Chapter 25

I'm Falling in Love with You

 

Krystal mengetuk pintu bilik ayahnya sebelum mendengar suara ayahnya memberi keizinan kepadanya untuk masuk ke dalam.Krystal melemparkan senyuman manis ke arah ayahnya.

"Lambat kamu balik hari ni?"soal ayahnya.Krystal tidak membalas pertanyaan ayahnya terlebih dahulu.Sebaliknya,dia mengambil tempat berhadapan dengan ayahnya.

"Ada hal sikit,appa.Tu yang lambat tu,"katanya sambil menyelak rambutnya ke belakang.Krystal sekadar memerhati sahaja gelagat ayahnya yang masih sibuk menyiapkan kerjanya itu.

"Dahlah tu,appa.Rehat-rehatlah sikit,"pujuk Krystal lembut.Tuan Lee tersenyum.

"Appa tak boleh nak rehat selagi rancangan kita belum tercapai,"kata Tuan Lee sambil memandang ke arah anak perempuannya dengan pandangan yang tersimpan dengan banyak makna.Krystal sekadar membalasnya dengan tawa kecil.

"Appa...appa...Appa sendiri cakap yang kita tak boleh terlalu terburu-buru kan?"balas Krystal.

"Tapi sampai bila?Memang appa ada cakap macam tu.Tapi...setakat ni,takkan tak ada sedikit pun yang berjalan?Appa tengok...masih belum ada apa-apa lagi je,"kata Tuan Lee,sambil memegang dagunya.Krystal tersenyum.
"Jio tu tak selemah yang appa sangkakan.Krystal tak boleh buat sesuatu yang boleh menjerat kita semua,"balas Krystal.

"Kamu memang betul.Jio dah banyak berubah.Kalau kita dah bertindak awal-awal dulu,mungkin kita dah berjaya sekarang ni.Dia jauh lebih matang sejak appa jumpa dia 3 tahun dulu...Takkan kamu tak tahu apa yang buat Jio jadi macam tu?"soal Tuan Lee.Krystal tidak menjawab.Sebaliknya,dia diam,seperti memikirkan sesuatu.

"Krystal?"

Krystal mamandang ke arah ayahnya.

"Kenapa senyap je ni?Apa yang kamu fikirkan?"soal Tuan Lee,ingin tahu.Mungkin Krystal ada merancang sesuatu dalam diam.Krystal menggigit bibirnya seketika.

"Appa cakap...appa pernah jumpa dia 3 tahun dulu?"soal Krystal.Tuan Lee sekadar angguk.

"Krystal tak tahu pun,"katanya lagi.Kelihatan Tuan Lee mengukir senyuman sinis.

"Appa dah lama berdendam dengan Tuan Jung tu...dan appa dah rancangkan perkara ni sejak dari dulu lagi,"kata Tuan Lee,sambil memandang ke arah komputer ribanya.

"Kalau macam tu,kenapa appa baru nak laksanakan rancangan tu sekarang?Kalau betul appa kata Jio dah berubah,maknanya Jio dulu...tak matang macam sekarang kan?Lagi senanglah rancangan appa nak berjaya,"kata Krystal,cuba menyelongkar sesuatu dari Tuan Lee.Tuan Lee melepaskan keluhan berat.Kalau bukan kerana kedegilan anak lelakinya,pasti rancangannya sudah lama berjaya.Dia kemudiannya memandang ke arah anak perempuannya itu sambil tersenyum manis.

"Krystal sayang appa kan?"soal Tuan Lee,penuh makna.Perlahan-lahan,Krystal menganggukkan kepalanya.Namun,dia tidak memahami apa yang cuba ayahnya sampaikan.

"Kenapa appa ni?Tiba-tiba pula...lain yang Krystal tanya..lain yang appa jawab..."kata Krystal,pura-pura ketawa.

"Appa harap...Krystal tak terjerat dengan kelebihan yang ada pada Jio.Jangan...sesekali...Krystal jatuh cinta dengan Jio.Arasso?"Tuan Lee memberi amaran kepada Krystal.Kali ini,dia amat mengharapkan Krystal.Harapannya terhadap anak lelaki yang satu-satunya itu telah punah.Namun,Tuan Lee sudah ada rancangannya tersendiri terhadap anak lelakinya itu.Sementara itu,Krystal terdiam seusai sahaja mendengar kata-kata ayahnya yang berbaur amaran itu.Tidak boleh jatuh cinta terhadap Jio!!!

 

 

 

Hyo Joo kusyuk memerhati Seulong yang sedang terbaring lemah itu.Seulong masih belum sedarkan diri selepas melakukan rawatan kemoterapi.Hyo Joo mengusap lembut rambut Seulong yang kian gugur itu.Dia menahan sebak.Entah mengapa,dia benar-benar rasa kesal dengan dirinya sendiri.Masakan dia boleh bergembira tanpa menyedari kesakitan yang dialami oleh lelaki itu.Hyo Joo menoleh ka arah pintu apabila menyedari pintu itu ditolak dari luar.Bibirnya mengukir senyuman nipis apabila melihat IU melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Oppa belum sedar lagi?"soal IU,perlahan.Hyo Joo sekadar angguk.IU kemudiannya mengambil tempat di sisi Hyo Joo manakala Hyo Joo sekadar membiarkannya.Mereka membisu tanpa sebutir bicara pun yang terluah dari mulut masing-masing.Masing-masing memikirkan sesuatu yang begitu merunsingkan fikiran semenjak ini.

"Unni..."IU mulai bersuara tidak lama selepas itu.Hyo Joo menoleh ke arahnya.

"Ada apa,IU?"soal Hyo Joo.IU tidak menoleh ke arahnya.Mungkin mahu mengatakan sesuatu namun sukar baginya untuk melakukan perkara sedemikian.

"IU ada benda nak tanya pada unni,"kata IU.Hyo Joo memandang ke arah wajah comel IU itu.

"Seulong oppa..."IU menoleh ke arah Hyo Joo.

"Siapa Seulong oppa kepada unni?"soal IU,berterus-terang.Hyo Joo sedikit terkejut namun tidak pula dipamerkan kepada IU.

"Kenapa IU tanya?"soal Hyo Joo pula.

"IU saja nak tahu.Sebab...kalau Seulong oppa betul-betul ada wanita yang sangat menyanyangi dirinya,IU pun turut gembira,"kata IU.Hyo Joo mengukir senyuman nipis.Dia memahami maksud yang cuba disampaikan oleh gadis itu.

"Unni..."

"IU nak unni berterus terang je pada IU,"potong IU.Hyo Joo terdiam.IU kemudiannya mengalihkan pandangannya daripada Hyo Joo.

"IU tak marah kalau perasaan unni terhadap oppa tak sama macam perasaan oppa pada unni.Tapi...unni betul-betul sayangkan oppa kan?"soal IU lagi.Hyo Joo tidak menjawab.Ya,memang benar dia sayangkan Seulong tapi...

"Hyo Joo...?"Kedengaran suara lemah sedang memanggil Hyo Joo.Hyo Joo menoleh ke arah Seulong yang baru sahaja sedar dari lenanya itu.Hyo Joo segera mendekati ke arah Seulong.

"Awak okey?"soal Hyo Joo,sedikit risau.Seulong tersenyum lemah ke arahnya.

"Saya okey..."balasnya.Hyo Joo mengukir senyuman lega.Namun masih bimbang sekiranya Seulong masih rasa sakit di mana-mana.

"Syukurlah yang awak tak ada apa-apa,"kata Hyo Joo.Seulong kemudiannya memandang ke arah IU yang sedang berdiri di belakang Hyo Joo yang turut memandang ke arahnya dengan wajah cemas.

"Oppa tak ada apa-apalah IU.IU janganlah risau,okey?"kata Seulong,cuba menceriakan wajahnya.IU tidak menjawab.Dia segera melangkah keluar dari bilik itu.Sebaik sahaja dia berada di luar bilik itu,IU terduduk di atas lantai sambil menangis.Wajah Seulong yang pucat serta rambutnya yang kian gugur itu betul-betul menyentuh hatinya.Dia tidak sanggup melihat Seulong menderita kerana penyakitnya itu.Dia amat mengharapkan Seulong masih sempat diselamatkan walaupun Joong Ki sudah mengatakan yang sebaliknya.

 

 

Seulong memegang tangan Hyo Joo apabila melihat wanita itu cuba untuk pergi ke arah IU.Hyo Joo menoleh ke arahnya.

"Biarkan dia.Awak tak perlu pujuk dia.Biasanya...dia akan okey sendiri,"kata Seulong.Hyo Joo tidak membantah.Seulong lebih mengenali IU daripada dirinya mengenali IU.Hyo Joo duduk semula menghadap katil Seulong.Lama Seulong memerhati ke arah Hyo Joo sehingga membuatkan Hyo Joo berasa tidak selesa dipandang sedemikian.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?Rambut saya ada yang tak kena ke?"soal Hyo Joo sambil membetulkan rambutnya yang disangka berserabai itu.Seulong tersenyum melihat ke arah Hyo Joo yang kelihatan sedikit kelam kabut itu.

"Hyo Joo ah..."sapa Seulong,lembut.Hyo Joo memandang ke arahnya.

"Awak temankan saya kat sini...sejak dari semalam ke?"soal Seulong.Hyo Joo angguk.

"Awak mesti dah penatkan?Awak baliklah..."kata Seulong.

"Tak apalah.Saya tak penat.Lagipun,saya kan dah janji nak jaga awak,"kata Hyo Joo.

"Sampai awak tak berjumpa dengan Jio?"soal Seulong.Hyo Joo terkejut dengan pertanyaan Seulong itu.Apatah lagi pertanyaan itu berkaitan dengan Jio.

"Ada pula awak cakap macam tu.Kenapa tiba-tiba Jio pula ni?Awak rindu kat dia ke?"soal Hyo Joo,sekaligus mengusik.Seulong tersenyum.

"Awak?Awak tak rindukan dia?"balas Seulong.Hyo Joo terdiam.Seulong kemudiannya menggenggam tangan wanita itu.Erat sekali.

"Saya dah tahu segalanya.Bukan dari sesiapa..tapi dari awak...dari riak wajah awak...dari gerak tubuh awak...yang mengatakan awak sebenarnya cintakan Jio,"kata Seulong,perlahan.Hyo Joo terkejut dengan kata-kata Seulong itu.Pantas sahaja dia menarik tangannya dari pegangan Seulong.

"Apa awak merepek ni?Awak tak suka saya bersama dengan awak ye?"soal Hyo Joo.

"Hyo Joo..bukan tu maksud saya.Awak tak perlu sorokkan perasaan sebenar awak dari saya lagi.Saya tahu perasaan sebenar awak terhadap saya.Dan...saya tak ambil kisah pasal tu.Sebab saya tahu...semua tu hak awak..hak awak untuk menyanyangi sesiapa sahaja yang awak nak.Saya bersyukur kalau benar awak turut mencintai saya seperti saya mencintai awak.Tapi,saya tak nak awak berbohong terhadap diri awak sendiri.Semua tu amat zalim bagi awak kan?"kata Seulong.Hyo Joo diam.Tidak membalas sepatah pun.

"Saya lega kalau betul awak dan Jio saling mencintai...sebab...saya yakin,Jio dapat jaga awak dengan baik bila saya dah tak ada nanti,"kata Seulong.

"Awak tak patut cakap macam tu.Awak tak boleh putus asa.Awak mesti dapat sembuh,"balas Hyo Joo.

"Dah...awak tak perlu nak cakap apa-apa lagi.Arasso?"sambungnya lagi.

"Pergi jumpa Jio,"kata Seulong pula.

"Jio mesti risau sebab dah lama tak cakap dan jumpa dengan awak,"sambungnya lagi.Hyo Joo menundukkan wajahnya.Kata Seulong itu ada benarnya.Memang sudah lama dia tidak berhubung dengan Jio apatah lagi berjumpa dengannya.Namun semua itu Hyo Joo cuba abaikan.Apa yang penting,kesihatan Seulong mesti diutamakan ketika ini.

"Miane..."ucap Hyo Joo,perlahan.

"Saya dah banyak lukakan hati awak,Seulong,"kata Hyo Joo lagi.Matanya kelihatan bergenang namun Hyo Joo cuba menyembunyikannya dengan senyumannya yang pura-pura itu.Malam itu,perasaan sebenarnya yang terpendam itu sudah terbongkar oleh Seulong sendiri.Seulong tersenyum.

"Awak dah tolak cinta saya...awak ingat senang saya nak maafkan awak?"soal Seulong.Riak wajah Hyo Joo kelihatan cemas.

"Seulong..."

"Melainkan kalau awak jumpa dengan Jio,dan akui perasaan sebenar awak kepada dia,baru saya maafkan awak,"kata Seulong,memotong kata-kata Hyo Joo.

"Arasso?'sambungnya lagi.Hyo Joo mengukir senyuman nipis.

"Lelaki memang tunggu perempuan yang confess dulu ke?"soal Hyo Joo.Seulong tersenyum.

"Jio ye...tapi Seulong tak...kan saya yang tunggu love confession dari awak?"kata Seulong.

"Miane..."ucap Hyo Joo,penuh rasa bersalah.

"Pergi jumpa Jio,okey?Mesti dia pun tengah tunggu awak sekarang ni.Kalau dia berani tolak cinta awak,cakap kat dia yang dia akan terima padah dari saya,"kata Seulong.Hyo Joo tersenyum kecil.Terhibur dengan jenaka lelaki itu walaupun sedang sakit.

"Gomawo..."ucap Hyo Joo,terharu.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!