Chapter 33

I'm Falling in Love with You

 

Lee Joon membaringkan dirinya di atas katil selepas sahaja pulang dari pejabatnya.Dia kemudiannya merenung ke arah siling biliknya sambil memikirkan sesuatu.Hari ini,dia berjaya melihat Bora dari jauh lagi semata-mata mahu mengubat rasa rindu yang kian menebal terhadap gadis itu.Jika diikutkan hati,mahu sahaja dia mendekati gadis itu dan memeluknya.Namun,dia yakin bahawa Bora pasti amat membencinya kini.Pasti gadis itu tidak lagi mahu berjumpa dengannya.Lee Joon menghela nafas panjang.Dia tahu apa yang dilakukannya ini betul,namun semua ini adalah untuk mendapatkan semula hak keluarga Jung yang telah dirampas oleh keluarganya sendiri.

 

 

Imbas kembali: 

 

 

"Kalau kau berani tikam kami berdua dari belakang,kami tak teragak-agak untuk terus menyeksa keluarga Jung dengan lebih teruk.Tapi...kalau kau tak kisah Bora diapa-apakan,kami lagi tak kisah,"kata Tuan Lee sambil memandang tajam ke arahnya sebaik sahaja bersetuju dengan cadangan Krystal untuk menyerahkan syarikat Jung kepada Lee Joon,walaupun lelaki itu tidak pernah sesekali berpihak kepada mereka.Lee Joon diam,menahan geram.

"Lagipun,kalau kau dapat uruskan syarikat ni dengan baik...mungkin Jio akan maafkan kau walaupun dia tahu kau dah khianati dia dari belakang.Tapi...itu andaian aku sahaja.Aku tak berani jamin seratus peratus,"kata Tuan Lee lagi.Krystal yang turut berada di situ hanya mendiamkan diri,sambil bersedia sekiranya Lee Joon akan melakukan sesuatu di luar jangkaan.

"Apakah ni taktik baru kau lagi?Kau tak takut ke kalau aku akan jatuhkan kau dengan taktik kau ni?"soal Lee Joon,sambil mengukir senyuman sinis.

"Aku takkan buat sesuatu yang bodoh,Lee Joon.Kau tak perlu risau.Sebab,setiap gerak geri kau akan aku perhatikan.Sekali kau langgar perjanjian kita,aku takkan teragak-agak untuk memburukkan lagi keadaan keluarga kawan baik kau yang sememangnya dah kacau bilau ni,"kata Tuan Lee.

"Kau boleh pergi sekarang,"kata Tuan Lee tanpa menoleh ke arah Lee Joon.Lee Joon sekadar menurut tanpa melawan.

"Ingat Lee Joon!Tindakan kau...akan menentukan nasib keluarga Jung!"kata Tuan Lee lagi sebelum Lee Joon keluar dari biliknya.Lee Joon menggigit bibirnya,menahan rasa amarah yang semakin membara terhadap ayahnya itu.

 

 

 

Lee Joon meraup wajahnya.Dia yakin,semua ini adalah taktik kotor ayah dan adik perempuannya sendiri.Dia juga pasti Tuan Lee dan Krystal tidak pernah mempercayainya seratus peratus untuk menguruskan syarikat Jung seorang diri.Kalau tidak,masakan nasib keluarga Jung akan dijadikan taruhan sekiranya dia melakukan sesuatu tindakan yang kurang bijak.Lee Joon menghela nafas panjang.

 

"Miane,Jio.Aku...tak bermaksud nak buat macam ni dekat kau.Tapi,aku terpaksa.Aku terpaksa demi nasib kau dan keluarga kau.Aku tak nak keluarga kau makin terseksa dengan apa yang keluarga aku dah buat..."Lee Joon mengalirkan air mata.Dia benar-benar malu untuk berhadapan dengan Jio dan keluarganya setelah apa yang Tuan Lee dan Krystal telah lakukan.

"Aku memang tak layak berkawan dengan kau,Jio.Keluarga aku dah hancurkan kebahagiaan keluarga kau...miane..."katanya lagi.Lee Joon menangis.Dia benar-benar kecewa apa yang sudah berlaku waktu itu.Apatah lagi,persahabatannya yang sudah lama terjalin dengan Jio juga musnah begitu sahaja hanya kerana sikap tamak daripada keluarganya sendiri!

 

"Saya dah balik!"jerit Gi Kwang,sambil  melangkah masuk ke dalam rumahnya.Dia segera melangkah ke arah bilik abangnya sebaik sahaja sudah berada di dalam rumah.Gi Kwang terkejut apabila mendapati Jio tidak berada di dalam bilik itu.

"Hyung?"Gi Kwang cuba mencari abangnya di dalam bilik air namun tidak dijumpainya.Gi Kwang mulai bimbang.Dia bimbang sekiranya Jio melakukan sesuatu yang kurang bijak memandangkan keadaannya yang berlainan dari biasa itu.Gi Kwang segera melangkah keluar dari rumah itu sambil cuba menghubungi adik perempuannya.

"Oppa hilang?"Bora terkejut apabila diberitahu oleh Gi Kwang perihal kehilangan Jio.

"Bora ada nampak tak hyung kat mana-mana?"soal Gi Kwang,sambil melindungi wajahnya dengan topi,bimbang dikenali oleh orang lain.

"Bora tak tahu.Oppa kat mana sekarang ni?Biar Bora temankan oppa cari Jio oppa sama-sama?"soal Bora.Namun,pertanyaannya tidak dijawab oleh Gi Kwang.

"Oppa?Oppa?"Bora bimbang.

"Oppa?!"

"Jio hyung?!"Bora terkejut apabila terdengar suara Gi Kwang yang kedengaran terkejut di dalam talian.

 

Gi Kwang segera mendekati ke arah Jio yang sedang berdiri di hadapannya.Wajah Jio kini tidak lagi kusut seperti sebelum ini.Penampilannya juga kemas walaupun mungkin tidak sehebat ketika masih bergelar Tuan Muda sewaktu ketika dahulu.

"Jio hyung?"Gi Kwang masih tertanya-tanya dengan perubahan drastik abangnya itu.Seingatnya,Jio masih dalam keadaan tidak teratur sewaktu ditinggalkan oleh Gi Kwang pagi tadi.Gi Kwang meraba-raba wajah abangnya itu.

"Hyung?"

"Ish,apa raba-raba muka orang ni?Rimaslah!"Jio segera melepaskan tangan Gi Kwang yang masih menyentuh wajahnya ketika itu.Gi Kwang tersenyum lebar apabila mendengar Jio mulai bersuara setelah sekian lama.Pantas sahaja dia memeluk abangnya itu.

"Hyung!!!"jerit Gi Kwang,sambil memeluk erat Jio.Jio terkejut.Namun,dia mengukir senyuman manis selepas itu.Pelukan adiknya itu dibalas.

"Ish,apa peluk-peluk ni?Lepaslah!Tak malu ke orang lain tengok?"kata Jio sambil melepaskan pelukan Gi Kwang.Gi Kwang tersengih.

"Dahlah.Jom balik.Kau ada beli apa-apa tak?Hyung dah lapar ni,"soal Jio sambil meletakkan tangan di atas perutnya.Gi Kwang mengangguk laju.

"Great!"Jio tersenyum lebar.

 

 

"Leo tunggu cikgu kat luar kejap,ya?"sola Hyo Joo,sambil tersenyum manis ke arah Leo.Leo angguk.Hyo Joo kemudiannya melangkah masuk ke dalam bilik guru untuk menyelesaikan beberapa perkara sebelum pulang ke rumah.

"Okey,Leo.Jom balik,"ajak Hyo Joo,selepas beberapa minit menyelesaikan kerjanya di dalam bilik guru.Namun,Leo tidak kelihatan di situ.Hyo Joo cuba mencari di taman tadika itu.Pencariannya berakhir apabila melihat Leo sedang duduk di atas bangku yang terletak di dalam taman itu.Hyo Joo ingin mendekati ke arah Leo namun langkahnya terhenti apabila matanya terpandang kepada seseorang yang sedang duduk di sebelah Leo.

 

"Leo tak buat nakallah kat rumah cikgu.Leo selalu tolong buat kerja rumah.Bora Noona yang malas,"kata Leo ,ceria.Jio yang mendengar turut tersenyum.

"Leo sukakan duduk dengan cikgu?"soal Jio.Leo angguk tanpa berfikir panjang.

"Tapi,kenapa hyung dengan Gi Kwang hyung tak duduk sekali?Susahlah nak jumpa dengan hyung,"kata Leo sambil menjilat ais krim yang kian cair itu.Jio mengukir senyuman nipis.Rambut kanak-kanak itu diusapnya lembut.

"Leo...rindukan hyung ke?"soal Jio.Perlahan-lahan,Leo angguk.

"Mestilah.Dah lama tak rasa hyung hantar Leo pergi sekolah macam dulu,"kata Leo.Perlahan-lahan,Jio mengenggam tangan adik lelakinya itu.

"Hyung janji...kita akan duduk sama-sama macam dulu lagi.Cuma,hyung harap Leo boleh tunggu sikit je lagi,okey?"soal Jio.Leo tersenyum.

"Arasso,"kata Leo sambil mengalihkan pandangannya ke arah Hyo Joo yang berdiri tidak jauh dari tempat mereka berdua berbual.

"Cikgu!"jerit Leo,sambil melambai ke arah wanita itu.Jio menoleh ke arah Hyo Joo.Perlahan-lahan,Hyo Joo mendekati ke arah mereka berdua.

"Ee..apa makan comot-comot ni?"soal Hyo Joo sambil mengelap mulut Leo yang comot itu dengan tisu.Jio sekadar melihat ke arah Hyo Joo.

"Cikgu,saya nak pergi toilet kejap,"kata Leo,segera beredar dari situ.Seolah-olah mahu memberi ruang kepada Jio dan Hyo Joo untuk berbual seketika.

"Terima kasih sebab tolong tengokkan Leo dengan baik,Hyo Joo,"ucap Jio,lembut.Hyo Joo menoleh ke arahnya.Sungguh dia amat merindui untuk mendengar suara lelaki itu setelah sekian lama.Hyo Joo menggeleng.Dia masih kaget untuk bersuara.Mungkin terkejut dengan kehadiran Jio di situ.Jio menarik tangan Hyo Joo untuk duduk di sisinya.Tangan wanita itu masih digenggam kemas.

"Saya...minta maaf sebab saya dah kecewakan awak selama ni.Saya tahu...saya tak patut berkelakuan macam tu.Maafkan saya,Hyo Joo,"kata Jio,lemah.Hyo Joo masih membisu.

"Awak...tak nak maafkan saya,ya?"soal Jio,sedikit hampa.Kemudian,tangan wanita itu dilepaskannya.

"Saya tak nak paksa...Mungkin awak perlukan masa untuk bercakap dengan saya atas apa yang saya dah buat kat awak sebelum ni.Saya tak kisah.Saya boleh tunggu awak..."kata Jio,sebelum mulai beredar dari situ.Namun,langkahnya terhenti apabila tangannya dipegang oleh Hyo Joo.Jio menoleh ke arahnya.Jio terkejut apabila Hyo Joo memeluknya sebaik sahaja dia menoleh ke arah wanita itu.

"Saya rindukan awak..."ucap Hyo Joo,dalam sebak.Jio terkejut.

"Saya...rindukan awak,Jio,"ucap Hyo Joo lagi.Jio tersenyum nipis.Perlahan-lahan,dia membalas pelukan wanita itu.

"Miane..."balas Jio.Dia tahu wanita itu pasti terseksa dengan sikapnya sebelum ini.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!