Chapter 15

I'm Falling in Love with You

 

Seulong setia menanti kelibat Hyo Joo turun dari apartmentnya selepas menyatakan hasrat untuk bertemu dengan gadis itu siang tadi.Hari ini,dia sudah menyediakan kejutan khas buat wanita yang amat dicintainya itu.Bibirnya mengukir senyuman manis apabila melihat Hyo Joo sedang berjalan ke arah keretanya dengan senyuman manis.Seulong keluar dari keretanya.

"Sorry,Seulong.Mesti awak dah lama tunggu saya,"kata Hyo Joo.Seulong menggeleng lemah.

"Tak adalah.Tak rasa lama pun.Em,okey ke kalau kita pergi sekarang?"soal Seulong.Hyo Joo angguk.Seulong segera membukakan pintu kereta untuk Hyo Joo.Seulong mula mengambil tempat di sebelah Hyo Joo tidak lama selepas itu.

"Awak tak cakap lagi kita nak pergi mana,"kata Hyo Joo.Seulong tersenyum nipis.

"Ala,nanti awak tahulah.Saya nak buat surprise kat awak malam ni,"kata Seulong.Hyo Joo tersenyum.

"Awak ni...ada-ada jelah,Seulong,"balas Hyo Joo diikuti dengan tawa kecil.Seulong tersenyum.Riang hatinya mendengar tawa Hyo Joo yang kedengaran merdu itu.

 

 

Hyo Joo terpana apabila Seulong memarkirkan keretanya di hadapan sebuah rumah banglo yang mewah,tidak kurang hebatnya dengan rumah yang didiami oleh Jio.Seulong membukakan pintu kereta di tempat duduk Hyo Joo,namun Hyo Joo tidak bergerak dari tempat duduknya.Hanya selepas bahunya disentuh oleh Seulong,barulah Hyo Joo bangun dari tempat duduknya.

"Kita kat mana ni?"soal Hyo Joo.

"Ni lah rumah saya,"jawab Seulong,selamba.Hyo Joo terkejut dengan jawapan Seulong itu.

"Tapi kenapa?"soal Hyo Joo,tidak percaya.Seulong tersenyum lebar.Tangan lembut Hyo Joo itu dicapainya.

"Saja.Nak kenalkan awak dengan keluarga saya,"kata Seulong.Hyo Joo menelan air liur.Dia sedikit risau dengan penampilannya.Malam ini,dia hanya berpakaian ringkas.Hanya mengenakan blaus merah jambu dengan skirt putih paras betis.Seulong menyedari riak wajah Hyo Joo yang kelihatan risau itu lalu digenggamnya tangan Hyo Joo erat.Namun,hati Hyo Joo masih lagi dilanda rasa bimbang.

 

Puan Lim dan Encik Lim tersenyum lebar apabila melihat kelibat Seulong dan Hyo Joo memasuki ruang tamu.Hyo Joo menundukkan sedikit badannya,sebagai tanda hormat kepada kedua-dua orang tua Seulong itu.

"Ni ke Hyo Joo yang Seulong selalu cerita kat omma tu?"soal Puan Lim.Seulong tersenyum sambil angguk .Hyo Joo menahan malu.Benarkah dengan apa yang didengarnya sebentar tadi?Benarkah dirinya selalu menjadi bahan bualan antara Seulong dengan ommanya?

"Annyeonghaseyo.Nama saya Han Hyo Joo,"ucap Hyo Joo,penuh hormat.Puan Lim perlahan-laahan melangkah ke arah Hyo Joo,lalu dipeluknya gadis itu.Hyo Joo terkejut.Seulong sekadar mengukir senyuman manis ke arah Hyo Joo.Begitu juga dengan Encik Lim.

"Selamat datang,Hyo Joo.Terima kasih sebab sudi berkawan dengan anak ahjumma ni.Seulong ni pemalu sikit orangnya,"kata Puan Lim sebaik sahaja meleraikan pelukannya.Hyo Joo sekadar tersenyum.

"Eh,tak ada apa-apa.Seulong yang sudi berkawan dengan saya,"kata Hyo Joo,merendah diri.Puan Lim memegang tangan Hyo Joo.

"Marilah.Ahjumma dah masakkan sedap-sedap untuk Hyo Joo,"ajak Puan Lim.Hyo Joo sekadar menurut sambil melirik ke arah Seulong.Seulong memahami lirikan mata Hyo Joo itu,lalu turut menuruti langkah ommanya.

 

"Saya dah balik!"IU melangkah masuk ke dalam rumah namun berhenti seketika apabila menyedari sepasang kasut yang tidak dikenalinya berada di pintu masuk ke ruang tamu rumah itu.Siapa pula yang datang ni?

"Ahjumma,ahjus.."panggilan IU terhenti apabila melihat seorang gadis asing sedang berbual mesra dengan keluarga Seulong.Seulong mengukir senyuman manis ke arah IU apabila menyedari kepulangan gadis itu.Hyo Joo turut melihat ke arah yang sama.

"Ha...IU pun dah balik.IU,kenalkan ni Hyo Joo.Kawan kepada Seulong,"kata Encik Lim.IU perlahan-lahan melangkah ke arah Hyo Joo dan menundukkan sedikit badannya ke arah wanita itu.Begitu juga dengan Hyo Joo.Hyo Joo segera menghulurkan salam perkenalan kepada IU.IU menyambutnya dengan senyuman.

"Saya Hyo Joo,"ucap Hyo Joo,lembut.

"IU,"balas IU.

"IU,marilah makan sekali,"ajak Puan Lim.IU sekadar mengukir senyuman nipis dan mengambil tempat di sebelah Encik Lim.Hatinya sedikit cemburu apabila melihat kemesraan Puan Lim melayan Hyo Joo.Begitu juga dengan Seulong.Ya,dia kenal dengan Hyo Joo.Hyo Joolah gadis yang berada di dalam gambar,yang dimiliki oleh Seulong.IU tersenyum tawar.Dia yakin,hubungan mereka pasti sudah kian erat.Kalau tidak,masakan Seulong sanggup membawa Hyo Joo berjumpa dengan keluarganya.Bukankah itu petanda bahawa hubungan mereka sudah semakin serius?

"Kenapa ni,IU?Senyap je,"soal Seulong.IU tersedar dari lamunannya.Pantas digeleng kepalanya,tanda dia tidak ada apa-apa masalah.Seulong tersenyum.Hatinya bimbang juga sekiranya IU tidak selesa dengan kehadiran Hyo Joo pada malam itu.Maklumlah,Hyo Joo satu-satunya kawan perempuan yang pernah dijemputnya untuk datang ke rumah itu.Tak mustahil sekiranya IU sedikit rasa kekok dengan kehadiran Hyo Joo pada malam itu.

 

 

Seulong menemani Hyo Joo berjalan-jalan di taman rumahnya.Hyo Joo begitu kusyuk menikmati pemandangan malam di taman itu.Terasa suasana pada malam itu sedikit berbeza dari sebelumnya.Perlahan-lahan,Seulong memegang tangan Hyo Joo.Hyo Joo menoleh ke arah Seulong.Seulong tidak membalas pandangan Hyo Joo itu.Sengaja dia memandang ke arah hadapan.Hyo Joo tersenyum nipis.Entah mengapa,dia merasakan layanan Seulong sedikit berbeza dari sebelum ini.Namun,Hyo Joo enggan menyatakan apa-apa.Mungkin Seulong berasa terlalu gembira pada malam itu.Biarlah...

"Hyo Joo..."ucap Seulong.Hyo Joo menoleh ke arahnya.

"Ya?"

Seulong menoleh ke arah Hyo Joo.Pandangan mereka bersatu.Jantung Hyo Joo berdegup kencang apabila menatap mata Seulong yang redup itu.

"Awak...masih belum boleh menerima cinta saya ke?"soal Seulong.Hyo Joo tersentak dengan soalan yang diajukan oleh lelaki itu.Hyo Joo menundukkan wajahnya.Soalan lelaki itu amat sukar untuk dijawabnya.Hatinya masih berbelah bahagi.

"Awak...cintakan Jio ya?"soal Seulong.Hyo Joo memandang ke arah Seulong.

"Kenapa awak tanya macam tu?Saya dengan Jio...kawan jelah,"kata Hyo Joo,namun enggan menatap mata Seulong.Seulong tersenyum nipis.

"Macam mana saya nak percaya dengan kata-kata awak tu?"soal Seulong.Hyo Joo tertawa kecil.

"Seulong,awak ni macam Jio tau.Macam budak-budak.Takkanlah benda-benda remeh macam tu pun awak nak bukti?Mustahil saya dengan Jio ada sesuatu,"kata Hyo Joo,pura-pura ketawa.

"Tapi,pada saya ...benda tu serius.Saya nak tahu perkara sebenar,"kata Seulong,serius.Hyo Joo terdiam.Seulong menyentuh pipi Hyo Joo.

"Saya tak nak paksa perasaan awak.Kalau betul,awak cintakan Jio,saya rela lepaskan awak.Awak berhak memiliki kebahagiaan awak sendiri,"kata Seulong,lembut.Wajahnya kian hampir dengan wajah Hyo Joo.Hyo Joo menelan air liur.

"Seulong..."suara Hyo Joo seolah-olah tidak kedengaran bagi Seulong.Wajahnya kian hampir kepada Hyo Joo.Hyo Joo menutup matanya.Namun,tidak lama kemudian kedengaran tawa Seulong.Hyo Joo membuka matanya.Kelihatan Seulong sedang ketawa kecil terhadapnya.

"Kan saya kata,saya tak nak paksa awak.Saya bukan lelaki macam tu tau,"kata Seulong.Hyo Joo menahan malu.

"Tapi,saya seorang lelaki yang tak mudah putus asa untuk mendapatkan cinta awak,"kata Seulong lagi.Hyo Joo memandang ke arah Seulong.Seulong mencapai tangan Hyo Joo lalu diletakkan sesuatu di atasnya.Mata Hyo Joo terbuka luas apabila melihat benda yang diletakkan oleh Seulong itu.Sebentuk cincin!Hyo Joo memandang Seulong,meminta penjelasan.

"Kalau awak dah bersedia dan sudi menerima saya,pakailah cincin ni.Kalau tak,saya faham,"kata Seulong,sambil mengukir senyuman nipis.

"Tapi.."

"Ini keputusan awak.Saya akan terima walau apapun keputusan awak.Lagipun,persahabatan kita takkan terjejas kan,walau apa pun keputusan awak?"soal Seulong.Hyo Joo memandang ke arah cincin itu.

"Saranghae..."ucap Seulong,lembut.Air mata Hyo Joo tumpah jua.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!