Chapter 30

I'm Falling in Love with You

 

Jio kembali semula ke pejabat apabila sudah tiga hari urusan pejabatnya ditinggalkan kepada Lee Joon.Mujur Lee Joon dapat menguruskannya dengan baik.Hari ini,Jio terpaksa juga kembali bekerja walaupun fikirannya serba sedikit masih terganggu oleh kejadian malang yang menimpa keluarganya.Jio cuba menguatkan semangatnya.Sekarang,tanggungjawab terhadap keluarganya dipikul sepenuhnya oleh Jio.Adik-adiknya amat memerlukan sokongan daripadanya.Jio tidak kisah sekiranya semua itu memerlukan pengorbanan darinya,apa yang penting,keperluan keluarganya terutama Bora dan Leo yang masih lagi belajar dapat dipenuhi seperti biasa.

Urusannya terganggu seketika apabila terdengar bunyi ketukan pada pintu biliknya.

“Masuk!”arah Jio sambil memandang ke arah pintu pejabatnya.Kelihatan wajah Lee Joon muncul di muka pintu.

“Ah~ Lee Joon,ada apa?”soal Jio.Lee Joon mengambil tempat di hadapan Jio sambil mengukir senyuman manis.

“Kau apa khabar?Sihat?”soal Lee Joon,masih lagi dengan senyuman manisnya yang menampakkan ketampanan wajahnya itu.Jio tersenyum tawar.

“Aku…nak tak nak kena okeylah kan…Nak buat macam mana,perkara yang dah terjadi tu,biarkan berlalu…”jawab Jio,tabah.Lee Joon kagum dengan ketabahan yang ada dalam diri Jio.Nampaknya,Jio yang dia kenali sebelum ini sudah kembali,walaupun dia yakin jiwa dan perasaan Jio belum pulih sepenuhnya.

”Cuma…Bora masih belum boleh terima perkara ni.Nasib baik Tae Yeon ada.Boleh juga tolong temankan dia,”kata Jio lagi.Fikiran Lee Joon sedikit terganggu apabila soal Bora dibangkitkan.Pasti perasaan Bora masih lagi terganggu oleh kejadian yang berlaku baru-baru ini.Jio menyedari riak wajah Lee Joon yang berubah sedih itu.

”Habis kerja nanti,datanglah rumah aku.Mesti dia perlukan kau…”kata Jio.Perlahan-lahan,Lee Joon angguk sambil tersenyum.Perbualan mereka terganggu apabila terdengar ketukan pada pintu pejabat Jio.

“Maafkan saya,Encik ByungHee,saya nak sampaikan surat untuk Encik yang saya terima semalam,”kata setiausaha Jio,sambil menghulurkan sampul surat berwarna coklat kepada Jio.Jio mengambil surat itu tanpa banyak soal.

“Okey,terima kasih,”ucap Jio,sambil tersenyum.Setiausaha itu pun melangkah keluar dari bilik itu selepas sahaja tugasnya di situ tamat.Jio segera membuka sampul surat itu.Lee Joon sekadar melihat dan membiarkan sahaja Jio membaca isi surat itu.Tidak lama selepas itu,Jio melepaskan keluhan berat selepas sahaja membaca isi yang terkandung di dalam surat itu.

“Kenapa,Jio?”soal Lee Joon,ingin tahu.Dia bimbang sekiranya surat itu adalah salah satu agenda yang tersenarai dalam rancangan jahat ayah serta adiknya.Jio tidak menjawab sebaliknya diam,memikirkan sesuatu.Lee Joon tidak terus mendesak.Dia tahu Jio sedang memikirkan sesuatu.

“Surat dari pihak bank…”Jio mula bersuara.

“Pasal apa?”soal Lee Joon.

“Hutang syarikat…dengan pihak bank,”jawab Jio,lemah.

“Berapa?”soal Lee Joon.Jio menyerahkan surat itu kepada Lee Joon.Mata Lee Joon terbuka luas apabila membaca jumlah yang tertera pada surat itu.

”Banyaknya!Tapi…aku rasa…mustahil mendiang ayah kau boleh berhutang sampai banyak ni,”kata Lee Joon.

“Aku pun tak tahu.Tak apalah…aku akan cuba periksa balik dokumen-dokumen yang lama,”kata Jio.Dia kemudiannya mula melangkah keluar dari biliknya untuk pergi ke bilik mendiang ayahnya.Lee Joon turut mengekorinya dari belakang.Namun,usaha mereka untuk menjumpai dokumen-dokumen itu gagal selepas hampir dua jam lebih mencari.Dokumen penting yang tersimpan di dalam komputer juga tiada.Jio buntu.Di mana lagi ayahnya simpan segala dokumen penting kalau bukan di pejabat dan komputer peribadinya? Jio terduduk di kerusi ayahnya.Fikirannya buntu.Lee Joon mengambil tempat di hadapan Jio.

“Kau rasa dokumen-dokumen tu ada kat rumah tak?”soal Lee Joon.Jio melepaskan keluhan berat.Kata-kata Lee Joon itu ada benarnya tetapi Jio tidak merasakan tekaan Lee Joon itu tepat.Mendiang ayahnya bukan jenis orang yang membawa apa-apa urusan pejabat ke rumah.Mendiang ibunya juga amat pantang sekiranya Jio dan ayahnya membincangkan urusan pejabat dan kerja di rumah.Kata ibunya,rumah adalah tempat bagi mereka untuk meluangkan masa bersama,bukannya tempat untuk bermesyuarat hal-hal pejabat.

“Aku rasa…mendiang ayah aku…dah dikhianati,”kata Jio tiba-tiba setelah sekian lama mendiamkan diri.Riak wajah Lee Joon berubah.Apakah Jio dapat menghidu rancangan jahat Krystal dan Tuan Lee itu?

“Apa maksud kau?”soal Lee Joon.Rasa bersalah kian menenbal dalam hatinya kerana nasib malang yang menimpa ke atas keluarga rakan baiknya itu berpunca daripada sifat rakus dan tamak keluarga Lee Joon sendiri.Dan pastinya dia tidak akan membiarkan kemenangan berpihak kepada keluarganya biarpun terpaksa mengorbankan keluarga sendiri.Keluarga Jung wajar mendapatkan hak mereka semula.

“Tu tekaan aku je.Biasalah…dunia perniagaan ni tak pernah bersih daripada sifat hasad dengki.Cuma…aku tak boleh buat tuduhan melulu.Mungkin ada sebab lain.Mungkin sebab kelalaian aku juga,”kata Jio.

“Aku akan tolong kau,”kata Lee Joon,bertekad untuk membantu Jio.Jio mengukir senyuman nipis.

 

 

Tekaan Jio tepat sekali apabila dokumen-dokumen penting itu tiada langsung disimpan di rumahnya,baik di bilik utama mahupun di bilik kerja mendiang ayahnya.Jio runsing.Surat yang diterimanya pagi tadi amat membebankan fikirannya.Bukan sahaja hutang bank yang harus diselesaikan,malah hutang-hutang yang lain juga harus diselesaikan.Gi Kwang yang baru sahaja melintasi bilik utama terkejut apabila melihat ruang tengah di dalam bilik itu bersepah.

“Hyung,kenapa ni?”soal Gi Kwang,ingin tahu.Dia segera melangkah masuk ke dalam bilik itu.Jio menoleh ke arahnya tanpa mengucap sebarang kata.Gi Kwang tidak tahu apa-apa mengenai urusan syarikat.Kalau ditanya pun,pasti Gi Kwang tidak mengerti.

“Tak ada apa-apa.Hyung tengah cari barang,”kata Jio.

“Nak Gi Kwang tolong?”soal Gi Kwang,menawarkan bantuan.

“Tak apalah,Gi Kwang.Esok dah start kerja kan?Rehat je lah.Hyung boleh cari benda tu sendiri,”kata Jio,menolak baik niat adik lelakinya itu.Gi Kwang hairan.Jio kelihatannya sedang mencari sesuatu yang sangat penting.

“Syarikat…ada masalah ke,hyung?”soal Gi Kwang.Jio tersenyum tawar.

”Hyung,cakaplah.Mungkin Gi Kwang tak faham pokok pangkalnya,tetapi sekurang-kurangnya,hyung tak tanggung beban ni seorang diri,”pujuk Gi Kwang.Jio mengeluh.Dia kemudiannya menolak rambut yang menutupi dahinya ke belakang.

“Kita…mungkin akan diisytiharkan bankrap,”jawab Jio,lemah.Mata Gi Kwang terbuka luas.

 

Tumpuan Jio terganggu apabila terdengar ketukan pada pintu bilik pejabatnya.Sejak belakangan ini,kehadiran para pemiutang untuk menuntut hutang mereka amat mengganggu fikirannya.

“Masuk,”kata Jio,lemah.

”Ada apa?”soal Jio,apabila melihat wajah setiausahanya yang muncul di muka pintu.

“Maafkan saya,Encik Byung Hee.Tuan Lee datang,nak jumpa dengan Encik Byung Hee,”kata setiausahanya itu.Jio angguk,memberi kebenaran kepada setiausahanya untuk membenarkan Tuan Lee masuk.Jio segera berdiri apabila melihat Tuan Lee melangkah masuk ke dalam pejabatnya.

“Apa khabar,Tuan Lee?”soal Jio,ramah sambil menghulurkan salam kepada Tuan Lee.Namun,Tuan Lee tidak menyambut hulurannya.Jio mulai rasa tidak senang dengan kelakuan Tuan Lee itu.Setahunya,Tuan Lee bukan jenis lelaki yang sombong seperti yang dilihatnya sekarang ini.Apakah sebelum ini Tuan Lee hanya berpura-pura baik dan ramah di hadapan mendiang ayahnya dahulu?

“Perkara apa yang membuatkan Tuan Lee datang ke sini?Kalau ada urusan penting,sepatutnya Tuan Lee beritahu saya.Biar saya yang datang berjumpa dengan Tuan Lee,”kata Jio,berlagak formalTuan Lee kemudiannya melabuhkan punggung di hadapan Jio tanpa sebarang kata.Dia kemudiannya memandang ke arah wajah Jio.

“Kamu apa khabar,Jio?”soal Tuan Lee.Jio mengukir senyuman nipis.

“Saya baik,”jawab Jio.

“Macam mana dengan urusan syarikat kamu?Ada apa-apa masalah ke?”soal Tuan Lee,berterus-terang tanpa menyentuh langsung kejadian malang yang telah menimpa keluarga Jio.Setidak-tidaknya,dia harus mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga Jio atas kejadian malang yang telah menimpa keluarga tersebut.Jio melepaskan keluhan berat.

“Saya pun tak tahu nak cakap apa,Tuan Lee.Tak tahu mana silapnya,habis kontrak dengan syarikat lain dibatalkan.Projek di Icheon juga terpaksa dihentikan.Syarikat dari Tokyo pun dah tak nak bekerjasama dengan kami lagi.Mungkin…mereka tak yakin dengan keupayaan saya…menguruskan syarikat ni…lepas mendiang appa dah tak ada,”kata Jio.Tuan Lee menyembunyikan senyumannya selepas sahaja mendengar kata-kata Jio itu.Rancangannya sudah hampir berjaya.

“Berat masalah tu.Habis tu,kewangan syarikat macam mana?Nak saya tolong apa yang patut?”soal Tuan Lee,berpura-pura mahu menawarkan bantuan.

“Em…tak perlulah,Tuan Lee.Urusan syarikat ni…biar saya yang uruskan.Lagipun,Lee Joon ada.Dia boleh tolong saya kalau saya perlukan apa-apa,”kata Jio,menolak baik bantuan yang ditawarkan oleh Tuan Lee itu.Fikiran Jio semakin terganggu apabila terdengar tawa kecil dari Tuan Lee.Kedengaran sinis sekali.

“Jio…Jio…nampaknya kamu masih tak faham hal-hal syarikat ni.Awak ingat…dengan kehilangan banyak kontrak,awak boleh stabilkan kewangan syarikat dengan mudah?”soal Tuan Lee.Jio tidak menjawab.

”Saya bukannya baru setahun dua dalam dunia perniagaan ni…Dan saya bukannya baru sekali menguruskan projek mega macam kat Busan tu.Saya jauh lebih berpengalaman dari awak,Jio.Dan saya yakin…awak mesti sedang menanggung hutang yang sangat banyak…”kata Tuan Lee lagi.

“Saya harap…Tuan Lee dapat memberi saya masa untuk melangsaikan hutang syarikat saya dengan syarikat Tuan Lee,”kata Jio,lemah.Kedengaran Tuan Lee ketawa besar.

“Oh…tak perlu susah-susah Jio.Awak ingat saya sekejam pemiutang yang lain ke?”soal Tuan Lee.Jio menundukkan wajahnya.

”Saya faham masalah awak.Dan saya juga faham keadaan awak buat masa sekarang ni.Sebab tulah saya datang berjumpa awak hari ni,”kata Tuan Lee sambil memberi isyarat kepada pembantunya untuk menyerahkan sekeping sampul surat kepadanya.Tuan Lee kemudiannya meletakkan sampul surat itu di atas meja Jio.Jio mengambilnya dengan perasaan tidak senang hati.Tekaannya tepat!Kedatangan Tuan Lee pada waktu itu menambahkan lagi beban yang telah ditanggungnya.Surat itu menyatakan bahawa syarikat Jung tidak perlu membayar satu sen pun kepada Tuan Lee.Tetapi,pemegang syer terbesar syarikat Jung haruslah diserahkan kepada Tuan Lee sekaligus meletakkan Tuan Lee sebagai presiden baru bagi syarikat Jung.Apa yang paling mengejutkan Jio ialah surat itu mendapat persetujuan dari pihak mahkamah.Hal ini kerana keluarga Jung tidak mampu lagi untuk menguruskan syarikat dengan baik dengan dikelilingi oleh hutang yang banyak.Jio meletakkan semula surat itu di atas mejanya.

“Mudah kan,Jio?Awak hanya perlu patuh pada arahan mahkamah.Bukan setakat hutang bank,malah hutang yang lain pun saya boleh tolong uruskan.Sekurang-kurangnya,awak dan adik awak masih ada tempat tinggal.Betul tak?”soal Tuan Lee.Jio tidak memandang ke arah Tuan Lee.Dia menggenggam tangannya,menahan amarahnya.

”Awak dah tak boleh melawan lagi,Jio.Awak dah kalah…kalah teruk!”kata Tuan Lee lagi sambil ketawa.Jio mengukir senyuman sinis ke arahnya.

“Kalah?Mudahnya awak cakap macam tu.Saya rela kalah bermaruah…daripada saya menang dengan cara yang jijik macam ni!”balas Jio,hilang terus panggilan hormat terhadap Tuan Lee itu.Perbualan mereka terganggu apabila pintu pejabat itu ditolak dari luar.Kemarahan Jio kian menebal apabila melihat wajah Krystal muncul di muka pintu.

“Apa bising bising ni,appa?”soal Krystal,sambil melangkah masuk ke dalam bilik Jio tanpa menghiraukan jelingan Jio terhadapnya.Krystal kemudiannya menoleh ke arah Jio sambil mengukir senyuman mengejek.

“Oppa!Kenapa buat muka macam tu?”soal Krystal,sengaja mahu menaikkan kemarahan lelaki itu.Krystal melangkah mendekati ke arah Jio.

"Krystal rasa…oppa patut bersetuju je.Tak susah pun.Lagipun…kami tolong oppa kan?Krystal kasihan kat oppa,kasihan kat keluarga oppa…Krystal,tak sampai tengok oppa macam ni.Sebab Krystal cintakan oppa…”kata Krystal sambil mengusap lembut pipi Jio.Jio segera mengalihkan wajahnya.Krystal tersenyum sinis.

”Tapi…Krystal lebih cintakan harta oppa…”katanya lagi.

“Jangan mimpi.Aku rela mati daripada serahkan semuanya kepada orang yang tak berhati perut macam kau!”kata Jio.

“Sudahlah,oppa.Tak perlu cakap banyaklah.Lagipun,semua pekerja dah tak mahu tunduk bawah oppa lagi.Mereka tahu…nasib mereka takkan terjamin kalau mereka terus bekerja bawah oppa.Keadaan oppa sendiri dah tak menentu,inikan pula nak memperjudi nasib orang lain?”balas Krystal.

“Keluar sekarang,”kata Jio,tanpa memandang ke arah mereka.

“Jadi oppa tolak perintah dari pihak mahkamah?”soal Krystal lagi.

“Keluar!!!”jerkah Jio.

“Arasso.Jaga diri ya,oppa,”kata Krystal,sambil memaut lengan ayahnya sebelum melangkah keluar dari situ.Jio menyelerakkan mejanya dengan penuh rasa geram dan marah.Tindakan Tuan Lee dan Krystal memang sudah melampau!

 

 

Jio terkejut apabila melihat semua barang di dalam rumah itu ditampal kertas berwarna merah,yang menunjukkan semua barang di dalam rumah itu sudah dilelong oleh pihak bank.Jio segera mendekati Bora yang sedang duduk di satu sudut rumah sambil ditemani oleh Leo.

“Bora,bila semua ni berlaku?”soal Jio.Bora tidak menjawab.Jio maklum dengan perubahan sikap Bora yang mendadak itu selepas kematian kedua-dua orang tua mereka.Bora tidak lagi seceria dulu.Malah,suara Bora juga amat payah untuk didengari.Jio melepaskan keluhan berat.

“Tengahari tadi,hyung.Ada orang ramai masuk rumah kita.Lepas tu,dia tampal kertas warna merah tu.Noona diam je masa tu.Dia tak buat apa-apa pun.”Tiba-tiba,Leo mencelah.Jio meraup wajahnya selepas mendengar kata-kata Leo tadi.

”Gi Kwang hyung tak balik lagi?”soal Jio lagi.Leo menggeleng.Perbualan mereka terganggu apabila terdengar bunyi motosikal dari luar.

“Hyung,apa dah terjadi ni?”soal Gi Kwang sebaik sahaja melihat keadaan rumah mereka yang penuh dengan kertas merah itu.

“Gi Kwang tolong hyung,boleh?”soal Jio,lemah.Gi Kwang memandang ke arah abangnya itu.

 

“Apa?”soal Tae Yeon,terkejut selepas mendengar berita yang disampaikan oleh Gi kwang sebentar tadi.Hyo Joo yang mendengar kata-kata Gi Kwang itu turut terdiam.Dia benar-benar tidak sangka dengan nasib malang yang menimpa keluarga Jio itu semakin rumit.Sudahlah mereka baru sahaja kehilangan kedua-dua orang tua mereka,inikan pula tempat tinggal mereka dilelong oleh pihak bank.

“Saya minta maaf sebab…dah susahkan awak semua.Tapi,saya harap awak boleh tolong tengokkan Bora dengan Leo kat sini sampai semuanya kembali seperti biasa.Bora betul-betul perlukan seseorang yang boleh temankan dia.Kami bukan tak ada saudara lain,cuma…”

“Apa oppa cakap ni?Bora kan kawan saya.Lagipun,bukannya saya baru kenal Bora dan keluarga Bora yang lain sehari dua.Dah hampir tiga tahun kan saya kenal dia.Takkan saya tak nak tolong dia bila dah jadi macam ni,”kata Tae Yeon,memotong kata-kata Gi Kwang itu.

”Oppa,jangan risau.Saya dengan unni boleh tolong tengokkan Bora dengan Leo,”kata Tae Yeon,sambil mengukir senyuman manis.Gi Kwang tersenyum lega selepas mendengar kata-kata Tae Yeon itu.

“Gi Kwang,Jio mana?”soal Hyo Joo tiba-tiba,setelah sekian lama mendiamkan diri.

 

Hati Hyo Joo  sayu apabila melihat wajah Jio yang muram itu.Dia yakin semua perkara yang berlaku ini amat sukar dan berat untuk dipikul oleh Jio seorang diri.Apatah lagi,Jio tidak pernah mengalami dugaan seberat ini sepanjang hidupnya.

“Saya ni tak guna…”kata Jio,tiba-tiba.Hyo Joo terkejut mendengar kata-kata Jio itu.

”Semua ni terjadi…disebabkan oleh kepentingan diri saya sendiri.Kalau saya ikut apa yang mereka nak,pasti adik-adik saya tak akan jadi mangsa,”kata Jio lagi.

“Awak tak rasa macam tu ke,Hyo Joo?Awak tak rasa nak benci kat saya ke?Orang yang awak cintai ni…orang yang awak sayang ni…sebenarnya seorang abang yang tak boleh diharap.Tak berguna.Pentingkan diri sendiri.Sepatutnya awak bencikan saya.Awak tak patut datang sini,”kata Jio.Dia kemudiannya menoleh ke arah Hyo Joo.

”Tinggalkan saya,”katanya lagi.Hyo Joo tidak beranjak dari tempat dia berdiri.

”Pergilah!Awak nak saya korbankan nasib awak juga ke?!”jerkah Jio.Hyo Joo tetap berdegil.Jio tertawa kecil.

”Kenapa?Awak tetap berdegil sebab nak buktikan cinta awak kat saya ke?”soal Jio.

”Sia-sia.Semua tu sia-sia!”katanya lagi.Hyo Joo menampar pipi Jio.Jio terkejut.

“Apa yang awak cakap ni?”soal Hyo Joo,cuba menahan sebak.Jio tidak membalas.Sekadar memandang mata Hyo Joo yang mulai bergenang itu.

”Awak sanggup nak hadapi semua ni seorang diri lepas awak dah hampir kehilangan semuanya?Sedarlah Jio…sedarlah!”kata Hyo Joo lagi,sambil memegang erat lengan Jio.

”Awak dah lupa janji saya?Saya tak akan tinggalkan awak walau apa pun terjadi.Tapi awak nak suruh saya biarkan awak tanggung semua ni seorang diri?Siapa saya pada awak sebenarnya?Siapa saya dalam hidup awak?”soal Hyo Joo,sambil mengalirkan air mata.Jio masih membisu.

“Awak masih ada sesuatu yang orang lain tak boleh rampas dari awak.Awak masih ada sesuatu yang boleh memberi kekuatan kepada awak untuk teruskan hidup.Apa yang miliki sebelum ni,hanyalah sementara.Awak boleh binanya semula.Tapi…adik-adik awak?Awak nak abaikan mereka juga ke?Mereka tak ada kepentingan untuk awak ke?Mereka perlukan awak.Mereka perlukan Jio yang dulu.Yang tak mudah mengalah.Dan…saya pun nak tengok Jio yang dulu.Yang selalu tersenyum…yang suka bergurau.Bukan Jio yang mudah berputus asa macam ni,”kata Hyo Joo.Hyo Joo kemudiannya memeluk Jio,seolah-olah cuba berkongsi segala beban yang ditanggung oleh lelaki itu.

“Walau apapun terjadi…saya tetap cintakan awak…”bisik Hyo Joo,sebak.Perlahan-lahan,Jio membalas pelukan Hyo Joo itu.Dalam pelukan Hyo Joo itu juga,dia melepaskan kesedihannya yang sudah lama terpendam itu.Hati Hyo Joo bertambah sayu apabila mendengar tangisan Jio.Pelukan Jio juga kian erat,seolah-olah amat memerlukan sokongan Hyo Joo ketika itu.

 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!