Chapter 7

I'm Falling in Love with You

Jio meraba-raba wajahnya di cermin.Entah mengapa,kata-kata Lee Joon malam tadi masih terngiang-ngiang di fikirannya.Benarkah apa yang dikatakan oleh teman rapatnya itu?Jio berfikir sejenak.Dia menoleh ke arah krim dan pencukur yang terletak betul-betul di hadapannya.Perlahan-lahan,dia mengambil kedua-dua barang itu.Kemudian,dia menyapu krim putih itu pada separuh daripada wajahnya.Jio memerhatikan wajahnya di cermin.Tangannya menggigil apabila pencukur itu mulai dekat pada wajahnya.Sedikit lagi pencukur itu menghampiri wajahnya.Matanya terpejam rapat.Seolah-olah takut untuk menghadapi kehilangan sesuatu yang amat bermakna buat dirinya.Sedikit lagi...sedikit lagi...sedikit lagi....

"Hyung!"Jeritan Leo membuatkan pencukur itu terlepas dari tangan Jio kerana terkejut.Pantas dia membuka pintu bilik air.

"Yah!Apasal jerit-jerit ni?!"jerkah Jio apabila melihat Leo sedang berdiri tidak jauh dari katilnya.Leo kelihatannya terkejut dengan jerkahan Jio itu.

"Em...miane.Leo tak sengaja,"kata Leo.Dia memandang pelik ke arah Jio.

"Apa?"soal Jio.

"Hyung pakai apa tu?"soal Leo,merujuk kepada wajah Jio.Kedengaran Jio berdehem beberapa kali.

"Tak payah nak sibuk.Pergi turun dulu.Nanti hyung dah siap,hyung turunla,"kata Jio lalu masuk ke dalam bilik air semula,meninggalkan Leo keseorangan di situ.

 

Jio memarkirkan keretanya di hadapan pintu pagar tadika,tempat Leo belajar.Leo keluar dari kereta abangnya dan mulai berlari menuju ke kelasnya.

"Leo!"jerit Jio.Leo berhenti dan menoleh ke arah Jio.Jio mengisyaratkan Leo agar datang ke arahnya.Leo menurut.

"Apa?"soal Leo.Jio menundukkan badannya dan membisikkan sesuatu kepada adiknya itu.Riak wajah Leo berubah.

"Ah,tak naklah!"balas Leo.

"Ala,pleaselah Leo...tolong hyung kali ni ekh?Nanti hyung belikan sesuatu kat Leo.Leo nak apa,Leo cakap je.Hyung akan belikan,"pujuk Jio.

"Tapikan hyung kena balik office lepas hantar Leo balik,"kata Leo.

"Tak payah sibuk hal hyung.Yang penting,Leo tolong hyung ekh?Ala,bukannya Leo tak join.Leo boleh je join,"pujuk Jio lagi.Leo terdiam seketika.

"Leo trylah,"kata Leo,bersetuju.Jio tersenyum lalu mencubit pipi adik angkatnya itu.Leo terkejut.

"Hahahaha,comelnya dongsaeng ni,"kata Jio.Leo mencebik.

"Peliklah hyung ni,"kata Leo lalu beredar dari situ.Jio masih tak lekang dengan senyumannya.Hopefully success!

 

Leo masih duduk di tempat duduknya walaupun loceng tamat waktu persekolahan sudah berbunyi.Hyo Joo yang sedang mengemas bukunya terpandang ke arah Leo yang kelihatan seperti orang sedang sakit.Laju sahaja dia mendekati ke arah Leo.

"Leo,kenapa ni?Tak sihat ke?"soal Hyo Joo,cemas sambil meletakkan tangannya pada dahi Leo.Dahi Leo berkerut,menahan kesakitan.Leo memegang perutnya."Leo sakit perut ke?"soal Hyo Joo lagi,apabila menyedari Leo sedang memegang perutnya.Leo angguk.Hyo Joo kemudiannya keluar dari kelas dan cuba mencari-cari kelibat Jio.Hatinya lega apabila melihat Jio sedang menunggu di dalam kereta.Kelam-kabut dia berlari ke arah Jio dan kemudiannya mengetuk cermin kereta Jio.Jio menoleh ke arah Hyo Joo.

"Kenapa ni?"soal Jio,berlagak biasa.

"Adik awak...sakit kat dalam tu!"jawab Hyo Joo,cemas.Jio pura-pura terkejut.

"Yeke?"soal Jio.Hyo Joo angguk.

"Cepatlah!"kata Hyo Joo,lalu membuka pintu kereta Jio.Pantas sahaja dia menarik tangan Jio.Jio tersenyum sumbing.Plannya berjaya!!!Tahniah Leo!Lakonan kau sukses!

"Leo!"jerit Jio,cemas melihat adiknya sedang mengerang kesakitan.Hyo Joo apatah lagi.Kelam-kabut,Jio mendukung adiknya lalu dibawa keluar dari kelas itu.Hyo Joo turut mengekorinya dari belakang.Jio kemudiannya meletakkan Leo di tempat duduk belakang.Hyo Joo sekadar memerhati.Cemas melihat keadaan Leo yang kesakitan itu.

"Hyung bawa Leo ke klinik ekh?"soal Jio sambil mengusap lembut kepala Leo.Leo menggeleng.

"Tak bolehlah macam ni.Kan Leo tengah sakit ni,"kata Jio,masih melakonkan wataknya dengan baik sekali.

"Leo takut kena cucuk,"kata Leo,pura-pura hendak menangis.Hyo Joo semakin risau.

"Tak kena cucuklah,Leo.Leo ikut hyung pergi klinik ye?"pujuk Hyo Joo pula.

"Tak nak!"balas Leo.Hyo Joo panik.Jio menyembunyikan senyumannya.Wah,hebatnya Leo!

"Habis tu,Leo nak apa?"soal Hyo Joo.

"Cikgu ikut saya pergi makan boleh?Mungkin kalau dah makan,perut saya okey kot,"kata Leo.

"Em..."Hyo Joo serba-salah.

"Hyo Joo,awak tak payahlah susah-susah.Biar saya je yang bawa Leo pergi makan.Awak mesti dah penat kan?"kata Jio,berlagak biasa.Hyo Joo menggeleng.

 

"Tak apa.Biar saya ikut.Kesian Leo,"kata Hyo Joo sambil memandang simpati ke arah Leo.Hyo Joo kemudiannya mengambil tempat di sisi Leo.Jio menutupkan pintu keretanya.Dalam hati,dia bersorak gembira.

 

Leo makan dengan penuh berselera sambil diperhatikan oleh Jio dan Hyo Joo.Hyo Joo tersenyum lega melihat keadaan Leo yang semakin baik itu.

"Leo lapar rupanya,"kata Hyo Joo,sambil mengusap lembut kepala Leo.Jio memandang Leo dengan pandangan menyampah.'Ish,balik-balik kepala dia je yang diusap,'bisik hatinya.Jio menghirup jus orennya."Awak tak kena balik kerja ke,Jio?"soal Hyo Joo.Jio terkejut apabila ditegur oleh Hyo Joo.Hampir tersedak Jio dibuatnya.Hyo Joo terkejut melihat Jio yang hampir tersedak itu.

"Jio,awak ok?"soal Hyo Joo,risau.Jio mengangkat tangannya,tanda dia tidak apa-apa."Miane,saya dah buat awak terkejut,"ucap Hyo Joo.Jio menggeleng.

"Tak adalah.Saya yang gelojoh,"kata Jio.Leo tersenyum ke arah Jio sambil membuat isyarat bagus.Jio menjeling ke arahnya.

"Apa awak tanya tadi?"soal Jio pula.

"Saya tanya tadi...awak tak balik office ke?"soal Hyo Joo,mengulangi soalannya.

"Tak kot.Leo kan sakit tadi.Jadi,mesti appa faham kalau saya tak masuk office hari ni,"balas Jio.Hyo Joo tersenyum.

"Awak ni...sayang juga kat adik awak ni ya.Muka je nampak garang,tapi sebenarnya baik,"kata Hyo Joo,berterus-terang.Jio tertawa kecil.Garang?

"Saya ni nampak garang sangat ke?"soal Jio.Hyo Joo tersenyum.

"Garang.Takkan awak tak ingat yang awak pernah marah,tengking-tengking saya waktu first time jumpa dulu?"kata Hyo Joo,cuba mengingatkan Jio pada peristiwa yang lalu.Jio menahan malu.

"O...Saya rasa awak salah orang.Mungkin pelanduk dua serupa kot,"dalih Jio.Hyo Joo tertawa.

"Tak payahlah.Tak perlu nak berdalih dengan saya,"kata Hyo Joo.Jio tersenyum.Masih berlagak macho.

"Em...Hyo Joo,saya nak tanya sesuatu ni,"kata Jio.

"Apa?"

"Em,awak rasa...kalau saya bermisai macam ni...okey tak?"soal Jio,ragu-ragu.Hyo Joo memerhati wajah Jio sambil berfikir.

"Saya tak ada masalah pun dengan muka awak.Kenapa?"soal Hyo Joo kembali.Jio berdehem beberapa kali.

"Saja tanya..."balas Jio sebelum meneguk jusnya."Leo dah habis makan ke?"Jio mengalihkan perhatiannya kepada Leo.

"Dah lama dah.Hyung je yang leka bersembang dengan cikgu,"kata Leo,selamba.Hyo Joo tertawa kecil mendengar jawapan Leo itu.

"Yela,yela,"balas Jio pula.

 

 

Jio tertanya-tanya sendiri apabila melihat sebuah kereta berwarna putih terparkir di hadapan pintu pagar tadika Leo.Hyo Joo menoleh ke arah kereta itu sambil tersenyum.Kemudian,perlahan-lahan dia keluar dari kereta Jio dan menuju ke arah kereta putih itu.

"Seulong!"panggil Hyo Joo apabila melihat Seulong sedang duduk di bangku berhampiran dengan pintu pagar tadika itu.Seulong menoleh ke arah Hyo Joo sambil tersenyum.

"Hyo Joo!"balas Seulong sambil berjalan ke arah Hyo Joo.

"Kenapa awak datang sini?"soal Hyo Joo.

"Saja.Kebetulan saya lalu sini tadi,jadi saya ingat nak singgah kejap bila ternampak skuter awak.Tapi awak tak ada pula.Awak pergi mana?Saya try call awak,tapi tak jawab,"kata Seulong.

"Oh...sorry.Saya pergi keluar dengan anak murid saya tadi.Tadi dia tak sihat,"jawab Hyo Joo.

"Atau ayah kepada anak murid awak yang tak sihat,"kata Seulong.

"Huh?"soal Hyo Joo.Dia menoleh ke belakang seperti yang dilihat oleh Seulong.Kelihatan Jio dan Leo sedang menuju ke arah mereka.Kemudian,mereka berdiri di sebelah Hyo Joo.

"Oh,lupa pula.Kenalkan...ni Jio..dan yang comel ni,Leo,"kata Hyo Joo.Seulong menghulurkan tangannya.

"Seulong,"kata Seulong.Jio menyambut tangan Seulong.

"Jio,"kata Jio,ringkas.Kemudian,tangannya dilepaskan.Seulong tersenyum ke arah Leo.Leo menundukkan sedikit badannya.

"Apa khabar,ahjussi?"ucap Leo,hormat.Jio menahan diri dari ketawa.Hahahaha,ahjussi!Hatinya ketawa sendiri.Good work,Leo!

"Baik,"jawab Seulong.Seulong kemudiannya memandang ke arah Jio.

"Comellah anak awak,"puji Seulong.Jio tersenyum.Hyo Joo pula tertawa.Seulong pelik.

"Wae?"soal Seulong.

"Saya adik Jio hyung la sebenarnya,"jawab Leo.Seulong terkejut.Adik?

"Adik angkat.Leo ni adik angkat Jio,"jawab Hyo Joo pula.Seulong akhirnya tertawa.

"Miane.Saya tak tahu,"akui Seulong.Jio sekadar mengangkat tangannya.

"Awak ni,boyfriend Hyo Joo ke?"soal Jio.Hyo Joo terkejut.

"Em,kawan.Dia kawan saya,"kelam-kabut Hyo Joo menjawab soalan Jio.Seulong terkejut dengan tindakan Hyo Joo.

"Em,ya.Saya kawan dia.Tapi,mungkin tak lama lagi,status hubungan kami akan bertukar,"kata Seulong,terang-terang.Mata Hyo Joo terbuka luas saat mendengar kata-kata Seulong itu.Begitu juga dengan Jio.Namun,Seulong ketawa tidak lama selepas itu.

"Just kidding!"katanya sambil ketawa.Hyo Joo turut ketawa apabila mendengar gurauan Seulong itu.Namun,hati Jio masih tidak senang dengan gurauan Seulong itu.

"Em,saya dengan Leo balik dululah,Hyo Joo,"kata Jio.Hyo Joo menoleh ke arahnya.

"Em...terima kasih dan maaf sebab susahkan awak hari ni,"kata Jio lagi.

"Eh,tak apa.Memang tugas saya kan.Leo lepas ni jaga makan tau.Jangan buat-buat tak kisah pasal makan ni.Nanti sakit perut macam tadi,baru tahu,"pesan Hyo Joo.Leo angguk.

"Arasso.Terima kasih,cikgu,"ucap Leo.Hyo Joo tersenyum.

"Balik dulu,"kata Jio lalu menarik tangan Leo.

"Jio ah,"panggil Hyo Joo.Hati Jio kembang apabila mendengar panggilan Hyo Joo itu.Jio menoleh ke arah Hyo Joo.

"Hati-hati,"pesan Hyo Joo.Jio tersenyum nipis.

"Jom,Leo,"ajak Jio.Leo sekadar menurutinya.

 

"Wah,baiknya awak dengan Leo tu ya.Mesti dia favourite student awak,"kata Seulong.Hyo Joo tersenyum.

"Em,tak adalah.Saya sayang semua anak murid saya dengan sama rata,"balas Hyo Joo.

"Tapi,mesti Leo tu up sikitkan dari yang lain?"teka Seulong.

"Maybe..."balas Hyo Joo sambil tertawa.Seulong turut tertawa.

"Saya harap..bukan disebabkan oleh abang dia,"kata Seulong lagi.

"Ish,tak adalah.Mengarut jelah awak ni,"kata Hyo Joo.Seulong mengukir senyuman lega.Harap-harap betullah...

 

 

 

Jio tidak senang duduk apabila memikirkan kembali kejadian petang tadi.

 

"Em,ya.Saya kawan dia.Tapi,mungkin tak lama lagi,status hubungan kami akan bertukar,"

 

Kata-kata Seulong itu benar-benar menghantuinya ketika ini.Jio bangun dari katilnya.Kemudian,dia menuju ke arah cermin lalu meraba-raba wajahnya.

 

"Saya tak ada masalah pun dengan muka awak.Kenapa?"

 

Jio melepaskan keluhan berat.Apakah wajahnya menjadi taruhan sekiranya ingin menarik perhatian Hyo Joo terhadapnya?Lee Joon juga menyarankan begitu.Jio mengeluh.Jio kemudiannya memandang semula ke arah cermin.

"Appa!"

 

"Apa?Kamu nak bercuti dari hantar Leo selama 2 minggu?"soal Tuan Jung,terkejut dengan keputusan anak lelakinya itu.Jio angguk.

"Kenapa?"soalnya lagi.

"Jio...cuma nak fokus dekat kerja,appa.Appa pun nak Jio macam tu kan?"soal Jio.Tuan Jung termenung sejenak,memikirkan keputusan anaknya.

"Tapi...kenapa tiba-tiba je?"soal Tuan Jung.Jio merenung lantai.

"Tak tahu.Cuma...terasa macam tu.Tak tahu sebab dia.Tak apalah,appa.Kalau tak boleh pun,seminggu pun jadilah,"pujuk Jio.Tuan Jung terdiam lagi.Lama dia merenung ke arah Jio.

"Okey.Appa tak nak masuk campur hal kamu.Tapi,pastikan prestasi kamu meningkat.Appa izinkan.Untuk 2 minggu ni,tugas kamu akan diambil alih sementara oleh Ki Tae,"kata Tuan Jung yang akhirnya memberikan kata putus.Jio tersenyum.

"Kamsahamida,appa,"ucap Jio.Kini,rancangannya berhasil!

 

 

To be continued...

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!