Chapter 39

I'm Falling in Love with You

"Awak kena pergi Jeju-do untuk 3 bulan?"soal Hyo Joo,terkejut apabila mendengar kata-kata Jio itu.Jio angguk,sedikit lemah.Berasa berat untuk meninggalkan kekasih hatinya itu.Namun,Jio harus akur atas permintaan kerjanya yang baru itu.Hyo Joo menundukkan sedikit wajahnya.Dia cuba menyembunyikan rasa kecewanya walaupun perpisahan itu hanya sementara.Dan apa yang penting,perpisahan itu sedikit sebanyak dapat membantu mengembangkan kerjaya Jio sebagai seorang arkitek serba boleh.Hyo Joo kemudiannya memaksa dirinya untuk mengukir senyuman manis.

 

"Bila awak nak pergi?"Soal Hyo Joo sambil memandang ke arah lelaki yang semakin disayanginya itu.

"Lusa,"jawab Jio,pendek.Senyuman Hyo Joo mengendur.Buaian yang dinaikinya pun diberhentikan.Jio yang menyedari riak wajah Hyo Joo yang berubah itu,segera menghayunkan semula buaian itu.

"Ala,sekejap je 3 bulan tu.Pejam celik pejam celik...dah balik ke Seoul semula,"kata Jio,cuba menyenangkan hati Hyo Joo.Namun,Hyo Joo terus membisu sehingga menimbulkan kebimbangan dalam hati Jio.

"Hyo Joo ah?Kenapa dengan awak ni?"soal Jio.

"Awak cakap senang je.Dulu,awak cakap awak pergi Busan untuk sebulan je.Tapi,awak balik sini lepas dua bulan awak duduk kat Busan tu.Awak memang suka main-main tau,"kata Hyo Joo,sedikit geram dengan perangai Jio yang kadang-kala keanak-anakan itu.Jio tersenyum nakal.Lantas dia mendekatkan wajahnya ke pipi Hyo Joo.

"Awak tunggu saya ya waktu tu?"usik Jio.Muka Hyo Joo merah apabila mendengar usikan Jio itu.Namun,Hyo Joo cuba berlagak biasa ketika itu.

"Tak adalah tunggu.Cuma...saya ni jenis sensitif orangnya kalau ada orang yang mungkir janji,"kata Hyo Joo,cuba menegakkan benang yang basah padahal rahsia hatinya sudah terbongkar jelas.Jio tertawa.

"Awak mesti rasa sunyi kan masa saya tak ada masa tu?Tulah,masa saya ada...awak jual mahal,"kata Jio,mencebik.Hyo Joo mencubit telinga Jio.Jio menjerit kesakitan.

"Banyak jual mahal awak.Jangan nak perasan ekh,"balas Hyo Joo,geram.Dia kemudiannya melepaskan cubitannya yang berbisa itu.Jio menggosok-gosok telinganya yang merah itu.

"Yah...baru saya tahu yang aegi saya ni kuat mencubit rupanya,"usik Jio lagi.

"Jio ah!"Hyo Joo berasa penat diusik oleh Jio.Jio pula sekadar ketawa.Jio kemudiannya memeluk Hyo Joo dari belakang.Hyo Joo tergamam denga pelukan lelaki bernama Jung Byung Hee itu.

"Saya janji...kali ni saya takkan mungkir janji.Saya akan balik tepat seperti yang saya janjikan.Tapi,kalau ada sesuatu yang menghalang saya balik pada hari yang sepatutnya,saya telefon awak,okey?"kata Jio,bernada memujuk.Hyo Joo tersenyum.Perlahan-lahan,dia angguk.

"Satu lagi yang awak kena janji dengan saya,"kata Hyo Joo.

"Apa?"soal Jio,melepaskan pelukannya sambil memandang ke arah Hyo Joo.Hyo Joo menoleh ke arahnya.

"Awak jangan cari perempuan lain.Kalau tak...awak tahulah akibatnya,"ugut Hyo Joo.Mata Jio terbuntang luas.

"Kalau awak dah cakap macam tu,saya tak boleh nak cakap apalah,"kata Jio,kedengaran hampa.

"Oh...awak memang ada niat nak cari perempuan lain ekh?"soal Hyo Joo,bersedia dengan cubitannya.

"Yah...yah..janganlah nak mencubit pula,"Jio mula melangkah jauh daripada Hyo Joo.Hyo Joo kemudiannya berlari ke arahnya,berpura-pura mahu mencubit.Jio pula berlari laju,menjauhi Hyo Joo.

 

 

 

Jio memusing badannya menghadap Hyo Joo sebelum melangkah ke arah balai berlepas.Hanya Hyo Joo yang menemani pemergiannya ke Jeju-do.Adiknya,Bora dan Leo sibuk dengan urusan masing-masing.Namun,Jio sudah berjumpa dengan adik-adiknya sehari sebelum bertolak ke Jeju-do.

"Awak dah check ke tak ada barang yang tertinggal?"soal Hyo Joo,mengingatkan Jio agar tidak tertinggal sebarang dokumen atau barang-barang yang penting.

"Dah.Harap-harap saya tak tertinggal apa-apalah.Kalau ada,awak tolong hantarkan boleh?"soal Jio.Hyo Joo mencebik.

"Tak ada maknanya saya nak pergi sana,nak kena hantarkan barang kat awak.Buang tenaga saya je,"balas Hyo Joo.Jio tertawa.Wajah ayu Hyo Joo itu diperhatinya dengan penuh rasa kasih.Hyo Joo yang menyedari pandangan Jio itu mulai berasa kaget.Jio kemudiannya menyentuh kedua-dua pipi gebu wanita itu.Kedengaran keluhan kecil dari lelaki itu.

"Berat hati saya nak tinggalkan wanita yang cantik macam awak ni,"kata Jio,sekaligus memuji kecantikan wajah Hyo Joo yang sudah lama menjadi pujaan hatinya itu.Hyo Joo malu.

"3 bulan rasa macam 3 tahun je,"katanya lagi.Hyo Joo tersenyum.

"Awak sendiri cakap yang 3 bulan tu sekejap je kan?Awak kenalah percaya dengan kata-kata awak tu,"kata Hyo Joo,sambil meletakkan tangannya di atas tangan Jio yang masih menyentuh pipinya itu.Jio mengeluh.

"Awak tak nak ikut saya ke?"soal Jio.Hyo Joo tertawa.

"Apa awak ni?Kalau saya ikut awak,siapa yang nak jaga anak-anak murid saya kat tadika tu?"soal Hyo Joo.Namun,Hyo Joo terdiam apabila melihat wajah Jio yang serius itu.

"Ke..kenapa ni?"soal Hyo Joo.Kedengaran Jio menarik nafas panjang.

"Saya cintakan awak,"ucap Jio sambil memandang tepat ke arah anak mata Hyo Joo.

"Saya cintakan awak,"ucap Jio lagi.Hyo Joo sedikit hairan dengan perubahan sikap Jio itu.

"Saya...pun cintakan awak,"balas Hyo Joo.Bukan ragu-ragu akan perasaannya terhadap Jio,tetapi lebih merujuk ke arah sikap Jio yang berubah secara tiba-tiba.Boleh dikatakan...EMOSIONAL...

"Sebenarnya,saya dah lama nak bertanyakan soalan ni kepada awak.Tapi,saya tak yakin kalau...sekarang ni adalah waktu yang sesuai untuk saya tanyakan soalan tu kat awak,"kata Jio.Hyo Joo tersenyum.

"Tanyalah,"balas Hyo Joo.

"Jio ah?"Hyo Joo semakin pelik apabila Jio melutut di hadapannya secara tiba-tiba.Hyo Joo melihat ke arah sekeliling.Malu apabila mereka menjadi tumpuan ramai di lapangan terbang itu.

"Jio,apa awak buat ni?"soal Hyo Joo.Jio mencapai tangan Hyo Joo.Hyo Joo terkejut apabila Jio menyarungkan cincin ke jari manisnya.Wajah Jio itu diperhatikannya.

"Han Hyo Joo...sudikah awak untuk bersama dengan saya selama-lamanya?"soal Jio,sepenuh hati.Hyo Joo tergamam.Dia betul-betul terkejut dengan situasi yang sedang berlaku ketika itu.Jio masih memandang ke arahnya dengan penuh pengharapan.Namun,Hyo Joo tidak sempat untuk memberi jawapannya ketika itu apabila waktu untuk pesawat berlepas ke Jeju-do sudah hampir tiba.Penumpang yang akan pergi ke Jeju-do diminta untuk bergerak ke balai berlepas ketika itu juga.Jio berdiri di hadapan Hyo Joo.

"Aih...cepatnya dah nak bertolak!"ngomel Jio sambil bercekak pinggang.Dia kemudiannya beralih ke arah Hyo Joo.

"Saya dah nak pergi,"kata Jio.Jio memandang ke arah cincin yang sudah lama dibelinya itu.Cincin itu kelihatan lebih cantik di jari pemiliknya,Han Hyo Joo.

"Saya...perlukan jawapan awak sekarang.Bila saya toleh ke belakang,kalau awak masih berdiri di sini...bermakna awak menerima lamaran saya.Kalau tak...faham-fahamlah saya,"kata Jio,sebelum melangkah menjauhi Hyo Joo.Hyo Joo memegang jari manisnya yang sudah disarungkan cincin oleh Jio itu.Jantungnya berdebar saat melihat kelibat Jio yang kian jauh darinya itu.Jio kemudiannya berhenti daripada terus melangkah.Dia kemudiannya menoleh ke belakang.Bibirnya tersenyum lebar apabila melihat Hyo Joo masih berdiri di situ sambil memandang ke arahnya.

"Yes!"Jio menjerit keriangan sambil berlari semula ke arah Hyo Joo.Lantas dipeluknya tubuh itu seerat-eratnya,seperti enggan mahu dilepaskan pula.Hyo Joo turut mengukir senyuman lebar.

"Gomawo..."ucap Jio,teruja.Hyo Joo turut membalas pelukan lelaki itu.Jio kemudiannya meleraikan pelukannya lalu diciumnya bibir Hyo Joo sebagai ucapan terima kasih kerana menerima lamarannya.

"Pergilah cepat.Nanti awak terlepas flight,"pesan Hyo Joo apabila Jio masih lagi tercegat di hadapannya.Jio tersenyum malu.Dia kemudiannya berlari ke balai berlepas sambil melambai ke arah Hyo Joo.Hyo Joo turut membalas lambaian Jio.

"Jaga diri!"jerit Hyo Joo sebelum kelibat Jio hilang dari pandangannya.Hyo Joo mulai rasa sebak sebaik sahaja kelibat Jio hilang dari pandangannya.Pastinya dia sudah mula merindui lelaki itu.Diperhatinya cincin yang tersarung di jari manisnya itu.

 

"Maafkan saya.Cik ni bernama Han Hyo Joo ke?"soal seorang pekerja di situ yang berketrampilan kemas sekali.Perlahan-lahan,Hyo Joo mengangguk.Kelihatan wanita itu tersenyum lebar sambil menghulurkan sesuatu kepadanya.

"Encik Jung Byung Hee amanahkan saya untuk menyerahkan pemain mp3 ni kepada Cik,"kata wanita itu.Hyo Joo menerimanya selepas mengucapkan terima kasih kepada wanita itu.

 

Di dalam bas,Hyo Joo segera memasang earphone pada telinganya sambil menekan butang pemain mp3 itu.

 

Ehem..ehem...testing testing..1,2,3...

dengar tak?

Em...so...saya tahu kita takkan berjumpa untuk tempoh 3 bulan ni...

jadi...saya hadiahkan awak mp3 ni..sebab tak nak bagi awak sunyi...

saya tahu...awak mesti rindu dekat saya punya nanti...

sekarang mesti awak tengah rindu dekat saya kan?

 

Hyo Joo tersenyum seraya angguk,mengiyakan kata-kata Jio yang berupa rakaman suara itu.

 

Kalau awak rasa Gi Kwang adalah penyanyi yang hebat,awak silap...

sebenarnya sayalah yang hebat...

sebab saya hebatlah...

Gi Kwang rasa tercabar...

sebab tu dia jadi penyanyi sekarang...

pakai nama AJ pula tu...

uwekk!

 

Hyo Joo tertawa apabila mendengar gurauan Jio itu.

 

Saya ada sesuatu yang saya nak sampaikan dekat awak...

saya tahu suara saya...

lagi sedap daripada Gi Kwang...

tapi takut juga kalau awak tak suka...

saya harap sangat...

awak suka...

 

Hati Hyo Joo mulai berdebar apabila mendengar sesuatu yang bakal disampaikan oleh Jio itu.

 

Sum jocha shigi himdeun shigandeul, nae mogeuljo ineun sesangeun
Amuri jiuryeo aesseo bwado,
gyesok nareul jakkuman sseureojige haneunde
Naega gajin jeonbu ojik neo hana ppunya
Neoreul nohji anheulge

You're my last love, neon nae majimak sarang
You're my last love, kkeuteul hamkke hal saram
Geochin sesange seo bada naen hanaye seonmul
Nae nunape tto dareun gijeok, you're the last love

Su manheun shigane sang cheodeul do, oh baby,
apeumi seororeul jjijeodo
Ssahigo ssahini chuwok deureun,
seoroye nunmureul dakka juneun geol
Yeogi mureup kkulko neoreul boneun nareulbwa
Neol wihae nareul geolge

You're my last love, neon nae majimak sarang
You're my last love, kkeuteul hamkke hal saram
Geochin sesange seo bada naen hanaye seonmul
Nae nunape tto dareun gijeok, you're the last love

Ijageun banjiro neun malhalsu eopjiman
Yaksok halkke modeun geol nan neoreul wihaeseo

You're my last love, you are the love of my life
You're my last love, you are the love of my life
Eodun gireul balkge bichu neun hanaye deungbul
Nae nunape ttodareun gijeok, you're the last love

 

Air mata Hyo Joo tertumpah jua saat mendengar nyanyian Jio yang merdu itu.Satu penghargaan bagi dirinya apabila Jio menghadiahkan lagu itu khas untuk dirinya.Apatah lagi,Jio baru sahaja melamarnya sebentar tadi.Hyo Joo tersenyum manis.Cincin itu diperhatinya semula.Wajah Jio mulai terbayang di layar mindanya.Sungguh,kerinduan terhadap lelaki itu kian membuak walhal mereka baru sahaja berpisah beberapa minit yang lalu.

 

 

 

Hyo Joo mengubati rasa rindunya terhadap Jio dengan mendengar rakaman suara lelaki itu pada ketika dia rasa kesunyian.Hyo Joo sendiri pelik sejak bila pula Jio mempunyai masa untuk merakamkan suaranya sebelum bertolak ke Jeju-do.Bukannya satu atau dua rakaman,malah puluhan rakaman suara yang dibuatnya.Ada yang berbentuk nyanyian,mahupun sekadar perbualan biasa.Mungkin Jio tahu bahawa dia mungkin tidak berkesempatan untuk menghubungi Hyo Joo dengan kerap kerana kesibukan kerjanya.Kelakuannya sama sahaja seperti ketika Jio berada di Busan dahulu.Jika dulu,Hyo Joo kurang senang dengan kelakuannya itu,tetapi tidak lagi sekarang.Hyo Joo sudah masak benar dengan kesibukan lelaki itu.Apatah lagi,luka di hati Jio baru sahaja sembuh selepas kejadian malang yang menimpa keluarga dan syarikatnya beberapa bulan yang lalu.Hyo Joo menaiki skuternya yang berwarna merah jambu itu selepas sahaja urusan di tadika tamat.Hari ini,Leo tidak mengikutnya pulang bersama-sama kerana terlebih dahulu mengikuti Bora.Katanya untuk bersiar-siar.Niatnya untuk segera pulang ke rumah terhenti apabila melihat sebuah kereta mewah berwarna putih berhenti di hadapannya.Hyo Joo terpana apabila melihat Krystal keluar dari keretanya itu .Krystal membuka cermin mata hitamnya sambil memandang tajam ke arah Hyo Joo.

"Krystal?Apa awak buat kat sini?"soal Hyo Joo,kehairanan.

"We need to talk,"balas Krystal.

 
 
 
 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!