Chapter 24

I'm Falling in Love with You

 

Tae Yeon sedikit hairan apabila melihat Hyo Joo senyap sejak dari pulang dari hospital lagi.Apabila ditanya,tiada apa katanya.Namun,wajahnya menggambarkan sebaliknya.Matanya sedikit sembab seperti baru lepas menangis.Tae Yeon tidak mahu menyoal lebih sekiranya kakaknya itu tidak mahu membincangkan masalah dengannya.

“Tae Yeon nanti makan ubat ya?”pesan Hyo Joo.Tae Yeon sekadar angguk lemah.Diperhatikannya wajah Hyo Joo yang muram itu.Jelas sekali Hyo Joo ada menyembunyikan sesuatu daripadanya.Apakah kakaknya itu ada masalah dengan Jio oppa?Tae Yeon sendiri kurang pasti mengenai hal itu walaupun jauh di sudut hati,dia sedikit gembira sekiranya hubungan Hyo Joo dengan Jio tidak berjalan lancar.

”Unni nak keluar kejap.Ada hal sikit.Kalau Tae Yeon nak apa-apa,telefon unni.Arasso?”soal Hyo Joo,sambil meletakkan tangannya pada dahi Tae Yeon.Tae Yeon angguk lagi.Hyo Joo tersenyum lemah.

”Unni pergi dulu,”kata Hyo Joo sebelum keluar dari bilik adiknya.

 

 

“Seulong mesti buat pembedahan tu.Kanser dah merebak.Kalau tak,peluang untuk Seulong sembuh…”

“Saya akan cuba pujuk Seulong untuk buat pembedahan tu,”kata Hyo Joo,memotong percakapan Ji Hoon.IU sekadar mendengar perbualan mereka berdua.

“Tapi,Seulong…”

“Kenapa?Dia takut saya akan tinggalkan dia ?”soal Hyo Joo.Joong Ki terdiam saat mendengar kata-kata Hyo Joo itu.

“Oppa tak nak susahkan kita semua.Dia tak nak kita semua rasa susah hati sebab dia.Itu permintaan dia dekat Joong Ki oppa,walaupun Joong Ki oppa sangat tak setuju dengan permintaan dia,”kata IU,menjawab bagi pihak Joong Ki.

“Saya tak peduli semua tu.Kalau awak berdua tak sanggup nak khianati permintaan dia,biar saya buat,”kata Hyo Joo,sebelum beredar meninggalkan mereka berdua.

“Unni!”panggil IU,namun tidak diendahkan oleh Hyo Joo.

 

 

Hyo Joo memandang ke arah rumah agam Seulong.Niatnya untuk berjumpa dengan Seulong begitu kuat.Dia tidak mahu Seulong terus menderita seorang diri.Hyo Joo segera menekan loceng bersebelahan dengan pintu pagar rumah agam itu.Tidak lama selepas itu,kelihatan seorang wanita separuh abad muncul di muka pintu.Dia kemudiannya melangkah mendekati Hyo Joo.

“Ya?Cik cari siapa?”soal wanita itu.Hyo Joo mengukir senyuman manis kepadanya.

“Saya kawan Seulong.Dia ada kat rumah?”soal Hyo Joo pula.

“Oh,kawan Encik Seulong.Kenapa tak telefon nak datang?Encik Seulong baru je keluar.Tak tahu bila dia balik,”jawab wanita itu,ramah.Hyo Joo sedikit hampa.

“Ahjumma tahu tak Seulong pergi mana?Saya ada hal penting nak cakap dengan dia,”soal Hyo Joo.Amat mengharapkan wanita itu mengetahui mengenai tempat Hyo Joo berada waktu itu.Kelihatan wanita itu terdiam seketika.Mungkin sedang cuba mengingati sesuatu.

“Tak silap,dia kata nak ke taman tasik dekat dengan kondominium ni.Nak ambil angin katanya,”jawab wanita itu.Hyo Joo tersenyum saat mendengar jawapan wanita itu.

“Kamsahamida.Saya pergi dulu ya.Kamsahamida,”ucap Hyo Joo sebelum beredar dari situ.Wanita itu sekadar membalas dengan senyuman.

 

 

Hyo Joo mengukir senyuman  gembira apabila melihat kelibat Seulong yang sedang berdiri,memandang ke arah tasik yang jernih itu .Perlahan-lahan,Hyo Joo melangkah mendekati Seulong.

“Seulong…”sapa Hyo Joo.Seulong menoleh ke arah suara yang cukup dikenalinya itu.Matanya terbuka luas apabila memang benar Hyo Joo berada di situ.

“Hyo Joo?Apa awak buat kat sini?”soal Seulong,teruja.Hyo Joo mengukir senyuman nipis ke arahnya.

“Saja…nak jumpa dengan awak,”kata Hyo Joo.Diperhatinya wajah Seulong yang kelihatan lemah itu.Timbul rasa simpati terhadap lelaki itu.

“Macam mana awak tahu saya kat sini?”soal Seulong lagi.

“Ikut gerak hati?”balas Hyo Joo,bergurau.Seulong ketawa.

“Bergurau pula awak ni,”kata Seulong.Hyo Joo sekadar tersenyum.Senyuman Seulong mengendur apabila melihat wajah Hyo Joo yang berubah mendung itu.Senyumannya seperti dibuat-buat.

”Hyo Joo?”

“Ya?”

“Awak okey tak?Awak macam tak sihat je,”soal Seulong.Tangannya mulai diletak di atas dahi Hyo Joo.Hyo Joo sekadar membiarkannya.Kemudian,tangan Seulong yang masih berada di atas dahinya itu dipegangnya.Seulong hairan.Apatah lagi apabila melihat mata Hyo Joo yang mulai bergenang itu.

”Hyo Joo?Awak kenapa?”soal Seulong,cemas.Hyo Joo menggeleng.Entah mengapa,amat sukar baginya untuk meneruskan niatnya yang berkaitan dengan penyakit Seulong itu.

“Hyo Joo?Janganlah senyap macam ni.Awak dah buat saya risau sekarang ni,”kata Seulong.Hyo Joo tidak dapat menahan sebak lagi.Air matanya mengalir juga.Seulong terkejut.

“Sepatutnya…awak kena bagitahu saya…apa yang awak cuba sembunyikan dari saya…”kata Hyo Joo dalam sebak.Dahi Seulong berkerut.

“Apa maksud awak?”soalnya,cuba memahami perkara sebenar daripada Hyo Joo.Hyo Joo memandang ke arah anak matanya.

“Kalau betul awak sayangkan saya…awak cintakan saya…tolong…bagitahu saya..apa yang dah sembunyikan dari saya…IU..dan keluarga awak…”pujuk Hyo Joo.Dia tidak mahu berterus terang.Sekadar mahu menguji kejujuran lelaki itu.Seulong mengalihkan pandangannya dari Hyo Joo.Dia yakin,perkara ini lama-kelamaan akan terbongkar juga.Dia juga yakin Hyo Joo pasti akan mengetahuinya juga cuma tidak tahu bagaimana caranya.Tangan Seulong itu dipegang oleh Hyo Joo.Seulong memandang ke arahnya.

“Seulong…”Hyo Joo masih cuba memujuk.Seulong memejamkan matanya,seperti mencari kekuatan untuk menjawab persoalan Hyo Joo.Tidak lama selepas itu,Seulong memeluk tubuh Hyo Joo.

“Miane…saya buat semua tu sebab tak nak tengok awak sedih…”katanya lembut.Air mata Hyo Joo kian mengalir laju.Secara tidak langsung,Seulong telah menjawab persoalannya.Dia menghamburkan segala kesedihannya dalam pelukan lelaki itu.Pelukan Seulong kian erat.Hatinya turut sebak apabila mendengar tangisan Hyo Joo.

”Miane…”ucapnya lagi.

 

 

Jio hampa apabila satu panggilan pun tidak dijawab oleh Hyo Joo.Apatah lagi mesej yang entah berapa kali sudah dihantarnya.Satu pun tidak dibalas.

“Mana pulak Hyo Joo ni?”ngomelnya.Lamunannya terganggu seketika apabila kedengaran suara seorang wanita menegurnya dengan lembut.

“Encik?Encik dah buat pilihan ke?”soal wanita berpakaian seragam hitam dan putih itu.Jio memandang semula ke arah cincin-cincin yang tersusun kemas di bawah meja kaca itu.Sesekali dia memegang dagunya,berfikir untuk membuat pilihan.Kalau salah pilih,tak muat pakai kat jari pula…hem…

Jio kemudiannya menyentuh jari tangan kanannya sambil menutup matanya.Tidak lama selepas itu,bibirnya mengukir senyuman puas.

“Tolong bagi saya cincin yang tu,”pinta Jio sambil menunjukkan ke arah cincin yang menjadi pilihannya itu.Senyumannya kian melebar apabila wanita itu meletakkan cincin itu di atas meja kaca.Jio sudah merancang satu kejutan terhadap Hyo Joo. 

"Saiz macam mana,Encik?"soal wanita lagi.Jio tersenyum lagi.

 

 

Gi Kwang meneguk air suam selepas selesai sahaja menghabiskan rakaman lagu barunya.Gi Kwang menoleh ke arah belakang apabila merasakan bahunya disentuh oleh seseorang.Bibirnya mengukir senyuman apabila melihat Du Jun sedang berdiri di belakangnya.

"Macam mana?"soal Du Jun.Gi Kwang diam,berfikir sejenak.Tidak lama kemudian,dia mengukir senyuman puas hati sambil menunjukkan isyarat thumbs up.

"Best!Serius,kalau diorang dengar lagu ni,confirm meletup,"kata Gi Kwang,yakin.Du Jun ketawa.

"Tengoklah siapa yang nyanyi,"katanya,bangga.Gi Kwang mencebik.

"Lagu je,orang yang nyanyi tu...biasa je,"kata Gi Kwang.

"Yeyeyeye..kau nak aku puji kau juga ke?Adoi...yelah...kau pun daebak.Dengan muka kacak kau ni,aku yakin lagu ni melonjak naik...tapi..orangnya taklah..."kata Du Jun sambil ketawa.Gi Kwang turut ketawa.

"Dahlah..aku nak balik ni,"kata Gi Kwang.

"Wei,kau bila nak pindah asrama ni?Suka hati je nak duduk rumah sorang-sorang,"soal Du Jun.

"Anak mak la kau ni,"katanya lagi.Gi Kwang sekadar tersenyum.

"Aku balik dulu ekh,"kata Gi Kwang.

"Kirim salam kat adik kau yang cun tu.Kata kat dia...Du Jun oppa kirim salam rindu..."kata Du Jun tanpa segan silu.Gi Kwang menggelengkan kepalanya.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!