Chapter 43

I'm Falling in Love with You

Sebaik sahaja memastikan Hyo Joo betul-betul sudah masuk ke dalam rumah,barulah Lee Joon berani mengarahkan pemandunya memandu dekat dengan bangunan tempat Bora menumpang untuk sementara waktu itu.Baru-baru ini,Lee Joon mendapat tahu bahawa Bora bekerja sambilan di sebuah kafe pada sebelah petang hingga pukul 10 malam untuk membantu mengurangkan beban Jio.Melalui maklumat yang diperolehnya itu,Bora berdegil untuk bekerja sambilan walaupun dihalang oleh Jio.Lee Joon mengeluh berat.Salahnya juga kerana rancangannya untuk menggulingkan ayahnya sendiri masih belum berhasil.Dia sendiri tidak tahan untuk melihat keadaan Jio dan Bora yang kelihatan sedikit tidak terurus itu.Walaupun Jio berjaya mendapatkan jawatan arkitek di Syarikat Han melalui bantuan Encik Hwang,namun hati Lee Joon masih belum puas memandangkan sebelum ini Jio pernah memegang jawatan yang lebih tinggi daripada itu.Walaupun bekerja di syarikat sendiri,namun Jio berjaya menunjukkan kebolehannya sebagai bakal pewaris Syarikat Park dengan bersungguh-sungguh.Perubahannya lebih ketara selepas bertemu dengan Han Hyo Joo,seorang guru tadika yang biasa pada pandangan orang lain namun berbeza bagi Jio.Lee Joon tersenyum sendiri apabila mengingatkan kembali bagaimana dia bersusah payah memujuk Jio untuk mengakui perasaannya terhadap Hyo Joo.

 

Senyumannya mengendur apabila matanya terpandang kepada Bora yang sedang berjalan pulang ke rumahnya itu.Kelihatan Bora tidak berjalan berseorangan ketika itu.Lee Joon cuba mengecilkan matanya untuk mengenalpasti lelaki yang sedang menemani Bora pulang ketika itu.Hatinya dilanda cemburu apabila melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Bora dan lelaki itu.

“Maaflah,Du Jun oppa.Susah-susah je temankan Bora balik,”ucap Bora,sedikit malu apabila berhadapan dengan Du Jun itu.Du Jun ketawa kecil.

“Tak ada apa-apalah,Bora.Oppa lagi bangga adalah,sebab oppa temankan adik AJ balik ke rumah,”kata Du Jun.Bora tersenyum.

”Lagipun oppa teringin nak jumpa dengan Boralah.Lama sangat tak jumpa.Dulu Bora rajin juga datang ke agensi nak tengok AJ.Sekarang ni,bila AJ ada kat Jepun,dah susah nak tengok muka Bora yang cute ni,”kata Du Jun.

‘Apalah oppa ni.Puji melambung bukan main lagi.Sorrylah,Bora tak ada duit nak belanja oppa makan,”balas Bora.Du Jun ketawa.

”Tak apalah,oppa.Bora naik dululah.Nanti unni risau pula Bora lambat sangat balik,”kata Bora.Du Jun angguk.

“Arasso.Hati-hati naik atas tu,”pesan Du Jun.Bora angguk.

“Gomawo,”ucap Bora sambil menundukkan sedikit kepalanya.Du Jun sekadar tersenyum.Bora beralih dari Du Jun.

“Bora yah,”panggil Du Jun semula.Bora menoleh ke arahnya.Dengan pantas,Du Jun mencium pipinya.Bora terkejut.

”Bye!”Du Jun kemudiannya beredar dari situ.Bora pula masih terkejut dengan tindakan Du Jun yang mengejut itu.Pipinya itu disentuhnya.Tidak lama selepas itu,Bora mengukir senyuman malu sambil menggeleng.Dia kemudiannya melangkah masuk ke dalam apartment itu.Lee Joon mengenggam tangannya,menahan geram.Apakah Bora benar-benar sudah melupakannya?Lee Joon sekadar melihat ke arah Bora sebelum kelibat Bora hilang dari pandangan.

“Mari kita balik,”arah Lee Joon kepada pemandunya itu.Pemandu itu sekadar angguk,akur kepada arahan majikannya itu.

 

 

Tae Yeon mengetuk pintu bilik Hyo Joo berulang kali namun tiada respon daripada kakaknya itu.Unni tidak pergi kerjakah hari ni?

“Unni!Unni tak kerja ke?”soal Tae Yeon sambil mengetuk pintunya berulang kali.Jam sudah lewat untuk pergi ke tadika.Mujur Bora terlebih dahulu menghantar Leo ke tadika.

”Unni!”panggil Tae Yeon lagi.Dia cuba membuka pintu.Sangkaan pintu bilik Hyo Joo terkunci meleset.Pintu bilik itu langsung tidak terkunci.Tae Yeon segera membuka pintu bilik itu.Bora terkejut apabila menyedari Hyo Joo tidak berada di dalam biliknya.

“Unni?”Tae Yeon cuba mencari kakaknya.Namun,usahanya sia-sia.Pandangannya tertumpu ke arah sepucuk surat beserta sebentuk cincin di atas meja solek Hyo Joo.Tae Yeon segera membaca surat itu.Nafasnya hampir terhenti apabila membaca isi kandungan surat itu.Tanpa berfikir panjang,Tae Yeon segera menghubungi Jio.Lama dia menunggu untuk panggilan itu dijawab oleh Jio.

“Hello,”

“Oppa!”

 

 

Jio segera menahan teksi yang sedang dipandu hampir ke arahnya itu.Jantungnya berdetak hebat saat menerima panggilan cemas daripada Tae Yeon sebentar tadi.Hyo Joo melarikan diri?Apa sebab Hyo Joo meninggalkan mereka begitu sahaja?Apakah perubahan sikap Hyo Joo semalam adalah tanda dia tidak berjumpa dengan wanita itu lagi untuk selama-lamanya?Fikiran Jio benar-benar kusut.
“Ahjussi,tolong cepat sikit!”pinta Jio.Jio benar-benar gelisah,tidak senang duduk.

 

Hyo Joo melangkah ke arah balai pelepas sebaik sahaja mendengar pengumuman waktu pelepasan pesawat ke Jepun.Seboleh-bolehnya dia ingin segera beredar dari situ.Bimbang bertemu dengan sesiapa yang dikenalinya di situ,lebih-lebih lagi Jio.Untuk seketika dia menoleh semula ke belakang.Jauh di sudut hatinya,dia ingin berjumpa dengan Jio.Namun,Hyo Joo menyambung semula langkahnya.Tangan kanannya diletakkan di atas dadanya,menahan sebak.Jauh di dalam sudut hatinya,dia tidak mahu meneruskan niatnya itu.Kali ini,dia tidak akan berpisah dengan Jio untuk 3 bulan…mahu pun setahun…tetapi mungkin untuk selama-lamanya.Malah bukan sahaja Jio yang harus dilupakan,malah keluarganya juga turut ditinggalkan tanpa sebarang ucapan selamat tinggal secara lisan.Hanya sepucuk surat sebagai pengganti diri.Itupun tidak dinyatakan ke mana dia pergi.

 

“Kalau aku tak dapat Jio oppa,orang lain pun tak boleh dapatkan Jio oppa…”

 

Hyo Joo terpaksa akur pada kehendak Krystal.Andai dia ingkar,nyawa Jio menjadi taruhan.Hanya ini satu-satunya cara untuk menyelamatkan Jio daripada terlibat di dalam permainan kotor Krystal.

“Miane,Seulong.Saya terpaksa mungkir janji saya untuk berada di sisi Jio.Saya terpaksa…”Air matanya mengalir.Rantai berbentuk hati itu dipegangnya.

”Miane,Jio…”Hyo Joo meneruskan langkahnya.Dia nekad.Walau apa pun terjadi,dia tidak akan berpatah balik.

 

Jio berlari sepanjang berada di lapangan terbang itu.Kelibat Hyo Joo dicarinya.Nama Hyo Joo juga dilaungnya berkali-kali,tanpa mempedulikan pandangan orang ramai ke arahnya.

“Hyo Joo ah!”laungnya.Jio meneruskan pencariannya.Dia pasti Hyo Joo berada di situ.

”Han Hyo Joo!”laungnya lagi.Matanya terbuka luas apabila ternampak sekujur tubuh yang amat dikenalinya dari sudut pandangan belakang.Pantas dia menuju ke situ.Bahu wanita itu disentuhnya.

"Hyo Joo ah!”Terasa nafasnya terhenti ketika itu apabila wanita itu bukanlah Hyo Joo seperti sangkaannya.

”Miane…”ucap Jio lemah kepada wanita itu.Jio melutut di situ.Dia tahu dia sudah begitu lambat untuk menjumpai Hyo Joo dalam khalayak ramai di situ.Dia tahu Hyo Joo sudah pergi jauh darinya tanpa mengucapkan selamat tinggal.Butir-butir jernih mengalir ke pipinya.

“Sampai hati awak tinggalkan saya macam ni.Mana janji awak nak hidup bersama dengan saya?Mana?”soalnya dalam sebak.

“Oppa!”Tae Yeon segera berlari ke arah Jio yang sedang terduduk di khalayak orang ramai yang sedang lalu-lalang itu.DongHae yang menemani Tae Yeon itu turut berlari ke arahnya.

”Oppa…”Tae Yeon memegang bahu Jio yang sedang menangis itu.Hatinya sayu melihat keadaan Jio yang sedang terluka dengan sikap kakaknya itu.

Perlahan-lahan Tae Yeon memeluk tubuh Jio sambil mengusap lembut belakangnya.Lagaknya ingin memujuk lelaki yang pernah singgah di hatinya itu.DongHae sekadar memandang.Tidak cemburu.Dia tahu Tae Yeon amat mengenali teman lelaki kakaknya itu.Tae Yeon kemudiannya melepaskan pelukannya.Wajah sayu Jio itu ditatapnya.Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya.Sepucuk surat dan cincin dihulurkan kepada Jio.

“Tae Yeon tak pasti apa tujuan unni buat semua ni.Tapi,Tae Yeon yakin,unni buat semua ni sebab dia cintakan oppa,"kata Tae Yeon.Perlahan-lahan,Jio menerima huluran Tae Yeon itu.Dia segera membaca surat itu.

 

“Jio…

Miane…

Saya tahu awak kecewa dengan perbuatan saya ni.Saya tahu saya dah mungkir janji saya untuk bersama-sama dengan awak untuk selama-lamanya.Jadi,walau berapa kali pun saya pohon kemaafan daripada awak,saya yakin awak takkan maafkan saya.Dan saya tak harapkan pun..awak untuk cari saya.Lupakan jelah saya.Saya bukan wanita tepat untuk awak.Carilah seseorang yang begitu amat cintakan awak kerana diri awak,bukan sebab kedudukan dan harta.Saya akui,jauh di sudut hati saya,saya hanya ingin bersama dengan awak kerana kedudukan awak.Saya tak pernah ikhlas cintakan awak.Tak pernah!

Miane…

Saya tak nak pertaruhkan hidup saya untuk bersama dengan awak.Sebab tu saya nak pergi jauh dari awak.Dan awak tak perlu fikirkan tentang saya lagi.Awak bukan sesiapa bagi saya.Sebab tu saya pulangkan balik cincin tu kepada awak.Kalau awak pun tak bermakna dalam hidup saya,apatah lagi cincin itu.Saya tak nak ingat langsung apa-apa kenangan tentang kita berdua."

 

Jio merenyukkan surat itu.Dia yakin itu bukan luahan hati sebenar Hyo Joo.Itu bukan Hyo Joo yang dikenalinya selama ini.Dia tahu Hyo Joo berpura-pura.Dia mengesat air matanya yang membasahi pipi itu.Tae Yeon dan DongHae sekadar diam.Jio menoleh ke arah Tae Yeon dan DongHae.Dia mengukir senyuman nipis.

“Gomawo.Sebab Tae Yeon sudi temankan oppa kat sini.Tapi…oppa nak bersendirian sekejap.Tae Yeon baliklah dulu,okey?”Jio berdiri dan mulai melangkah menjauhi Tae Yeon dan DongHae.Tae Yeon bimbang.Dia ingin mengikut Jio namun dihalang oleh DongHae.Tae Yeon menoleh ke arahnya.

“Dia takkan buat sesuatu yang bodoh.Awak jangan risau,”kata DongHae,tenang.Tae Yeon mengeluh berat.Perlahan-lahan,dia angguk lemah.

 

Jio meneguk beberapa gelas arak berseorangan sehingga penuh mejanya dengan botol-botol arak.Pemergian Hyo Joo yang entah ke mana itu benar-benar memberi impak yang besar bagi dirinya.Kadang-kala dia tergelak,kadang-kala dia mengeluh kerana kecewa dengan sikap teman wanitanya itu.

“Jio oppa?”Jio menoleh ke arah suara yang cukup dikenalinya itu.Fikirannya yang sedang kusut itu membuatkan keadaannya benar-benar tidak terurus.Krystal  mengukir senyuman nipis apabila memandang wajah Jio yang kusam itu.Pasti Hyo Joo sudah pergi meninggalkannya seperti yang dijanjikan.Hatinya bersorak gembira.Batu penghalang cintanya sudah berjaya dirobohkan.Kini hanya tinggal untuk memenangi hati Jio semula.Tanpa kebenaran Jio,Krystal dengan selamba mengambil tempat di hadapan Jio.Jio pula tidak membantah.

“Oppa buat apa kat sini sorang-sorang?”soal Krystal.Jio tidak menjawab.Sebaliknya dia terus meneguk arak itu tanpa mempedulikan kehadiran Krystal di situ.Apabila Jio ingin meneguknya sekali lagi,Krystal segera menghalangnya.Dia mengambil gelas yang berada dalam pegangan Jio itu.

“Oppa dah minum banyak sangat ni.Cukup.”kata Krystal,tegas.Rimas dia melihat keadaan Jio yang berserabut itu.Jio bengang.Dia terus mengambil botol arak itu lalu diteguknya.Krystal mengetap bibirnya.

”Oppa!”Krystal berusaha untuk menghalang.Jio mengangkat tangannya lalu diletakkan kepada mulut Krystal.Krystal terkejut.

“Diam…Kalau tak,kau berambus dari sini,”kata Jio,memberi amaran kepada Krystal.Krystal terdiam.Lama-kelamaan,dia sekadar membiarkan Jio.Krystal sekadar melihat gelagat Jio yang masih belum berhenti minum itu.Sesekali kedengaran wanita itu melepaskan keluhan berat.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!