Chapter 42

I'm Falling in Love with You

"Amboi,unni...cantiknya!Nak pergi mana ni?"soal Tae Yeon apabila melihat Hyo Joo kelihatan lebih bergaya daripada biasa.Bora yang sedang duduk membaca buku itu turut memandang ke arahnya dengan pandangan nakal.

"Ala...nak pergi mana lagi kalau bukan jumpa arkitek yang baru balik dari Jeju-do tu,"balas Bora,sekaligus mengusik Hyo Joo.Tae Yeon ketawa.

"Ish,apa korang ni?Kalau betul pun,tak salah kan?Bukannya korang tak biasa tengok unni keluar dengan dia,"kata Hyo Joo,pura-pura marah.Tae Yeon mencebik.

"Siapa dia tu,unni?"soal Bora.

"Korang nak pesan apa-apa ke?Unni nak keluar dah ni,"kata Hyo Joo,tanpa mempedulikan soalan kedua-dua sahabat itu.Dia kemudiannya menyarungkan cincin pemberian Jio itu pada jari manisnya sambil tersenyum.

"Tengok tu.Senyum sorang-sorang.Eh,jampi apa yang Jio oppa dah baca kat unni aku sampai jadi macam tu hah,Bora?"soal Tae Yeon.Bora mengangkat bahunya,tanda tidak tahu untuk menjawab pertanyaan Tae Yeon itu.Hyo Joo melangkah ke arah pintu tanpa mempedulikan telatah Tae Yeon dan Bora yang tidak penat mengusik itu.

"Unni pergi dulu,"kata Hyo Joo sebelum beredar meninggalkan mereka berdua.Tae Yeon dan Bora sekadar ketawa,seronok dapat mengusik Hyo Joo.Bora kemudiannya menepuk bahu Tae Yeon.

"Yah,DongHae tak ajak kau keluar ke hujung minggu ni?"soal Bora.Tae Yeon mencebik.

"Untuk apa dia ajak aku keluar?Kau ingat aku dengan DongHae tu mabuk cinta macam unni dengan Jio oppa ke?"soal Tae Yeon.

"Aik,takkan masih berstatus kawan lagi?Aku tengok kau bukan main lagi dengan DongHae tu sekarang.Dulu,jual mahal sangat.Sekarang ni?Pantang nampak dia lalu je,tersengih sampai ke telinga,"usik Bora lagi.

"Dah dah.Kau tak payah nak mengarut.Hari ni aku nak lepak je kat rumah.Malas nak buang tenaga kat luar.Lagi pun hari ni kan ada Inkigayo.Aku nak tengok 2PM dengan MBLAQ perform hari ni,"kata Tae Yeon.Mata Bora terbuntang luas.

"2PM dengan MBLAQ?Eh,aku tak tahu pun diorang keluar lagu baru.Betul ke?"soal Bora,teruja.Tae Yeon sekadar angguk.Bora tersenyum lebar.

"Ah~!Tak sabar nak tengok Nichkhun oppa dengan Joon oppa!"jerit Bora.Tae Yeon membaling bantal ke arahnya.

"Joon oppa?Setakat tunjuk abs tu baik tak payah.Mir lagi best.Cute je,"balas Tae Yeon.

"Hyo Joo unni layan tak benda-benda macam ni?"soal Bora,ingin tahu.Tae Yeon angguk.

"Kalau kau nak tahu,dia tu peminat tegar G.O MBLAQ,"kata Tae Yeon.Matanya tidak lepas dari menonton televisyen.

"Ah~,sebab suara dia sedap ke?"soal Bora lagi.

"Tu satu.Satu lagi sebab muka G.O tu ada iras-iras macam muka Jio oppa sikit.Mana tak gila bayang dibuatnya,"balas Tae Yeon,sambil menukar saluran televisyen.Bora ketawa.

"Kenapa kau ketawa?"

"Mana tak Hyo Joo unni tergila-gila kat G.O tu.Oppa aku sendiri perasan muka dia macam G.O,"kata Bora.Tawanya masih bersisa.Tae Yeon turut tertawa.

"Gila perasan!"balas Tae Yeon.

 

 

Jio melihat jam tangannya.Em,lewat 10 minit lagilah ni!Hatinya berbisik.Jio melihat ke arah sekeliling.Mencari-cari kelibat Hyo Joo yang mungkin sedang bersembunyi di sebalik pokok seperti kali pertama keluar untuk menyambut hari lahirnya dahulu.Bibirnya tersenyum nipis apabila ternampak kelibat Hyo Joo di sebalik dinding bangunan.

"Dah lah tu.Saya dah nampak awak.Keluarlah!"jerit Jio.Perlahan-lahan,Hyo Joo menuruni anak tangga sambil membuat muka tidak bersalah,tanpa mempedulikan Jio yang sedang bercekak pinggang itu.

"Awak guna lagi taktik 10 minit awak tu,"kata Jio.

"Tau pun,"balas Hyo Joo,selamba.

"Tak tahu pula saya yang kat dunia ni ada peraturan teman wanita patut lewat 10 minit sebelum keluar date dengan teman lelaki.Mana awak dapat semua tu?"soal Jio.Hyo Joo meletakkan jari telunjuknya pada mulut Jio.Jio terkejut.

"Bisinglah awak ni.Jomlah,"ajak Hyo Joo sambil menarik tangan Jio.

"Nak pergi mana ni?"soal Jio,terpinga-pinga.Hyo Joo sekadar tersenyum sumbing.

 

"Jeongmal?Bukan awak takut ke dengan hantu?"soal Jio,terkejut dengan ajakan Hyo Joo itu.Hyo Joo angguk.

"Ala,tengok cerita je pun.Bukannya hantu tu nak keluar dari skrin pun,"balas Hyo Joo,selamba.

"Cerita ni seramlah,"kata Jio,perlahan.

"Awak takut ke?Sejak bila awak takut dengan hantu ni?"usik Hyo Joo.Jio mengeluh.

"Arasso.Kita tengok siapa yang peluk siapa nanti,"balas Jio.Hyo Joo sekadar membalasnya dengan senyuman.

 

"Jio,nak popcorn tu,"pinta Hyo Joo,manja.Jio angguk.

"Saya nak set A,"pesan Jio kepada lelaki di kaunter bayaran itu.

"Em,lebih baik kita beli yang besar kan?Bagi kami set B lah,"kata Hyo Joo,segera menukar pesanan.Lelaki itu kemudiannya menyebut harga setelah menyediakan pesanan Hyo Joo itu.

"Bayarlah,"kata Hyo Joo,selamba.

"Wah,mahalnya!"Jio sedikit terkejut dengan harga yang disebut oleh penjual itu.Riak wajah Hyo Joo berubah.

"Mahal ke?Serius awak tak nak belikan set B untuk saya?"soal Hyo Joo.Jio terdiam apabila melihat riak wajah Hyo Joo yang kelat itu.

"Tak jadilah.Batalkan pesanan saya tadi,okey?"kata Hyo Joo,merajuk.Jio terkejut.

"Yah,awak merajuk ke?"soal Jio,cemas.Hyo Joo membelakangkan tubuhnya daripada Jio.

"Awak jangan cancel pesanan tadi.Jangan cancel,arasso?!"arah Jio dengan tegas ke arah penjual itu.Penjual itu pantas mengangguk.Hyo Joo tersenyum nipis.

 

Hyo Joo mengesat air matanya yang masih bersisa itu.Jio sekadar tersenyum sumbing melihat telatah teman wanitanya itu.Entah mengapa,hari ini dia berkelakuan sedikit berbeza daripada sebelumnya.Namun,Jio malas mahu mengambil tahu.Mungkin kerana Hyo Joo begitu teruja keluar dengannya setelah hampir 3 bulan tidak berjumpa.

"Tulah,saya dah cakap cerita dia seram,awak tak nak dengar,"kata Jio.

"Mana ada nangis.Ni tindakan reflekslah,"balas Hyo Joo,enggan mengalah.Jio mencebik.

"Eleh,tindakan refleks konon.Mengaku jelah awak takut tadi,"balas Jio.Hyo Joo menjelirkan lidahnya.

Jio tersengih,geli hati dengan kelakuan Hyo Joo itu.Bahu wanita itu dipautnya.Hyo Joo memandang ke arahnya.Jio memandang ke arahnya.

"Lepas makan,kita naik kereta kabel nak?"soal Jio.

"Wow,bestnya!Jom!"akur Hyo Joo,begitu teruja.

 

 

Jio dan Hyo Joo saling berpegangan tangan sepanjang mereka berjalan-jalan di Menara Namsan.Mereka kemudiannya berhenti dahulu di sebuah restoran makanan laut sebelum meneruskan langkah mereka di Menara Namsan itu.Lagak mereka tak ubah seperti pasangan kekasih yang sedang asyik dilamun cinta.Sering sahaja tersenyum,ketawa,bergurau dan memandang dengan penuh makna antara satu sama lain.

“Wah,sedapnya!Dah lama tak makan makanan sedap macam ni,”kata Hyo Joo,girang apabila melihat makanan yang baru sahaja terhidang di atas meja itu.Jio turut tersenyum lebar.Dia kemudiannya cuba menyuapkan daging ikan yang dicubitnya ke dalam mulut namun dihalang oleh Hyo Joo.

“Kenapa?”soal Jio,sambil membulatkan matanya.

“Ah?”Hyo Joo meminta Jio untuk membuka mulutnya sambil mendekatkan daging ikan yang dicubitnya ke arah lelaki tersebut.Jio sedikit hairan dengan kelakuan Hyo Joo yang jarang sekali berlaku itu.

“Apa awak buat ni,Hyo Joo?”soal Jio.

“Ah!”

Jio akhirnya membuka mulutnya apabila Hyo Joo masih memaksa dirinya untuk menerima suapan daripadanya.Hyo Joo mengukir senyuman manis.

”Ah,comelnya!”puji Hyo Joo.Jio tertawa kecil.

”Sekarang awak pula suap saya,”kata Hyo Joo,selamba.

“Awak nak yang mana?”soal Jio.

“Yang tu,”kata Hyo Joo sambil menunjukkan ke arah udang goreng yang terletak di hadapan Jio itu.Jio akur pada permintaan Hyo Joo lalu menyuapkannya kepada Hyo Joo.

“Sedapnya!”Hyo Joo puas hati dengan suapan Jio itu.

”Okey,saya suapkan awak lagi,”kata Hyo Joo.

”Awak nak apa?”soalnya.

“Tak kisah.Awak suap je apa-apa,”jawab Jio.

“Nah,”kata Hyo Joo.Sebaik sahaja Jio mahu menerima suapannya,Hyo Joo mengalihkan sudu daripada mulut Jio sambil tertawa.

“Tak nak makanlah macam ni,”kata Jio,pura-pura merajuk.

“Ala,main-main je.Nah,”pujuk Hyo Joo sambil menghalakan sudu tersebut ke arah Jio.Jio tersenyum sambil menerima suapan daripada Hyo Joo itu.Hyo Joo ketawa kecil apabila melihat telatah Jio yang comel itu.

 

Mereka kemudiannya berjalan-jalan lagi sambil menikmati ais-krim yang baru sahaja dibeli tadi.Kali ini mereka mahu berjalan-jalan di Love Lock yang terletak berdekatan dengan Menara Namsan itu.

“Kita nak letak mangga pintu yang baru ke,Jio?”soal Hyo Joo sambil menoleh ke arah Jio.Jio juga menoleh ke arah Hyo Joo namun dia tertawa tidak lama selepas itu.Riak wajah Hyo Joo berubah.

”Kenapa?”soal Hyo Joo,kehairanan.

“Yah,awak memang sengaja makan comot kalau keluar dengan lelaki yang kacak macam saya ni ekh?”soal Jio.Hyo Joo terkejut.

“Comot ke?”soal Hyo Joo.Dia mahu mengelap kesan krim yang tercalit pada mulutnya dengan tangannya namun dihalang oleh Jio.

“Aish,mengalahkan budak-budak tadika lah awak ni,”kata Jio.Jio kemudiannya mencium bibir Hyo Joo.Hyo Joo terkejut dengan tindakan mengejut daripada Jio itu.Perbuatan mereka menjadi perhatian orang ramai namun langsung tidak diendahkan oleh Jio.Jio menjauhkan bibirnya dari Hyo Joo.

”Em,sekarang dah tak comot dah.Jom,kita pergi beli mangga pintu sekarang,”ajak Jio,selamba berbanding dengan Hyo Joo yang masih dalam keadaan terkejut itu.Jio segera menarik tangan Hyo Joo.

 

Hyo Joo membelek-belek beberapa mangga pintu yang berada di situ.Sesekali dia tersenyum apabila membaca tulisan yang tertera di mangga-mangga pintu tersebut.Pandangannya terpaku kepada mangga pintu yang berwarna merah jambu.Hatinya tersentuh apabila membaca tulisan yang tertera pada mangga pintu tersebut.Dia kemudiannya mengambil gambar mangga pintu tersebut.Bibirnya mengukir senyuman manis.

 

Saranghaeyo...Han Hyo Joo...

 

“Lama tunggu?”soal Jio,tercungap-cungap selepas berlari ke arahnya.Hyo Joo tersenyum ke arah lelaki itu.Jio kemudiannya menunjukkan mangga pintu berwarna putih yang baru sahaja dibelinya tadi.

”Awak tulislah,”kata Jio.

“Saya tulis?”soal Hyo Joo.Jio angguk.

"Tapi ni kan untuk kita berdua?”soal Hyo Joo lagi.

“Tak apa.Saya tahu ayat yang awak tulis nanti lagi sedap daripada saya buat,”kata Jio.Hyo Joo mencebik.Jio menyerahkan sebatang pen marker kepada Hyo Joo.Hyo Joo kemudiannya menulis sesuatu di atas mangga pintu tersebut sambil diperhatikan oleh Jio.Jio tersenyum lebar apabila membaca tulisan Hyo Joo itu.

“Dah siap.Awak pasanglah,”kata Hyo Joo sambil menghulurkan mangga pintu itu kepada Jio.Mereka tersenyum lebar apabila melihat mangga pintu milik mereka itu sudah dipasang di Love Lock itu.

 

Semoga cinta Jung Byung Hee dan Han Hyo Joo kekal selamanya…

Saranghaeyo…

 

Sebelum pulang,Jio dan Hyo Joo menikmati minum petang di sebuah kafe tidak jauh dari tempat perhentian bas untuk mereka pulang bersama nanti.Mereka berbual sambil melihat gambar-gambar yang diambil sepanjang mereka keluar bersama tadi.Hanya gambar mangga pintu berwarna merah jambu itu sahaja yang tidak ditunjuk oleh Hyo Joo kepada Jio.Hyo Joo mencebik apabila Jio sering memuji dirinya sendiri kacak.Jio pula sekadar ketawa.Perbualan mereka terganggu apabila Jio ditegur oleh seseorang.Bibir Jio tersenyum lebar apabila melihat lelaki yang menegurnya itu.Pantas sahaja dia memeluk lelaki itu.

 

“SeungHo,lamanya tak jumpa kau!”Jio teruja apabila dipertemukan dengan kawan lamanya itu.SeungHo juga begitu.

“Pergh,lama sangat tak jumpa kau!Gila handsome kau sekarang.Mana pergi misai kesayangan kau tu?”soal SeungHo.Jio ketawa.

”Wah,cantiknya!Buah hati kau ke ni?”soal SeungHo,ingin tahu apabila menyedari kehadiran Hyo Joo di situ.

“Ah,ni Han Hyo Joo.Hyo Joo,ni Yang SeungHo,kawan baik saya masa kolej dulu,”kata Jio,memperkenalkan SeungHo kepada Hyo Joo.Hyo Joo dan SeungHo saling berjabat tangan sambil tersenyum.

“Yah,jealouslah aku tengok kau sekarang ni.Dahlah makin handsome,awek pula cun.Memang dah perfectlah hidup kau sekarang ni,”puji SeungHo.Jio sekadar tersenyum.

“Kau buat apa kat sini?”soal Jio.

“Oh,aku memang tiap-tiap hari kat sini.Aku pemilik kafe ni,”kata SeungHo.Mata Jio terbuka luas.

“Wow,seriously?Aku tak tahu pun kau ada kafe sendiri.Chukae!”ucap Jio.SeungHo menggaru kepalanya yang tidak gatal itu sambil tersenyum malu.

“Aish,biasa je.Bukannya besar mana pun.Lainlah kau.Bakal pewaris empayar Jung yang memang hebat tu,”kata SeungHo.Jio sekadar tersenyum nipis.Begitu juga dengan Hyo Joo.Namun,tidak pula Jio mahu mengulas lebih.Biarlah SeungHo tidak mengetahui perihal sebenar yang sudah berlaku itu.

”Ah,Cik Hyo Joo,boleh saya pinjam Jio sekejap?”soal SeungHo pula.Hyo Joo sekadar angguk.Tidak lama kemudian,Hyo Joo terdengar bunyi piano dimainkan.Hyo Joo menoleh ke arah bunyi piano yang dimainkan itu.Hyo Joo terpana apabila melihat Jio sedang duduk di bangku berdekatan dengan piano itu manakala SeungHo pula sedang bermain piano di situ.Jio memandang Hyo Joo dengan penuh makna sekali sambil mengukir senyuman manis.

“Jika selama 27 tahun ni,saya dah hidup untuk diri saya sendiri…jadi selepas ni,hidup saya ini hanya untuk awak,Hyo Joo.Awaklah cinta terakhir dalam hidup saya yang selama ni kosong tanpa kehadiran awak.Saya akan ucapkan kata-kata ni berulang kali selagi saya bernafas di atas muka bumi ini…Saranghaeyo…”

Mata Hyo Joo bergenang apabila mendengar luahan hati Jio itu,bersaksikan orang ramai yang turut berada di situ.Bibirnya tersenyum lebar apabila mendengar Jio menyanyikan lagu yang pernah dirakamkannya di dalam pemain mp3.

 

Sum jocha shigi himdeun shigandeul, nae mogeuljo ineun sesangeun 
Amuri jiuryeo aesseo bwado, 
gyesok nareul jakkuman sseureojige haneunde 
Naega gajin jeonbu ojik neo hana ppunya 
Neoreul nohji anheulge 

You're my last love, neon nae majimak sarang 
You're my last love, kkeuteul hamkke hal saram 
Geochin sesange seo bada naen hanaye seonmul 
Nae nunape tto dareun gijeok, you're the last love  
Su manheun shigane sang cheodeul do, oh baby, 
apeumi seororeul jjijeodo 
Ssahigo ssahini chuwok deureun, 
seoroye nunmureul dakka juneun geol 
Yeogi mureup kkulko neoreul boneun nareulbwa 
Neol wihae nareul geolge 

You're my last love, neon nae majimak sarang 
You're my last love, kkeuteul hamkke hal saram 
Geochin sesange seo bada naen hanaye seonmul 
Nae nunape tto dareun gijeok, you're the last love 

Ijageun banjiro neun malhalsu eopjiman 
Yaksok halkke modeun geol nan neoreul wihaeseo 

You're my last love, you are the love of my life 
You're my last love, you are the love of my life 
Eodun gireul balkge bichu neun hanaye deungbul 
Nae nunape ttodareun gijeok, you're the last love

 

 

“Saya tak tahu pula yang awak ni pandai nyanyi,”kata Hyo Joo.Jio yang sedang duduk di sebelahnya sekadar tersenyum bangga.

“Mestilah.Kalau dah muka saya ni macam G.O,mestilah suara pun sedap macam G.O juga,”kata Jio,bangga memuji diri sendiri.Hyo Joo mencebik.Tak habis-habis perasan!Kalau betul muka macam G.O pun,tak payahlah nak perasan lebih.

“Sudah-sudahlah tu.Kalau setakat muka macam G.O pun,bukannya awak ada fan club macam dia.Siapa jelah yang nak minat kat awak?Harapkan saya seorang jelah peminat awak,”kata Hyo Joo.Jio tertawa.Bahu wanita itu dipautnya.

“Awak minat kat saya ke?Bolehlah kita buat fan meeting tiap-tiap hari,”gurau Jio.Hyo Joo tersenyum.Hyo Joo kemudiannya menyandarkan dirinya pada Jio.Entah mengapa,dia lebih selesa menaiki bas dengan Jio berbanding kereta.Mungkin kerana Jio tidak perlu menumpukan perhatian seratus peratus pada pemanduannya dan Jio akan lebih menumpukan perhatian kepadanya di dalam bas ini.

“Jio,”tegur Hyo Joo.

“Em?”

“Saya nak tanya awak satu soalan,boleh?”soal Hyo Joo.

“Apa?”

“Sejak bila awak mula jatuh cinta dekat saya?”soal Hyo Joo.Kedengaran nafas berat daripada lelaki itu.

“Em,kita tengah main true or dare ke?”soal Jio.

“Cepatlah,Jio.Saya nak tahu je.Takkan malu kot,”kata Hyo Joo.Jio kemudiannya berdehem beberapa kali.Dia menoleh ke arah Hyo Joo.

“Saya nak cakap benar dekat awak,”kata Jio.

“Apa?”Hyo Joo teruja untuk tahu.Jio memerhati wajah Hyo Joo sambil memegang dagunya.

“Sebenarnya,awak ni tak adalah cantik sangat,”kata Jio.Mata Hyo Joo terbuka luas.

“What?!”Hyo Joo terkejut dengan pengakuan Jio itu.Jio ketawa apabila melihat muka Hyo Joo yang berubah marah itu.Jio kemudiannya memegang pipi wanita itu.Hyo Joo diam.

“Nilah wajah awak yang berjaya mencuri hati saya sejak kali pertama bertemu.Dan wajah awak yang garang nilah yang membuatkan saya jatuh cinta kat awak,”kata Jio,jujur.Hyo Joo terpana dengan pengakuan Jio itu.Dia kemudiannya menyandarkan wanita itu pada dadanya.

“Saya mencintai awak pada kali pertama jumpa awak di tadika dulu,”akui Jio.Perlahan-lahan,Hyo Joo mengukir senyuman manis,terharu mendengar kata-kata lelaki itu.Barulah dia tahu bahawa Jio sudah terlalu lama menanti cintanya sejak dari peristiwa mereka bergaduh kerana kereta yang dipandu laju oleh Jio itu hampir-hampir sahaja melanggar anak muridnya di tadika dahulu.

“Gomawo…”ucap Hyo Joo.

 

Jio menemani Hyo Joo pulang ke rumahnya.Tangannya menggenggam erat tangan Hyo Joo,seolah-olah enggan dilepaskan.Mereka berhenti apabila sudah tiba di hadapan apartment Hyo Joo.Jio menoleh ke arah Hyo Joo.

“Kita dah berjalan seharian hari ni,awak mesti penat kan?”soal Jio.Hyo Joo tersenyum.

“Hari ni sangat seronok,kan?”soal Hyo Joo pula.

“Hari ni betul-betul penat,tahu tak?”balas Jio.Riak wajah Hyo Joo berubah.

“Awak penat ke?”soal Hyo Joo,bimbang Jio tidak gembira keluar bersama-samanya.Jio tersenyum.

“Saya cakap pasal awak,”kata Jio.Dia kemudiannya mengangkat tangannya yang sedang menggenggam tangan Hyo Joo itu.

”Saya tak penat langsung hari ni,”katanya lagi,sambil mengukir senyuman puas.

”Em,kenapa hari ni awak nampak lain macam hah?Hari ni kita dah buat macam-macam yang saya rasa kita tak pernah buat pun sebelum ni,”soal Jio,setelah lama bermain teka-teki dengan sikap Hyo Joo yang kelihatan berbeza itu.

”Saya tengok awak macam orang lain hari ni,”sambungnya lagi.Jio terkejut apabila melihat riak wajah Hyo Joo yang berubah sedih itu.

”Tapi,bukan bermaksud saya tak suka.Cuma,memandangkan dating kita hari ni,awak yang plan…dating yang akan datang ni nanti,saya pula yang plan.Arasso?”kata Jio.

“Awak nak buat apa?”soal Hyo Joo.

“Aih,dah nama pun plan saya,biarlah saya seorang je yang plan,”balas Jio.Hyo Joo tersenyum.

“Jio ah,”tegur Hyo Joo.Jio menoleh ke arahnya.Jio terpana apabila Hyo Joo mencium bibirnya.Hyo Joo tersenyum apabila melihat muka Jio yang masih terkejut itu.

”Em,dah lewat ni.Awak baliklah dulu,”kata Hyo Joo.

“Ah..okey.Awak naiklah dulu.Saya tunggu kat sini,”balas Jio.Hyo Joo menggeleng.

“Plan saya yang terakhir untuk hari ni ialah nak tengok awak jalan balik,”kata Hyo Joo.Jio tertawa kecil.

“Arasso…saya balik dulu.Jumpa lagi,”ucap Jio sambil menghadiahkan ciuman pada dahi wanita itu.Hyo Joo tersenyum.Jio kemudiannya melangkah jauh daripada Hyo Joo.Hyo Joo memandang Jio dengan pandangannya yang berbeza sekali lagi.

“Miane…saya terpaksa pergi.Jaga diri,”katanya perlahan.Jio kemudiannya beralih ke arahnya sambil melambai ke arahnya.Hyo Joo tersenyum sambil membalas lambaian lelaki itu.Jio kemudiannya meneruskan langkahnya.

“Selamat tinggal,Jio,”ucapnya,sambil mengalirkan air mata.

 
 
 
 
 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!