Chapter 20

I'm Falling in Love with You

 

Ketukan pintu bilik pejabatnya itu telah mematikan lamunannya yang sudah lama singgah dalam fikirannya.Hari ini,Jio langsung tidak boleh fokus kepada kerjanya.Bukan tidak cuba melupakan masalahnya untuk seketika,cuma,usahanya gagal.Sikap Hyo Joo yang mulai dingin dengannya itu amat merunsingkan fikirannya.Sejak mereka pulang dari Lotte World itu,satu panggilan telefon pun langsung tidak dijawab oleh wanita itu.

 

"Masuk!"kata Jio,lemah.Muncul kelibat Krystal di muka pintu.

"Ya,Krystal.Ada apa?"soal Jio,cuba berlagak biasa.Krystal melangkah perlahan ke arah Jio dengan senyuman menggoda.

"Awak tak nak makan lunch ke hari ni?"soal Krystal,berterus-terang.Jio melihat jam tangannya.Sudah pukul 1 petang.Ah,cepatnya masa berlalu!

"Tak apalah.Awak pergilah makan dulu.Saya tak berapa selera hari ni,"kata Jio,menolak ajakan Krystal dengan baik.Krystal kemudiannya berjalan ke belakang Jio sebelum mengurut lembut bahu Jio.Jio terkejut dengan tindakan wanita itu.

"Janganlah macam tu,Jio oppa.Muka awak nampak penat sangat ni.Kita makan dulu ekh?Lepas ni,awak sambungla kerja awak balik,"pujuk Krystal.Dia sudah mula memanggil Jio dengan panggilan yang lebih mesra dari sebelumnya.Jio melepaskan tangan Krystal.

"Krystal,apa awak buat ni?Tak malu ke kalau orang lain nampak?"soal Jio,menahan amarahnya.Krystal memasamkan mukanya.

"Saya cuma nak ajak oppa makan je,"balas Krystal,pura-pura mahu merajuk.Jio melepaskan keluhan berat.

"Tak apa,kita ajak Lee Joon sekali okey?"cadang Krystal,cuba memancing minat Jio.Lama Jio mendiamkan diri.Tidak lama selepas itu,dia angguk perlahan.Krystal tersenyum lebar.Rancangannya berhasil!

"Okey,nnati saya pergi cakap kat Lee Joon.Jangan lambat okey?"pesan Krystal,sebelum beredar dari bilik Jio.Dia meraup wajahnya.Fikirannya benar-benar bercelaru sekarang.Semuanya kerana Han Hyo Joo!

 

 

Krystal tanpa segan silu memaut lengan Jio walaupun sudah banyak kali lelaki itu melepaskan tangannya.Lee Joon yang juga berada di situ turut pelik dengan sikap Krystal yang agak keanak-anakkan itu.Jio rimas.

"Krystal,tak boleh ke kalau kita berjalan macam biasa?"soal Jio.Lee Joon angguk,turut bersetuju dengan tindakan Jio itu.Krystal mencebik.

"Ala,oppa.Sekali sekala takkan tak boleh?Tak apa,kalau oppa bagi saya buat macam ni untuk tengah hari ni,lepas ni,saya dah tak buat dah.Boleh?"pujuk Krystal.

"Tetap tak boleh.Kalau awak buat hal lagi,saya tak teragak-agak nak balik sekarang.Faham?"ugut Jio,keras.Lee Joon mengukir senyuman mengejek.Krystal pula menarik muncung panjang.Tangan Jio itu dilepaskannya.

"Dah jom!"kata Jio.Namun,baru sahaja mereka mahu membuka langkah,Jio memberhentikan langkahnya.Begitu juga dengan Hyo Joo yang sedang berjalan ke arahnya.Jio memendam perasaannya apabila melihat Seulong yang turut berdiri di sebelah Hyo Joo itu.Krystal yang melihat keadaan itu sekadar mengukir senyuman sinis.Peluang baik ni!

"Jio..."Perlahan Hyo Joo menyebut namanya.Jio pula tidak membalas apa-apa.Sekadar membalas dengan pandangan yang tajam sekali.Lee Joon yang tidak selesa dengan keadaan itu segera melangkah ke arah Hyo Joo dan menghulurkan salam.

"Hai,Hyo Joo.Kita jumpa lagi,"kata Lee Joon.Hyo Joo mengukir senyuman manis sambil menyambut salam Lee Joon.Kemudian,Lee Joon menghulurkan tangannya ke arah Seulong pula.

"Lee Joon,"kata Lee Joon.Mesti ni lelaki yang nak rebut Hyo Joo juga ni,bisik hatinya.Seulong menyambut salam Lee Joon dengan senang hati.

"Seulong,"katanya.Mereka saling bersalaman.

"Apa awak buat kat sini?"soal Lee Joon.

"Oh,saya saja nak ajak Hyo Joo lunch.Kebetulan pula kita jumpa kat sini,"kata Seulong,sambil memandang ke arah Jio yang turut memandang ke arah Seulong.

"Oh,panjang betul jodoh kita kan,"kata Lee Joon.Sesekali dia menjeling ke arah Jio yang sudah lama mendiamkan diri itu.

"Ah...kita bersembang lain kalilah.Kami nak pergi makan juga ni,"kata Lee Joon.

"Hah,baguslah macam tu.Bolehlah kita makan sekali.Betul tak,Hyo Joo?"soal Seulong.

"Em,ikut suka awaklah.Saya tak kisah,"jawab Hyo Joo,sambil tersenyum tawar.

"Awak macam mana,Jio?"soal Seulong.Jio masih diam.Tiba-tiba,dia merasakan tangannya dipaut dari belakang.

"Okey juga.Jom,oppa!"ajak Krystal.Hyo Joo terkejut apabila melihat Jio sekadar membiarkan sahaja lengannya dipaut oleh Krystal.Hyo Joo menundukkan pandangannya.Jio tersenyum sinis.

"Okey,"balas Jio.Hyo Joo masih enggan memandang ke arah Jio.Hatinya tidak senang melihat Jio kelihatan mesra dengan gadis lain.

 

Hanya Lee Joon dan Seulong sahaja yang rancak berbual.Krystal pula hanya mencelah seketika.Manakala Hyo Joo dan Jio lebih selesa mendiamkan diri.Jio dan Hyo Joo sekadar menjadikan jus buah-buahan sebagai makanan tengahari mereka.Jio juga lebih selesa menjadikan pemandangan di luar sebagai tatapan matanya.Tangan Krystal yang masih suka memaut lengannya itu sengaja dibiarkannya.Sengaja mahu membuatkan Hyo Joo cemburu.Dia ingat aku tak boleh buat dia cemburu ke?Hatinya berbisik.Namun,matanya tidak pernah bosan untuk menatap wajah ayu Hyo Joo walaupun wajah gadis itu tidak seceria selalu.

"Kenapa tak makan oppa?Tak lapar ke?"soal Krystal,sengaja mahu menunjukkan kemesraannya dengan Jio kepada Hyo Joo.Jio sekadar menggeleng.

"Tadikan saya cakap yang saya tak berselera tadi.Entah bila baru saya ada selera nak makan macam selalu,"kata Jio sambil memandang tepat ke arah anak mata Hyo Joo.Begitu juga dengan Hyo Joo.Ketika itu hanya pandangan mata sahaja yang saling berbalas kata.Kemudian,Hyo Joo melarikan pandangannya ke arah Seulong dan cuba berbual dengan lelaki itu.Jio tersenyum sinis.Dia tahu Hyo Joo berasa tidak selesa dengan pandangan matanya.Itulah kelemahan Hyo Joo!

 

 

Malam itu,kereta merah Jio menghalang skuter merah jambu Hyo Joo yang sedang ditunggang menuju ke rumahnya.Hyo Joo membuka topi keledarnya.Jio pula keluar dari keretanya dan berjalan ke arah Hyo Joo.Hyo Joo enggan memandang ke arah Jio.

"Pandang muka saya,"kata Jio.Hyo Joo enggan.

"Pandang muka saya.Saya ada benda nak cakap dengan awak,"kata Jio.

"Cakap jelah,"kata Hyo Joo.Jio mengeluh.Dia kemudiannya memegang dagu Hyo Joo dan mendongakkan wajah wanita itu memandang ke arahnya.

"Hodoh sangat ke muka saya sampai awak dah tak sanggup nak tengok muka saya lagi?"soal Jio.Hyo Joo melepaskan tangan Jio.

"Lepaslah.Saya tak suka,"kata Hyo Joo.

"Habis tu,awak suka ke tengok Krystal pegang tangan saya macam tadi?"soal Jio lagi.Hyo Joo tidak menjawab.Jio tersenyum.

"Kalau diam tu,maknanya betullah,"kata Jio,sambil tersenyum sumbing.

"Mana ada!Suka hati awaklah nak pegang tangan siapa pun.Saya peduli apa,"kata Hyo Joo.

"Pandang mata saya dan ulang balik kata-kata awak tadi,"kata Jio.

"Ish,saya nak baliklah!"balas Hyo Joo.Dia cuba beredar namun lengannya dipegang oleh Jio.

"Jio,dah malam ni,awak tak penat ke?"soal Hyo Joo.Jio masih enggan melepaskan tangannya.

"Jio,kalau awak tak lepaskan tangan saya,saya jerit.Biar semua orang dengar,"ugut Hyo Joo.Namun Jio masih seperti tadi.Matanya tajam memandang ke arah Hyo Joo.

"Okey,saya akan jerit,"sambung Hyo Joo lagi,takut-takut."Saya kira sampai tiga.Kalau awak tak lepaskan,saya jerit..."katanya lagi.Kedengaran Hyo Joo melepaskan keluhan kecil.

"Satu..dua...ti.."Tiba-tiba,bibir Jio mencium bibirnya.Hyo Joo terkejut.Jio kemudiannya menjauhkan sedikit jarak mukanya dengan Hyo Joo sambil memandang ke arah anak mata Hyo Joo yang berwarna hazel itu.

"Nilah akibatnya kalau tak dengar arahan saya,"katanya perlahan.Hyo Joo kelihatan masih terkejut.Perlahan-lahan,Jio mendekatkan wajahnya ke arah Hyo Joo dan mencium bibir wanita itu lagi.Perlahan-lahan,Hyo Joo menutup matanya.Tangan Jio yang masih erat memegang lengannya juga dibiarkan.

 

 

IU menekan loceng yang terletak bersebelahan dengan pintu rumah apartment sederhana mewah itu.Sudah berkali-kali ditekannya namun satu pun tidak dijawab oleh orang di dalam.Dia cuba lagi.

 

"Em,tak bangun lagi lah tu,"ngomelnya sambil melihat jam tangannya.Dah pukul 9 pagi ni,hatinya berbisik.Tidak lama selepas itu,pintu rumah itu dibuka dari dalam.Kelihatan wajah seorang lelaki yang sedang menguap dengan rambutnya yang tidak teratur rapi.Lagaknya seperti baru bangun tidur.

"Dah agak dah,"kata IU,sambil bercekak pinggang.

"Oppa balik pukul berapa semalam?"soal IU.Dr Song atau Joong Ki sekadar tersenyum kambing.Perlahan-lahan,dia mendekati IU dan memeluk gadis itu.

"Adik kesayangan oppa ni apa khabar?Lama tak jumpa,"kata Joong Ki,masih bersisa suara seperti orang baru sedar dari alam mimpinya.IU tersenyum manis.Dia juga amat merindui abangnya itu.

"Ish,apa peluk-peluk orang ni?Busuklah,"kata IU,segera melepaskan pelukan Joong Ki.

"IU ada buatkan breakfast.Jom,kita makan?"ajak IU.Joong Ki ketawa kecil.

"Yeh,IU ada buatkan breakfast!Ni yang oppa nak peluk lagi ni,"kata Joong Ki,pura-pura ingin memeluk adik perempuannya itu namun pantas sahaja dihalang oleh gadis itu.

"Mandi dululah!"balas IU.

 

IU membantu mengemas ruang tamu abangnya yang bersepah itu.Sudah masak sangat dengan perangai abangnya itu.Sebelum jadi doktor pun,perangai dia sudah begini.Senang cerita,Joong Ki memang malas menjaga kebersihan rumah sendiri.IU mengutip gumpalan kertas yang bertaburan di bawah meja kerja Joong Ki.Baju-baju Joong Ki yang berselerak di atas lantai pun dikutipnya lalu dimasukkan ke dalam mesin basuh automatik.

"Oppa,ada lagi tak baju yang nak kena basuh ni?!"soal IU,separuh menjerit.

"Ada kat bilik!"balas Joong Ki dari dalam bilik air.

"IU masuk ekh?"soal IU lagi.

"Ya!"balas Joong Ki.IU segera melangkah masuk ke dalam bilik tidur abangnya.Hampir tercabut biji matanya apabila melihat baju-baju bertaburan di atas lantai bilik itu.Nasib baik aku ada,kalau tak....

"Oppa ni...malas betul nak basuh bajulah.Kalau ya pun,hantarlah ke dobi ke,"ngomelnya.Selepas dia menyelesaikan tugasan membasuh baju-baju Joong Ki,dikemasnya pula katil abangnya.Perbuatannya terhenti apabila matanya terpandang satu fail biru yang tersembunyi disebalik bantal putih.Diambilnya fail biru itu dan niatnya mahu meletakkan fail itu di atas meja.Namun,dia tidak meneruskan niatnya itu apabila melihat nama pesakit yang tertera di atas fail itu.Lim Seulong!IU segera membuka fail biru itu dan membaca segala dokumen yang tersusun rapi di dalam fail itu.Hampir luruh jantungnya apabila melihat maklumat yang tertera dalam rekod kesihatan Seulong itu.

 

Lim Seulong

28 tahun

Kanser paru-paru 

 

IU terduduk di atas lantai selepas membaca rekod kesihatan itu.Air matanya mengalir.Fail itu pula masih berada dalam pegangannya.

"IU,tak payahlah kemas-kemas barang kat bilik tu..."kata-kata Joong Ki terhenti apabila melihat IU sedang memegang fail biru sambil menangis.Dia melepaskan nafas berat.Pasti IU sudah membacanya.Perlahan-lahan,dia mendekati adiknya itu.

"Fail tu..."

"Kenapa oppa sembunyikan perkara ni dari IU?"soal IU,sebak,memotong percakapan .Joong Ki tidak jadi untuk mendekati adiknya.Pasti IU marah mengenai tindakannya menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuannya.

"Patutlah Seulong oppa pun lain dah sekarang ni.Kalau dulu,oppa tak pernah kunci pintu bilik dia.Sekarang,IU kena tunggu lama...baru dia buka pintu.Mesti sebab ni kan?"soal IU lagi.

"Semua tu kehendak Seulong,walaupun oppa pun tak setuju dengan keputusan dia,"kata Joong Ki.IU pula terus menangis.Joong Ki mendekati adiknya lalu dipeluknya gadis itu.IU menangis dalam pelukan abangnya.

"Oppa...tolong selamatkan Seulong oppa,"rayunya dalam tangisan.Joong Ki angguk perlahan.

"Oppa janji,"kata Joong Ki.Kemudian,pelukannya dilepaskan.Wajah IU yang muram itu ditatapnya.

"Tapi kita kena tetap hormati keputusan Seulong.Cuma,oppa tak akan putus asa untuk terus menukar pendirian dia supaya dapatkan rawatan dengan pengetahuan keluarga.IU boleh kan tolong rahsiakan perkara ni dari ahjumma dengan ahjussi?"soal Joong Ki.Lama IU mendiamkan diri.Akhirnya,dia angguk lemah.Joong Ki tersenyum tawar.

"Terima kasih,IU,"ucap Joong Ki.IU memeluk kembali tubuh abangnya.Fikirannya benar-benar kacau ketika itu.

 

 

Seulong mencuci semua darah yang masih bersisa di dalam sinki itu.Dia kemudiannya membasuh mukanya sebelum memandang wajahnya ke arah cermin.Lama dia termenung ke arah cermin itu.Seketika wajah Hyo Joo terbayang di ruang matanya.Dia melepaskan keluhan kecil.Dia sudah buntu.Dia tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan Hyo Joo lagi memandangkan keadaannya kian teruk.Jika dia melakukan pembedahan,pasti ramai orang menyedari perubahan fizikalnya yang mungkin sedikit lemah dari sebelumnya.Mungkin betul kata Joong Ki.Penyakit ini tidak boleh disorokkan dari pengetahuan keluarga.

"Mungkin aku masih boleh terima kalau keluarga aku tahu pasal penyakit ni.Tapi,tak mungkin bagi Hyo Joo.Aku tak nak dia sedih sebab penyakit aku ni.Dan...aku tak nak dia terima cinta aku semata-mata simpati dengan nasib aku.Aku tak boleh terima,"bisik hatinya.Dia meraup wajahnya.

 

Seulong menuruni anak tangga menuju ke taman di halaman rumahnya.Namun,langkahnya terhenti apabila melihat kelibat IU baru sahaja memasuki ruang tamu.

"IU!"panggil Seulong,ceria.IU memandang ke arahnya.Dia kemudiannya mengukir senyuman hambar.

"IU pergi mana tadi?"soal Seulong.

"Jalan-jalan..."jawab IU,lemah.

"Aik,kenapa ni?Gaduh dengan boyfriend ke?"soal Seulong,berseloroh.

"Taklah,oppa.Cuma..."IU terhenti seketika apabila melihat wajah Seulong yang kelihatan sedikit pucat itu.Pasti dia sedang menahan rasa sakit.

"Em...oppa dah makan ke?"soal IU,berlagak biasa.Seulong tersenyum.

"Belum.Oppa tak suka lah makan sorang.IU temankan oppa,boleh?"soal Seulong.IU angguk.

"Okey,IU naiklah bilik dulu.Mandi-mandi dulu ke...apa ke...Biar oppa siapkan dinner.Okey?"kata Seulong.Dia berpaling dari IU untuk menuju ke dapur.Namun,langkahnya terhenti apabila merasakan tubuhnya dirangkul dari belakang.IU memeluknya erat.

"IU?"soal Seulong.IU menahan air matanya daripada mengalir.

"Kenapa ni?"soal Seulong lagi.IU tidak menjawab.Malah dieratkan lagi pelukannya itu.Seulong sekadar membiarkannya sambil tersenyum.Mungkin IU ada masalahnya sendiri,cuma enggan diluahkan masalah itu.Seulong menepuk lembut tangan IU yang melingkari pinggangnya itu,seolah-olah tanda memujuk.IU tidak dapat menahan sebaknya.Akhirnya,air matanya mengalir jua...

 

Hyo Joo mengelakkan matanya daripada terus bertentangan dengan mata Jio.Jio melihat jam tangannya.

"Dah agak dah.Awak ni memang takut nak tengok mata saya kan?"soal Jio,sambil tersenyum nakal.Hyo Joo mencebik.Jio masih dengan senyumannya.

"Kalau ikutkan perjanjian,awaklah kena belanja saya makan hari ni,sebab dah kalah tadi,"kata Jio sambil bersandar pada kerusi.

"Yelah.Sekali-sekala kenalah belanja orang besar makan,"kata Hyo Joo,mengalah.Dia memandang ke arah wajah Jio.Begitu juga dengan Jio.Tidak lama selepas itu,Jio sengaja mengenyitkan matanya.Jantung Hyo Joo berdegup kencang.Pantas dia mengambil kad menu yang sudah diletakkan di atas meja.

"Awak pesanlah cepat.Jangan pesan yang mahal-mahal pula,"kata Hyo Joo.Jio menjatuhkan kad menu yang sedang dipegang oleh Hyo Joo itu.Hyo Joo sengaja tidak memandang ke arah Jio.Hyo Joo berkeras mahu mengangkat semula kad menu itu namun ditahan oleh Jio.

"Jio,kalau awak main-main lagi,saya suruh awak main kat luar sorang-sorang,"kata Hyo Joo.

"Main?Main apa?"soal Jio,tidak jemu mengusik.

"Ketuk ketampi kat luar 100 kali,"jawab Hyo Joo.Mata Jio sengaja dibulatkan.

"Amboi,garangnya cikgu ni!"balas Jio,pura-pura takut.Hyo Joo tersenyum lalu menepuk tangan Jio.

"Dahlah.Ni nak makan ke tak nak ni?"soal Hyo Joo.Jio mengangkat tangannya tanda mengalah.

"Okey,awak nak apa?"soal Hyo Joo sambil memandang ke arah kad menu.Jio tidak menjawab.

"Jio?"soalnya lagi.

"Saya nak Han Hyo Joo,"jawab Jio.Hyo Joo tersenyum kecil tanpa memandang ke arah Jio.

"Tak bolehlah,Jio.Mahal sangat.Tak cukup nak bayar nanti,"balas Hyo Joo sambil meletakkan kad menu itu semula di atas meja.

"Tak apa.Yang tu saya boleh belanja,"kata Jio.Hyo Joo tertawa.

"Dahlah.Makin mengarut pula awak ni,"kata Hyo Joo sambil membetulkan rambutnya yang ditiup angin itu.Jio bangun dari tempat duduknya lalu berdiri di belakang Hyo Joo.Hyo Joo terkejut apabila Jio mengikat rambutnya dengan riben putih.Jantungnya berdegup pantas apabila tangan Jio tersentuh telingannya.

"Hyo Joo..."Jio menyebut namanya dengan lembut.

"Saya sukakan awak..."ucap Jio,romantik.

 
 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!