Chapter 22

I'm Falling in Love with You

 

Selepas seminggu bercuti,Hyo Joo kembali semula bekerja walaupun rasa sakit pada kakinya masih lagi terasa.Hyo Joo lebih banyak duduk di atas kerusi daripada berjalan.Gelagat anak-anak muridnya yang sedang kusyuk menyiapkan kerja yang diberikannya itu diperhatinya dengan teliti.Sesekali matanya melihat ke arah Leo yang juga sedang sibuk mewarnakan sesuatu di atas kertas.Kekusyukan Leo mewarna itu membuatkan Hyo Joo berasa tertarik untuk mendekatinya.Perlahan-lahan,dia mendekati ke arah Leo.

“Wah,kusyuknya dia berwarna,”tegur Hyo Joo.Leo yang mendengar tegurannya itu segera menoleh ke arahnya sambil tersenyum.

”Cantiknya!Ni kad apa ni?”soal Hyo Joo,berminat untuk tahu.

“Oh,ni kad hari jadi,”jawab Leo.

“Oh ya?Kad hari jadi untuk siapa ni?”soal Hyo Joo,berminat untuk tahu.

“Untuk Jio Hyung,”jawab Leo,masih sibuk dengan kerjanya itu.Hyo Joo terdiam.Hari jadi Jio dah nak dekat ke?

“Bila hari jadi Jio?”soal Hyo Joo.

“Esok,”jawab Leo,laju.Mata Hyo Joo terbuka luas.Esok?

”Leo teringin nak bagi kad ni kat hyung,”sambung Leo lagi.Hyo Joo memandang ke arahnya.

“Kenapa?Jio pun selalu bagi hadiah kat Leo ye?”soal Hyo Joo.Leo menggeleng.

“Dia tak pernah bagi pun.Mungkin hyung tak berapa suka Leo kot,”kata Leo.

“Eh,kenapa Leo cakap macam tu?Tak baik tau,”balas Hyo Joo.Bimbang sekiranya Leo berfikiran negatif terhadap Jio.Bukankah mereka satu keluarga?

“Sebab hyung selalu marah-marah Leo.Dulu pun,dia tak kisah kalau Leo sakit.Selalu Bora Noona yang tolong bawakan,”kata Leo.Hyo Joo sekadar mendengar.Leo kemudiannya meletakkan pensel warnanya di atas meja.

”Tapi…hyung macam dah lain sekarang ni.Dia dah tak marah-marah macam dulu lagi,”sambung Leo lagi sambil tersenyum.Perlahan-lahan,Hyo Joo mengukir senyuman manis.

”Cikgu tahu,dulu hyung tak pernah langsung nak masuk bilik tidur Leo.Sekarang kan,dia selalu masuk bilik Leo.Kadang-kadang dia tanya Leo tengah buat apa,dah buat kerja sekolah ke belum…”ceritanya lagi.Senyuman Hyo Joo kian melebar.Besar hatinya mendengar cerita Leo mengenai Jio.Nampaknya Jio benar-benar dah berubah!

“Lepas tu,hyung mesti tanya pasal cikgu,”kata Leo sambil tersenyum.Senyuman Hyo Joo mengendur.

“Dia tanya pasal cikgu?”soal Hyo Joo.Leo angguk.

“Dia tanya apa?”soal Hyo Joo.

“Adalah,”jawab Leo.Hyo Joo mencebik.Amboi,kecil-kecil lagi dah pandai.Ni mesti Jio yang ajar ni!

“Tak apa.Nanti cikgu tanya Jio sendiri,”kata Hyo Joo sambil berdiri.Dia kemudiannya mengusap lembut kepala Leo sambil tersenyum sebelum beredar.Dia kemudiannya melangkah keluar dari kelasnya perlahan-lahan.Dia cuba untuk mendail nombor telefon Jio.

“Hai Jio,”ucap Hyo Joo,menahan rasa getar pada dadanya.

“Ya,Hyo Joo.Kenapa ni?Kaki awak sakit lagi ke?”soal Jio,kedengaran agak cemas nada suaranya.Hyo Joo tersenyum.

“Taklah.Kaki saya okey je,”jawab Hyo Joo.

“Em,ni mesti sebab rindu kat saya kan?”soal Jio,bergurau.Hyo Joo mencebik walaupun dalam hatinya membenarkan kata-kata lelaki itu.

“Tak ada maknanya.Saya ada benda nak cakap dengan awak ni,”kata Hyo Joo.

“Apa?”soal Jio.

“Tapi,saya tak nak cakap sekarang.Kita jumpa esok boleh?”soal Hyo Joo.Kedengaran Jio tidak membalas apa-apa.Mungkin sedang berfikir.

”Jio?”

“Okey.Nak jumpa dekat mana?”soal Jio.Hyo Joo tersenyum.

“Awak nak kita jumpa dekat mana?”soal Hyo Joo.Kedengaran Jio ketawa.

“Ish,suspenla pulak.Mesti ada sesuatu ni,”duga Jio.

“Ala…cepatlah Jio!”desak Hyo Joo.

“Okey okey.Kalau macam tu…kita jumpa dekat Taman Namsan nak?Boleh naik kereta kabel?”cadang Jio.

“Ish,tak rasa romantik sangat ke tempat yang awak nak tu?”soal Hyo Joo,sedikit malu.

“Eh,awak bukan nak luahkan perasaan kat saya ke?”soal Jio.

“Yela tu.Em,okeyla.Kita jumpa kat sanala ye?”kata Hyo Joo.

“Biar saya jemput awak,”kata Jio.

“Eh,tak apa.Saya boleh pergi sendiri.Kita jumpa pukul 10 pagi,okey?”cadang Hyo Joo.

“Okey,”balas Jio.

 

Jio bersandar pada keretanya sambil melihat jam di tangannya.Sudah pukul 10.07 pagi ni!Mana pula Hyo Joo ni?Kata pukul 10 pagi…Jio menghela nafas panjang dan memandang sekeliling.Namun,pandangannya tertumpu pada sebatang pokok yang terletak tidak jauh dari tempatnya berada.Tidak lama selepas itu,bibirnya mengukir senyuman nakal.Dia kemudiannya beredar dari situ dan menuju ke suatu tempat.

Hyo Joo menyembunyikan dirinya di sebalik pokok apabila menyedari Jio seperti sedang mengalihkan pandangan ke arahnya.Hyo Joo menarik nafas panjang.Dia kemudiannya menoleh semula ke arah tempat Jio berdiri sebentar tadi.Hyo Joo terkejut apabila menyedari Jio tidak lagi berada di situ.

“Hah?Mana pula dia pergi ni?”soal Hyo Joo.

“Awak tengah main sorok-sorok ke?”Kedengaran suara seseorang yang cukup Hyo Joo kenali yang menegurnya dari belakang.Hyo Joo menggigit bibirnya.Dia menoleh ke arah Jio sambil tersenyum malu.

“Yeah!Awak dah jumpa saya.Sekarang saya pula yang kena cari awak,”kata Hyo Joo.Jio ketawa.Dia kemudiannya meletakkan tangannya pada dahi Hyo Joo.

“Awak demam apa ni?”soal Jio.Hyo Joo melepaskan tangan Jio.

“Mana ada demam,”balas Hyo Joo.

“Habis tu?Kenapa awak main sorok-sorok?”soal Jio.

”Memang hobi awak ekh?”sambungnya lagi.

“Saja.Saya saja nak lewat 10 minit.Tak salahkan?”balas Hyo Joo.Kening Jio terangkat sebelah.

“Lewat 10 minit?Prinsip apa yang awak pakai ni?”soal Jio,tidak memahami.

“Cari kat internet sendiri!Dahlah jom!”balas Hyo Joo sambil memaut lengan Jio.Jio sekadar menurut.Kelihatan Hyo Joo sangat berbeza hari ini.

Hyo Joo dan Jio berjalan sambil menikmati pemandangan yang cerah lagi indah di Love Lock.Sesekali Hyo Joo tersenyum melihat ribuan mangga pintu yang terpasang di  pagar,tidak jauh dari Menara Namsan.Dia turut membaca tulisan yang tertera di atas mangga itu.Pelbagai ungkapan cinta yang tertulis di atas mangga yang pelbagai jenis itu.

 

Saranghae…

 

Semoga cinta kita berkekalan selamanya…

 

I love you...

 

Hyo Joo mengukir senyuman manis apabila membaca ayat-ayat cinta yang tertulis di atas mangga yang pelbagai corak dan warna itu.Jio yang diam dari tadi itu sekadar melihat telatah Hyo Joo yang asyik tersenyum dari tadi.Entah mengapa,timbul pula satu idea menarik dalam kepalanya.Perlahan-lahan,dia meninggalkan Hyo Joo yang masih kusyuk melayan perasaannya itu.Tidak lama selepas itu,Jio mencuit bahu kanan Hyo Joo.Hyo Joo menoleh ke arahnya.

“Daripada awak asyik tersengih macam orang tak betul ni…baik awak pun buat satu,”kata Jio sambil menghulurkan mangga kepadanya berserta kunci.Hyo Joo terkejut.

“Eh,tak payahlah.Saya saja tengoklah.Tak rasa nak buat satu pun,”kata Hyo Joo.Jio tetap berkeras lalu meletakkan mangga itu di atas tangan Hyo Joo.

“Awak buatlah satu.Kalau awak tak nak buat dengan saya pun tak apa.Mungkin awak boleh buat benda lain macam…’Semoga saya dapat berjumpa dengan cinta sejati’ atau pun…apa-apalah.Tak semestinya awak perlu luahkan kata cinta kan?”kata Jio.Hyo Joo terdiam.Perlahan-lahan,dia menggenggam mangga itu.Jio kemudiannya menghulurkan pen marker kepadanya.Hyo Joo mengambilnya dan mulai menulis sesuatu sambil membelakangi Jio.

“Dah…saya dah tulis.Awak tak nak tulis ke?”soal Hyo Joo.

“Tak payahlah.Saya belikan untuk awak je,”kata Jio.

“Tak bestlah macam ni.Tak apa biar saya belikan untuk awak ye?”kata Hyo Joo lalu beredar meninggalkan Jio untuk seketika.Jio sekadar tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.Tidak lama selepas itu,Hyo Joo menghulurkan sebuah mangga berwarna merah jambu kepada Jio.

“Pink?”soal Jio.

“Tu je yang tinggal,”kata Hyo Joo,beralasan.Jio pun menulis sesuatu di atas mangga tersebut lalu dipasangkan pada pagar.Hyo Joo sengaja tidak memandang ke arah mangga yang dituliskan sesuatu di atasnya oleh Jio itu.

“Awak tak nak letak ke?”soal Jio.Hyo Joo menggeleng.

“Tak naklah.Saya nak simpan.Baik saya letak kat pintu pagar rumah saya je,”kata Hyo Joo.Jio tersenyum.

“Suka hati awaklah,”balas Jio.Dia turut tersenyum ke arah Hyo Joo.

 

Hari kian petang.Jio dan Hyo Joo sudah pun berada di dalam kereta kabel untuk menuju semula ke Taman Namsan.Hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam kereta kabel itu. Hyo Joo sekali-sekala menikmati suasana petang yang nyaman itu.

“Hyo Joo ah,”sapa Jio.Hyo Joo kemudiannya menoleh ke arah Jio.

“Apa?”soal Hyo Joo.

“Awak cakap…ada benda yang awak nak katakan kat saya.Apa dia?”soal Jio.

“Oh…em…pasal tu…”Hyo Joo terdiam seketika.Tidak tahu dari mana mahu dimulakan.Jio masih menanti.Hyo Joo kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya.Jio sekadar memerhati.

“Saya tak tahu kalau awak suka ke tak.Tapi…saya harap awak sukalah…”kata Hyo Joo,sambil menghulurkan sebuah kotak kecil kepada Jio.Jio menerimanya dengan tanda tanya.

“Untuk saya?”soal Jio,tidak percaya.Hyo Joo sekadar angguk.

“Boleh buka ke?”soal Jio.Hyo Joo angguk.Jio pun membuka kotak itu dengan perasaan yang amat sukar untuk digambarkannya.Matanya terbuka luas apabila melihat terdapat seutas rantai berbentuk kunci di dalamnya.Bibirnya tersenyum lebar.

“Wah,cantik…”puji Jio sambil memegang rantai itu.Hyo Joo tersenyum gembira apabila melihat Jio seperti menyukai hadiahnya.

“Awak pakailah,”kata Hyo Joo.

”Saya pun ada satu,”kata Hyo Joo sambil menunjukkan rantai berbentuk hati dan terdapat ukiran kunci di atasnya.Jio mengambil rantai itu dari tangan Hyo Joo dan cuba membuka rantai berbentuk hati itu dengan rantainya yang berbentuk kunci itu.Jio tersenyum lebar apabila melihat rantai milik Hyo Joo itu terbuka selepas dimasukkan kunci ke dalamnya.

“Ni rantai untuk couple ekh?”soal Dong Joon.Muka Sa Rang mulai merah.Dia kemudiannya mengambil semula kedua-dua rantai itu daripada Dong Joon.Dong Joon terkejut.

“Eh,kenapa pula ni?’soal Dong Joon.

“Tak apalah.Nanti saya bagi hadiah yang lain je,”kata Sa Rang.

“Eh,tak bolehlah.Orang kata…kalau kita ambil balik hadiah yang yang kita dah bagi kat orang,buruk siku namanya.Bagi balik,”kata Dong Joon.Perlahan-lahan,Sa Rang memberi semula rantai milik Dong Joon  kepadanya semula.”Hah…macam tula,”kata Dong Joon.Dia kemudiannya memakai rantai tersebut pada lehernya.

“Handsome tak?”soal Jio.Hyo Joo tersenyum.Dia kemudiannya angguk,mengiyakan kata-kata Jio itu.

”Hah,mengaku pun saya ni handsome,”kata Jio.Jio masih belum jemu untuk memandang rantai pemberian Hyo Joo itu.Namun,Jio terpana seketika apabila menerima kucupan lembut pada pipinya.

“Saegil chukahamnida,Jio,”ucap Hyo Joo,lembut.Jio memandang ke arah Hyo Joo.

”Saegil chukahamnida,”ucap Hyo Joo lagi.Jio tersenyum.

“Awak buat semua ni…untuk saya ke?”soal Jio,tidak percaya.

“Em…boleh dikatakan begitulah.Sekali-sekala kan?”balas Hyo Joo.

“Gomawo…”ucap Jio.Kemudian,tangan Hyo Joo itu dicapainya.Hyo Joo terkejut.

“Sepanjang hidup saya,nilah hari jadi yang paling bermakna bagi saya.Dan...sepanjang hari jadi yang dah saya lalui…awaklah hadiah yang paling bermakna dan berharga dalam hidup saya,”ucap Jio,lembut.Hyo Joo terpana mendengar ucapan tulus dari lelaki bernama Jung Byung Hee itu.

”Gomawo,”ucap Jio lagi lalu mencium tangan Hyo Joo,seolah-olah menggambarkan rasa cintanya yang terpendam selama ini.Entah mengapa,Hyo Joo berasa terharu dengan ucapan itu.Air matanya mengalir terharu.Jio mengesat air mata Hyo Joo dengan lembut.Bibirnya mengukir senyuman manis.

“Sepatutnya saya yang menangis terharu sebab kejutan awak ni,”kata Jio,berseloroh.Hyo Joo tertawa kecil dalam tangisan.Begitu juga dengan Jio.Pipi mulus Hyo Joo itu diusapnya lembut.

“Gomawo…”ucap Jio lagi.Perlahan-lahan,Jio mengucup bibir Hyo Joo.Petang itu,perasaan cinta antara mereka sudah terzahir walaupun belum terungkap dengan kata-kata.

 

Saranghaeyo……………………..

 

Jio memberhentikan keretanya di hadapan rumah Hyo Joo.Kedua-dua mereka kelihatan sedikit kekok jika dibandingkan daripada siang tadi.Mungkin masih rasa malu dengan kejadian petang tadi.Sesekali kedengaran Jio berdehem beberapa kali.Hyo Joo pula lebih selesa berdiam diri.

“Dah sampai pun rumah awak,”kata Jio.Namun,Hyo Joo masih membatu,seperti tidak menyedari situasi yang berlaku di sekelilingnya.Jio menyentuh bahu Hyo Joo.

”Hyo Joo?”Sebaik sahaja Jio menyentuh bahu Hyo Joo,barulah wanita itu memberi sedikit respon.Lagaknya seperti baru tersedar dari lena.

“Ya?”soal Hyo Joo.

“Awak okey tak?”soal Jio,sedikit cemas.Hyo Joo menggeleng.

“Tak ada apa-apa.Saya okey,”kata Hyo Joo.Jio kemudiannya keluar dari kereta dan membukakan pintu untuk Hyo Joo.Hyo Joo berasa malu apabila dilayan sebegitu.Hyo Joo keluar dari kereta sambil diperhatikan oleh Jio.

“Gomawo…sebab tolong hantarkan saya balik,”kata Hyo Joo.Jio sekadar membalasnya dengan senyuman.

”Saya…naik dululah,”kata Hyo Joo lagi.Dia kemudiannya beredar dari situ.

“Hyo Joo!”panggil Jio.Hyo Joo menoleh ke arahnya.Jio kemudiannya mengangkat tangan kanannya.

“Selamat malam,”ucap Jio.Hyo Joo tersenyum.

“Selamat malam.Hati-hati,”balas Hyo Joo.Dia kemudiannya menuju ke lif.Jio menemani Hyo Joo melalui pandangan matanya.Apabila sudah memastikan Hyo Joo sampai di rumahnya,barulah Jio masuk ke dalam keretanya dan memandu keretanya menuju ke rumahnya pula.

 

Hyo Joo memasuki biliknya dengan senyuman yang ternyata jelas menggambarkan perasaannya ketika itu.

 

 

...Sepanjang hidup saya,nilah hari jadi yang paling bermakna bagi saya.Dan...sepanjang hari jadi yang dah saya lalui…awaklah hadiah yang paling bermakna dan berharga dalam hidup saya...

 

 

Hyo Joo mengeluarkan sesuatu dari dalam beg tangannya.Mangga yang ditulis sesuatu di atasnya masih disimpannya.Hyo Joo tersenyum saat membaca tulisannya yang tertera pada mangga itu.

 

 

Semoga awak bahagia bila bersama dengan saya,Jio.

 

 

Hyo Joo mendekatkan mangga itu pada dadanya.Dia benar-benar mengharapkan suatu keajaiban bakal berlaku dalam hidupnya ketika itu.Dia akui...Jio benar-benar penting dalam hidupnya.Cuma dia masih ragu-ragu untuk meluahkannya secara terbuka.Bukan kerana bimbang Jio akan menolak cintanya secara mentah-mentah,tetapi cinta Seulong yang masih menunggunya tetap perlu difikirkan.Apatah lagi,adiknya,Tae Yeon turut menyimpan perasaan kepada Jio.Hyo Joo mengeluh.Dia memandang ke arah mangga itu.Dia kemudiannya menyimpan mangga itu di dalam kotak kecil yang menyimpan kenangan-kenangannya bersama Jio.

 

 

Jio membaringkan dirinya di atas katil.Rantai yang diberikan oleh Hyo Joo petang tadi masih dipegangnya.Entah mengapa,dia terasa seperti ada suatu tenaga baru meresap ke dalam tubuhnya.Dia tersenyum.Jio kemudiannya membuka laci mejanya.Matanya tertumpu pada suatu sampul surat kecil berwarna biru di dalamnya.Perlahan-lahan,dia membuka sampul surat itu.Bibirnya mengukir senyuman manis apabila melihat kad hari jadi yang tertulis namanya di atas kad tersebut.

 

Jio Hyung,

Saegil chukahamnida...

Semoga hyung ceria selalu dan berjaya dalam hidup...

Kamsahamida...

Sebab jadi seorang hyung yang terbaik untuk Leo...

Saranghae....

 

Hati Jio benar-benar tersentuh saat membaca isi yang tertulis pada kad itu.Dia kemudiannya segera melangkah ke arah bilik Leo.Leo yang sedang lena dibuai mimpi itu diperhatikannya dengan senyuman.Perlahan-lahan,rambut Leo yang lembut itu diusapnya.Jio turut mencium lembut dahi Leo.

"Gomawo...Hyung pun gembira....sebab ada dongsaeng yang terbaik dalam hidup hyung..."bisiknya perlahan,bimbang sekiranya Leo terjaga.

 

Sementara itu,tanpa Jio sedari,perbuatannya itu diperhatikan senyap-senyap oleh Gi Kwang.Gi Kwang sekadar tersenyum manis.Dia turut gembira melihat perubahan Jio itu .Menurut Bora...semuanya kerana gadis bernama Hyo Joo.Gi Kwang yakin,abangnya itu amat mencintai Hyo Joo.Namun,dia turut yakin,Jio masih belum mahu mengakuinya secara terbuka.Ego abangnya itu kelihatannya masih belum berubah!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!