Chapter 26

I'm Falling in Love with You

 

Jio memberhentikan keretanya di hadapan apartment Hyo Joo.Sudah hampir tiga hari dia cuba untuk menghubungi wanita itu,namun sekalipun dia tidak berjaya.Entah apa yang terjadi terhadap wanita itu pun langsung tidak diketahuinya.Kelibat Tae Yeon juga tidak kelihatan sejak tiga hari yang lalu.Ke manakah dua beradik ini menghilang?Kalau Tae Yeon ada,boleh juga aku tanya pasal Hyo Joo,hatinya mengomel sendiri.Penantiannya berakhir apabila dia ternampak kelibat Tae Yeon keluar dari perut teksi.Jio melihat jam tangannya.Sudah hampir pukul 8 malam.Ke mana pula si Tae Yeon ni pergi?Mana Hyo Joo?

 

"Oppa?Apa oppa buat kat sini?"soal Tae Yeon,sedikit teruja apabila melihat kelibat Jio di hadapannya.Pantas sahaja Tae Yeon mendekati ke arahnya.

"Tae Yeon pergi mana?"soal Jio.

"Tae Yeon keluar dengan Bora tadi.Ada hal.Oppa tak tahu ke Bora keluar tadi?Selalu kan dia cakap kat oppa kalau dia keluar?"soal Tae Yeon.Jio tersenyum kelat.Sungguh dia tidak tahu perihal adik perempuannya yang seorang itu sejak 3 hari ini.Jio sudah lama tidak pulang ke rumah.Bukan sahaja masalah Hyo Joo yang merunsingkan fikirannya ketika ini,tetapi masalah kerjanya juga menambahkan bebanannya.Entah mengapa sejak akhir-akhir ini,banyak perkara atau masalah yang timbul dalam syarikatnya.Keadaan ayahnya yang kurang sihat itu juga menjadi faktor bagi Jio untuk bekerja keras menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

"Oppa?"soal Tae Yeon sambil mengawang-awangkan tangannya di hadapan muka Jio apabila lelaki itu kelihatan seperti termenung,memikirkan sesuatu.Jio kelihatan seperti baru tersedar dari mimpi apabila Tae Yeon menyentuh tangannya.

"Oppa okey tak?Macam tak sihat je,"soal Tae Yeon,risau.Jio menggeleng.

"Oppa sihat.Cuma...oppa nak tanya sesuatu dekat Tae Yeon...pasal Hyo Joo,"kata Jio.Riak wajah Tae Yeon berubah.Balik-balik pasal Hyo Joo,balik-balik pasal Hyo Joo!

"Tae Yeon tahu mana Hyo Joo pergi?Oppa dah lama try call dia,tapi dia tak jawab langsung.Dia sakit ke?"soal Jio.

"Kita naik dululah,oppa.Kejap lagi unni balik.Oppa cubalah tanya unni sendiri.Tae Yeon pun tak tahu,"ajak Tae Yeon sambil menarik tangan Jio.

"Eh,tak apa.Oppa boleh tunggu dalam kereta.Tae Yeon naiklah dulu,"kata Jio,menolak baik ajakan Tae Yeon itu.Tae Yeon tidak berputus asa.

"Ala,oppa...Jomlah.Sejuklah kat luar ni.Nanti oppa sakit macam mana?Kita naik dulu.Tae Yeon boleh sediakan coklat panas dekat oppa dulu,"kata Tae Yeon,masih cuba memujuk.Jio akhirnya mengalah.Malas untuk melawan lagi.

 

 

Jio duduk termenung di ruang tamu.Hatinya meronta-ronta untuk bertemu dengan Hyo Joo ketika ini.Dia amat mengharapkan agar dia dapat bertemu dengan wanita itu hari ini.Tae Yeon yang berdiri tidak jauh dari tempat Jio itu mengukir senyuman sinis.Dia yakin pasti ada masalah yang timbul antara Jio dengan kakaknya itu.Entah mengapa,timbul satu idea nakal dalam fikirannya.

Jio tersentak apabila terdengar bunyi jeritan kecil dari dapur.Dia segera melangkah ke arah dapur.Matanya terbuka luas apabila ternampak jari telunjuk Tae Yeon berdarah.

"Tae Yeon,kenapa ni?"soal Jio,cemas.Tae Yeon mengaduh kesakitan.Jio segera mendekati Tae Yeon sambil memegang jari Tae Yeon yang berdarah itu.

"Macam mana boleh berdarah ni?"soal Jio.Dia mengeluarkan sapu tangannya kemudian, mengelap darah yang masih mengalir dari jari Tae Yeon itu.

"Tae Yeon nak potong buah tadi.Entah macam mana,pisau ni terkena kat jari.Mesti Tae Yeon berangan tadi,"jawab Tae Yeon,sambil ketawa.Wajah Jio kelihatan serius.

"Lain kali buat kerja tu hati-hatilah,Tae Yeon.Sekarang dah jadi macam ni,kan susah,"balas Jio.

"Dekat mana kotak pertolongan cemas?Biar oppa ambilkan,"soal Jio.

"Dekat dalam laci kat ruang tamu tu,"jawab Tae Yeon.

 

Tae Yeon kusyuk menatap wajah Jio sambil jarinya dibalut oleh lelaki itu.Jio pula tidak menyedari dengan pandangan Tae Yeon itu.Jio terkejut apabila menerima ciuman di pipi oleh Tae Yeon.Jio menoleh ke arahnya.Tangan kiri Tae Yeon memegang tangan Jio.

"Saranghae,oppa,"ucap Tae Yeon.Mata Jio terbuka luas apabila mendengar luahan kata dari Tae Yeon itu.Sungguh dia tidak menduga dengan pengakuan Tae Yeon itu.

"Tae Yeon..."

Tae Yeon segera mencium bibir Jio sebelum lelaki itu meneruskan kata-katanya.Jio segera menolak tubuh Tae Yeon itu apabila matanya ternampak kelibat Hyo Joo berdiri tidak jauh dari mereka.

"Hyo Joo?"Belum sempat Jio menjelaskan sesuatu kepada Hyo Joo,Hyo Joo sudah pun melangkah keluar dari situ.Jio segera mengejarnya namun tiba-tiba Tae Yeon mendakap tubuhnya dari belakang.Cuba menghalang Jio dari mengejar kakaknya.

"Tolong jangan pergi,oppa,"rayu Tae Yeon.

"Lepaskan..."balas Jio.Tae Yeon mengeratkan pelukannya.

"Tae Yeon perlukan oppa.Tae Yeon cintakan oppa.Tak boleh ke oppa cuba untuk terima cinta dari Tae Yeon?"soal Tae Yeon.

"Saranghae...saranghae..."ucapnya,dalam sebak.

 

 

 

 

Hyo Joo mengesat air matanya yang mengalir itu.Hatinya hancur apabila melihat Tae Yeon mencium bibir Jio sebentar tadi.

"Hyo Joo ah!"Hyo Joo menoleh apabila terdengar suara Jio memanggilnya dari belakang.Dia cuba untuk menjauhkan diri dari lelaki itu namun berjaya dihalang oleh Jio.Hyo Joo cuba melepaskan genggaman tangan Jio namun tidak berupaya.

"Hyo Joo,awak nak pergi mana?"soal Jio.

"Lepaslah.Awak sambung jelah kerja awak kat atas tu.Biarkan saya kat sini,"kata Hyo Joo.

"Tolong dengar penjelasan saya dulu,"kata Jio.Hyo Joo tertawa kecil.

"Penjelasan?Perlu ke semua tu?Lagi pun kita bukannya ada apa-apa hubungan istimewa pun.Suka hati awaklah awak nak cium dengan siapa yang nak kan?"balas Hyo Joo.

"Kalau macam tu,kenapa awak menangis?"soal Jio.Hyo Joo terdiam.

"Ke mana awak pergi?Apa yang awak sedang sembunyikan dari saya sekarang ni?"soal Jio lagi.Hyo Joo tidak menjawab.

"Awak tak tahu ke yang saya risaukan awak?Awak tak pernah fikir ke pasal perasaan saya?Saya risaukan awak...sebab awak sekali pun tak jawab panggilan saya...sekali pun tak balas mesej saya.Saya cuba tak nak fikirkan sesuatu yang buruk terjadi kat awak.Tapi tindakan awak sendiri dah buat saya rasa macam tu,"kata Jio.Nadanya kedengaran sedikit tegas.Seperti meluahkan segala perasaannya yang terpendam selama ini.

"Kenapa awak perlu risaukan saya pula?Tak perlulah awak nak risau-risaukan saya.Awak pergi jelah kat Tae Yeon tu...Dia perlukan awak lebih dari saya perlukan awak,"kata Hyo Joo.

"Tapi saya perlukan awak,Hyo Joo.Saya perlukan awak lebih dari segala-galanya,"kata Jio.Hyo Joo terkejut.

"Saya perlukan awak...sebab...saya cintakan awak..."luah Jio.Hyo Joo memandang ke arah Jio.Kelihatan mata lelaki itu bergenang,seolah-olah benar-benar meluahkan perasaannya yang terpendam selama ini.Tangan Hyo Joo itu dikucupnya lembut.

"Saranghae..."ucapnya lagi.Air mata Hyo Joo mengalir mendengar pengakuan ikhlas dari lelaki itu.Namun,dia tidak dapat meluahkan apa-apa untuk membalas pengakuan ikhlas dari lelaki itu.

"Awak ingat lagi kan pasal 3 soalan yang saya nak tanya kat awak dulu?Sekarang saya nak tanya awak soalan yang ketiga...Jawapan awak akan menentukan segalanya..."kata Jio.Hyo Joo sekadar menanti pertanyaan dari lelaki itu.

"Awak cintakan saya?"soal Jio.Hyo Joo terpana apabila mendengar soalan daripada lelaki itu.Benarkah itu soalan ketiga yang ingin ditanya oleh Jio semasa di Lotte World dahulu?Kalau benar...bermakna...

"Masa tu...awak nak tanya soalan ni pada saya?"soal Hyo Joo,ingin mendapatkan kepastian.

"Awak cintakan saya?"soal Jio lagi.Kali ini,dia melutut di hadapan Hyo Joo.Hati Hyo Joo terharu.Dia kemudiannya turut melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh Jio.Wajah Jio itu diusapnya lembut sebelum dia mengucup bibir lelaki itu.

"Sebenarnya...saya pun nak katakan perkara yang sama...macam awak.Tapi,awak dah cakap dulu,"kata Hyo Joo,terukir senyuman pada wajah ayunya itu.Mata lelaki itu ditenungnya lembut.

"Sa...rang...hae..."ucap Hyo Joo.Bibir Jio mengukir senyuman manis.Dia kemudiannya memeluk tubuh Hyo Joo.Dia benar-benar gembira apabila Hyo Joo turut mencintai dirinya.

 

 

Tae Yeon terduduk di birai katil sambil melihat jarinya yang berbalut itu.Sentuhan Jio masih lagi dirasainya.Sungguh dia amat mencintai lelaki bernama Jung Byung Hee itu.Namun,cintanya bertepuk sebelah tangan.Jio lebih mencintai kakaknya,Han Hyo Joo.Tae Yeon pula hanya dianggap sebagai seorang adik.

 

 

 

"Miane..."ucap Jio sebaik sahaja Tae Yeon meluahkan perasaannya.

"Oppa tak boleh terima cinta Tae Yeon...sebab Hyo Joo lebih penting dalam hidup oppa.Oppa cintakan dia..."katanya lagi.Pelukan Tae Yeon kian longgar.Pengakuan Jio itu benar-benar menghancurkan hatinya.Jio kemudiannya menoleh ke arah Tae Yeon.Bahu Tae Yeon itu disentuhnya.

"Tae Yeon boleh dapat lelaki yang lebih baik dari oppa.Oppa yakin,lelaki yang akan hadir dalam hidup Tae Yeon lepas ni...lebih menghargai Tae Yeon,lebih mencintai Tae Yeon.Oppa bukan orangnya...sebab oppa tak sebaik lelaki tu.Tapi,kita masih berkawan kan?"soal Jio.Tae Yeon menangis.Jio terkejut mendengar tangisan Tae Yeon itu.Namun,tidak pula dia cuba untuk memujuk gadis itu.Sekadar menemani Tae Yeon menghamburkan rasa sedihnya.Tidak lama selepas itu,Tae Yeon mengukir senyuman.

"Kalau macam tu,oppa kena luahkan perasaan oppa dekat unni.Tae Yeon yakin...dia pun cintakan oppa...macam oppa cintakan dia..."kata Tae Yeon.Jio tersenyum lega apabila Tae Yeon akhirnya memahami perasaannya.

"Gomawo..."ucap Jio.

 

 

 

Tae Yeon mengesat air matanya.Perlahan-lahan,dia mengukir senyuman nipis.Dia mengaku kalah.Cinta Jio hanya milik Hyo Joo.Tiada ruang untuknya dalam hati Jio.Tae Yeon kemudiannya mengambil telefon bimbitnya yang terletak di atas meja soleknya itu.Nombor telefon Bora didailnya.

"Tae Yeon?"Kedengaran suara Bora dalam talian.

"Bora..."Kedengaran Tae Yeon menahan sebak.

"Yah,kenapa ni?Kau menangis ke?"soal Bora,risau.

"Aku...putus cinta..."kata Tae Yeon.

"Apa?"

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!