Chapter 16

I'm Falling in Love with You

 

Tae Yeon melangkah pantas ke hadapan apabila melihat Jio sedang berdiri di hadapan kaunter bayaran di sebuah kafe.Tanpa segan silu,dia menyentuh bahu lelaki itu.Jio menoleh ke arah belakang.Sedikit terkejut apabila melihat Tae Yeon sedang berdiri di belakangnya sambil tersenyum manis.

"Eh,Tae Yeon!Apa Tae Yeon buat kat sini?Tak ada kelas ke?"soal Jio.Tae Yeon menggeleng.

"Kelas dah habislah,oppa.Oppa pula buat apa kat sini?"soalnya pula.

"Oppa baru habis meeting dengan klien tadi.Ni,nak balik office baliklah ni,"jawab Jio.Tae Yeon sekadar angguk.Betul kata Bora.Jio nampak lebih berkarisma dengan penampilan barunya itu.

"Tae Yeon nak pergi mana ni?Kenapa tak balik lagi?Nanti Hyo Joo risau pula,"kata Jio.Dia amat mengharap agar dapat melepaskan diri dari Tae Yeon kerana dia perlu bergegas ke pejabat semula,bimbang dimarahi oleh appanya pula.Tae Yeon mencebik.

"Ala,Tae Yeon bukan budak-budak lagilah,oppa.Tak perlu pun unni nak risau-risau kat Tae Yeon,"kata Tae Yeon.Jio tersenyum.

"Memanglah.Tapi,dah lewat petang ni.Hyo Joo mesti dah tunggu Tae Yeon kat rumah tu,"kata Jio.

"Oppa tu kenapa tak balik lagi?"soal Tae Yeon,tidak puas hati.Dia amat mengharapkan agar Jio sudi meluangkan masa dengannya.Jio tersenyum nipis.

"Oppa ada kerja lagi kat office.Appa pun dah tunggu oppa kat sana.Malam nanti,oppa baliklah,"kata Jio.Dia melihat jam tangannya.Sungguh dia sudah lewat!

"Tae Yeon,oppa kena balik dulu ni.Nanti kita jumpa lagi ya,"kata Jio,lalu terus memasuki ke dalam keretanya.

"Oppa!"Belum sempat Tae Yeon memanggil Jio,Jio sudah pun mula menggerakkan keretanya.Tae Yeon menahan geram.

"Kalau ya pun,hantarkanlah aku balik rumah!"getus hatinya.

Sementara itu,Jio menarik nafas lega.

"Nasib baik lepas!"bisiknya perlahan.Tiba-tiba,kedengaran nada dering 'Smoky Girl' dari telefon bimbitnya.

"Appa!"jawabnya,sambil memfokuskan pada pemanduannya.

"Dah habis ke meeting tu?"soal ayahnya dalam talian.

"Dah.Ni on the way nak ke officelah ni,"jawab Jio.

"Terus datang ke Hotel Paradise.Kita jumpa kat sana,"kata ayahnya,lalu terus mematikan talian.Jio hairan.Hotel Paradise?Pantas sahaja dia memusingkan stereng keretanya menuju ke arah selatan.

 

 

Jio menundukkan badannya apabila melihat dua orang tetamu sedang duduk di sebelah appanya.Begitu juga dengan tetamu-tetamu itu.Jio mengambil tempat di sisi appanya.

"Nilah,Jio.Anak lelaki saya yang selalu saya ceritakan tu,"kata Tuan Jung kepada Tuan Lee.Jio menundukkan sedikit wajahnya kepada Tuan Lee.Tuan Lee sekadar mengukir senyuman manis kepada pemuda kacak itu.

"Maafkan saya,Tuan Lee.Sebab Tuan Lee terpaksa tunggu lama,"kata Jio.

"Tak apa.Saya tahu kamu sedang sibuk uruskan projek kat Busan tu,"kata Tuan Lee.Jio sekadar tersenyum nipis.Matanya terpandang kepada seorang wanita yang sedang duduk di sebelah Tuan Lee itu.

"Oh ya,appa lupa nak cakap kat Jio.Kenalkan,ni Cik Krystal,anak kepada Tuan Lee yang turut terlibat dalam projek kita ni,"kata Tuan Jung.Jio mengukir senyuman manis ke arah Krystal.Begitu juga dengan Krystal.

"Jio,"ucap Jio.

"Krystal,"balas Krystal pula.

"Jadi,boleh kita teruskan perbincangan kita sekarang?"soal Tuan Jung.Pertanyaannya itu dipersetujui oleh tiga yang lain.Sepanjang perbincangan itu,mata Krystal tidak terlepas dari memandang Jio.Bibirnya mengukir senyuman nipis.

 

 

 

Waktu tidur Hyo Joo pada hujung minggu terganggu apabila terdengar bunyi loceng rumahnya berbunyi berkali-kali.Hyo Joo bangun dari tempat tidurnya.Dia melihat jam loceng di atas meja soleknya.Pukul 6 pagi?Siapa pula yang datang pagi-pagi buta ni?Hatinya berdetik.Dengan penuh rasa terpaksa,Hyo Joo menghayun langkah malas ke arah pintu rumahnya.

"Siapa?"soalnya sambil membuka pintu dalam keadaan separuh sedar.Jio yang sedang berdiri di hadapannya sekadar mengukir senyuman sumbing.Hyo Joo menggaru-garu kepalanya sambil memandang ke arah Jio.Perbuatannya terhenti apabila menyedari perbuatannya sebentar tadi sudah lama diperhatikan oleh Jio.Hilang rasa ngantuknya sebentar tadi.

"Awak?!"soal Hyo Joo,terperanjat.Jio angguk.

"Ya,saya,"kata Jio,selamba sahaja melangkah masuk ke dalam rumah Hyo Joo.Hyo Joo terkejut lalu menahan tangan Jio.

"Apa awak buat kat sini?!"soal Hyo Joo.

"Saja.Nak minta tolong awak temankan saya jogging pagi ni,"kata Jio,masih dengan senyuman nakalnya.Mulut Hyo Joo ternganga apabila melihat Jio dengan selambanya membaringkan diri di atas sofa panjangnya.

"Awak ni tak boleh ke biarkan hari saya berlalu dengan setenang-tenangnya?"soal Hyo Joo.

"Ala,cepatlah siap.Nanti kalau saya dah tertidur kat atas sofa ni,esok pagi baru saya keluar dari rumah awak ni,"kata Jio,seolah-olah memberi ugutan.Hyo Joo melepaskan nafas berat.

"Saya mengantuklah,"kata Hyo Joo.

"Saya pun,"balas Jio.Hyo Joo geram.

 

 

Muka Hyo Joo masam mencuka sepanjang menemani Jio berjogging di sebuah taman,tidak jauh dari tempat tinggalnya.

"Apasal senyap sangat ni?Ceria-cerialah sikit.Awak ingat elok ke bangun lambat?Senaman macam ni lagi baik.Awak pun boleh kurus lagi.Ingat awak tu dah cukup kurus ke?"Jio bersuara,terasa bosan apabila Hyo Joo tidak bercakap walau sepatah pun.Hyo Joo menjeling ke arah Jio.Jio pura-pura tidak menyedari dengan pandangan tajam dari Hyo Joo itu.Hyo Joo segera melajukan langkahnya,meninggalkan Jio di belakang.Jio terkejut dengan tindakan dari gadis itu.Dia cuba mengejar Hyo Joo dari belakang.Hyo Joo pula mempercepatkan lagi lariannya.Keadaan mereka seperti sedang berkejaran antara satu sama lain.Jio cuba mencapai tangan Hyo Joo dan cubaannya berhasil.Hyo Joo menoleh ke arah Jio.

"Lepaslah!"kata Hyo Joo.Namun,genggaman tangan Jio kian erat.

"Yah,kenapa tiba-tiba nak main kejar-kejar pula ni?"soal Jio,tenang.Wajah Hyo Joo mencuka.

"Hah,tengok tu.Buat mulut itik lagi.Ingat comel sangatlah tu?Cuba tengok kat kolam tu.Bukannya comel sangat pun,"kata Jio.

"Ala,macamlah awak tu handsome sangat,"balas Hyo Joo.

"Masalahnya,dah memang saya ni kacak.Tak boleh nak buat apa dah.Awak janganlah jealous,"kata Jio.Hyo Joo hampir termuntah apabila selepas mendengar kata-kata lelaki itu.Jio tersenyum apabila melihat gaya Hyo Joo yang kelihatan mahu memuntahkan segala isi perutnya selepas mendengar kata-katanya tadi.

"Dah dah.Jangan muntah kat sini.Tahan dulu.Dah sampai rumah nanti,baru muntah,okey?"soal Jio.Dia kemudiannya menarik tangan Hyo Joo dan berjalan mengelilingi taman itu.Hyo Joo sekadar menurut.Pegangan tangan Jio kian longgar,namun tidak pula mahu dilepaskan.Malah berasa lebih selamat dalam keadaan sebegitu.Seolah-olah Jio sedang melindunginya.Perlahan-lahan,Hyo Joo mengukir senyuman nipis.Diperhatikannya wajah Jio.Segala apa yang dikatakan oleh Jio ketika itu tidak pula didengarinya.Hanya wajah Jio yang menjadi tumpuannya.Seketika Jio ketawa.Ada kalanya dia tersenyum.Hyo Joo berasa seronok melihat ekspresi wajah Jio yang pelbagai itu.Seboleh-bolehnya,dia ingin menatap wajah Jio yang sentiasa ceria itu selama-lamanya.

"Betul tak,Hyo Joo?"soal Jio.Lamunan Hyo Joo terhenti apabila diajukan soalan oleh Jio.

"Apa?"soal Hyo Joo.

"Lah,awak tak dengar ke apa saya membebel tadi?"soal Jio.

"Nama pun membebel.Saya malaslah nak dengar,"balas Hyo Joo selamba.Jio mencebik.

"Yeke?Ke...awak terpana tengok muka saya yang kacak ni?"duga Jio.Riak wajah Hyo Joo berubah.Dia ni macam tahu-tahu je!

"Awak boleh tak kurangkan sikit penyakit perasan awak tu?Gelilah.Takut berjangkit kat saya pula.Dah,lepaskan tangan saya ni,"kata Hyo Joo lalu melepaskan tangannya dari pegangan Jio.

"Ala,cakap orang.Mengaku jelah,"kata Jio.Hyo Joo menjelirkan lidah ke arahnya.Entah mengapa,perbuatan Hyo Joo yang keanak-anakan itu menggelikan hati Jio.Jio tertawa kecil.Hyo Joo malu sendiri.

"Macam budak-budak,"kata Jio sambil menggelengkan kepalanya.Hyo Joo menahan malunya.Jio kemudiannya memegang semula tangan Hyo Joo.

"Dah jom.Kita pergi minum,"ajak Jio.Hyo Joo tidak membalas apa-apa.Langkah mereka terhenti apabila terdengar suara seseorang memanggil nama Jio dari belakang.Mereka menoleh ke belakang.

"Krystal?"Jio terkejut dengan kehadiran Krystal di situ.Hyo Joo pula tidak memahami apa-apa.Krystal mengukir senyuman manis ke arah Jio.Dia turut mengukir senyuman ke arah Hyo Joo sambil memerhatikan tangan Hyo Joo yang sedang digenggam oleh Jio itu.Hyo Joo menyedari pandangan mata Krystal,lalu segera melepaskan tangannya dari Jio.

"Apa awak buat kat sini?"soal Jio,sedikit tidak selesa dengan kehadiran Krystal ketika itu.

"Tak ada.Kebetulan saya pun tengah jogging kat sini.Tak tahu pula,boleh terserempak dengan oppa kat sini,"kata Krystal.

"Jio,saya balik dululah ya?"kata Hyo Joo,namun tangannya tiba-tiba dicapai oleh Jio.Hyo Joo terkejut.Begitu juga dengan Krystal.

"Awak nak pergi mana?"soal Jio.

"Baliklah.Lagipun,mesti...kawan awak nak jumpa dengan awak kejap,"kata Hyo Joo.

"Kita kan dah janji nak keluar minum lepas ni.Jangan nak mungkir janji pula,"kata Jio,tegas.Hyo Joo tergamam dengan kelakuan Jio yang kelihatan tegas itu.

"Oh,nak keluar dating rupanya?Tak apalah,saya kacau awak berdua rupanya.Tak sangka pula dapat jumpa oppa kat sini.Tu yang...macam tak percaya tu,"kata Krystal.Jio tersenyum.

"A'ah.Sebab saya pun jarang datang sini.Ikut mood je,"balas Jio.Tangannya masih menggenggam erat tangan Hyo Joo.

"Tak apalah.Kita jumpa Isnin ni ya.Bye!"ucap Krystal sambil beredar dari situ.Jio sekadar mengangkat tangannya sambil tersenyum.

"Saya tak tahu pula awak dah ada girlfriend?"soal Hyo Joo.Jio menoleh ke arahnya.

"Kenapa?Jealous ke?"soal Jio sekaligus mengusik.Hyo Joo mencebik.

"Tengok.Penyakit perasan awak dah datang balik.Tak jadilah nak keluar minum macam ni,"kata Hyo Joo.

"Okey,okey.Saya dah tak perasan lagi dah.Jom,kita pergi sekarang ekh?"soal Jio.Hyo Joo sekadar mengukir senyuman manis sambil angguk.

 

Krystal sekadar memerhati mereka berdua dari jauh.Hatinya dilanda cemburu.Apakah Jio sudah mempunyai kekasih?Krystal tidak puas hati.Dia harus mendapatkan perhatian dan cinta dari Jio.WALAU DENGAN APA CARA SEKALIPUN!

 

Jio menyanyi perlahan , mengikuti lagu Oh Yeah yang sedang berkumandang di radio.Sa Rang pula lebih selesa menikmati permandangan di luar.

"Hyo Joo,awak kenalkan group yang nyanyi lagu ni?"soal Jio,tiba-tiba.Hyo Joo menoleh ke arahnya.

"Kenal.MBLAQ kan?Kenapa?"soal Hyo Joo.

"Kenal G.O tak?"soal Jio.Hyo Joo berfikir sejenak.

"Kenal.Kenapa?Sepupu awak ke?"soal Hyo Joo,bergurau.

"Awak tak minat dia ke?"soal Jio lagi.

"Kenapa?"soal Hyo Joo lagi.

"Pada awak,G.O tu kacak tak?"soal Jio  lagi.

"Biasa je.Saya suka Cheong Dong lagi.Dia lagi comel.Rasa macam nak cubit je pipi dia,"kata Hyo Joo,tersenyum manis.

"Ala,muka macam perempuan,"balas Jio,mencebik.

"Yang awak jealous kenapa?"soal Hyo Joo,hairan.

"Tak adalah.G.O lagi handsome.Muka dia lagi nampak matang,"kata Jio.

"Yang awak nak back-up G.O sangat ni kenapa?"soal Hyo Joo,semakin hairan dengan sikap Jio.Mahu sahaja dia ketawa mendengar kata-kata lelaki itu.

"Awak tak rasa ke muka saya dengan G.O sama?"soal Jio.Akhirnya Hyo Joo tertawa.

"La,tu ke yang awak nak cuba sampaikan?Em...kalau tu la soalan awak dari tadi,dah lama saya cakap...PERASAN!"kata Hyo Joo sambil ketawa.Jio memasamkan mukanya.Hyo Joo pula lebih galak ketawa.

"Jio...Jio..."kata Hyo Joo sambil menggelengkan kepalanya.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!