Chapter 6

I'm Falling in Love with You

Hyo Joo mengeringkan rambutnya di atas katil.Sambil-sambil itu,dia mengurut-urut kakinya yang terasa lenguh.Hyo Joo kemudiannya berbaring sambil melepaskan nafas lega.'Fuh,penatnya!'Niatnya untuk melelapkan mata terganggu apabila terdengar deringan telefon bimbitnya.Pantas sahaja dia menjawab panggilan itu apabila melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.

"Hello,"jawab Hyo Joo,sedikit teruja.Entah kenapa,penatnya tadi hilang seketika.

"Saya kacau awak ke?"soal Seulong.

"Em...agaklah.Nasib baik saya tak tidurlagi.Kalau awak telefon lewat sesaat tadi,mesti saya dah tidur,"jawab Hyo Joo seraya berseloroh.Seulong ketawa mendengar gurauan Hyo Joo itu.

"Miane..."ucap Seulong dalam talian.

"Kenapa awak call ni?Ada apa-apa ke?"soal Hyo Joo.Seulong tersenyum.

"Em...nak ajak awak keluar lunch esok,boleh tak?"soal Seulong.

"Lunch?"soal Hyo Joo.

"Boleh tak?"soal Seulong lagi.

"Okey.Nak jumpa kat mana ye?"soal Hyo Joo.Kedengaran Seulong tertawa di hujung talian.

"Esok saya jemput awaklah kat tadika,"jawab Seulong.

"Okey,kita jumpa esok ye,"balas Hyo Joo,bersetuju dengan ajakan Seulong itu.Kemudian,tidak lama selepas itu,perbualan mereka ditamatkan.Seulong menjerit gembira,kerana berjaya mengajak Hyo Joo keluar bersamanya.Jeritannya didengari oleh sepupunya,IU yang duduk bersebelahan dengan biliknya.

"Oppa,kenapa jerit-jerit ni?"soal IU,terkejut dengan kelakuan Seulong.Seulong menoleh ke arahnya sambil mengukir senyuman manis.

"Hyo Joo setuju keluar dengan oppa esok!"jawab Seulong,teruja.Riak wajah IU berubah,namun tidak ditunjukkan kepada Seulong.

"Oh,ye ke?Hahahahaha...tahniah.Seronoklah oppa dapat keluar dengan Hyo Joo unnie esok,"kata IU,pura-pura gembira.Seulong sekadar angguk.

"Kenapa tak tidur lagi,IU?"soal Seulong.

"Dah dengar oppa jerit-jerit,macam mana nak tidur?"balas IU,memasamkan wajahnya.Seulong mendekati IU lalu mengosok-gosok kepalanya.

"Miane,okey...lepas ni oppa tutup mulut..khas nak bagi IU tidur,"kata Seulong.Muka IU berubah merah.Kemudian dia melepaskan tangan Seulong.

"Em...okey,IU masuk tidur dulu.Good night,"kata IU,segera beredar dari situ.Seulong hairan melihat kelakuan IU yang berubah tiba-tiba itu.

"Apasal pula dengan IU tu?"soalnya sendiri.IU segera menutup pintu biliknya.Dia kemudiannya melabuhkan punggung di atas katil.Sekeping gambar diambilnya dari laci meja soleknya.Lama dia merenung gambar Seulong.Perlahan-lahan,dia mendekatkan gambar itu pada dadanya sambil menutup mata.

 

"Saranghae..oppa..."katanya perlahan.

 

*******************************

 

"Hyung,cepatnya sampai!"jerit Leo sebaik sahaja melihat kelibat Jio sedang bersandar pada keretanya.Jio sekadar mengangkat tangannya.Dia mengambil beg sekolah dari Leo sebaik sahaja kanak-kanak itu sudah mendekatinya.Sesekali Jio menoleh ke arah kiri dan kanan,dan perlakuannya itu disedari oleh adik angkatnya.

"Hyung,hyung cari siapa?"soal Leo.Jio tersentak apabila ditegur oleh adik angkatnya itu.

"Tak ada apa..."Jio berdalih.

"Ooo...hyung cari cikgu ye?"usik Leo.Jio mencebik.

"Kau budak kecik apa tahu?Jangan sibuk hal orang besar,"balas Jio.Leo menjelirkan lidahnya.

"Cikgu kelam-kabut keluar tadi.Tak tunggu Leo macam biasa,"balas Leo,cuba memancing minat Jio berbicara mengenai Hyo Joo.Jio pura-pura tidak tertarik dengan kata-kata Leo itu.

"Nampak macam nak keluar dengan pakwe je,"kata Leo lagi.Jio menelan air liur.Pakwe?Jio segera membukakan pintu untuk Leo tanpa berkata apa-apa.Leo mengeluh.

 

 

"Leo kenalah korek sikit pasal oppa dengan cikgu tu.Manalah tahu kot-kot oppa memang ada hati kat cikgu  tapi tak nak mengaku.Pandai-pandailah Leo berlakon sikit,"kata Bora pada suatu malam.Leo menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Ala Noona...susahnya.Kalau hyung tahu macam mana?Mesti Leo kena marah nanti,"kata Leo.Bora tersenyum sumbing.

"Tak adanya.Leo ingat oppa tu otak geliga sangat ke?Luar je nampak macam tu,padahal sebenarnya yang paling..tut...antara kita bertiga ni.Oppa tu lagak dia je yang lebih.Kalau Leo tak terlepas cakap apa-apa,confirm oppa tak perasan punya,"kata Bora lagi.Dia benar-benar ingin mengetahui perasaan sebenar Jio terhadap Hyo Joo.Leo terdiam.Bora kemudiannya membisikkan sesuatu kepada Leo.Tidak lama selepas itu,Leo tersenyum sambil angguk.

"Arasso?"soal Bora.Leo angguk.Mereka kemudiannya menepuk tangan antara satu sama lain sambil menjerit"Hwaiting!!!"

 

 

"Macam mana ni?Hyung macam tak nak bagi respons langsung je,"bisik hati Leo.Dia menoleh ke arah abang angkatnya yang sudah bersedia untuk menghidupkan enjin kereta.

 

"Pakai seatbelt,,"kata Jio tanpa menoleh ke arah Leo.Leo sekadar menuruti kata-kata Jio.Tidak lama selepas itu,Leo ternampak sesuatu sebaik sahaja dia menoleh ke arah kanannya.Leoo menepuk-nepuk paha kanan Jio.

"Apa?"soal Jio.

"Cikgu..."kata Leo,masih memandang ke arah luar.Jio turut melihat ke arah yang sama seperti yang dilihat oleh Leo.Matanya terbeliak luas apabila melihat Hyo Joo sedang memasuki sebuah kereta lain.Kelihatan seorang lelaki sedang membukakan pintu kereta untuknya.'Siapa pula tu?'Hati Jio menyoal sendiri.Jio terus memerhatikan Hyo Joo sehinggalah kereta yang dinaiki oleh Hyo Joo dan lelaki itu hilang dari pandangan matanya.Leo menoleh ke arah Jio.Jio pula masih diam seperti tadi.

"Hyung,"tegur Leo.Namun tidak dibalas oleh Jio."Hyung!"Leo mengulangi panggilannya.Kali ini lebih kuat.Jio masih tidak menyahut.Leo geram.

"Jio Hyung!!!!!"jerit Leo pada telinga Jio.Jio terkejut.

"Yah!!!Tak payah lah jerit-jerit!!"balas Jio,marah.Leo mencebik.

"Leo dah panggil...Hyung yang tak perasan,"balas Leo.Jio menjeling ke arah adik angkatnya itu.

"Dahlah.Hyung pun ada kerja lagi ni,"kata Jio.Entah mengapa,dia betul-betul tidak senang dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi.Siapakah lelaki yang bersama dengan Hyo Joo tadi?Jio memandu laju keretanya.Leo tersandar pada kerusi kereta abangnya itu.

 

Lee Joon memandang Jio pelik.Sejak balik dari menjemput Leo tadi,Jio asyik termenung.Buat kerja serba tak kena.Jika ada yang tersilap,pasti meradang.Lee Joon tidak berfikir panjang lalu memberanikan diri mendekati ke arah Jio.Jio tidak menoleh ke arah Lee Joon apabila lelaki itu sedang melangkah ke arahnya.

"Jio,malam ni keluar kat tempat biasa,"kata Lee Joon,sekadar cuba memancing minat Jio.Jio tidak memberi sebarang respon.Lee Joon tidak berputus asa."Hari ni aku belanja,"kata Lee Joon lagi.Jio berpura-pura sibuk,malas hendak berbual dengan Lee Joon.Lee Joon menggeleng.

"Jio ah..."tegur Lee Joon sambil mengambil tempat di hadapan Jio yang sedang sibuk memeriksa plan lukisannya.Perlahan-lahan,Lee Joon menongkat dagunya di hadapan Jio sambil  mengukir senyuman sinis.

"Kau cemburu ekh?"soal Lee Joon sekaligus berseloroh.Jio memandang ke arah Lee Joon sekilas.Kemudian,dia menumpukan perhatiannya terhadap plan lukisannya semula.

"Ooo...kira betullah yang kau tengah jealous ni.Dekat siapa pula yang kau jealous ni?"soal Lee Joon.Jio meletakkan plan lukisannya di atas meja dengan kasar.Lee Joon terkejut.

"Relakslah dude.Janganlah nak belasah aku pula.Kalau kau nak aku bla,fine...aku bla,"kata Lee Joon sambil mengangkat tangannya,tanda mengalah.Lee Joon bersedia untuk beredar.

"Kau belanja aku malam ni,"kata Jio.Lee Joon terkejut,tidak jadi bangun dari kerusinya.Jio melepaskan keluhan berat.

 

*************************************

 

Lee Joon menahan dirinya dari ketawa selepas mendengar penjelasan dari Jio.Jio tidak memandang ke arah Lee Joon.Dia lebih selesa melihat ke arah pasangan-pasangan yang sedang seronok menari diiringi muzik rancak.Lee Joon memegang bahu Jio.

"Nampak sangat kau jealous ni!"kata Lee Joon separuh menjerit.Jio mencebik."Kenapa tak halang je cikgu tu kalau kau tak suka tengok dia keluar dengan lelaki lain?!"kata Lee Joon lagi.

"Aku tak suka sebab..."Jio tidak jadi meneruskan kata-katanya.Lee Joon mengangkat keningnya.

"Apa?"soal Lee Joon.Jio menelan air liurnya.Lee Joon terus memandang tajam ke arah Jio.

"Yela,dia bagi contoh yang kurang elok kat adik aku.Kalau nak dating pun,agak-agaklah.Ni habis kelas terus dating!"jawab Jio.Lee Joon akhirnya melepaskan tawanya.

"Tu jealous namanya!"jerit Lee Joon sambil ketawa.Jio menepuk belakang Lee Joon.

"Nonsense!"balas Jio.Lee Joon masih dengan tawanya.

"Jangan pendam lama-lama,bro.Nanti melepas,kau juga yang susah.Lupakan je ego kau tu.Apa salahnya abang student bercinta dengan cikgu sendiri?"soal Lee Joon.

"Siapa kata aku nak bercinta dengan cikgu tu?She's not my standardlah.Bukannya glamor pun,"kata Jio sebelum meneguk jus oren.Lee Joon melepaskan nafas panjang.Susah betul nak cakap dengan mamat ni!Dah nampak sangatlah kau tengah cemburu.Mengaku je lah oi!!!

"Aku bukan baru kenal kau,Lee Joon.Tapi sejak kita study kat US lagi.Kau tak ngaku pun,aku dah boleh tahu.Kau tak perasan ke yang perangai kau dah lain?Kalau betul kau tak kisah yang cikgu tu keluar dengan lelaki lain,tak ada maknanya kau nak mengamuk macam tadi.Baru keluar dengan lelaki lain...belum apa-apa lagi,"kata Lee Joon.Jio menoleh ke arah Lee Joon.

"Yah!Kan aku dah cakap yang aku tak suka dia keluar dengan lelaki lain sebab bagi contoh tak elok kat Leo,"balas Jio,tidak mengalah.

"Masalahnya dia keluar je.Mungkin lelaki tu kawan dia...tak pun sepupu dia.Kau pun bukannya kenal sangat dengan cikgu tu kan?Jadi,kau tak bolehlah nak prasangka lebih sangat.Apalah kau ni,macam tak pernah bercinta pula!"kata Lee Joon sambil ketawa.Jio benar-benar lucu!Jio menahan malu.Cemburu sangat ke aku ni?Kemudian,Lee Joon menyentuh dagu Jio.

"Yah,kau ni apasal pula?!"soal Jio,rimas lalu mengalihkan wajahnya dari Lee Joon.

"Ni...misai janggut kau ni...buang jelah.Kau ingat macho sangat ke?Macam ahjussi dah aku tengok.Kalau kau jalan dengan si Leo tu,confirm orang ingat kau ni appa dia,"kata Lee Joon,berterus-terang.

"Ai,sebelum ni kau tak bising pun dengan misai aku ni.Apasal tiba-tiba nak bising pula ni?"soal Jio,tidak mengerti.

"Kalau kau cukur misai janggut kau ni...confirm awek-awek korea kejar kau.Percayalah,"kata Lee Joon,masih belum berterus-terang.Jio tersenyum nipis.

"Dahlah,aku rasa kau dah mabuk sangat ni.Jomlah balik,"ajak Jio,malas hendak melayan kerenah Lee Joon yang semakin mengarut itu.

"Aku tak mabuklah.Malah aku tersangat sedar,lebih sedar dari kau.Jio,aku rasa...kalau kau buang misai kau tu...mesti lagi handsome dari sekarang.Sekarang pun handsome gak.Tapi lagi handsome kalau kau buang misai dan segala rambut yang tumbuh kat muka kau tu.Mesti cikgu tu pun tercair tengok kau,"kata Lee Joon.Jio terdiam.Sesekali dia menyentuh dagunya.Nak cukur?Argh,ni lah harta yang paling aku sayang kat dunia ni!

"Dah-dah...jom balik!Aku dah letih ni,"kata Jio lalu segera bangun dari situ.Lee Joon turut menyertai Jio.Kemudian,dia menepuk bahu Jio.Jio menoleh ke arahnya.

"Kalau kau still bermisai macam ni,aku lega dan rasa selamat,"kata Lee Joon.

"Kenapa pula?"soal Jio.

"Kalau kau macam ni,nampak macam gangster sikit.Aku pun rasa dilindungi,"kata Lee Joon yang kemudiannya melepaskan tawanya.Jio turut ketawa.Kemudian dia merangkul bahu rakannya itu seraya beredar dari situ.Ada-ada sahaja Lee Joon ni....

 

 

 

To be continued...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!