Chapter 21

I'm Falling in Love with You

 

Hyo Joo mengikat rambutnya sambil menyanyi perlahan.Dia ingin mengambil getah rambut berwarna merah jambu di atas meja namun matanya terpandang pada riben putih yang dihadiahi Jio dua hari yang lalu.Jantungnya berdegup kencang apabila mengingatkan kembali peristiwa dua hari lepas.

 

 

Chuahae...

 

 

Hyo Joo menelan air liur.Dia mengambil riben putih itu lalu disimpannya di dalam kotak berbentuk hati.Dia mengukir senyuman manis apabila terpandang klip rambut berbentuk riben yang turut disimpan di dalam kotak itu.Dua barang itu disimpan rapi.Barang yang paling berharga dalam hidupnya.Kotak itu kemudiannya disimpan di dalam laci meja soleknya.Hyo Joo melihat penampilannya pada cermin untuk seketika.

 

"Okey,dah siap!"katanya,sambil tersenyum.

 

Hyo Joo mengambil bekas cat dari dalam bilik stor sambil dibantu oleh rakan-rakan sejawatnya.Hari ini,sekolah mereka mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.Hyo Joo ditugaskan untuk mengecat di beberapa bahagian dinding sekolah untuk mencantikkan lagi sekolah tersebut.Pelajar-pelajar juga sudah dibahagikan tugas masing-masing termasuk Leo.

 

"Aku kat belakang tau.Kalau ada apa-apa,bagitahu aku ekh,"pesan Hyo Joo kepada Ji Eun..

"Okey.Elok-elok buat kerja tu.Jangan diconteng pula dinding tu,"balas Ji Eun.Hyo Joo tertawa kecil.

"Okey!"kata Hyo Joo sambil membuat isyarat 'peace'.

 

Hyo Joo kusyuk mengecat dinding sekolah sambil mendengar pemain iPod.Lukisan mural yang terdapat pada dinding itu turut diwarnakannya dengan rapi.Tiba-tiba,kelihatan seseorang turut berdiri di sebelahnya sambil mengecat dinding tersebut.Hyo Joo yang menyedari kedatangan orang itu sekadar mengukir senyuman sebelum menyambung semula kerjanya.Namun,senyumannya tidak lama apabila dia menoleh semula ke arah orang itu.Berus cat yang dipegangnya turut terlepas.

 

"Jio!"Hyo Joo terkejut dengan kedatangan Jio yang tiba-tiba itu.Jio sekadar menoleh ke arahnya sebelum menyambung semula kerjanya.Hyo Joo memegang tangan Jio yang sedang memegang berus cat itu.Jio terkejut dengan tindakan Hyo Joo itu.

"Eh,kenapa ni?"soal Jio.

"Apa awak buat kat sini?"soal Hyo Joo.Jio mempamerkan wajah tidak bersalah.

"Saja.Nak sumbangkan masa dan tenaga kat sini,"jawab Jio,selamba.

"Tapi...saya tak pernah cakap pun kat awak pasal ni..."Hyo Joo terdiam seketika.Jio sekadar menanti kata-kata Hyo Joo.Hyo Joo kemudiannya melepaskan keluhan berat.

"Mesti Leo bagitahu awak kan?"soal Hyo Joo.Jio tertawa.

"Ala,tak kisahlah.Tapi,memandangkan saya pun dah selamat ada kat sini,apa kata awak biar je saya tolong awak kat sini?"pinta Jio.

 

"Tapi kami tak perlukan bantuan dari orang luar.Lagipun sekolah ni bukannya besar mana pun sampai nak minta tolong dari orang lain,"kata Hyo Joo.Matanya liat melihat keadaan sekeliling,bimbang kehadiran Jio dihidu oleh pihak atasan.

"Awak baliklah,Jio,"kata Hyo Joo.Jio memasamkan wajahnya.

"Ala...bolehlah.Saya boringla kat rumah.Takkan nak tolong pun tak boleh?Awak saja kan tak nak bagi saya buat benda baik,"kata Jio,sambil menjeling ke arah Hyo Joo.Mulut Hyo Joo terbuka apabila mendengar kata-kata Jio itu.

"So,awak nak cakap saya ni jahat pula?"soal Hyo Joo pula.Kening Jio terangkat sebelah.Hyo Joo pula sudah memuncungkan mulutnya.

"Cikgu!"Kedengaran seorang murid memanggil Hyo Joo.Hyo Joo menoleh ke arahnya.

"Ya?"soal Hyo Joo,berlagak biasa.

"Cikgu Ji Eun panggil,"kata murid itu.

"Oh,okey.Terima kasih,"ucap Hyo Joo sambil tersenyum.

"Hah,biar saya tolong awak catkan dinding ni.Awak pergilah tolong kawan awak tu ye,"kata Jio.Hyo Joo memandangnya dengan pandangan tajam.Jio pula tertawa.

"Cat elok-elok.Jangan selekeh sangat pula,"pesan Hyo Joo,mengalah.Jio membuat isyarat tabik seperti seorang tentera.

"Baik!"kata Jio.Hyo Joo tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

 

 

"Hyo Joo,biarlah saya je yang tolong catkan kat atas tu.Bahayalah!"tegah Jio,risau melihat Hyo Joo yang sedang cuba mengecat permukaan dinding yang sedikit tinggi dari sebelumnya.Hyo Joo cuba mengimbangkan badannya di atas bangku.Jio pula cemas melihat Hyo Joo yang berdegil mahu melakukannya.Ish,jatuh nanti baru tau!Hatinya berbisik.Dugaannya tepat apabila melihat bangku yang digunakan oleh Hyo Joo untuk berdiri itu mulai bergoyang.

 

"Ahhh...!!!!"Hyo Joo terjatuh namun sempat disambut oleh Jio.Jio menahan kesakitan apabila tubuh Hyo Joo menghempap tubuhnya.Jio melihat Hyo Joo yang masih berada di atas tubuhnya itu.

"Awak okey tak?"soal Jio.Hyo Joo sekadar angguk perlahan.Jio mengukir senyuman nipis.

"Kan saya dah cakap,biar saya yang buatkan.Tengok...degil lagi,"kata Jio.Hyo Joo diam.

"Miane..."kata Hyo Joo,perlahan.Jio tersenyum.

"Baguslah awak tak apa-apa,"kata Jio.Hyo Joo tersenyum nipis.Senyumannya mengendur apabila merasakan pipinya dicium oleh Jio.Dia memandang ke arah Jio.

"Ni akibatnya kalau tak dengar cakap saya tadi,"kata Jio.Hyo Joo segera bangun namun terjatuh semula.Jio yang melihat keadaan Hyo Joo itu segera mendekati ke arahnya.

"Awak okey tak?"soal Jio.Hyo Joo tidak menjawab.Dia sekadar mengaduh kesakitan.Jio menyentuh kaki Hyo Joo.Kedengaran Hyo Joo mengaduh sakit.

"Saya buka kasut awak ye?"pinta Jio.Hyo Joo angguk.Mata Jio terbuka luas apabila melihat ada kesan lebam pada kaki Hyo Joo.

"Saya bawa awak ke klinik okey?"soal Jio.

"Eh,tak apa.Sikit je ni.Nanti baiklah tu.Biar saya duduk kat office je,"balas Hyo Joo.Jio tidak mendengar kata-kata Hyo Joo itu.Dia segera mendukung Hyo Joo dan menuju ke arah keretanya.Muka Hyo Joo merah,menahan malu.Lebih malu lagi apabila mereka menjadi perhatian rakan-rakannya serta anak-anak muridnya.

"Hyo Joo cedera.Biar saya bawa dia ke klinik,"kata Jio kepada Ji Eun apabila disoal oleh wanita itu.Ji Eun angguk namun sempat mengukir senyuman nakal terhadap Hyo Joo.Hyo Joo menunjukkan buku lima terhadap Ji Eun.Ji Eun menahan tawanya.

 

Hyo Joo melihat kaki kanannya yang berbalut itu.Doktor sudah memberikan surat cuti selama seminggu kepadanya.

"Tulah,kalau awak dengar cakap saya tadi,mesti tak sakit macam ni,"kata Jio.Hyo Joo memuncungkan mulutnya.

"Sorry..."ucap Hyo Joo.Rasa bersalah dengan kedegilannya sebentar tadi.

"Saya hantar awak balik rumah okey?"cadang Jio.

"Tapi..."

"Tak apa,kalau awak tak kisah,saya boleh habiskan kerja tu untuk awak.Lagipun dah nak siapkan,"kata Jio,sambil tersenyum.Perlahan-lahan,Hyo Joo mengukir senyuman nipis.

"Saya minta maaf,Jio.Saya dah banyak susahkan awak hari ni,"kata Hyo Joo.

"Tak apalah.Saya tak kisah pun,"balas Jio sambil menoleh ke arah Hyo Joo.

"Cuma lain kali,awak kena jaga diri tu baik-baik.Jangan buat sesuatu yang membahayakan diri awak lagi.Arasso?"pesan Jio,persis seorang ayah.Hyo Joo angguk perlahan.Namun,dia ketawa tidak lama selepas itu.

"Kenapa gelak pula ni?"soal Jio.

"Awaklah..."kata Hyo Joo,masih ketawa.

"Saya?Kenapa?Ada cat kat muka saya ke?"soal Jio sambil meraba-raba wajahnya.Hyo Joo menggeleng.

"Tak...cuma...awak ni comellah..."kata Hyo Joo.

"Comel?Bukan handsome ke?"soal Jio.Hyo Joo mencebik.Tak habis-habis dengan perasan dia tu...

"Awak membebel tadi tak ubah macam bapak orang.Tu je yang comel...yang lain tak ada maknanya,"balas Hyo Joo.Tiba-tiba,Jio menyentuh tangannya.

"Apa-apapun,saya anggapnya sebagai satu pujian.Kamsahamida,"ucap Jio.Hyo Joo tersenyum.

 

 

Jio mendukung Hyo Joo menuju ke rumah wanita itu walaupun sudah berkali-kali ditegah oleh Hyo Joo.Langkah Jio terhenti apabila melihat Seulong sedang berdiri di hadapan pintu rumah Hyo Joo.Hyo Joo yang sedang didukung oleh Jio itu berasa kaget di hadapan Seulong.

 

"Hyo Joo,kenapa dengan awak ni?"soal Seulong,cemas melihat kaki kanan Hyo Joo yang berbalut itu.

"Em,tak ada apa-apa.Terjatuh je,"balas Hyo Joo.

"Jio,awak turunkan saya boleh?Saya nak bukakan pintu,"kata Hyo Joo.

"Eh,tak apa.Biar saya bukakan pintu.Awak bagi kunci awak kat saya,"kata Seulong.Hyo Joo menghulurkan kunci rumahnya kepada Seulong.

"Tae Yeon tak ada kat rumah ke?"soal Jio.

"Dia ada hal kat luar,"jawab Hyo Joo.

"Masuklah,"kata Seulong,selepas membukakan pintu rumah Hyo Joo.

"Gomawo,"ucap Jio.Seulong sekadar tersenyum sebaris.Jio melangkah masuk ke dalam rumah lalu perlahan-lahan meletakkan Hyo Joo di atas sofa.

"Terima kasih,Jio.Susahkan awak je,"kata Hyo Joo.Jio tersenyum.

"No problem,"balas Jio.

"Em,saya pergi dulu.Rasanya...Seulong macam ada benda nak cakap dengan awak tu,"kata Jio.

"Hati-hati ya,"pesan Hyo Joo.Jio angguk sebelum beredar dari situ.

"Tolong tengokkan Hyo Joo,"pesan Jio apabila bertembung dengan Seulong di muka pintu.Seulong tersenyum nipis.

"Terima kasih sebab tolong bawakan Hyo Joo ke klinik,"kata Seulong pula.Jio tidak membalas apa-apa.

"Tapi,lepas ni...kau tak perlu buat semua ni lagi,"kata Seulong lagi.Jio tidak menoleh ke arah Seulong.Seulong kemudiannya melangkah masuk ke dalam rumah Hyo Joo.Jio menggenggam tangannya,menahan geram.Dia segera beredar dari situ.

 

"Macam mana awak boleh jatuh ni?"soal Seulong.Hyo Joo tersengih.

"Biasalah,kalau berlagak hebat sangat ni...nilah padahnya,"balas Hyo Joo.Seulong tersenyum.

"Lepas ni,jangan pandai-pandai berlagak hebat,"kata Seulong.

"Awak dapat cuti berapa lama ni?"soal Seulong.

"Seminggu je. Jio dah cuba pujuk doktor bagi cuti lama sikit tadi.Padahal tak adalah teruk sangat sakitnya.Dia tu memang menggelabahlah,"kata Hyo Joo,sambil ketawa.Seulong sekadar tersenyum.

"Dia tu selalu ada dengan awak kan?"soal Seulong.Hyo Joo angguk.

"A'ah.Menyibuk je memanjang,"kata Hyo Joo.Seulong menatap wajah Hyo Joo.Hyo Joo kelihatan sangat gembira apabila bercakap mengenai lelaki bernama Jio.Hyo Joo menyedari pandangan Seulong terhadapnya.

"Kenapa Seulong?"soal Hyo Joo.

"Tak ada apa-apa.Saja...rindu kat awak,"balas Seulong.Hyo Joo tersenyum malu.Seulong kemudiannya terbatuk.

"Awak batuk lagi?"soal Hyo Joo.

"Sikit je,"balas Seulong.

"Tapi,sejak dari hari tu lagi kan awak batuk.Awak tak makan ubat ke?"soal Hyo Joo lagi.

"Malaslah.Nanti dia okeylah,"kata Seulong.

"Betul ni awak cuma batuk biasa je?"soal Hyo Joo,pinta kepastian.Seulong angguk.Hyo Joo tidak menyoal lagi walaupun hatinya masih belum puas dengan kenyataan Seulong itu.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!