Chapter 45

I'm Falling in Love with You

Gi Kwang sekadar memerhati Hyo Joo yang asyik menundukkan wajahnya sejak dari tadi.Entah apa yang difikirkannya pun Gi Kwang tidak pasti.Mujur dia dapat menahan wanita itu daripada terus menjauhkan diri darinya.Kalau tak,entah bila dia boleh menjumpai wanita itu pun dia tidak tahu.

“Macam mana noona boleh ada kat sini?”soal Gi Kwang,berterus-terang.Hyo Joo melemparkan pandangannya ke arah pemandangan malam yang damai itu.Kedengaran dia melepaskan keluhan kecil.Gi Kwang sekadar memerhati Hyo Joo.Dia yakin Hyo Joo pasti tidak bahagia berada di sini memandangkan tubuhnya yang kelihatan sedikit susut daripada sebelumnya.

“Gi Kwang tahu noona mesti tak nak beritahu dekat Gi Kwang.Tapi Gi Kwang yakin noona buat semua ni sebab terpaksa kan?Noona mesti ada sebab untuk tinggalkan hyung,”duga Gi Kwang.

“Apa Gi Kwang cakap ni?Noona buat semua ni sebab ini memang kehendak noona sendiri.Noona memang nak sambung belajar kat sini,”balas Hyo Joo.

“Sampai sorokkan perkara ni dari hyung?Noona,Gi Kwang betul-betul tak faham dengan tindakan noona ni,”kata Gi Kwang.Seboleh-bolehnya dia mahu memaksa Hyo Joo memberitahunya perkara sebenar walaupun wanita itu mungkin berasa tidak selesa dengannya ketika ini.Hyo Joo tidak membalas.Mana mungkin dia mahu memberitahu perkara sebenar kepada Gi Kwang.Bimbang tersilap langkah,nyawa Jio pasti terancam.

“Semua ni ada kena mengena dengan Krystal ke,noona?”soal Gi Kwang.Hyo Joo sedikit tersentak dengan tekaan Gi Kwang itu.Namun,dia segera berlagak biasa,seperti tidak ada apa-apa yang terjadi.

“Jio macam mana sekarang?Dia sihat?”soal Hyo Joo,segera menukar topik perbualan walaupun tidak jauh dari topic perbualan mereka yang asal.Gi Kwang mengeluh.Perlahan-lahan angguk.

“Bora cakap yang hyung sihat tapi dia sendiri kurang pasti sebab hyung ada kat Jeju-do sekarang.Nak contact dengan hyung pun susah.Mungkin hyung busy kot,”balas Gi Kwang.Hyo Joo tersenyum nipis.Baguslah kalau Jio masih sihat seperti dulu.Itu bermakna,Krystal menepati janjinya.

“Noona,”panggil Gi Kwang.Hyo Joo menoleh ke arahnya.

”Kalau noona tak nak beritahu perkara sebenar pun,Gi Kwang percaya noona buat semua ni sebab noona sayangkan hyung.Mungkin sebab tu hyung tak cuba nak cari noona.Bukannya dia tak sayangkan noona,bukannya dia dah lupakan noona.Tapi sebab dia percaya dengan apa yang noona buat.Dia juga percaya suatu hari nanti,noona pasti kembali kepada hyung.Apa yang penting,hyung pegang pada janji dia.Kalau noona minta hyung supaya jangan cari dia,dia akan patuh.Mungkin satu saja yang dia takkan buat,”kata Gi Kwang.Hyo Joo menanti kata-katanya dengan penuh debaran.

“Kalau noona minta hyung…untuk lupakan noona,hyung takkan lakukannya.Sebab…dia sangat cintakan noona,”kata Gi Kwang.Air mata Hyo Joo mengalir jua.Sungguh dia berasa amat bersalah terhadap Jio.Begitu juga dengan Gi Kwang dan Bora.Di saat Jio amat memerlukan dirinya di sisi,Hyo Joo menjauhkan diri.Gi Kwang kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

 

“Ni kad Gi Kwang.Kalau noona ada apa-apa masalah,noona beritahu dekat Gi Kwang.Gi Kwang boleh tolong.Tapi,noona pun kena tolong Gi Kwang juga.Noona jangan jauhkan diri daripada Gi Kwang.Kalau noona tak keberatan,biarlah Gi Kwang saja yang tahu di mana dan bagaimana keadaan noona kat sini.Okey?”soal Gi Kwang,seraya memujuk.Perlahan-lahan,Hyo Joo mengambil kad itu daripada Gi Kwang.

“Gi Kwang pun kena janji dengan noona.Tolong rahsiakan pertemuan ni daripada sesiapa pun…terutamanya Jio.Please,”rayu Hyo Joo.Sungguh dia tidak mahu Dong Joon mengetahui tentang pertemuan itu.Bukan bimbang kerana cemburu atau salah faham,tetapi kebimbangannya lebih menjurus ke arah keselamatan Jio sendiri!Gi Kwang angguk walaupun dia yakin bahawa janji itu mungkin terpaksa dimungkiri juga suatu hari nanti.

 

 

Jio termenung sambil memandang pemandangan di Jeju-do yang tenang itu.Malam yang damai itu tetap tidak dapat meluputkan ingatan serta rindunya terhadap kekasih hatinya yang sedang berada jauh darinya entah di mana itu.Perlahan-lahan,dia memegang rantai pemberian Hyo Joo yang masih setia tergantung di lehernya itu.

“Tolonglah bagi petunjuk di mana Hyo Joo berada sekarang…”Doanya dalam hati.Jio memejamkan matanya.Bayangan Hyo Joo mulai bermain di ruang fikirannya.Jio tersenyum sendiri seolah-olah Hyo Joo benar-benar berada di hadapannya ketika ini.

 

SEOUL,KOREA.

 

Lee Joon sudah berada di Seoul tanpa pengetahuan ayahnya serta Krystal yang masih berada di Jeju-do itu.Ketika ini,dia sedang menunggu seseorang di dalam kereta tanpa ditemani oleh pemandunya.Tidak lama selepas itu,pintu kereta di tempat duduk sebelah dibuka dari luar.Lee Joon tidak menoleh.Sebaik sahaja orang itu sudah duduk di sebelahnya,Lee Joon segera memandu keretanya laju meninggalkan Syarikat Lee.

 

“Saya yakin kita boleh jatuhkan Syarikat Lee selagi semua dokumen ni ada dalam tangan kita,”kata lelaki itu.Lee Joon membelek-belek dokumen itu sambil angguk.Dia kemudiannya meletakkan dokumen itu di atas meja.

“Macam mana pula dengan dokumen-dokumen asal Syarikat Jung?Tak ada ke kat dalam pejabat tadi?”soal Lee Joon.Lelaki itu menggeleng lemah.Lee Joon hampa.Dia buntu.Sekiranya dokumen asal Syarikat Jung masih ada dalam genggaman ayahnya,sukarlah baginya untuk menjalankan rancangannya.

“Awakkan setiausaha appa saya.Takkan awak tak tahu langsung kat mana appa saya simpan dokumen tu?Dokumen tu boleh dijadikan bukti penipuan appa saya terhadap Syarikat Jung.Jio boleh dapatkan semula haknya dalam syarikat tu,”kata Lee Joon.Lelaki itu angguk.

“Encik Lee Joon,saya rasa kita masih boleh jalankan rancangan kita melalui dokumen ni dahulu.Saya kenal seseorang yang boleh bantu kita dalam hal ni,”kata lelaki itu.

“Dia boleh dipercayai ke?”soal Lee Joon,was-was.Lelaki itu tersenyum lebar.

“Encik Lee Joon boleh tembak saya kalau saya menipu,”kata lelaki itu bersungguh-sungguh.Mata Lee Joon terbuka luas.

 

Tuan Lee kini sudah berada di Seoul apabila mendapat panggilan daripada setiausahanya bahawa ada wakil daripada syarikat terkenal Jepun ingin bertemu dengannya.Katanya ada urusan penting yang perlu dibincangkan dengannya.Hal ini mungkin melibatkan projek baru yang bakal melibatkan kerjasama Syarikat Lee.Tuan Lee tersenyum bangga.Dia sudah dapat membayangkan keuntungan besar yang akan diperolehnya,apatah lagi projek itu melibatkan kerjasama dengan syarikat luar negara.Ketukan di pintu pejabatnya telah mematikan angan-angannya yang baru menyinggah itu.Tuan Lee mendongak.

“Tuan,tetamu dah sampai,”kata setiausahanya.Tuan Lee sekadar angguk.Bibirnya tersenyum lebar apabila melihat tetamunya sudah melangkah masuk ke dalam pejabatnya.Dia menghulurkan tangan kepada lelaki itu.Lelaki itu menyambut salamnya sambil tersenyum manis.

“Selamat datang,Encik Aizawa.Besar hati saya menerima kunjungan daripada pihak syarikat tuan,”kata Tuan Lee,mesra.Encik Aizawa yang kelihatan seperti berumur dalam lingkungan lewat 20-an tersenyum manis.

“Terima kasih juga kepada Tuan Lee kerana sudi luangkan masa untuk luangkan masa dengan saya,”balas Encik Aizawa,merendah diri.Tuan Lee tertawa kecil.

“Baiklah,Encik Aizawa.Apa yang boleh saya bantu Encik Aizawa untuk hari ni?”soal Tuan Lee,tidak sabar-sabar untuk mengetahui tujuan sebenar kedatangan wakil dari syarikat terkenal Jepun itu.Encik Aizawa tersenyum.Permainannya sudah bermula!

 

 

Jio terkejut apabila merasakan tubuhnya dipeluk dari belakang.Hampir sahaja tersedak kopi yang baru sahaja diminum itu.Krystal sekadar tertawa manja.Jio melepaskan keluhan berat.Rimas apabila sering sahaja diganggu oleh wanita yang tidak pernah bosan mengekorinya itu.Bukannya tidak pernah ditolak cinta wanita itu,Cuma Krystal sengaja pura-pura tidak memahaminya.

“Oppa minum sorang-sorang je?Kenapa tak ajak Krystal sekali?Sampai hati tak ajak Krystal minum sekali.Kalau oppa ajak Krystal,bolehlah Krystal rekemenkan jus yang sedap-sedap kat sini.Krystal selalu minum-minum kat sini,”kata Krystal sambil mengambil tempat di hadapan Jio tanpa mendapatkan kebenaran dahulu daripada lelaki itu.Krystal mengangkat tangannya,meminta pelayan kafe untuk mengambil pesanannya.Selepas sahaja memberi pesanan kepada pelayan kafe itu,Krystal memandang ke arah Dong Joon.

“Oppa,kenapa oppa masih dingin dengan Krystal ni?”soal Krystal.Jio malas hendak menjawab pertanyaan wanita itu.Krystal mengeluh berat.

"Saya tahu…oppa masih marah dengan apa yang keluarga saya dah buat dekat keluarga oppa dulu.Tapi,tu semua kehendak appa.Saya buat semua tu pun sebab appa.Takkan saya sanggup nak buat semua ni dekat oppa sedangkan saya sangat cintakan oppa,”kata Krystal,meluahkan rasa hatinya.Jio lebih selesa melemparkan pandangannya pada pemandangan di luar kafe itu.

“Oppa…saya betul-betul cintakan oppa.Saya sanggup buat apa sahaja untuk tebus balik kesalahan keluarga saya terhadap oppa,”kata Krystal.Tangan Jio digenggamnya erat,menzahirkan rasa cintanya terhadap lelaki itu.

”Miane…”ucapnya,menahan sebak.Krystal bersungguh-sungguh untuk mendapatkan cinta lelaki itu.Bukan kerana harta mahupun kedudukan,tetapi kerana keikhlasannya mencintai lelaki itu.Jio menoleh ke arah Krystal.

“Betul awak sanggup buat apa sahaja untuk saya?”soal Jio.Krystal angguk.Jio segera menarik tangan Krystal,beredar dari kafe itu.Krystal terkejut dengan tindakan Jio itu.Entah ke mana Jio mahu membawanya pun dia tidak tahu.

“Oppa,kita nak pergi mana?”soal Krystal.Persoalannya itu dibiarkan sepi oleh Jio.Jio membuka pintu bilik hotelnya lalu menolak tubuh Krystal ke atas katil empuknya.Krystal terkejut.Dia benar-benar takut apabila melihat Jio mulai membuka tali lehernya.Krystal hampir menjerit apabila melihat Jio mulai dekat ke arahnya.

“Op..op..oppa…apa yang oppa cuba buat ni?”soalnya,takut-takut.Jio tidak menjawab.Malah tangan wanita itu dipegangnya.Perlahan-lahan,dia mendekatkan wajahnya ke arah wajah Krystal.Krystal mengalihkan wajahnya daripada Jio.

“Awak kata awak sanggup buat apa sahaja untuk saya.Kenapa awak nak mengelak pula?”soal Jio,separuh berbisik.

“Oppa,tolong…lepaskan Krystal,”rayu Krystal,hampir-hampir menangis kerana ketakutan yang teramat.Rayuannya langsung tidak diendahkan oleh lelaki itu.Krystal menutup matanya apabila merasakan wajah Jio benar-benar dekatnya.

“Jangan jadi bodoh,”kata Jio.Krystal membuka semula matanya apabila merasakan Jio sudah bangun dari katil.Dia segera memandang ke arah Jio.Kelihatan Jio sedang berdiri di hadapannya.Wajah lelaki itu kelihatan tegang.

“Kau ingat aku ni jenis lelaki yang suka ambil kesempatan?Jangan jadi bodoh,Krystal.Jangan pandai-pandai membuat janji.Kalau betul aku akan teruskan niat aku tadi sedangkan kau tak rela,apa yang kau nak buat?Jerit?Menangis?Menyesal?”Soal Jio,tegas.Krystal terdiam.Jio tersenyum sinis.

”Kau patut rasa bertuah sebab aku lepaskan kau.Sebab aku langsung tak tertarik dekat kau.Kau bukan wanita yang menepati kehendak aku,”katanya lagi,sengaja menimbulkan kemarahan wanita itu.Jio kemudiannya mengambil semula tali lehernya.

”Kalau betul kau nak buat sesuatu untuk aku atas apa yang kau dah buat terhadap keluarga aku,hanya dua perkara je yang aku minta,”kata Jio,nadanya kembali lembut.Krystal memandang ke arahnya.

“Pertama,lupakan saya.Kedua,carilah lelaki lain yang betul-betul cintakan awak,”kata Jio.Niatnya mahu beredar dari situ.

“Tak mahu.Saya betul-betul cintakan oppa.Saya tak boleh lupakan oppa.Kalau oppa nak saya dapatkan balik hak oppa,saya sanggup lakukannya,”kata Krystal,masih enggan mengalah.Jio mengeluh berat.Perlahan-lahan,Krystal melangkah ke arahnya lalu memeluknya dari belakang.

“Tolonglah oppa.Jangan tinggalkan Krystal.Krystal betul-betul cintakan oppa.Krystal sanggup berubah jadi wanita yang oppa mahukan.Krystal sanggup buat apa saja untuk oppa,”rayunya.Air matanya sudah lama mengalir membasahi pipi gebunya.

“Krystal…”

Krystal enggan.Malah dia semakin mengeratkan lagi pelukannya seolah-olah tidak mahu melepaskan Jio.Jio memegang tangan Krystal yang melingkari tubuhnya.Krystal akhirnya melepaskan pelukannya.

“Maaf.Saya betul-betul tak boleh cintakan awak.Saya nak awak lupakan saya sebab saya tak nak awak terseksa.Ramai lagi lelaki yang lebih baik daripada saya.Awak kena terima hakikat.Saya bukan untuk awak…dan awak bukan untuk saya,”kata Jio,sebelum melepaskan tangan Krystal.Jio mulai beredar.

“Oppa terlalu cintakan Hyo Joo ke?”soal Krystal.Jio berhenti melangkah.

“Miane…”Hanya itu yang mampu dibalas oleh Jio.Dia kemudiannya meneruskan langkahnya,meninggalkan Krystal berseorangan di situ.Krystal terduduk di pintu sambil menangis teresak-esak.

 

 

Sebaik sahaja Jio melangkah keluar dari hotel itu,telefon bimbitnya berdering.Melihat sahaja nama Encik Hwang tertera pada skrin telefon bimbitnya,pantas dia menjawab panggilan penting itu.

“Ya,Encik Hwang?”

“Jio,boleh awak turun ke tapak sekarang?’soal Encik Hwang dalam talian.Jio angguk,seolah-olah merasakan kelakuannya dapat dilihat oleh lelaki itu.

“Baik,Encik Hwang,”akurnya.

 

 

Hyo Joo mencari-cari kelibat Gi Kwang di sekitar Stadium Antarabangsa Yoyogi setelah menerima panggilan daripada lelaki itu untuk bertemu dengannya.Dia melangkah masuk ke dalam stadium itu.Pencariannya berakhir apabila matanya tertangkap kelibat Gi Kwang yang sedang melakukan latihan di atas pentas stadium yang sangat gah itu.Gi Kwang yang menyedari kehadiran Hyo Joo itu segera melambai ke arahnya.Hyo Joo sekadar tersenyum.Pengurus Kang yang turut menyedari kehadiran Hyo Joo itu menoleh ke arah Gi Kwang.

“Biar betul dia tu awek hyung kau.Nampak mesra semacam je korang ni,”kata Pengurus Kang.

 

“Aish,betullah dia awek hyung aku.Salah ke aku nak mesra dengan bakal kakak ipar sendiri?”soal Gi Kwang.Pengurus Kang yang sedang membaca jadual itu tersenyum nipis.

“Salah tu taklah.Tapi,kau kena hati-hati sikit.Nasib baik hari ni tak ada wartawan yang datang.Kalau tak,kau jawablah sendiri.Cakap orang bukan nak dengar,”kata Pengurus Kang lagi.Gi Kwang tersenyum,geli hati mendengar kata-kata pengurusnya itu.

“Hyung,aku nak jumpa dengan dia kejap.Ada benda aku nak cakap dengan dia,”kata Gi Kwang sambil menyarungkan jaket pada tubuhnya.Segan mahu berjumpa dengan Hyo Joo dengan berpakaian yang tidak berlengan yang menampakkan tangannya yang berotot itu.Pengurus Kang sekadar angguk.Dia membuat isyarat lima minit sahaja untuk Gi Kwang berjumpa dengan Hyo Joo.Raptai untuk konsert pertama Gi Kwang di Tokyo itu mesti dihabiskan.Gi Kwang angguk.

“Noona,sorry lambat,”ucap Gi Kwang.Hyo Joo menggeleng.

“Kat sini ke Gi Kwang nak buat konsert nanti?”soal Hyo Joo,teruja melihat persiapan yang sedang dilakukan di stadium itu.Gi Kwang angguk.

”Wah,tahniah!Dapat juga Gi Kwang buat konsert sendiri,”puji Hyo Joo.bangga dengan pencapaian anak muda itu.Kembang hidung Gi Kwang mendengar pujian daripada wanita itu.

“Sebab tulah Gi Kwang nak jumpa dengan noona hari ni,”kata Gi Kwang.

“Apa dia?”soal Hyo Joo.Gi Kwang kemudiannya mengeluarkan sesuatu daripada poketnya.

“Nah.Hadiah Gi Kwang untuk noona,”kata Gi Kwang sambil menghulurkan tiket VIP konsertnya kepada Hyo Joo.Hyo Joo terkejut dengan pemberian Gi Kwang itu.

“Untuk noona?”soal Hyo Joo,tidak percaya.Gi Kwang angguk.Tangan wanita itu dicapainya lalu diletakkan tiket itu di atasnya.

“Jangan tolak,noona.Ingat senang ke nak dapat tiket VIP free daripada AJ?”soal Gi Kwang,seraya bergurau.Hyo Joo tersenyum.Namun,senyumannya tidak kekal lama.

“Gi Kwang tak ajak yang lain-lain ke?”soal Hyo Joo,merujuk kepada Bora,Tae Yeon,Leo dan Jio.Gi Kwang tersenyum.

“Ajak.Tapi diorang terpaksa tolak.Bora kata dia dengan Tae Yeon tengah sibuk dengan peperiksaan sekarang.Lepas tu,diorang ada aktiviti kat kampus lagi,”kata Gi Kwang,berbohong.Hyo Joo angguk perlahan.

”Hyung pula…Gi Kwang susah nak contact,”katanya lagi.Hyo Joo tersenyum nipis.Jio nampaknya masih seperti dahulu.Kalau sudah terikat dengan kesibukan projeknya itu,jangankan kata Gi Kwang,panggilan telefon daripada kekasih hati sendiri pun belum tentu dijawabnya.

“AJ!”Pengurus Kang mula memanggil Gi Kwang untuk menyambung latihannya semula.Gi Kwang mengangkat tangannya,tanda dia akan kembali ke situ tidak lama selepas dia habis berbual dengan Hyo Joo.Hyo Joo mengukir senyuman manis.

“Manager dah panggil tu.Noona balik dululah,”kata Hyo Joo.

“Okey.Hati-hati tau,”pesan Gi Kwang.Hyo Joo angguk.Dia meihat Gi Kwang yang mulai beredar dari situ.Hyo Joo pun sudah mula melangkah keluar dari stadium itu.

“Noona!”Hyo Joo menoleh ke belakang apabila mendengar namanya dipanggil oleh Gi Kwang.

“14 Februari,jangan lupa!”Jeritnya.Hyo Joo tersenyum.Kalau orang lain yang sedang memerhati keadaan mereka berdua ketika itu,pasti mereka menyangka Hyo Joo dan Gi Kwang adalah pasangan kekasih yang sedang merancang untuk meraikan Hari Kekasih bersama-sama.

Gi Kwang kembali ke atas pentas untuk menyambung latihannya.Namun,sebaik sahaja dia mahu mula berlatih,Gi Kwang memanggil pengurusnya.Kelam-kabut Pengurus Kang mendekati ke arahnya.

“Kenapa?”soal Pengurus Kang.

“Aku ada benda yang nak dibincangkan dengan kau,”kata Gi Kwang.Kening Pengurus Kang terangkat.Dia bertambah hairan apabila melihat senyuman Gi Kwang yang penuh makna tersirat itu.

 

 

Jio betul-betul tergamam dengan pertemuan yang tidak terjangka itu.Encik Hwang sekadar tersenyum sumbing.Jio seperti hilang idea dan buntu apabila bertemu dengan Presiden Syarikat Han yang amat dikaguminya sewaktu dia masih berada di Syarikat Jung dahulu.Encik Hwang menepuk belakang Jio.Jio menoleh ke arahnya.

“Relakslah,Jio.Gaya awak ni macam nampak hantu pula.Awak ingat datuk saya ni hantu ke?”soal Encik Hwang,seraya berseloroh.Jio tersenyum sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

“Maaf,Encik Hwang.Tapi saya betul-betul terkejut sebab dapat juga jumpa dengan Presiden Han.Sebelum ni,saya banyak dengar cerita daripada mendiang appa saya saja,”kata Jio,sedikit malu apabila ditegur oleh Encik Hwang.Presiden Han sekadar tersenyum.Bahu Jio itu ditepuknya perlahan.

“Dah besar kamu sekarang.Dulu,masa mula-mula jumpa kamu,kamu kecil lagi,”kata Presiden Han,turut teruja apabila dapat berjumpa dengan anak mendiang kawan baiknya itu.

”Apa kata kita lunch sama-sama?”ajak Presiden Han.Encik Hwang tersenyum.Jio teruja dengan pelawaan itu.Kedua-dua mereka angguk,bersetuju dengan pelawaan istimewa itu.

 

“Saya dah tahu semuanya,Jio.Saya bersimpati dengan apa yang dah berlaku ke atas keluarga awak dulu.Saya sangat terkilan sebab tak dapat hadirkan diri ke majlis pengebumian ibu bapa awak atas sebab penyakit saya yang menyebabkan saya ditahan di hospital luar negara,”kata Presiden Han,bersimpati atas nasib malang yang menimpa keluarga Jung itu.Jio sekadar tersenyum nipis.

“Saya dan adik-adik saya dah boleh terima nasib yang menimpa kami,Tuan.Lagipun,buat apa kami nak terus bersedih sedangkan bersedih tu takkan kembalikan semula ibu bapa kami?Lebih baik kuatkan semangat untuk teruskan hidup.Saya pun berterima kasih kepada Syarikat Han sebab sudi menerima saya untuk bekerja di sini.Bekerja sebagai buruh pun saya dah gembira apatah lagi bila saya diberikan jawatan arkitek semula untuk berkhidmat di syarikat ni,”kata Jio,ikhlas dalam menuturkan katanya.Encik Hwang tersenyum.Tanpa permintaan khas daripada Lee Joon pun,jauh di sudut hatinya,dia pasti akan mengambil Jio sebagai arkitek di dalam syarikatnya.Bukannya dia tidak pernah mengenali Jio.Cuma mereka jarang bertemu kerana sebelum ini jawatan Jio lebih tinggi daripadanya sewaktu Jio masih memegang jawatan Naib Presiden Syarikat Jung.Ketika itu pula,Encik Hwang masih lagi bertatih dalam dunia seni bina ini.Jadi,Jio lebih banyak berurusan dengan arkitek yang lebih berpengalaman dalam seni bina ini terutamanya ketika melaksanakan projek di Busan dahulu.Walaupun pelaksanaan projek di Busan lebih dimonopoli oleh mendiang ayahnya Jio,namun komitmen yang diberikan oleh Jio juga tidak boleh dipandang sebelah mata.Buktinya,Jio telah diberikan tanggungjawab penuh oleh mendiang ayahnya dalam projek mega yang melibatkan syarikat Jepun sebelum nasib malang yang menimpa keluarga elit itu yang menyebabkan Jio terpaksa disingkirkan daripada Syarikat Jung,syarikat keluarganya sendiri.

“Saya pun bangga sebab projek di Jeju-do ni ada sentuhan khas daripada kamu,Jio.Corak seni bina kamu tak ubah macam corak seni bina yang pernah mendiang ayah kamu buat dulu.Cuma,lukisan kamu lebih bersifat moden dan futuristik.Saya yakin…mendiang ayah kamu mesti bangga dengan pencapaian kamu sekarang,”puji Presiden Han.

“Tak adalah,Tuan.Saya ni…masih baru dalam bidang ni.Lagipun,Encik Hwang dengan Min Woo yang banyak uruskan projek kat sini.Saya sekadar membantu saja.Banyak lagi yang perlu saya belajar.Kalau Tuan tak keberatan,saya nak belajar banyak perkara daripada Tuan.Appa saya dulu selalu cerita pasal Tuan.Dia pun pernah pesan,kalau saya dapat jumpa dengan Tuan,dia nak saya belajar daripada Tuan,”kata Jio.Presiden Han tersenyum.

“Boleh,tak ada masalah,”balas Presiden Han,senang hati untuk membantu anak muda itu.

”Tapi,sebelum tu…saya ada sesuatu yang saya nak minta tolong daripada kamu,Jio,”kata Presiden Han sambil memandang ke arah Encik Hwang.Kenyataan Presiden Han itu sudah mampu mendebarkan hati Jio.Presiden Han mahu mendapatkan bantuan daripadanya?

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!