Chapter 36

I'm Falling in Love with You

 

"Gi Kwang?"panggil Jio apabila menyedari kasut adik lelakinya tersusun di muka pintu sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah.

"Kat sini!"laung Gi Kwang dari dapur.Jio segera melangkah ke arah dapur apabila terdengar laungan adiknya dari situ.

"Lambat hyung balik hari ini?"soal Gi Kwang sambil meletakkan makanan yang baru sahaja dipanaskannya di atas meja.

"Sekurang-kurangnya hyung balik rumah,"balas Jio sambil cuba merasa makanan yang masih panas itu.Gi Kwang tersengih apabila mendengar sindiran abangnya itu.

"Ni mesti ada apa-apa ni,"katanya lagi.Gi Kwang yang baru sahaja mengambil tempat di hadapan Jio itu sedikit terkejut apabila mendengar kata-kata Jio.

"Apa hyung cakap ni?"soalnya,pura-pura tidak tahu.Jio tidak membalas pertanyaan Gi Kwang itu malah lebih selesa menjamu makanan yang masih panas itu.Gi Kwang menyuapkan makanan itu perlahan-lahan ke dalam mulutnya.Dia tidak pasti dari mana dia harus mulakan kata-katanya.

"Ada masalah ke?"soal Jio.

"Em..."Gi Kwang menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

"Sebenarnya,Gi Kwang memang ada benda yang nak dibincangkan dengan hyung,"katanya,teragak-agak.Jio memandang ke arahnya.

"Gi Kwang kena pergi Jepun lagi 2 minggu ni sebab agensi nak mulakan debut solo Gi Kwang kat sana,"kata Gi Kwang lagi.Jio yang mendengar itu sekadar angguk.

"Tapi,Gi Kwang tahu keadaan keluarga kita tak berapa baik sekarang.Jadi,Gi Kwang boleh minta agensi tangguhkan dulu,"kata Gi Kwang,bersungguh-sungguh.

"Tak payah.Pergi je,"kata Jio.Gi Kwang terdiam.Jio meletakkan chopsticknya di atas mangkuk.

"Apa yang terjadi dalam keluarga kita ni bukan disebabkan oleh Gi Kwang.Hyung yang bertanggungjawab atas semua ni.Lagipun,kerjaya Gi Kwang tak ada kena mengena langsung dengan apa yang dah berlaku dalam keluarga kita ni.So,hyung rasa hyung tak ada hak nak sekat kerjaya Gi Kwang"kata Jio.

"Tapi..."

"Kalau dah popular kat Jepun nanti,jangan pula lupa kat hyung,"kata Jio,memotong percakapan adiknya itu.Gi Kwang tersenyum.Jio bangun apabila sudah selesai menghabiskan makanannya.

"Argh,letihnya!Hyung mandi dululah,"kata Jio sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya.

"Fighting,AJ!"jerit Jio dari dalam biliknya.Gi Kwang terpana apabila mendengar jeritan Jio dari dalam biliknya itu.Jio memanggilnya...'AJ'?Akhirnya Gi Kwang tertawa.Terharu apabila nama pentasnya sudah mula diterima oleh abangnya.

 

 

 

"Tuan Lee,tetamu Tuan dah sampai,"kata setiausahanya.Lee Joon angguk,membenarkan tetamunya itu untuk masuk.Lee Joon berdiri apabila tetamunya mula melangkah masuk ke dalam pejabatnya.

"Selamat datang,Encik Hwang.Terima kasih sebab sudi datang ke pejabat saya,"kata Lee Joon sambil berjabat tangan dengan lelaki yang dikenali sebagai Encik Hwang itu.Encik Hwang tersenyum.

"Terima kaih.Saya pun nak ucapkan terima kasih kepada Tuan Lee sebab sudi bekerjasama dengan pihak kami,"kata Encik Hwang,ramah.Lee Joon kemudiannya menjeling ke arah Krystal yang sedang memerhatikannya dari luar.Dia tahu adiknya mungkin curiga dengan kedatangan Encik Hwang ketika itu.

"Boleh kita mulakan urusan kita sekarang?"soal Lee Joon sambil memandang ke arah Encik Hwang.

"Silakan,"balas Encik Hwang,turut memandang sinis ke arah Krystal yang masih sedang memerhati ke arah mereka.

 

 

 

Jio mengurut dadanya,menahan sakit.Dia mengambil tempat di suatu sudut sebelum meneguk air suam.Dia kemudiannya mengelap wajahnya yang berpeluh itu dengan tuala kecil.Sejak belakangan ini,kesihatannya sering terganggu dan mula perkara itu amat meresahkan dirinya.Jio bimbang jika dia jatuh sakit.Siapa lagi yang mahu menanggung keperluan adik-adiknya kalau bukan dirinya sendiri.Gi Kwang pula akan berlepas ke Jepun tidak lama lagi.Jio mengeluh berat.Pekerjaannya kali ini benar-benar mencabar baginya.Dia harus menggunakan tenaganya semaksima mungkin di tapak pembinaan ini.Dia kemudiannya cuba bangun dari tempat rehatnya itu.Namun,dia tidak dapat menumpukan perhatiannya semasa berjalan.Tidak lama selepas itu,pandangannya kian kabur dan gelap perlahan-lahan.Hanya kedengaran jeritan yang memanggil namanya.

 

 

Hyo Joo meletakkan tuala basah di atas dahi Jio.Jio masih belum sedarkan diri.Panggilan telefon yang diterimanya siang tadi benar-benar mengejutkannya.Jio jatuh pengsan di tempat kerja.Mujur pihak atasan syarikat pembinaan itu segera menghantar Jio ke hospital.Hyo Joo simpati atas nasib malang yang menimpa Jio itu.Hyo Joo mengusap lembut rambut Jio yang hitam keperangan itu sambil memerhati wajah Jio yang sedikit pucat itu.Tangan Jio dicapainya lalu dikucup lembut.

 

"Jio yah..."ucapnya,perlahan.Jio masih dalam keadaan begitu.

"Saya tak ada hak nak halang apa yang awak nak buat,Jio.Tapi...janganlah paksa diri awak sampai jadi macam ni,"kata Hyo Joo.

"Awak...kalau  buat sesuatu yang tak risaukan saya,tak boleh ke?"Soal Hyo Joo,seakan-akan marah terhadap kedegilan lelaki itu.Hyo Joo masih menggenggam erat tangan lelaki itu.Rasa sayangnya terhadap Jio kian bercambah dari hari ke hari.Jadi,masakan dia sanggup untuk melihat Jio menderita sebegitu rupa.Cukuplah dengan apa yang pernah dilihatnya keadaan Jio dahulu selepas kejadian yang menimpa syarikatnya dahulu.Seboleh-bolehnya,dia tidak mahu lagi melihat keadaan Jio seperti dulu.Hyo Joo mendongak apabila terdengar bunyi pintu bilik itu dibuka dari luar.Kelihatan seorang lelaki yang tidak pernah dikenalinya.

 

"Maafkan saya kerana mengganggu,"ucap lelaki itu.Hyo Joo berdiri sambil menundukkan sedikit badannya.Begitu juga dengan lelaki itu.

"Saya Encik Hwang,wakil daripada pihak atasan syarikat Han,"kata lelaki yang dikenali sebagai Encik Hwang itu.

"Ah,jadi awak ni pengurus bagi syarikat Han?"soal Hyo Joo,terkejut apabila lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai pihak atasan bagi syarikat tempat Jio bekerja.Encik Hwang tersenyum manis sambil angguk.

"Annyeonghaseyo,saya Han Hyo Joo,"kata Hyo Joo,sambil menundukkan badannya sekali lagi.

"Em...jadi bagaimana dengan keadaan Jio sekarang?"soal Encik Hwang sambil memerhati ke arah Jio yang masih belum sedarkan diri itu.

"Doktor kata dia alami keletihan yang...agak teruk juga.Jadi doktor nasihatkan agar Jio berehat dalam tempoh waktu yang tertentu,"jawab Hyo Joo.Encik Hwang angguk.

"Saya pun memang galakkan Jio berehat.Dia terlalu kuat bekerja.Dengar kata,dia pun turut ambil upah jadi pelayan restoran waktu malam,betul ke?"soal Encik Hwang.Hyo Joo angguk.Encik Hwang memandang ke arah Jio sambil memikirkan sesuatu.

 

 

Imbas kembali:

 

 

"Aku yakin Jio adalah calon yang paling layak untuk memegang memegang jawatan arkitek dalam syarikat Han.Mustahil kau tak pernah kenal dengan Jio?Dia kan pernah menguruskan projek pembinaan dekat Busan dulu?"soal Lee Joon.

"Memang aku kenal dengan dia.Tapi,macam mana semua ni boleh terjadi?Aku tak faham,"kata Encik Hwang.

"Aku tak boleh nak jelaskan semua tu kat sini,Tae Kyung.Aku akan jelaskan lain kali.Cuma,sebelum tu,aku harap kau boleh tolong aku untuk hal ni dulu,"kata Lee Joon,penuh berhati-hati.

"Pastikan hal ni tak diketahui oleh Jio sendiri,arasso?"soal Lee Joon.Encik Hwang angguk.

 
 
 
 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!