Chapter 29

I'm Falling in Love with You

 

Jio memandu laju keretanya sambil ditemani oleh Lee Joon yang berada di tempat duduk sebelah.Berita yang baru diterimanya oleh adiknya,Gi Kwang benar-benar memeranjatkan.Fikiran Jio yang berserabut ditambah lagi dengan perasaannya yang tidak tenteram itu membuatkan Jio tidak dapat menumpukan perhatian 100% terhadap pemanduannya.

“Jio,hati-hati!”Lee Joon cuba menenangkan perasaan Jio walaupun dia tahu usahanya tidak akan berjaya.Manakan tidak,cara pemanduan Jio amat berbahaya dan hampir sahaja melanggar lori sebentar tadi apabila Jio melanggar sahaja lampu isyarat merah.Lee Joon juga tidak sangka dengan berita yang baru diterimanya.Fikirannya terganggu seketika apabila telefon bimbitnya berdering.Namun,dia enggan mahu menjawab panggilan itu selepas sahaja melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya.Tidak lama selepas itu,Lee Joon terkejut apabila Jio memberhentikan keretanya secara tiba-tiba.

“Jio!Kenapa ni?”soal Lee Joon,cemas.Lebih cemas apabila melihat wajah Jio yang kelihatan pucat serta berpeluh itu.Keadaannya sungguh tidak teratur ketika itu.Dadanya juga kelihatan berombak kencang.

“Biar aku drive,okey?”Lee Joon menawarkan bantuan.Jio tertawa kecil.

“Semua ni…tak betul kan?”soal Jio.Lee Joon sekadar memandang ke arah Jio tanpa mengucap sebarang kata.

”Gi Kwang tu…dari kecil lagi suka bergurau.Benda ni pun…gurauan juga kan?Dia ni…memang nak kena ni…”katanya lagi.Dia tertawa lagi.Kemudian,air matanya mengalir laju sambil bersandar pada tempat duduknya.

”Semua ni tipu…tipu…”katanya,sebak.Lee Joon simpati.Selama dia berkawan dengan Jio,tidak pernah sekali pun dia melihat lelaki itu selemah seperti kali ini.Umpama Jio sudah hilang kekuatan yang pernah dimilikinya sebelum ini.

“Jio ah…”Lee Joon cuba untuk menenangkan perasaan rakan baiknya itu.Namun,Jio terus menangis.Berita mengenai kematian kedua-dua ibu-bapanya itu benar-benar memberikan impak yang besar terhadapnya.

 

 

Perhatian Tae Yeon untuk menyiapkan hidangan makan malam terganggu apabila matanya terpandang kepada kaca televisyen yang sedang menyiarkan satu berita yang benar-benar memeranjatkan.Wajah Tuan Jung dan Puan Jung yang amat dikenalinya,yang terpampang dalam berita itu mampu membuatkan Tae Yeon terduduk apabila mendengar berita tergempar tersebut.

“Unni dah balik,”ucap Hyo Joo,yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.Tae Yeon segera menoleh ke arah Hyo Joo dengan riak wajah yang cemas.Hyo Joo yang melihat perubahan wajah adiknya yang cemas itu menimbulkan tanda tanya di dalam benaknya.

“Kenapa ni?”soal Hyo Joo,tidak mengerti.

“Unni,omma…dengan..appa Bora…”Suara Tae Yeon tersekat untuk meneruskan kata-katanya.Berita yang baru didengarnya sebentar tadi amat memeranjatkannya.

“Kenapa?Kenapa dengan omma dengan appa Bora?”Hyo Joo mulai cemas.Omma dan appa Bora adalah omma dan appa Jio juga.

”Tae Yeon ah?”Hyo Joo cuba bertanya lagi.Matanya beralih pula kepada televisyen yang masih memaparkan berita tersebut.Hyo Joo menutup mulutnya apabila mendengar berita tersebut yang turut memaparkan gambar di tempat kejadian serta gambar ketiga-tiga mangsa yang terlibat di dalam kemalangan itu.

 

 

Setelah hampir dua hari operasi pencarian mangsa dijalankan,akhirnya ketiga-tiga mayat mangsa ditemui oleh pihak berkuasa.Proses pengecaman mayat juga sudah pun selesai dijalankan dengan kerjasama daripada waris masing-masing.Petang itu,hujan turun renyai-renyai seperti turut menangisi nasib malang yang menimpa keluarga Jung.Ramai orang terutama saudara terdekat turut menghadiri upacara pengebumian kedua-dua ibu bapa adik beradik Jung itu serta memberikan penghormatan terakhir untuk kedua-dua si mati.Seulong juga turut hadir ke situ sambil ditemani oleh IU.Seulong benar-benar tidak sangka dengan nasib malang yang menimpa Jio itu.Melihat wajah Jio yang sugul itu menimbulkan rasa simpati dalam hatinya.Jauh di sudut hati,dia amat mengharapkan agar Jio serta adik-adiknya tabah dalam menghadapi dugaan seberat itu.Dia yakin Jio mampu menghadapinya.

Jio merenung gambar kedua-dua ibu bapanya di bilik tidur utama.Wajah Puan Jung dan Tuan Jung diusapnya lembut.Hyo Joo yang berdiri di muka pintu sekadar melihat kelakuan Jio yang terduduk di birai katil sambil merenung gambar ibu-bapanya.Kehadirannya di situ seperti tidak diendahkan langsung oleh Jio.Hyo Joo cuba melangkah mendekati ke arah Jio yang sugul itu.Menyedari Hyo Joo mengambil tempat di sisinya membuatkan Jio cuba mengukir senyuman nipis terhadapnya.

“Saya ingatkan awak dah balik…kan dah lewat ni?”soal Jio,tenang.

”Awak mesti dah penat.Saya hantar awak balik,okey?”katanya lagi,sambil mengusap lembut rambut Hyo Joo yang panjang itu.Riak wajah Jio berubah apabila melihat kedua-dua mata Hyo Joo yang bergenang itu.

”Kenapa ni?”soal Jio.Dia kemudiannya menundukkan wajahnya.

”Saya harap…saya tak membebankan awak pasal hal ni.Awak tak perlu risau pasal saya.Saya okey…”kata Jio,cuba menahan sebak.Jio terpana apabila Hyo Joo memeluknya sambil mengusap lembut belakangnya.

“Saya tetap nak bersama dengan awak…tak kira senang atau susah…tu janji saya…”kata Hyo Joo,lembut.Jio sekadar membisu.Pelukan Hyo Joo itu seolah-olah menenangkan jiwanya yang berkocak itu.

”Biarpun semua orang meninggalkan awak…saya tetap ada di sisi awak…jadi,awak tak boleh terus mengalah.Awak kena kuat…okey?”kata Hyo Joo lagi.Jio membalas pelukan Hyo Joo itu sambil menutup matanya.Akhirnya,air matanya mengalir jua.

 

Lee Joon memberhentikan keretanya di hadapan rumah banglo tiga tingkat selepas pulang dari upacara pengebumian kedua-dua ibu bapa Jio.Dia segera masuk ke dalam rumah itu walaupun berulang kali ditegah oleh  pengawal keselamatan rumah itu.Dia menolak kasar tubuh pengawal itu yang masih cuba menghalang niatnya untuk memasuki rumah itu.

“Sekali lagi kau halang aku,aku tak teragak-agak untuk hancurkan otak kau tu.Faham?!”ugut Lee Joon sambil mengacukan pistol ke arah kepala pengawal itu.Oleh sebab takut dengan ugutan Lee Joon itu,pengawal itu akhirnya membiarkan sahaja Lee Joon menaiki tingkat dua rumah banglo itu.Sampai sahaja di sebuah bilik utama,Lee Joon segera menolak kasar pintu itu.Tindakannya itu membuatkan sekumpulan lelaki berseragam hitam mengacukan pistol ke arahnya.Namun,niat mereka dihalang apabila terdengar suara seorang lelaki yang mengarahkan mereka untuk tidak mengacukan pistol itu ke arah Lee Joon.Lee Joon memandang ke arah lelaki itu dengan pandangan yang tajam sekali.Dia melangkah perlahan ke arah lelaki itu.

“Apa khabar,Lee Joon?Lama tak jumpa,”kata lelaki itu.Lee Joon tidak menjawab.Sebaliknya mengacukan pistol itu ke arah dahi lelaki itu. Lelaki itu tersenyum sinis.

”Em,tak sangka…pandai lagi guna pistol.Practice dengan siapa?Dengan…Jung...Byung...Hee…ke?”soal lelaki itu diikuti dengan tawanya.

“Aku yakin…semua ni adalah rancangan kau.Aku memang tahu pasal rancangan kau nak hancurkan keluarga Tuan Jung sejak dulu lagi.Tapi,aku tak sangka kau sanggup bertindak sejauh ni.Kau kejam!”kata Lee Joon,meluahkan amarahnya.Pistol yang digenggamnya itu masih diacukan ke arah dahi lelaki itu.

“Tapi…aku buat semua tu untuk kau.Sepatutnya kau kena berterima kasih dengan aku.Aku dah sediakan jalan yang mudah untuk kau kuasai syarikat milik keluarga Jung tu,”kata lelaki itu.

“Maaf.Aku tak pernah langsung berniat nak terlibat dalam kegiatan busuk kau ni!”Lee Joon hampir sahaja menekan picu pistol itu namun terhenti apabila merasakan kepalanya juga diacukan pistol dari belakang.

“Nampaknya…oppa dah tak pandai nak hormati appa sendiri.Maklumlah…appa angkat dia dah mati…”kata seorang wanita yang sedang berdiri di belakangnya.Lee Joon mengukir senyuman sinis.

“Apa?Oppa?Siapa oppa kau?Aku…tak pernah kenal orang yang tamak…dan kejam macam korang.Sampah!”balas Lee Joon.Hampir-hampir sahaja wanita itu mahu menekan picu pistol itu selepas mendengar kata-kata Lee Joon sebentar tadi.Namun,niatnya dihalang oleh lelaki yang dikatakan ayah Lee Joon itu.

“Cukup,Krystal!Simpan balik pistol tu,”kata Tuan Lee,tegas.Mahu tidak mahu,Krystal terpaksa mematuhi arahan ayahnya.Jika diikutkan hati,mahu sahaja dia menghancurkan kepala Lee Joon ketika itu juga.Lee Joon tersenyum sinis sambil menjeling ke arah Krystal.Dia kemudiannya mengalihkan pandangan ke arah Tuan Lee.

“Aku takkan berdiam diri.Aku akan buktikan…kejadian yang menimpa Tuan Jung ni…adalah salah satu daripada rancangan kau.Aku akan balas balik perbuatan kau untuk Jio!”kata Lee Joon.Krystal tertawa.

“Untuk Jio ke…Bora?”soal Krystal,sambil bermain-main dengan pistolnya.

“Kau jangan cuba nak usik Bora walau sedikit pun!Kalau tak…kau mati!”balas Lee Joon,berang.Dia tidak teragak-agak untuk bertindak di luar jangkaan sekiranya ada cubaan daripada Krystal untuk mengasari Bora.Krystal membulatkan matanya.

“Uuu…takutnya…”ejek Krystal.Lee Joon memandang tajam kea rah Krystal.

“Kau tak perlu risau.Bora tak ada kepentingan langsung dalam rancangan ni.Sepatutnya kau lebih risaukan nasib Jio,”kata Krystal,sambil mengukir senyuman sinis.Hati Lee Joon mulai tidak tenang.Dia seperti dapat menjangka sesuatu yang akan berlaku terhadap Jio selepas ini.Dia harus menghentikan niat jahat ayah dan adik perempuannya itu.

 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!