Chapter 32

I'm Falling in Love with You

 

Kejadian yang berlaku di syarikatnya baru-baru ini menyebabkan Jio dilanda kemurungan.Apatah lagi,kereta kesayangannya juga turut dirampas sebaik sahaja proses penyerahan syarikat kepada keluarga Lee diadakan.Puas Hyo Joo cuba mengajaknya untuk berbual,namun sepatah pun tidak dibalas oleh Jio.Jio lebih selesa menghabiskan masanya di bilik sambil termenung.Gi Kwang juga sudah tidak tahu apa lagi yang harus dilakukannya.Bora pula sudah kembali ke kolej.Itupun atas nasihat daripada Gi Kwang.Kalau diikutkan hati,mahu sahaja Bora menghentikan pengajiannya disebabkan oleh keadaan keluarganya yang tidak lagi senang seperti dahulu.Keluarga mereka hilang punca pendapatan.Mujur Gi Kwang tidak terlibat dalam urusan perniagaan keluarganya.Namun,sekadar bergantung kepada Gi Kwang tidak memadai untuk menampung kehidupan mereka.

 

"Noona...mesti Noona dah penat.Gi Kwang hantar Noona balik,okey?"soal Gi Kwang.Selepas kediaman agam mereka dirampas oleh pihak bank,Gi Kwang dan Jio menginap di sebuah rumah kecil kos rendah.Pihak agensi Gi Kwang bukannya tidak memberi tempat tinggal kepada lelaki itu,cuma Gi Kwang masih belum bersedia untuk meninggalkan Jio dalam keadaan tertekan seperti itu.

 

"Tak adalah,Gi Kwang.Noona tak penat pun.Gi Kwang tak perlulah risau pasal Noona,okey?"kata Hyo Joo sambil mengukir senyuman manis.Dia kemudiannya memerhati wajah Jio yang kusut itu.Perlahan-lahan,dia mengusap lembut pipi Jio yang sedang tidur ketika itu.Wajah lelaki itu mulai ditumbuhi misai dan jambang.Gi Kwang mengambil tempat tidak jauh dari tempat Jio tidur.

 

"Gi Kwang pasti hyung mesti sangat terkejut dengan apa yang dah berlaku sekarang ni.Lebih-lebih lagi lepas dia tahu yang Lee Joon mengkhianati dia.Gi Kwang memang tak boleh nak maafkan lelaki tak guna tu!"kata Gi Kwang,geram.Hyo Joo tidak membalas.Dia membiarkan sahaja Gi Kwang melepaskan geramnya.

"Gi Kwang takkan sesekali benarkan Bora berhubung dengan lelaki tak guna tu,"sambungnya lagi.Hyo Joo juga tidak sangka dengan tindakan Lee Joon yang menikam Jio dari belakang.Jio amat mempercayai Lee Joon namun kepercayaan Jio itulah yang digunakan oleh Lee Joon untuk menghancurkan keluarga mereka.

"Noona,boleh Gi Kwang minta tolong sesuatu?"soal Gi Kwang.

"Apa dia?"soal Hyo Joo.

"Tolong jangan bagi Bora jumpa dengan lelaki tu lagi.Kalau betul dia sayangkan Jio hyung dan kami semua,dia akan ikut,"kata Gi Kwang lagi.Perlahan-lahan,Hyo Joo angguk.

"Noona akan cuba,"kata Hyo Joo.Gi Kwang mengukir senyuman nipis sebagai tanda terima kasih kepada wanita itu.Hyo Joo memandang ke arah wajah Jio semula.

"Noona pun akan cuba kembalikan Jio yang dulu.Jio yang sentiasa ceria,nakal..."Suara Hyo Joo mulai kedengaran sebak.Dia menggenggam tangan Jio dan diciumnya tangan itu.

"Dan yang selalu mencintai Noona,"sambung Gi Kwang sambil tersenyum.Hyo Joo turut membalas senyuman lelaki itu.

"Gi Kwang pun akan bantu Noona.Gi Kwang pun...dah lama tak kena buli dengan hyung,"katanya lagi.Hyo Joo tertawa kecil.Dia masih memandang ke arah Jio.Jio...baliklah semula kepada kami.Kami semua sangat rindukan Jio yang dulu,hatinya berbisik.

 

Saban hari Hyo Joo mesti singgah di rumah yang didiami oleh Jio dan Gi Kwang setiap kali selepas habis dari kerjanya.Setiap hari juga dia amat mengharapkan agar adanya perubahan akan berlaku kepada Jio.Walaupun doanya itu masih belum termakbul,namun Hyo Joo masih tidak berputus asa.Jio yang duduk termenung sambil memandang ke arah tingkap itu,diperhati oleh Hyo Joo.Dia amat merindui untuk mendengar suara Jio itu.Namun,dia tidak pasti perasaan Jio terhadapnya kini.Jio seperti tidak mengendahkan kehadirannya di situ.

 

"Jio yah,awak dah makan?"soal Hyo Joo,lembut.Dia kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari beg kertasnya.

"Saya ada buatkan sesuatu untuk awak.Saya suapkan ye?"soal Hyo Joo,kemudian cuba menyuapkan makanan yang dibawanya itu kepada Jio.Namun,Jio sedikit pun tidak membuka mulutnya.Hyo Joo sedikit hampa.

"Jio,makanlah sikit.Nanti awak sakit,macam mana?"soal Hyo Joo lagi.Jio masih membatu seperti tadi.Hati Hyo Joo tersentuh apabila dilayan seperti orang yang tidak dikenali oleh Jio.Dia menundukkan wajahnya,cuba menyembunyikan kesedihan yang melanda dirinya ketika itu.

"Kenapa awak buat saya macam ni?"soal Hyo Joo,perlahan.Jio masih selesa menjadikan pemandangan di luar sebagai santapan matanya.

"Saya tahu...awak tertekan dengan apa yang dah terjadi sebelum ni.Tapi sampai bila?Takkan awak nak terus hidup dalam keadaan macam ni?"soal Hyo Joo.

"Semua orang rindukan Jio yang dulu.Mereka semua perlukan awak...termasuk saya.Saya rindukan awak...Tolonglah Jio.Janganlah terus diam macam ni.Awak ingat...kalau awak terus bersikap macam ni,semuanya yang dah hilang tu akan muncul kembali?Ya,awak memang boleh dapat balik hak awak.Tapi bukan macam ni.Awak kena bangun...lawan balik apa yang Lee Joon dah buat kat awak,"kata Hyo Joo.Jio pula masih membisu seperti tadi.Seolah-olah kata-kata Hyo Joo itu tidak dipedulikannya langsung.Hyo Joo memegang kedua-dua bahu lelaki itu.

"Awak dengar tak?"soal Hyo Joo.Jio masih berkelakuan seperti tadi.Entah mengapa,Hyo Joo terus menampar pipi lelaki itu.Bukan sekali dua...tetapi berkali-kali.Seolah-olah cuba menyedarkan Jio dari dunianya sendiri.

"Saya kecewa dengan awak!Lepas ni,saya dah tak peduli apa yang akan berlaku kepada awak lagi.Kalau betul awak sayangkan keluarga awak,awak takkan berkelakuan macam ni.Jung Byung Hee yang saya kenal dulu,dia tak mudah mengalah macam apa yang awak buat sekarang ni!"Hyo Joo segera meninggalkan Jio sambil mengalirkan air mata.Gi Kwang yang baru tiba di rumah itu terkejut apabila melihat Hyo Joo menangis semasa keluar dari bilik abangnya.

 

"Noona!Kenapa ni?"soal Gi Kwang,risau.Hyo Joo tidak membalas.Dia segera melangkah keluar dari bilik itu tanpa menoleh sedikit pun ke belakang.Selepas sahaja Hyo Joo meninggalkan rumah mereka,Gi Kwang segera memasuki ke dalam bilik abangnya.Gi Kwang terkejut apabila melihat air mata yang mengalir ke pipi Jio.

"Hyung..."

 

 

Tae Yeon perlahan-lahan mendekati ke arah Bora yang sedang duduk termenung di taman kolejnya itu.

"Bora yah,"sapa Tae Yeon,mesra.Bora menoleh ke arahnya sambil mengukir senyuman nipis.

"Tae Yeon ah..."balas Bora,lemah.Tae Yeon segera mengambil tempat di sebelah Bora.

"Kau okey tak?"soal Tae Yeon.Bora angguk.

"Okey je.Kenapa?"soal Bora kembali.

"Kau...fikirkan pasal Lee Joon oppa ke?"soal Tae Yeon,sedikit risau sekiranya Bora terasa dengan pertanyaannya itu.Senyuman Bora mengendur.Mendengar sahaja nama Lee Joon seumpama menambahkan lagi luka di dalam hatinya.

"Miane...aku tak bermaksud nak buat kau tak senang hati macam ni,"ucap Tae Yeon,apabila menyedari riak wajah Bora yang berubah itu sebaik sahaja mendengar nama Lee Joon disebut.Bora menggeleng.

"Tak apalah.Aku tahu kau risaukan aku.Gomawo..."ucap Bora,sambil mengukir senyuman manis kepada Tae Yeon.Tae Yeon turut membalas senyuman kawan baiknya itu.

"Aku harap...kau boleh lupakan dia,Bora.Aku tahu...kau takkan tergamak nak bersama dengan lelaki yang dah hancurkan hidup kau dan keluarga kau.Lagipun,kau bukannya tak tahu.Kau kan gadis yang paling hot kat kolej ni?"soal Tae Yeon,cuba menceriakan hati Bora.Bora tersenyum.

"Pandai-pandai jelah kau ni,Tae Yeon.Aku tengok sekarang,kau ni bukan main ceria lagi ekh sejak dah rapat dengan si DongHae tu.Kau ada apa-apa dengan dia ke?"soal Bora,menukar topik perbualan yang kini lebih menjurus ke arah Tae Yeon.

"Ish,kau ni!Aku tak ada apa-apa dengan dialah.Kami kawan je,"kata Tae Yeon.

"Baguslah kau dah mula berkawan dengan dia.Dia pun...lelaki yang baik juga.Sesuai sangat dengan kau,"balas Bora.Tae Yeon tersenyum.Dia sendiri tidak berani untuk mengolah lebih mengenai status sebenar hubungannya dengan DongHae memandangkan hubungan persahabatan mereka masih lagi baru.Perbualan mereka terganggu apabila kedengaran suara seorang lelaki menjerit nama Tae Yeon.Mereka menoleh ke arah suara itu.Kelihatan DongHae sedang melangkah ke arah mereka.

"Kat sini pun awak.Puas saya cari,"kata DongHae.

"Ada apa?"soal Tae Yeon.

"Saya nak awak lunch dengan saya hari ni.Bora pun joinlah sekali,"kata DongHae,mesra.

"Okey juga tu.Jomlah,Bora.Kita lunch sama-sama nak?"soal Tae Yeon.

"Tak apalah.Aku malas nak lunch hari ni.Lagipun aku ada hal nak kat library.Korang pergilah dulu,okey?"soal Bora.Tae Yeon dan DongHae saling berpandangan.

"Arasso.Tapi,kalau ada apa-apa...call aku,okey?"soal Tae Yeon.Bora pantas mengangguk.Kemudian,Bora ditinggalkan seorang diri di taman.Sepanjang dia berada di taman itu,Bora tidak menyedari bahawa dirinya sedang diperhati oleh seseorang.

"Tuan?"Sapaan pemandunya itu membuatkan Lee Joon tersentak dari lamunannya sendiri.

"Ya?"

"Rasanya kita dah terlambat nak ke mesyuarat tu.Boleh kita bertolak sekarang?"soal pemandu itu.

"Ya.Kita pergi sekarang,"kata Lee Joon sebelum memandang semula ke arah Bora.Sungguh dia amat merindui gadis itu.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!