Chapter 3

I'm Falling in Love with You

 

Hyo Joo melayan dengan penuh sabar pelbagai ragam anak-anak muridnya.Ada yang menangis,ada yang bergaduh,ada yang tidur dan banyak lagi.Namun,semua itu bukanlah masalah besar bagi Hyo Joo.Dia amat berpuas hati dan gembira dengan pekerjaannya itu.

"Cikgu!"panggil Leo,sambil mengangkat tangannya.Hyo Joo menoleh ke arahnya sambil tersenyum.

"Ada apa,Leo?"soal Hyo Joo sambil menuju ke arah kanak-kanak lelaki itu.

"Cikgu,macam mana saya nak buat bentuk sampan?"soal Leo sambil menunjukkan sehelai kertas berwarna merah jambu.

"Oh,okey.Biar cikgu tunjukkan,"kata Hyo Joo,sambil mengambil kertas itu dari anak muridnya itu.Kemudian,Hyo Joo membuatkan bentuk kapal dari kertas itu.

"Leo,"panggil Hyo Joo.

"Ya?"

"Em,abang Leo kerja apa ekh?"soal Hyo Joo,ingin tahu.

"Buat bangunan,"jawab Leo.Hyo Joo tersenyum.Mesti arkitek yang dimaksudkan oleh Leo,fikirnya.

"Hah..dah siap pun.Nah,cuba Leo buat sekali lagi,"kata Hyo Joo.Leo tersenyum gembira.Tidak lama selepas itu,kedengaran loceng berbunyi.Menandakan waktu sekolah sudah tamat.Leo kelam kabut mengemas barang-barangnya.

"Hari ni,awak balik dengan siapa?"soal Hyo Joo.

"Hyung ambil,"jawab Leo,sambil menggalas begnya.

"Eh,dia tak kerja ke?"soal Hyo Joo,hairan.Sudah hampir dua minggu Jio kerap berulang-alik untuk menghantar dan menjemput Leo.

"Em..appa yang suruh hyung jemput Leo balik.Tak tahu pula sebab dia,"jawab Leo,petah.Hyo Joo mengusap lembut rambut Leo.

"Okeylah kalau macam tu.Jom,kita keluar sama-sama,"ajak Hyo Joo.

 

"Apa?!Nak oppa main sorok-sorok dengan korang?"soal Jio,terkejut dengan permintaan sekumpulan kanak-kanak perempuan itu.Jio menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

"Eh,tak naklah.Apa kata kalau kita suruh oppa tutup mata,lepas tu...cari-cari kita.Nak tak?"cadang seorang kanak-kanak perempuan yang lain pula.

"Ha!!Best juga tu.Lepas tu,kalau oppa dah dapat tangkap seorang...dia kena cium orang yang dia tangkap tu,"kata yang lain pula.Kedengaran mereka ketawa sesama sendiri.Mata Jio terbeliak saat mendengar perbualan mereka itu.

"Betul ke diorang ni budak-budak tadika?"fikirnya.

"Em,tak apalah.Oppa pun kejap je kat sini...Nak tunggu Leo,"kata Jio,apabila seorang daripada kanak-kanak itu mulai menarik tangannya.Jio resah.

"Ala...oppa.Kejap je.Boleh lah..."pujuk mereka.

"Oppa tak naklah.Korang mainlah sendiri,"kata Jio,sedikit kasar.Malas hendak melayan kerenah mereka yang terlampau 'manja' itu.

"Betul ke tak nak?"soal kanak-kanak itu,seperti hendak menangis.Jio yang menyedari perubahan wajah kanak-kanak itu,mulai cuak.

"Ish,janganlah nangis pula."Jio cuba memujuk.Namun,pujukan Jio yang kaku itu tidak berhasil.Mereka mulai menangis.

"Aduh..."Jio gelisah.

 

"Appa saya suka belikan buku kat saya,"kata Leo sambil mendepakan tangannya.

"Iya?Wah,patutla Yun Ho ni petah bercakap ye,"kata Hyo Joo sambil tersenyum.Leo tertawa saat mendengar pujian dari cikgunya itu.Namun,tawanya kian perlahan apabila melihat sesuatu yang sangat aneh baginya sedang berlaku di hadapan matanya.

"Kenapa,Leo?"soal Hyo Joo,apabila menyedari riak wajah Leo yang berubah itu.Leo menunjukkan sesuatu yang sedang berlaku itu kepada Hyo Joo.Hyo Joo melihat ke arah yang ditunjukkan oleh kanak-kanak itu.Matanya terbeliak apabila melihat Jio sedang bermain dengan sekumpulan kanak-kanak perempuan dengan matanya yang tertutup oleh kain putih.

"Hyung?"soal Leo,tidak percaya.

 

"Yah...tak bolehlah tarik-tarik baju oppa macam ni!"Jio tidak puas hati apabila salah seorang dari kanak-kanak perempuan itu cuba menarik bajunya dari belakang.Jio cuba berpusing ke belakang dan menuju ke arah kanak-kanak perempuan yang mengusiknya sebentar tadi.Kanak-kanak itu berlari ke arah Hyo Joo dan menyorok di belakangnya.Hyo Joo mulai cuak apabila melihat Jio kian menghampirinya.Dia menutup matanya sebelum lelaki itu memeluk tubuhnya.

"Hahahahaha...dapat pun!"sorak Jio gembira.Namun,kegembiraannya tidak lama.Seperti ada yang tidak kena.Apatah lagi,kedengaran gelak tawa dari kanak-kanak yang lain.Jio menelan air liur.

"Oppa,bukaklah kain tu!"jerit mereka.Perlahan-lahan,Jio membuka ikatan kain yang menutup matanya.Jio terkejut apabila melihat orang yang ditangkapnya tadi adalah Hyo Joo!Jio berundur beberapa langkah.

"Em...s..saya tak sengaja..."kata Jio,serba-salah.Hyo Joo pula tidak menjawab apa-apa.Dia masih terkejut dengan tindakan Jio terhadapnya.Jio segera berpaling dari Hyo Joo.Kemudian,dia memandang ke arah Leo yang masih ketawa terhadapnya.

"Dah...jom balik cepat!"arah Jio.Namun,niatnya dihalang oleh sekumpulan kanak-kanak perempuan tadi.Jio mengeluh.

"Apa lagi?Oppa dah main kan tadi?Sekarang ni,oppa nak balik,"kata Jio,rimas.

"Tak boleh.Oppa masih belum habiskan game ni lagi,"kata mereka.

"Apa lagi?"soal Jio,tidak puas hati.

"Oppa belum cium orang yang oppa tangkap tadi,"jawab mereka.Jio terkejut.

"Ah!Mengarut je game korang ni,"balas Jio,lalu menarik tangan Leo.Namun,sekali lagi dia dihalang apabila tangan Leo yang sebelah kiri pula ditarik oleh mereka.

"Yah..lepaslah!"kata Jio.

"Tak boleh!"balas mereka.

"Lepas!"

"Tak boleh!"

Leo mulai rasa sakit.Hyo Joo yang menyedari riak wajah Leo yang kesakitan itu,terus melangkah ke arah mereka.

"Dah,lepaskan tangan Leo,"arah Hyo Joo kepada anak-anak muridnya.Namun,mereka enggan.Hyo Joo mulai tidak senang hati."Baek Khee...Hyo Min..lepaskanlah tangan Leo.Tak nampak ke dia tengah sakit tu?"Hyo Joo cuba memujuk mereka lagi.Namun,masih tidak berjaya.

"Yah..kamu tak dengar ke apa yang cikgu kamu cakap tadi?"soal Jio pula.Kanak-kanak itu tidak mempedulikan Jio.Jio geram.Hyo Joo mengeluh.

"Awak buatlah apa yang mereka nak,"kata Hyo Joo,mengalah.

"Yah...awak gila ke?Takkan saya nak cemarkan mulut saya dengan cium awak kot,"kata Jio,terkejut.

"Habis tu,awak nak debate apa lagi dengan dorang?"soal Hyo Joo.Kemudian,Hyo Joo berbisik kepada Jio.

"Kita berlakon jelah,"katanya lagi.Jio memandang ke arah Hyo Joo.Hyo Joo menunjukkan pipinya.Mahu tidak mahu,Jio terpaksa mengalah.Kemudian,perlahan-lahan dia mendekati ke arah Hyo Joo sebelum berpura-pura mencium pipinya.Kedengaran kanak-kanak itu ketawa.Hyo Joo tersenyum sumbing.Begitu juga dengan Jio.Rancangan mereka sukses!

 

 

Hyo Joo tersenyum apabila memikirkan kembali kejadian tadi.Pening juga dengan perangai anak-anak muridnya itu.Tetapi,dia betul-betul tidak sangka dengan tindakan Jio yang bersetuju mahu bermain dengan anak-anak muridnya.Hm...masih banyak yang aku tak tahu lagi pasal lelaki iti,fikirnya.Lamunannya terhenti apabila matanya tertangkap pada sebuah novel yang amat ditunggu-tunggunya selama ini.Laju sahaja dia menuju ke arah buku itu.Hampir sahaja dia hendak mengambil novel itu,novel itu telah diambil dahulu oleh orang lain.

"Awak nak ke?"soal lelaki itu.

"Em,tak apalah.Awak ambilla.Saya nak tengok-tengok je,"kata Hyo Joo.Lelaki itu tersenyum.

"Kamsahamida,"ucap lelaki itu,sambil tersenyum.Hyo Joo turut tersenyum.Namun,dia hampa.Dia benar-benar mahukan novel itu.Dia melangkah keluar dari kedai buku itu,lemah sekali.

"Cik!"Langkahnya terhenti apabila terasa bahunya disentuh dari belakang.Hyo Joo menoleh.

"Ya?"Hyo Joo terkejut apabila melihat lelaki yang telah 'merampas' novelnya sedang berdiri di hadapannya.Kemudian,lelaki itu menghulurkan sesuatu kepada Hyo Joo.

"Apa ni?"soal Hyo Joo.

"Bukakla,"kata lelaki itu.Hyo Joo membuka plastik itu.Matanya terbeliak apabila melihat di dalam plastik itu terdapat novel yang baru hendak dibelinya tadi.Hyo Joo memandang ke arah lelaki itu.

"Kenapa ni?"soal Hyo Joo,terkejut.

"Saya nak hadiahkan pada awak.Awak nampaknya nak sangat kat buku ni,"jawab lelaki itu.

"Eh,tak apa.Saya boleh cari kat tempat lain.Awak ambil jelah buku ni,"kata Hyo Joo sambil menyerahkan semula novel itu.

"Tak apa.Memang saya nak hadiahkan kat awak,"kata lelaki itu,bersungguh-sungguh.

"Betul ke ni?"soal Hyo Joo lagi,tidak percaya.Lelaki itu tersenyum.

"Kamsahamida.Susahkan awak je,"kata Hyo Joo,gembira."Saya Hyo Joo.Awak?"soal Hyo Joo.

"Saya Seulong,"jawab lelaki itu sambil bersalaman dengan Hyo Joo.

"Nice to meet you,"kata Hyo Joo.

"Me too,"kata Seulong.

"Em..disebabkan awak dah belanja saya dengan novel ni,so saya harap awak tak kisah kalau saya nak belanja awak coffee?"soal Hyo Joo.

"Okey,bagus juga tu.Boleh kita kenal-kenal lagi,"kata Seulong.Hyo Joo tersenyum.

 

To be continued...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!