[FINAL] Chapter 47

I'm Falling in Love with You

Hyo Joo menanti kemunculan Gi Kwang di pentas dengan penuh teruja.Sorak-sorai peminat wanita yang mampu memecahkan gegendang telinga itu diendahkan begitu sahaja.Perkara biasalah apabila dapat bertemu dengan bintang pujaan.Hyo Joo tersenyum sendiri.Dia sendiri dapat membayangkan keadaan dirinya sekiranya dapat berjumpa dengan Thunder dan G.O MBLAQ yang diminatinya.Ah,pasti Jio juga dilupakannya.Senyumannya mengendur.Sudah lama dia tidak bertemu dengan lelaki yang dicintainya itu.Khabar lelaki itu juga dia tidak pasti.Lamunannya terganggu apabila merasakan bahunya seperti dicuit dari belakang.Hyo Joo menoleh.Matanya terbuka luas apabila melihat Bora,Tae Yeon serta Leo turut berada di situ.Dia hampir mengalirkan air mata apabila bertemu semula dengan mereka yang amat dirinduinya itu.Tanpa sebarang kata,mereka terus memeluk tubuhnya.Hyo Joo terkejut.Tidak lama selepas itu,mereka melepaskan pelukan masing-masing.

“Gi Kwang oppa yang ajak kami datang sini!”kata Bora,meninggikan sedikit nada suaranya.

“Gi Kwang beritahu yang unni ada kat sini ke?”soal Hyo Joo.Laju sahaja Tae Yeon dan Bora menggeleng.

“Sungguh kami tak tahu yang unni ada kat sini.Oppa tak cakap apa-apa pun,”balas Tae Yeon.Perlahan-lahan,tangan Hyo Joo dicapainya.Hyo Joo memandang wajah adiknya.

”Janji lepas ni,unni balik dengan kami,okey?”pinta Tae Yeon,bersungguh-sungguh.Senyuman Hyo Joo mengendur.Perlahan-lahan,dia melepaskan tangannya.Riak wajah Tae Yeon berubah.

”Unni?”

Perbualan mereka terganggu apabila lampu-lampu di Stadium Antarabangsa Yoyogi itu mulai dimalapkan perlahan-lahan.

”Unni?!”Namun,Tae Yeon masih berusaha untuk memujuk kakaknya itu walaupun sorak sorai peminat-peminat di seluruh sudut stadium itu begitu membingitkan telinga.

“Oppa!”

Bora pula sudah bersorak gembira apabila melihat skrin besar stadium itu memaparkan imej abangnya yang kelihatan hebat itu.Bangga pula Bora apabila melihat abangnya,Gi Kwang itu sudah berjaya menawan hati peminat-peminat Jepun walaupun peristiwa yang menimpa keluarga mereka dahulu sedikit sebanyak mengganggu kerjayanya.Leo turut melonjak gembira.Walaupun Gi Kwang belum lagi keluar ke pentas,namun jeritan daripada peminat-peminat itu sudah mampu memekakkan telinga.Itulah penangan AJ!

Tiba-tiba,imej di skrin itu dipadamkan.Kedengaran nyanyian seorang lelaki berkumandang di seluruh pelosok stadium yang gah itu.

“Siapa yang nyanyi ni?!”Masing-masing tertanya apabila mendengar nyanyian lelaki itu.

”Ni bukan AJ oppa yang nyanyi!”Bising yang lain pula.Bora dan Tae Yeon juga pelik dengan nyanyian itu.Hyo Joo pula menelan air liur.Suara lelaki yang sedang menyanyi itu amat dikenalinya.Kepala Hyo Joo tertoleh ke kiri dan ke kanan.Tidak lama selepas itu,matanya mulai tertumpu ke arah pentas apabila lampu biru mulai menumpu kepada seseorang yang  sedang bermain piano.Alunannya indah sekali sambil mengiringi nyanyian lelaki yang masih berkumandang itu.Penonton mulai bersorak apabila mereka dapat melihat dengan jelas bahawa Gi Kwang yang sedang bermain piano di atas pentas itu.

“Siapa yang tengah nyanyi ni,Bora?Oppa ada ajak penyanyi jemputan ke?”soal Tae Yeon.Bora menjungkit bahunya.Dia sendiri tidak tahu dengan lebih jelas mengenai perjalanan konsert abangnya itu.Persoalan yang sedang bermain di fikiran masing-masing terjawab apabila terdengar jeritan Leo.

“Hyung!”jerit Leo,sekuat hatinya.Ketiga-tiga wanita itu  terus melihat ke arah yang ditunjukkan oleh kanak-kanak itu.Mata mereka terbuka luas apabila melihat Jio sedang menyanyi sambil dinaikkan dari bawah pentas.Penampilannya kelihatan berbeza sekali daripada biasa.Hilang penampilannya sebagai seorang arkitek yang berjaya.Gayanya kini lebih kepada seorang lelaki budiman yang sedang meluahkan isi hatinya terhadap kekasihnya.Hyo Joo benar-benar tergamam apabila melihat Jio sedang memandang ke arahnya ketika itu.Tae Yeon dan Bora pula sudah mengukir senyuman bahagia.Rupanya inilah rancangan Gi Kwang.Secara senyap-senyap,Gi Kwang turut menjemput Jio semata-mata untuk menemukan kembali mereka berdua.Gi Kwang yang sedang bermain piano itu sekadar tersenyum.Rancangannya menjadi.Hyo Joo hampir mengalirkan air mata apabila melihat Jio sedang melangkah perlahan ke arahnya sambil menyanyikan lagu kegemarannya,Last Luv.Bora dan Tae Yeon pula sudah memberi ruang kepada Jio untuk melangkah dekat kepada Hyo Joo.Jantung Hyo Joo berdegup pantas apabila Jio kini sudah dekat kepadanya.Pandangan mata mereka bersatu.Belum sempat Hyo Joo menuturkan sebarang kata,Jio segera memeluk tubuhnya sambil disaksikan oleh semua penonton di dalam stadium besar itu.Hyo Joo tergamam.Jio mengeratkan pelukannya.

“Tak kira apa pun yang berlaku…saya tetap nak ucapkannya selagi saya masih bernafas di atas muka bumi ini…”kata Jio,penuh romantik.Hyo Joo menanti dengan penuh debar.

“Saranghae…”ucap Jio.Air mata Hyo Joo mengalir juga.Sudah lama dia tidak mendengar ungkapan cinta itu.Sungguh dia amat merindui untuk mendengar suara Jio.Rindu untuk mendengar ucapan ‘saranghae’ itu.Perlahan-lahan,dia membalas pelukan lelaki itu.Perbuatan mereka itu mendapat tepukan gemuruh daripada semua penonton di stadium itu.Gi Kwang turut bertepuk tangan,gembira dengan pengakhiran yang indah itu.Dia betul-betul tidak sangka apabila mendapat panggilan telefon daripada Jio beberapa hari yang lalu.Apa yang lebih mengejutkan,Jio sudah mengetahui tentang Hyo Joo.Sehingga sekarang,Gi Kwang masih belum tahu bagaimana Jio boleh mengetahuinya.Tak apa,dah habis konsert nanti,dia masih boleh meneruramah abangnya itu.Gi Kwang tersenyum sendiri.

 

 

Tangan wanita itu digenggamnya erat.Menzahirkan seluruh rasa rindunya terhadap kekasih hatinya itu.Begitu juga dengan Hyo Joo.Jio memandang ke arahnya.Wajah wanita itu ditatapnya penuh rasa cinta.Jio kemudiannya mencubit pipi gebu wanita itu.Hyo Joo mengadu kesakitan.

“Apa ni?Sakitlah!”Hyo Joo mengesat pipinya yang sakit itu.

“Awak tak makan ke duduk masa duduk kat sini?”soal Jio.

“Makan je.Kenapa?”soal Hyo Joo,kembali.

“Yeke?Kenapa saya rasa macam dah tak best je cubit pipi awak ni?”soal Jio sambil cuba-cuba untuk mencubit lagi.Hyo Joo mengelak.

“Pipi saya kurus sebab awak yang selalu cubit.Habis lemak kat pipi saya ni,”kata Hyo Joo.Jio tersenyum sambil memaut bahu wanita itu.

“Saya rindukan awak,”ucap Jio,lembut.Hyo Joo tersenyum.

“Yela tu.Entah-entah masa saya tak ada,awak main mata dengan perempuan lain,”duga Hyo Joo.Jio terkejut dengan ‘tuduhan’ Hyo Joo itu.Segera dia menoleh ke arah wanita itu.

“Yah…siapa kata saya main mata dengan perempuan lain?Muka handsome macam saya ni…muka setia tau.Ni..dark circle kat bawah mata ni.Bukti saya tak cukup tidur sebab asyik teringatkan awak je,”kata Jio,sambil menunjukkan matanya kepada Hyo Joo.Hyo Joo tertawa.Perlahan-lahan,dia mencium bibir lelaki itu.Jio terkejut.

“Bisinglah awak ni.Dahlah tadi menyanyi depan orang ramai.Awak ingat sedap sangat ke suara awak tu?Buat malu saya je,”kata Hyo Joo.Wajah Jio yang amat dirinduinya itu ditatapnya dengan penuh kasih.

“Tapi,nasib baik muka awak ni handsome macam G.O.Tak jadi saya nak malu,”usik Hyo Joo.Dia kemudiannya memeluk tubuh lelaki itu.Erat sekali.

”Miane…saya tahu yang saya dah banyak susahkan awak.Miane…saya janji lepas ni,saya takkan buat macam tu lagi,”kata Hyo Joo,mengikat satu janji terhadap Jio.Jio tersenyum sambil membalas pelukan wanita itu.

”Tapi…macam mana awak tahu yang saya ada kat sini?”soal Hyo Joo.Jio menarik nafas panjang.Dia kemudiannya mengukir senyuman manis.

“Krystal yang beritahu saya.Dia yang suruh saya cari awak kat sini.Apa yang penting,dia dah ceritakan semuanya kepada saya,”kata Jio.Hyo Joo terharu.

“Saya betul-betul minta maaf.Sebab saya sembunyikan perkara ni daripada awak.Saya buat semua tu sebab saya betul-betul sayangkan awak,”kata Hyo Joo,mengeratkan lagi pelukannya.

“Saya hanya akan maafkan awak kalau awak buat sesuatu untuk saya,”kata Jio.Hyo Joo melepaskan pelukannya.

“Apa dia?”soal Hyo Joo,ingin tahu.Jio kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya.Mata Hyo Joo terbuka luas sambil menutup mulutnya apabila melihat cincin yang ditinggalkannya dahulu masih ada dalam simpanan lelaki itu.Jio melutut di hadapannya.

“Han Hyo Joo…sudikah awak mengahwini saya?”soal Jio.Perlahan-lahan,Hyo Joo menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.Hyo Joo kemudiannya memegang tangan Jio,meminta lelaki itu berdiri semula di hadapannya.Bibir lelaki itu dikucupnya lembut.Mata Jio yang redup itu ditatapnya.

“Saya sudi…”

 

 

 

3 tahun kemudian…

 

“Cik Bora…saya dah cuba halang tapi…”Setiausahanya berhenti daripada berkata-kata apabila melihat Bora mengangkat tangannya.Bora memandang kea rah setiausahanya itu.

“Tak apa.Biarkan dia masuk,”kata Bora,memberi kebenaran kepada tetamu yang tidak diundang itu masuk ke dalam pejabatnya.Setiausahanya itu sekadar angguk,mematuhi arahannya.Baru sahaja setiausahanya melangkah keluar dari pejabatnya,sudah ada seseorang yang melangkah masuk ke dalam pejabatnya.Namun,hal itu langsung tidak mengalihkan perhatian Bora daripada menyiapkan kerjanya sehinggalah tetamu itu mengambil tempat di hadapannya.

“Awak nak saya tunggu awak sampai bila ni?Dah nak cair gel rambut saya semata-mata tunggu awak tau,”kata Lee Joon.Bora memandang ke arahnya.

“Oppa…kata sanggup tunggu Bora sampai bila-bila.Takkanlah nak suruh tunggu lagi 10 minit pun,oppa dah tak tahan?Kejaplah…bila Bora dah siapkan kerja ni,Bora turunlah.Sikit je lagi,”kata Bora sambil mengenyitkan matanya.Lee Joon mengeluh.

“Bora yah…Bora ingat Bora sorang je ke yang ada kerja?Oppa pun nak kena balik ofis balik ni.Nanti Encik Hwang marah oppa macam mana?”soal Lee Joon.Bora mencebik.

“Ceh,harap muka je handsome tapi takut bos.Apalah oppa ni.Buat malu Bora je,”ejek Bora.Lee Joon mencebik.Dia kemudiannya bangun dari tempat duduknya.Perlahan-lahan,dia melangkah ke arah Bora.Bora mulai takut.

“Apa datang dekat-dekat ni?”soal Bora,tidak selesa apabila Lee Joon sudah berada dekat dengannya.Bora mengangkat jari telunjuknya.

”Kalau oppa berani buat apa-apa dekat Bora,Bora report dekat Jio oppa,baru tahu,”ugut Bora.Lee Joon tersenyum nakal.

“Tak payah.Habis duit je buat panggilan antarabangsa semata-mata nak report benda remeh ni.Macamlah Jio kisah kalau oppa buat apa-apa dekat Bora,”balas Lee Joon.

“Oppa!”Bora mula menolak tubuh Lee Joon itu.

”Nanti orang lain nampaklah,”kata Bora.Bimbang perbuatan mereka diperhatikan oleh orang lain.Lee Joon pula masih dengan senyuman nakalnya.Seronok pula dapat mengusik kekasihnya yang comel molek itu.Dia cuba mendekatkan bibirnya kepada bibir wanita itu.Namun hasratnya gagal apabila terdengar ketukan di pintu pejabat Bora.Lee Joon melepaskan keluhan berat.

“Cik Bora…”

“Yah,Cik Bora tengah rehatlah,”balas Lee Joon,memotong kata-kata setiausaha Bora itu.Bora pula terkejut dengan kata-kata Lee Joon itu.

“Maafkan saya…”Pantas sahaja setiausaha itu beredar.Lee Joon mengeluh.

“Oppa balik dululah.Hilang selera nak lunch,”kata Lee Joon,mulai merajuk.Namun,langkahnya terhenti apabila tubuhnya dipeluk oleh Bora daripada belakang.

“Oppa merajuk ke?”soal Bora.Lee Joon menahan dirinya daripada tersenyum.Pura-pura merajuk.

”Okeylah,kita pergi lunch sekarang…okey?”Bora cuba mengajak Lee Joon.Dia sudah mengambil beg tangannya yang diletaknya di atas meja.

Cupp!

Bora terpana apabila menerima kucupan di pipinya.Pantas ditoleh ke arah Lee Joon yang ketika itu sudah melangkah ke pintu pejabatnya.

“Oppa tunggu kat depan lif.Sila cepatkan langkah anda ya,”kata Lee Joon sebelum beredar.Bora tersenyum sambil menggeleng.Ada-ada sahajalah Lee Joon oppa ni.Bora segera mempercepat langkahnya untuk mengejar Lee Joon yang semakin jauh darinya itu.

 

 

New York

 

 

Jio sedang sibuk menyemak kerja-kerjanya yang disimpan di dalam komputer ribanya itu.Malam yang kian larut itu langsung tidak disedarinya.Kertas-kertas yang bertimbun di atas meja itu langsung tidak mengganggu tumpuannya.Alah bisa tegal biasa!Memang begitu rupanya meja kerja bagi seorang arkitek sepertinya.Meja hanya kelihatan kemas apabila kerja-kerja lakaran sudah disiapkan.Tumpuannya terganggu apabila terasa tubuhnya dipeluk dari belakang.Bibirnya tersenyum lebar apabila sudah menghidu haruman minyak wangi yang menjadi kesukaannya itu.Tangan yang lembut itu dicapainya sebelum dibawa ke mulutnya lalu dicium tangan itu.

“Banyak kerja lagi ke?”soal Hyo Joo sambil melabuhkan punggung di sebelah Jio.Jio tersenyum sambil angguk.Tumpuannya kini dialihkan pula kepada isterinya yang tercinta itu.Hyo Joo yang menyedari pandangan Jio itu mulai rasa pelik.

“Kenapa?Kenapa pandang saya macam tu?”soal Hyo Joo.Jio membetulkan cermin matanya.

“Lah…salah ke saya nak pandang muka isteri sendiri?”soal Jio pula.Hyo Joo tersenyum sendiri.

“Tak adalah.saya saja duduk sini…nak temankan awak.Awak buat jelah kerja tu,”kata Hyo Joo sambil mengalihkan muka Jio ke arah kerja-kerjanya yang masih bertimbun itu. Jio tersenyum,geli hati apabila dapat mengusik Hyo Joo yang kini menjadi suri hidupnya.Jio kembali menyambung kerja-kerjanya semula.Namun,tidak lama.Jio kemudiannya menutup komputer ribanya sebelum menyusun kertas-kertas yang memenuhi ruang mejanya itu.

“Eh,dah siap?”soal Hyo Joo.Jio angguk.

“Saya tak seleralah nak sambung buat kerja bila awak ada kat sini.Malu…”kata Jio,seraya bergurau.Hyo Joo tertawa.

“Awak mesti dah penat.Nak saya urutkan ke?”soal Hyo Joo,menawarkan urutan istimewanya,khas untuk Jio.Jio angguk sambil membuka cermin matanya.Perlahan-lahan,Hyo Joo mula mengurut bahu Jio.Jio berasa tenang sekali apabila bahunya diurut lembut oleh Hyo Joo.Terasa hilang segala beban kerja yang dipikulnya selama ini.Jio kemudiannya memegang tangan Hyo Joo yang masih lagi mengurut bahunya itu.Hyo Joo memandang ke arahnya.Jio mengalihkan tubuhnya menghadap Hyo Joo.Dia mengucup tangan isterinya penuh kasih,menggambarkan perasaan cintanya yang begitu mendalam terhadap wanita itu.Wajah Hyo Joo itu ditatapnya.

“Gomawo…”ucap Jio.

“Untuk apa?”soal Hyo Joo.Senyuman manis yang menghiasi wajahnya itu benar-benar mendamaikan jiwa Jio.

“Sebab awak sudi untuk berada di sisi saya selama ni,”kata Jio.Hyo Joo memandang ke arah tangannya yang masih digenggam oleh Jio itu.

“Saya kan dah janji untuk bersama-sama dengan awak sampai bila-bila?Tak kira apa pun terjadi,saya tetap memilih untuk hidup dengan awak.Di hayat akan datang pun,saya tetap nak hidup dengan awak.Mencintai awak sepenuh hati,”kata Hyo Joo,sebelum mengucup lembut tangan Jio.Perlahan-lahan,Jio mendakap tubuhnya.Rambut Hyo Joo yang hitam keperangan itu dibelainya.

"Saya sayangkan awak."Ucap Jio,penuh romantik.

“Saya pun cintakan awak…”balas Hyo Joo.Jio melepaskan pelukannya.Perlahan-lahan,dia mendekatkan wajahnya pada wajah Hyo Joo.

“Omma!”

Hyo Joo memejamkan matanya.Jio pula melepaskan keluhannya.

“Dia mengigau lagi,”kata Jio.Hyo Joo sekadar angguk.

“Dia ikut perangai appanya lah…siapa lagi,”balas Hyo Joo.

“Siapa yang mengigau?”Jio tetap tidak mahu mengalah.Hyo Joo mencebik.

“Dah terang lagi bersuluh dia ikut perangai awak.Tu pun tak nak mengaku lagi,”kata Hyo Joo,sebelum dia bangun dari tempat duduknya untuk menuju ke bilik tidur anaknya.Jio memegang tangannya.Hyo Joo menoleh ke arahnya.

”Saya nak pergi tidurkan dia baliklah,”kata Hyo Joo.Jio menarik tangan Hyo Joo lalu diciumnya bibir wanita itu.Jio tersenyum nakal.

“Sebab tu dia handsome macam saya juga kan?”soal Jio.Hyo Joo mencebik.

“Habislah kalau dia betul-betul ikut perangai awak,”balas Hyo Joo.Kening Jio terangkat sebelah.

“Kenapa pula?”

“Entah dengan muka siapa pulalah yang dia nak samakan nanti.Appanya perasan muka macam G.O,anaknya nanti tak tahulah,”kata Hyo Joo.Jio tertawa.

“Anaknya perasan muka macam appanya lah,”balas Jio,sebelum menyambung tawanya.Hyo Joo turut tertawa mendengar gurauan suaminya itu.

“Dahlah,saya nak tidurkan dia kejap,”kata Hyo Joo,sambil mengatur langkah menuju ke bilik anaknya.Jio angguk.Jio kemudiannya melangkah ke balkoni rumah agamnya.Udara malam yang tenang itu disedutnya.Terasa sejuk seluruh badannya.Jio mengukir senyuman bahagia.Sungguh dia amat bahagia dengan kehidupannya kini.Jio melemparkan pandangannya ke langit.

“Omma…appa…Jio janji…Jio akan jaga keluarga Jung…lebih daripada Jio menjaga nyawa Jio sendiri.Jio janji…Jio takkan biarkan peristiwa yang pahit tu berulang lagi.Jio akan cuba memberikan yang terbaik untuk keluarga kita,supaya omma dengan appa bangga dengan apa yang Jio lakukan.Gomawo…sebab dah berikan pengajaran yang terbaik untuk Jio dan adik-adik yang lain…Semoga omma dengan appa sentiasa menjaga dan memerhati kami dari sana.Semoga omma dengan appa turut bahagia di sana.Kami sentiasa doakan kebahagiaan omma dengan appa…”Doanya dalam hati.Jio amat mengharapkan agar kehidupannya yang bahagia kini akan kekal untuk selama-lamanya…

 

Another Love Story…

 

IU membetulkan sedikit susunan kerusi dan meja di kafe miliknya agar kelihatan kemas.IU kemudiannya memerhati pekerja-pekerjanya yang sedang melayan pelanggan di kafenya itu.Kerjanya terganggu seketika apabila matanya terpandang ke arah seorang lelaki yang sedang menari di dalam biliknya,di dalam sebuah bangunan yang berhadapan dengan kafenya itu.IU asyik memerhati lelaki itu.Sebaik sahaja lelaki itu menyedari perbuatannya diperhatikan IU,lelaki itu segera bersembunyi di sebalik dinding biliknya.IU terkejut.Dia turut bersembunyi di sebalik dinding kafenya.IU kemudiannya cuba curi-curi pandang ke arah bilik lelaki itu.IU terkejut apabila lelaki itu menunjukkan kertas bertulis ‘Who?’ tanpa menunjukkan wajahnya.IU kembali bersembunyi di sebalik dinding.Dia buntu seketika.Pekerja-pekerjanya pula sekadar memerhati kelakuannya.IU kembali melihat ke arah bilik lelaki itu.Kali ini,lelaki itu menunjukkan pula kertas yang tertulis ‘Hello’.IU kemudiannya menunjukkan kertas yang tertulis ‘Hi’ sebagai membalas sapaan lelaki itu.IU memberanikan diri melihat ke arah lelaki tersebut.Kali ini,lelaki itu sudah berdiri di hadapan tingkap biliknya sambil mengukir senyuman manis.Lelaki itu masih memegang kertas yang tertulis ‘Hi’ sambil melambai mesra ke arahnya.IU tersenyum malu sambil membalas lambaian lelaki itu.Lelaki itu kemudiannya menuliskan sesuatu di atas kertas.IU sekadar memerhati.

‘AJ!’

Itulah yang ditulis oleh lelaki itu.IU tersenyum.IU kemudiannya menunjukkan kertas yang tertulis "UI" kepada lelaki yang bernama AJ itu.AJ  tertawa sambil menunjukkan isyarat bahawa kertas yang dipegang oleh IU itu terbalik.IU segera membetulkannya.

‘IU’

AJ menunjukkan isyarat bagus kepada IU.IU sekadar tersenyum.Sedikit malu dengan kelakuannya tadi.

‘Date?’

Soal AJ di dalam kertasnya.

‘Now?’

Soal IU kembali.AJ angguk.IU kemudiannya tersenyum.

‘Ok!’

Kedua-dua mereka mengukir senyuman gembira.

Bermulalah kisah cinta baru yang pastinya akan membawa pengakhiran yang indah!

 

 

 

 

THE END

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!