia segara menarik tangan wanita itu dan langsung tidak menghiraukan jeritan wanita itu.Dia kemudian menyandarkan gadis itu di dinding,di sudut paling hujung perpustakaan itu.Tae Yeon mulai gelisah dengan tindakan DongHae itu.

"Apa yang awak cuba nak buat ni?"soal Tae Yeon.DongHae memandang Tae Yeon dengan pandangan yang berbeza sekali.

"Saya nak Tae Yeon saya yang dahulu,"kata DongHae.

"Itu bukan urusan awak.Lagipun awak bukan sesiapa bagi saya,"kata Tae Yeon.DongHae meletakkan tangannya pada dinding ,sangat hampir dengan wajah Tae Yeon.Tae Yeon mulai ketakutan denga perubahan sikap lelaki itu.

"Kenapa dengan awak ni?Awak tak takut ke kalau orang lain nampak kita macam ni?"soal Tae Yeon,masih cuba berlagak tenang.

"Ke awak takut kalau abang Bora yang nampak kita macam ni dan menolak cinta awak?"soal DongHae tanpa berselindung lagi.Tae Yeon terkejut.Bagaimana DongHae tahu mengenai Jio sedangkan Bora sedikit pun tidak mengetahui perihal perasaannya terhadap Jio itu.

"Awak tak perlu nak tukar topik,DongHae.Apa yang penting,hal saya tak ada kena mengena langsung dengan awak,"kata Tae Yeon,ingin beredar dari situ namun tangannya digenggam kuat oleh DongHae.

"Sejak dari kecil,segala kemahuan saya dipenuhi oleh keluarga saya.Tak ada satu pun yang terkecuali,"kata DongHae,mulai mendekatkan wajahnya kepada Tae Yeon.Tae Yeonberpaling dari DongHae.DongHae tersenyum apabila Tae Yeon mengelak dari memandang wajahnya.

"Awak takut ke?"soal DongHae,mengusik.Namun tidak dibalas oleh Tae Yeon."Saya tak suka kalau kemahuan saya tak ditunaikan.Saya nak segala kemahuan saya dipenuhi...termasuk awak,"kata DongHae sambil memegang wajah Tae Yeon supaya memandang ke arahnya.

"Awak tahu kan yang saya sudah lama menantikan cinta awak?Awaklah satu-satunya gadis yang berjaya mencuri hati saya.Dan saya akan membalas segala apa yang awak dah buat pada saya.Saya sakit rindu kepada awak.Saya juga sakit sebab tengok awak selalu menjauhi saya.Kenapa?Saya ni tak cukup layak bagi awak ke?"soal DongHae.Tae Yeon tidak membalas.

"Oo..ada emas ke dalam mulut awak tu?"sindir DongHae.Tae Yeon sekadar memandang sinis ke arah DongHae.

"Lepaskan saya,DongHae,"kata Tae Yeon,tenang.DongHae tersenyum nakal.Dagu Tae Yeon dipegangnya.Tangan Tae Yeon turut digenggamnya erat,seolah-olah tidak mahu dilepaskan lagi.Dia bertekad untuk memiliki gadis itu walau dengan apa cara sekalipun.Perlahan-lahan dia mencium bibir Tae Yeon.Tae Yeon terkejut dengan tindakan lelaki itu.Tae Yeon segera menjauhkan wajah DongHae darinya.Namun,sekali lagi DongHae mencium bibirnya.Kudrat wanitanya tidak mampu untuk melepaskan genggaman DongHae yang terlalu kuat itu.Rasa sakit mulai menguasainya.Perlahan-lahan,DongHae menjauhkan wajahnya.Tangan Tae Yeon juga mulai dilepaskan dari genggamannya.

"Thanks.Awak dah memenuhi kemahuan saya ,Tae Yeon,"kata DongHae,sambil tersenyum sinis.Dia kemudiannya beredar dari situ dengan perasaan yang amat puas.Puas kerana dapat 'mengajar' Tae Yeon!Tae Yeon terduduk. Air matanya mengalir.DongHae kejam!Kebencian terhadap lelaki itu kian menebal.Dan,apa yang penting...dia tak akan berdiam diri mengenai kejadian yang memalukan ini!DongHae silap menilai dirinya.Dia bukan selemah yang disangkakan.

 

 

To be continued...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!