Chapter 8

I'm Falling in Love with You

"Yalah,oppa.Bora baru je habis kelas ni,"kata Bora,sedikit manja.Maklumlah buah hati yang menelefon.Seketika Bora ketawa.Mungkin Lee Joon sedang bergurau dengannya.Bora sangat kusyuk berbual sehinggakan tidak sedar dirinya sedang diekori oleh seseorang.

"Nak keluar malam ni?"soal Bora semula apabila Lee Joon mengajaknya keluar malam nanti."Em...tak tahu lagilah,oppa.Nanti,Bora confirmkan balik dengan oppa ok?"jawab Bora selepas berfikir sejenak mengenai ajakan Lee Joon itu.

"Okeylah kalau macam tu.Jangan lupa beritahu oppa okey?Mesej pun jadilah,"kata Lee Joon dalam talian.Bora tersenyum.

"Okey.Saranghae oppa,"ucap Bora.

"Saranghae..."balas Lee Joon.Bora menamatkan panggilannya dengan senyuman senang hati.Sudah agak lama juga Lee Joon tidak menghubunginya kerana kesibukannya.Begitu juga dengan Bora.Terlalu banyak tugasan yang perlu disiapkan memandangkan pengajian semester akhir hampir tamat.Peperiksaan juga hampir tiba.Bertuah sungguh dirinya kerana mendapat teman lelaki yang sangat memahami.

"Bora.."Lamunan Bora terganggu apabila mendengar namanya dipanggil.Bora mengerutkan dahinya apabila melihat seorang wanita yang tidak dikenali sedang berjalan ke arahnya.

"Ya?"soal Bora apabila wanita sudah berdiri di hadapannya.Seingatnya,dia tidak pernah melihat wanita cantik ini di kampus.

"Yah,janganlah buat-buat tak kenal pula.Takkan kau pun tak kenal aku juga?"kata wanita itu,sedikit hampa.Bora tersenyum nipis.

"Sorry.Rasanya saya tak pernah nampak awak pun kat sini,"akui Bora.Kedengaran wanita itu mengeluh perlahan.Dia kemudiannya memakai cermin matanya.Bora terkejut.

"Tae Yeon?!"soal Bora,tidak percaya.Tae Yeon kemudiannya membuka cermin matanya sambil tersenyum.

"Hah...kenal pun.Sampai hati kau tak kenal aku,"kata Tae Yeon,pura-pura merajuk.Pantas sahaja Bora mendekatinya.

"Ala...sorrylah.Seriously,aku tak kenal kau.Min Jung,kenapa kau tiba-tiba...berubah cantik macam ni?"soal Bora sambil meraba-raba wajah Tae Yeon yang kian cantik itu.Rambutnya juga sudah berubah stail.Gayanya lebih matang dari biasa.Tidak kelihatan seperti pelajar kolej.Tae Yeon tersengih.

"Cantik ke?"soal Tae Yeon,malu-malu.Bora angguk.

"Ah...ni mesti sebab DongHae kan?"usik Bora.

"Taklah.Aku...saja je nak ubah gaya.Barulah standard kawan dengan kau,"balas Tae Yeon.Bora mencebik.

"Kau ingat aku ni memilih sangat ke bab-bab berkawan ni,"kata Bora.Tae Yeon ketawa.

"Wah,kalau DongHae tengok kau macam ni,mesti lagi laju dia kejar kau,"usik Bora lagi.Tae Yeon tersenyum nipis.Tidak selesa digosipkan dengan DongHae.Perubahan ini bukan dilakukan untuk lelaki itu.Tetapi untuk seseorang yang sudah berjaya mencuri hatinya.Namun,hal itu perlu dirahsiakan dari pengetahuan Bora.

"Bora,jomlah kita pergi lunch sama-sama,"ajak Tae Yeon sambil memegang tangan Bora.Bora angguk,bersetuju dengan ajakan kawan karibnya itu.

 

Hyo Joo sedikit hairan apabila sudah hampir seminggu Leo tidak dihantar dan dijemput oleh Jio.Apabila ditanya kepada Leo,dikatanya Jio sangat sibuk kebelakangan ini.Jadi,Hyo Joo tidak mahu bertanya lebih.Mungkin benar Jio betul-betul sibuk.Maklumlah pewaris syarikat besarlah katakan.Mungkin Jio sudah mulai serius dengan pekerjaan dan tanggungjawabnya.Hyo Joo memuji Jio dalam diam.

"Cikgu,saya balik dulu,"ucap Leo sambil melambai ke arah Hyo Joo.

"Em,Leo!"panggil Hyo Joo.Leo tidak jadi meneruskan langkahnya lalu menoleh ke arah Hyo Joo.Hyo Joo kemudiannya mendekati Leo sambil menundukkan sedikit badannya.

"Nanti...em..kalau Leo dah balik rumah,Leo tolong sampaikan salam cikgu dekat hyung ekh?"pesan Hyo Joo,sedikit malu dengan tindakannya.Leo tersenyum nakal.

"Cikgu rindu kat hyung saya ekh?"usik Leo.Hyo Joo menahan malu.

"Eh,bukan.Cuma...hahaha...yela,diakan..."Hyo Joo terdiam seketika.Siapakah Jio di hatinya?Kawan kah?Ataupun sekadar hubungan antara guru dan penjaga?Hyo Joo menelan air liur.

"Okey,nanti saya cakap dekat hyung saya,"kata Leo.Hyo Joo tersenyum.

"Kamsahamida.Hati-hati ya,"kata Hyo Joo.Leo segera berjalan meninggalkan Hyo Joo,menuju ke arah Ki Tae yang masih setia menunggunya.

"Mana abang dia,Hyo Joo?"soal Ji Eun,tiba-tiba.Hampir luruh jantung Hyo Joo apabila ditegur oleh Ji Eun tiba-tiba.

"Ji Eun,kau ni!Terkejutla,"balas Hyo Joo,pura-pura marah.Ji Eun ketawa.

"Sorrylah.Aku tengok kau ni macam pungguk rindukan bulan pula,"usik Ji Eun.

"Apa yang rindunya?Kau ni ada-ada je,"balas Hyo Joo,cuba menyembunyikan getaran hatinya.Bimbang dihidu oleh Ji Eun.

"Aku tengok kau ni lain macam sikit sejak si Leo tu tak dihantar oleh abangnya lagi.Ni mesti ada apa-apa kan?Ala,aku rasa logik je kalau kau tercair kat Jio tu.Aku tengok dia pun boleh tahan juga.Nasib baik aku dah kahwin.Kalau tak,dah lama aku rebut dia dari kau,"kata Ji Eun,semakin galak mengusik Hyo Joo.

"Ambil je la kalau kau nak.Aku tak ada kena-mengena dengan dia,"kata Hyo Joo.Ji Eun mencebik.

"Jangan ego sangat.Kalau dah suka tu,lebih baik cakap je.Nanti melepas,baru tahu,"kata Ji Eun,sambil menepuk bahu Hyo Joo.

"Impossible!Benda tu takkan terjadi.Aku takkan tersangkut kat mamat tu,"balas Hyo Joo,penuh yakin.

"Well,tengoklah macam mana,"kata Ji Eun pula.

 

Tumpuan Seulong terganggu apabila terdengar pintu biliknya diketuk dari luar.

"Masuk!"Seulong meneruskan kerjanya tanpa menoleh ke arah seseorang yang sedang memasuki biliknya.

"Oppa,"tegur IU lembut.Seulong menoleh ke arah IU sambil tersenyum.

"Eh,IU.Duduklah.Sorrylah,bilik oppa berselerak sikit,"kata Seulong.IU tersenyum.

"Eh,tak apa.IU masuk pun kejap je.Nak tanya kalau oppa nak pesan apa-apa tak sebab IU nak keluar dengan ahjumma ni,"kata IU.Seulong memandang ke arah IU.

"IU nak keluar dengan omma?"soal Seulong semula.IU angguk.Seulong terdiam sejenak.IU sekadar merenung wajah lelaki itu.Seketika IU tersenyum sendiri.Apabila Seulong memandang ke arahnya semula,pantas sahaja IU mengalihkan pandangannya ke arah tingkap.

"Em,IU belikan jus kesukaan oppa tulah.Macam biasa.Tadi oppa tengok kat dalam peti ais,dah habis,"kata Seulong.

"Dah agak dah.Ada lagi ke yang oppa nak pesan?"soal IU lagi.Seulong menggeleng.

"Nanti kalau ada lagi,oppa telefon IU okey?"balas Seulong.

IU angguk sambil tersenyum.IU beralih dari Seulong dan menuju ke arah pintu bilik Seulong.Namun,dia berhenti seketika.

"Em,hari ni oppa keluar lagi ke dengan Hyo Joo unni?"soal IU,perlahan tanpa menoleh ke arah Seulong.

"Tak kot.Kenapa?"soal Seulong,tidak mengesyaki apa-apa.IU kemudiannya menoleh ke arah Seulong sambil tersenyum.

"Saja tanya.Sebab kalau oppa nak keluar,jangan lupa bawa kunci.IU dengan ahjumma maybe balik lambat sikit,"kata IU.

"Arasso,"balas Seulong.IU kemudiannya meminta izin untuk keluar.Seulong sekadar menggeleng.

"Comel betul IU ni,"pujinya dalam diam.Kemudian,matanya tertumpu kepada telefon bimbitnya.Hatinya menjerit-jerit mahu menghubungi Hyo Joo.Namun,dilupakan sahaja niatnya itu.Bimbang mengganggu wanita itu pula.

"Esoklah telefon,"katanya perlahan.Sungguh dia amat menyenangi Hyo Joo.Hyo Joo melengkapi ciri-ciri wanita idamannya.Jika diikutkan hati,mahu sahaja dia menjadikan wanita itu sebagai teman istimewanya.Namun bimbang jika ditolak memandangkan perkenalan mereka masih baru.Dia akui dia amat tertarik untuk mengenali Hyo Joo sejak dari pertama kali memandang wajahnya.Sebab itu,dia menggunakan helah novel kesukaan Hyo Joo sebagai cara untuk mendekati wanita itu.Cinta pandang pertama!Seulong tersenyum malu.

 

Tae Yeon berjalan laju apabila menyedari DongHae sedang mengekorinya dari belakang.Namun,DongHae berjaya menahannya.Tae Yeon melepaskan keluhan berat.

"DongHae,saya nak cepat ni,"kata Tae Yeon,malas hendak melayan DongHae yang tidak henti-henti mengekorinya.Tae Yeon rimas!Susah sangat ke nak faham?!

"Tae Yeon,saya nak cakap dengan awak kejap je,"kata DongHae.

"Masalahnya saya tak nak cakap dengan awaklah.Kalau awak nak bincang pasal benda yang sama,saya tetap dengan jawapan saya.Jawapan saya masih sama!"balas Tae Yeon,sedikit kasar.Hati DongHae sedikit terusik dengan layanan Tae Yeon yang dingin terhadapnya itu.DongHae memegang tangan Tae Yeon.

"Awak tak nak bagi peluang langsung untuk saya berkawan dengan awak ke?Saya cuma nak berkawan dengan awak,"kata DongHae,tidak putus asa.Tae Yeon melepaskan tangannya.

"Kenapa saya?Kan ramai lagi perempuan yang ada.Kalau awak tanya soalan ni kat mereka,confirm awak takkan sakit hati macam awak tanya soalan ni kat saya.Awak tak bosan ke dengan saya?Saya dah tolak ajakan awak banyak kalikan?"soal Tae Yeon.DongHae terdiam.Tae Yeon segera meninggalkan DongHae.DongHae memandang Tae Yeon dengan pandangan sayu.Dia melepaskan keluhan berat.Bora yang terdengar perbualan mereka segera melangkah mendekati DongHae.DongHae pura-pura tersenyum apabila melihat Bora sedang berjalan ke arahnya.

"Hi,Bora,"sapa DongHae,berlagak biasa.

"Awak okey ke?"soal Bora.DongHae tersenyum.

"Apa yang okey?"soal DongHae.

"Saya dengar tadi.Sorry,tak sengaja dengar perbualan korang tadi.Em...saya harap awak tak terasa dengan Tae Yeon.Mungkin dia ada alasan dia sendiri,"kata Bora.DongHae menggeleng.

"Tak adalah.Okey je.Mungkin saya ni mendesak sangat kot,'kata DongHae,pura-pura ketawa.Bora tersenyum tawar.Sedikit rasa bersalah terhadap DongHae.

"Saya nak minta maaf bagi pihak Tae Yeon,"ucap Bora,perlahan.

"Eh,tak perlu minta maaf.Tak ada apa-apalah.Em,tak apalah saya pun ada hal ni.Saya pergi dulu ekh,"kata DongHae,segera beredar dari situ.Bora melepaskan keluhan.Simpati kepada DongHae yang tidak jemu untuk mendekati Tae Yeon.Bora sedikit hairan dengan Tae Yeon.Apa lagi yang dia mahu?Bukankah DongHae sudah melengkapi semua ciri lelaki idamannya?Jenis lelaki yang macam mana lagi yang Tae Yeon mahukan?

 

 

 

To be continued...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!