Chapter 11

I'm Falling in Love with You

 

"Tae Yeon nampak tak kunci skuter unni?"soal Hyo Joo,gelisah.Tae Yeon yang sedang bersarapan itu menoleh ke arah unninya.

"Kunci skuter?Bukan unni letak kat tempat biasa ke?"soal Tae Yeon kembali.

"Tak ada pun.Unni takut kalau kunci tu terjatuh kat mana-mana,sebab semalam unni kemas rumah,"jawab Hyo Joo,masih mencari-cari kunci skuternya.Hyo Joo mengeluh apabila melihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi.Ah,dah lewat!Tae Yeon turut mencari-cari kunci skuter unninya,namun tidak ditemui.

"Unni naik bas je la dulu.Tae Yeon hati-hati ye ke kolej nanti,"kata Hyo Joo sambil mencium pipi adiknya.Tae Yeon tersenyum.

"Nanti Tae Yeon carikan kunci skuter unni,"kata Tae Yeon.Hyo Joo tersenyum ke arahnya.

"Gomawo.Unni pergi dulu ye,"kata Hyo Joo sebelum beredar keluar dari rumah itu.Tae Yeon tersenyum sinis sebaik sahaja kelibat Hyo Joo sudah tiada di situ.Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.Kunci skuter Hyo Joo!Dia kemudiannya menggenggam erat kunci skuter itu.Kerana Jio,Tae Yeon mulai memusuhi unninya sendiri!

 

 

 

Jio melihat jam tangannya.Mana Hyo Joo ni?Takkan cikgu datang lambat kot?Leo pun sudah masuk ke dalam kelas.Jio melefaskan nafas panjang.

"Mana pulak minah ni?Esok dahlah aku nak balik Busan.Ingat senang ke nak jumpa lelaki handsome macam aku ni?"Jio mengomel.Jio tidak pedulikan pandangan orang sekelilingnya yang memandangnya dengan pandangan pelik.Bahkan Jio membalasnya dengan pandangan yang tajam.Selang beberapa minit kemudian,Jio mulai bersedia untuk beredar.Namun,niatnya terbatal apabila ternampak kelibat Hyo Joo sedang berlari ke arahnya.Jio mengerutkan dahinya.Kenapa tak naik skuter?

"Jio ah!!!"panggil Hyo Joo,sebelum berhenti dan tercungap-cungap.Jio mendekati Hyo Joo.

"Yah,awak ni kenapa?Mana skuter awak?"soal Jio.Hyo Joo mengangkat tangannya,memberi isyarat kepada Jio untuk menunggunya menjawab soalan.

"Kunci salah letak kot,"jawab Hyo Joo sambil tersenyum.

"La,awak patut call saya je tadi.Saya kan boleh tumpangkan awak,"kata Jio.Hyo Joo tertawa.

"Tak apa.Susahkan awak je.Leo dah masuk ke?"soal Hyo Joo.Jio angguk.Hyo Joo ingin beredar dari situ namun tangannya dicapai oleh Jio.Hyo Joo terkejut.

"Em,lunch nanti kita keluar sama-sama?"ajak Jio.Hyo Joo terkejut dengan pelawaan Jio yang tiba-tiba itu.Namun,Hyo Joo mengukir senyuman kemudiannya.

"Awak ni memang suka ajak keluar tiba-tiba kan?"soal Hyo Joo.Jio tersenyum.

"Memang stail saya,"kata Jio.Tangan Hyo Joo itu masih digenggamnya.

"Em,Jio...tangan saya..."kata Hyo Joo sambil melirik ke arah tangannya yang digenggam itu.

"Awak kena jawab dulu,"kata Jio.Hyo Joo terdiam.Tidak lama selepas itu,Hyo Joo mengukir senyuman manis sambil mengangguk.Jio tersenyum hingga menampakkan gigi.

"Unni!"Hyo Joo menoleh ke arah suara yang amat dikenalinya itu.Jio turut menoleh ke arah yang sama.Jio segera melepaskan tangan Hyo Joo apabila melihat Tae Yeon sedang memandang ke arah mereka.

"Tae Yeon,apa Tae Yeon buat kat sini?"soal Hyo Joo,berlagak biasa.Tae Yeon melangkah ke arah mereka sambil menolak skuter Hyo Joo.Dia kemudiannya menghulurkan kunci skuter itu kepada Hyo Joo.

"Ni hah,kunci skuter unni.Tae Yeon jumpa kat belakang rak kasut,"kata Tae Yeon.Hyo Joo tersenyum lega.

"Omo,terima kasih sangat-sangat...Tapi,tadi pun unni cari kat belakang rak,tak jumpa pun,"kata Hyo Joo.

"Unni tak cari betul-betul kot,"duga Tae Yeon.

"Gomawo...Nasib baik jumpa.Kalau tak...tak tahulah nak cakap macam mana,"kata Hyo Joo.Tae Yeon angguk.

"Tak apalah,unni.Tae Yeon nak ke kolej dulu,"kata Tae Yeon.

"Tapi,Tae Yeon nak naik apa ke kolej?"soal Hyo Joo,bimbang.

"Bas kan ada.Pergi macam biasalah,"kata Tae Yeon.

"Tak apa,oppa boleh tumpangkan awak,"kata Jio,menawarkan bantuan.

"Eh,tak apa.Oppa kan kena pergi kerja.Saya boleh pergi sendiri,"kata Tae Yeon.

"Pergilah dengan Jio.Jio pun cuti hari ni,"kata Hyo Joo,turut bersetuju dengan cadangan Jio itu.Jio pula sudah membukakan pintu di tempat duduk hadapan.Perlahan-lahan,Tae Yeon melangkah ke arah kereta Jio lalu masuk ke dalamnya.

"Jio,hati-hati drive tu,"kata Hyo Joo.Jio angguk.

"Jangan lupa tau,"kata Jio.Hyo Joo angguk sambil tersenyum.Jio memandu keretanya,beredar dari tadika itu.Pada masa yang sama,Tae Yeon menyembunyikan senyumannya.Pelannya berjaya!

 

 

"Maaflah.sebab susahkan oppa je.Saya boleh naik bas ke kolej sebenarnya,"kata Tae Yeon.Jio terseyum nipis.

"Tak apa.Satu jalan dengan rumah oppa pun,"kata Jio.Tae Yeon tersenyum.Sudah lama dia tidak merasai suasana begini.Kali pertama,ketika Jio menghantarnya pulang ke rumah.Waktu itu,dia duduk di belakang.Jio juga ketika itu agak dingin dari sekarang.Sekarang,Jio lebih mesra berbanding dahulu.Apakah Hyo Joo yang telah membuatkan Jio berubah?Tae Yeon memendam rasa cemburunya.

"Em,unni saya tu baik tak?"soal Tae Yeon.Jio menoleh ke arahnya.

"Kenapa?"soal Jio pula.

"Em,saja tanya.Tengok tadi,oppa dengan unni...lain macam je,"kata Tae Yeon.Jio tersenyum malu.

"Nampak lain macam mana tu?Macam...couple ke?"teka Jio.Tae Yeon pura-pura ketawa.

"Mungkin..."balas Tae Yeon.Jio tertawa.

"Masih jauh lagi.Lagipun,kami baru kenal,"kata Jio.Tae Yeon menoleh ke arahnya.

"Kalau macam tu,saya masih ada peluanglah?"soal Tae Yeon,perlahan.

"Apa?"soal Jio.Tae Yeon pura-pura ketawa.

"Tak ada.Cuma,unni tu macam dah ada orang lain.Takut nanti,oppa yang sedih,"kata Tae Yeon.Riak wajah Jio berubah.Tae Yeon tersenyum nipis.

"Seulong ke?"soal Jio.

"Tapi,saya tak pasti.Cuma,unni selalu cakap dengan Seulong oppa dalam telefon.Keluar dating pun selalu juga,"kata Tae Yeon,semakin rancak bercerita.

"Tapi,diorang kawan je kan?Seulong sendiri mengaku dengan oppa,"kata Jio,cuba menyedapkan hatinya.

"Oppa dah kenal Seulong?"soal Tae Yeon,terkejut.

"A'ah.Jumpa kat tadika,"kata Jio.

"Wah,tak tahu pula yang Seulong oppa sanggup cari unni sampai ke tadika?"soal Tae Yeon,sengaja untuk mengusik perasaan Jio.Jio menelan air liur.

"Ala,biasala tu.Oppa pun selalu jumpa dengan Hyo Joo,"kata Jio,sambil tersenyum.Tae Yeon ketawa.

"A'ah,betul juga tu,"balasnya.

"Dah sampai pun,"kata Jio apabila melihat kolej Tae Yeon sudah semakin dekat pada pandangan matanya.Dia pun memberhentikan keretanya di hadapan pintu pagar kolej itu.Tae Yeon membuka tali pinggang keledarnya.

"Gomawo,oppa,"ucap Tae Yeon sambil menundukkan sedikit kepalanya.Jio angguk.Tae Yeon menutup pintu kereta Jio perlahan,dan pintu kereta itu tertutup secara automatik.Tae Yeon melambaikan tangannya.Jio sekadar mengangkat tangannya sambil tersenyum.Senyumannya mengendur apabila Tae Yeon mulai beredar dari situ.Kata-kata Tae Yeon itu terngiang-ngiang dalam fikirannya.Hati Jio benar-benar tidak senang jika soal Seulong dibangkitkan.Namun,dia cuba melupakan rasa tidak senang itu.Itu adalah pendapat peribadi Tae Yeon.Hyo Joo pula tidak pernah berkata apa-apa perihal status hubungannya dengan Seulong.

"Jio,kau masih ada peluang.Aja aja!"katanya,penuh bersemangat.

 

 

 

Loceng tamat waktu persekolahan sudah berbunyi.Hyo Joo mengemas buku-buku yang berselerak di atas meja anak-anak muridnya.Sesekali matanya melirik ke arah jam tangannya.Pasti Jio sedang menunggunya di luar.Hyo Joo segera menghabiskan kerjanya.Kerjanya terhenti apabila buku terakhir yang mahu diambilnya sudah diambil oleh seseorang yang berada di hadapannya.Hyo Joo terkejut apabila melihat Seulong sedang tersenyum ke arahnya.

"Seulong!"Hyo Joo berdiri apabila melihat Seulong sedang berdiri di hadapannya itu.

"Apa awak buat kat sini?"soal Hyo Joo.Seulong mengambil buku-buku yang sedang dipegang oleh Hyo Joo.Dia kemudiannya meletakkan buku itu di dalam rak berwarna merah jambu.

"Saya nak ajak awak lunch hari ni,"kata Seulong sambil menoleh ke arah Hyo Joo.

"Em...kenapa awak tak call saya awal-awal?"soal Hyo Joo,serba-salah.Kening kiri Seulong terangkat.

"Kenapa?Awak dah ada temujanji lain ye?"soal Seulong.Belum sempat Hyo Joo hendak menjawab pertanyaan Seulong itu,kelihatan kelibat Leo muncul di muka pintu kelas itu.Hyo Joo menoleh ke arah Leo.

"Awak buat apa,Hyo..."Jio terdiam apabila melihat Hyo Joo dan Seulong berdua berada di dalam kelas itu.

"Jio ah..."Hyo Joo terkejut melihat Jio yang sedang berdiri di muka pintu.

"Oh,maaf.Saya ganggu awak berdua ke?"soal Jio,tenang.Seulong tersenyum.

"Taklah.Tapi saya rasa...saya yang ganggu awak berdua.Awak ada temujanji dengan Hyo Joo ke?"soal Seulong.Jio mengukir senyuman nipis.

"Awak nak ajak dia lunch juga ke?"soal Jio pula.

"Kalau dia free,memang nak ajak dia keluar.Tapi,rasanya...tak jadilah,"kata Seulong,sambil memandang ke arah Hyo Joo.Hyo Joo tersenyum nipis ke arahnya.

"Hyo Joo,kita jumpa lain kalilah.Saya balik dulu,"kata Seulong,mulai beredar dari situ.Jio tidak menoleh ke arah Seulong.Hyo Joo mengukir senyuman ke arah Jio.

"Saya dah siap.Sorrylah sebab tunggu lama,"kata Hyo Joo.Jio menoleh ke arahnya.

"Awak nak keluar dengan saya ke?"soal Jio.

"Kita kan dah janji?"soal Hyo Joo pula.Jio tersenyum puas.Kali ini,dia menang!

 

Hyo Joo mengelap mulut Leo yang sedikit comot itu.Leo sekadar tersenyum malu.Jio mencebik.Menyampahnya tengok...Jio menyuap mee dengan kasar sehingga tercalit sedikit sos pada bibirnya.Hyo Joo dan Leo yang melihatnya tersenyum sesama sendiri.Jio mengangkat keningnya sebelah.

"Apa?"soal Jio.Hyo Joo meletakkan jari telunjuknya pada bibirnya.Jio pelik.

'Apa?"soalnya lagi.

Hyo Joo mengulangi perbuatannya.Namun masih tidak difahami oleh Jio.Hyo Joo kemudiannya mengambil tisu dan mengelap sos yang tercalit pada bibir Jio itu.Jio tergamam.Hyo Joo tersenyum nipis ke arahnya.

"Apalah hyung ni,macam budak-budak je,"kata Leo.Jio menjeling ke arahnya.

"Tak sedarlah,"balas Jio sebelum menghirup jus epalnya.Hyo Joo tersenyum sambil menggeleng mendengar pertengkaran kecil antara dua beradik itu.

"Esok awak bertolak pukul berapa?"soal Hyo Joo.Jio menoleh ke arahnya.

"Pagi.Kenapa?Awak nak ikut ke?"soal Jio,seraya bergurau.

"Tak adalah.Saja tanya.Yelah,awak kata awak ada kat sana nak dekat sebulan lebih,"kata Hyo Joo.Jio tersenyum nakal.

"Awak takut rindu ye?"soal Jio.Hyo Joo mencebik.

"Jangan nak perasanlah.Buat apa saya nak rindu kat awak,"kata Hyo Joo.

"Okey.Leo,nanti kalau cikgu cuba tanya pasal hyung,Leo call hyung tau,"pesan Jio kepada Leo yang sedang berselera menjamah makanan tengahari itu.Hyo Joo terkejut.

"Susah-susah je nak pesan kat Leo.Saya takkan sesekali teringin nak tanya pasal awak pun,"kata Hyo Joo,berkeras dengan pendiriannya.Jio tersenyum sumbing.

"Kita tengok jelah nanti.Awak jangan yakin sangat.Nanti,kalau awak rindu separuh mati kat saya baru tahu,"kata Jio,bersungguh-sungguh.Hyo Joo angguk.

"Saya terima cabaran awak yang tak mencabar tu,"kata Hyo Joo.Jio tertawa kecil.Begitu juga dengan Hyo Joo.Leo pula lebih selesa dengan dunianya sendiri.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!