Chapter 2

I'm Falling in Love with You

 

"Leo,jom balik.Nanti hyung suruh omma tukarkan Leo ke sekolah lain,"kata Jio,tegas.Hyo Joo tersenyum nipis.

"Hahaha...nampaknya awak ni penakut orangnya.Tak sangka pula.Muka je nampak garang..tapi...penakut,"balas Hyo Joo,mengejek.Jio terkejut mendengar ejekan wanita itu.

"Yah...apa yang takutnya?Aku cuma tak nak adik aku,diajar oleh orang macam kau.Silap-silap,perkataan terima kasih pun adik aku tak kenal nanti,"perli Jio.

"Oh...nampaknya awak masih ingat kejadian hari tu ya?Em..kalau macam tu,memang patutla adik awak ni belajar dengan saya.Sekurang-kurangnya dia tahu menghormati orang lain.Bolehlah dia ajarkan hyung dia sekali kan?"Hyo Joo membalas sindiran Jio itu.Jio tertawa.

"Kau nak ajar dia hormat kat orang lain?Tak payah nak berangan.Leo boleh belajar dengan cikgu yang lebih bagus dari kau.Leo,jom balik!"panggil Jio.Namun,panggilannya tidak disahut oleh adik angkatnya itu."Leo ah.."panggil Jio lagi.Namun,masih sama seperti tadi.Jio menoleh,mencari kelibat adiknya.Hyo Joo tersenyum.

"Lupakan jelah niat awak tu.Nampaknya,adik awak sendiri dah setuju nak sekolah kat sini,"kata Hyo Joo sambil memandang ke arah Leo yang sedang berbual dengan rakan-rakan barunya.Jio mengeluh.Kemudian,Hyo Joo menoleh semula ke arah Jio."Nampaknya,kita terpaksalah bekerjasama,"kata Hyo Joo.Jio tidak menoleh ke arah wanita itu.Hyo Joo kemudiannya menghulurkan tangan kepada Jio.

"Saya Hyo Joo,Han Hyo Joo.Saya cikgu yang...masih boleh dikatakan baru kat sini.Tapi,awak tak boleh pandang rendah kat saya,sebab awak tak tahu lagi kemampuan saya uruskan pelajar-pelajar kat sini,"kata Hyo Joo.Jio memandang tangan yang dihulurkan Hyo Joo kepadanya.

"Kita tengok sejauh mana...kau boleh tahan dengan perangai adik aku tu,"kata Jio pula.Hyo Joo tersenyum.

"Sure.Why not?"Hyo Joo bersetuju.Jio tersenyum sinis.

"Saya Jung ByungHee.Just call me Jio,"kata Jio sambil menyambut salam yang Hyo Joo hulurkan.Hyo Joo tersenyum.

 

 

"Tae Yeon,kenapa dengan awak ni?Awak tak suka kawan dengan saya ke?"soal DongHae,resah dengan sikap Tae Yeon yang sering menjauhkan diri darinya.Tae Yeon meneruskan langkahnya sebelum tangannya dipegang oleh DongHae.

"Lepaslah.Awak tak malu ke kalau ada orang nampak?"soal Tae Yeon,tidak selesa dengan perbuatan lelaki itu.

"Saya tak boleh lepaskan tangan awak selagi saya belum dapat jawapan dari mulut awak sendiri,"kata DongHae.

"Apa yang awak nak saya jawab lagi?Kan,saya dah cakap...yang saya tak boleh kawan dengan awak,"balas Tae Yeon.DongHae tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Tae Yeon itu.

"Kenapa?Sebab saya ni anak pengetua kolej ni?"soal DongHae.Tae Yeon tidak mengiyakannya.DongHae tertawa kecil."Semua tu tak ada apa-apalah.Yang pengetua tu,appa saya.Bukan saya.Saya masih pelajar biasa kat sekolah ni.Dilayan sama macam orang lain.Nanti,saya keluar juga dari kolej ni macam awak...macam orang lain.Tak ada beza kan?"tanya DongHae.Hyo Joo tidak membalas pertanyaan DongHae itu.DongHae memandang wajah Tae Yeon yang bercermin mata itu.Jauh di sudut hatinya,dia benar-benar tertarik kepada kecantikan yang ada pada Tae Yeon.Tae Yeon mempunyai sepasang mata yang cantik,cuma malangnya tersembunyi di sebalik kaca mata.Entah kenapa,hatinya betul-betul tertarik untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan Tae Yeon,sedangkan ada lagi wanita lain yang sedang mendambakan perhatiannya.

"Tae Yeon,kita kawan ekh?"DongHae masih terus berusaha.Tae Yeon membetulkan cermin matanya.Dia keliru ketika ini."Tae Yeon?"

"Saya nak balik dulu,"kata Tae Yeon,cuba mengelakkan dirinya lagi daripada DongHae.Tae Yeon berasa lega apabila melihat Bora yang sedang berjalan di hadapannya itu.Lalu,dia berlari mendapatkan kawan baiknya itu.Namun,tidak bagi DongHae.Dia benar-benar hampa.

"Tak apa...esok masih ada.Lee Dong Hae,hwaiting!"

 

 

"Lajunya jalan,Bora.Penat saya kejar awak,"kata Tae Yeon,masih kepenatan.Bora tersenyum.

"Miane.Tapi,saya kena cepat ni,"kata Bora pula.

"Eh,kenapa?Awak nak pergi mana?'soal Tae Yeon.

"Saya ada hal dengan Lee Joon oppa,"jawab Bora selamba.Tae Yeon tersenyum.

"Wah,bertuahnya.Nak jumpa dengan buah hati rupanya.Dia nak jemput awak ke?"soal Tae Yeon lagi.

"Tak.Oppa saya yang jemput saya balik hari ni,"balas Bora.

"Tapi...bukan tadi awak naik kereta ke datang sini?"soal Tae Yeon lagi,setelah menyedari sesuatu.

"Tayar pancit.Dahlah tak ada tayar spare.Terpaksalah menggunakan khidmat oppa kejap.Lagipun,dia tu bukannya ada kerja sangat.Apa salahnya menggunakan dia kejap kan?Hahahahaha..."kata Bora,sambil ketawa.Tae Yeon tersenyum.Dia juga belum pernah berjumpa dengan oppa Borasecara berdepan.Hanya melihat melalui foto keluarga Bora sewaktu dia melawat rumah Bora dahulu.Ketika itu,oppanya sedang belajar di luar negara.Lamunannya terganggu apabila terdengar telefon bimbit Bora berdering.

"Ya...Bora tengah on the way nak ke pintu pagar lah ni,"jawab Bora.Tae Yeon sekadar memasang telinga."Ah..oppa..tumpangkan Tae Yeon sekali boleh?"soal Bora.Tae Yeon terkejut.

"Bora,tak payahlah.Saya boleh balik sendiri,"kata Tae Yeon.Bora tidak mengendahkan Tae Yeon.

"Ok..."kata Hye Ri,sebelum menamatkan panggilan telefon itu.

"Bora...awak ni,"kata Tae Yeon,kelihatan wajahnya sedikit merah.Bora tersenyum nakal.

"Oooo....awak malu dengan oppa saya ye?"usik Bora.

"Taklah.Cuma tak nak susahkan awak dengan oppa awak je,"kata Tae Yeon,berdalih.

"Ala...relakslah..saya gerenti yang awak takkan terpikat dekat lelaki macam oppa saya tu.Bagi free pun tak nak tau.Pemalas sungguh!Dia tak layak untuk awaklah,"kata Bora.Tae Yeon akhirnya angguk.

 

 

"Kenapa tak suruh si Lee Joon tu jemput Bora je?"soal Jio,tidak puas hati.

"Ala,oppa...hina sangat ke ambil adik sendiri dari kolej?"soal Bora.

"Masalahnya,hari ni oppa rasa macam dah jadi driver tetap dah dalam keluarga kita dah.Pagi hantar si Leo kenit tu.Ni ambil awek si Lee Joon pula,"ngomel Jio.Tae Yeon sekadar mendiamkan dirinya.

"Nak hantar kat mana ni?"soal Jio,tidak lama selepas itu.

"Tu..kat kafe Paradise tu,"jawab Bora.Jio memberhentikan keretanya di hadapan kafe itu.

"Tunggu Lee Joon sampai datang tau.Dia ada hal sikit hari ni.Jangan merayau mana-mana pula,"pesan Jio,bimbang dengan keselamatan adik perempuannya.

"Arasso...oppa pula tolong hantarkan Tae Yeon ekh,"kata Bora.

"Em.."balas Jio,sambil memandang ke arah Tae Yeon,di sebalik kaca mata hitamnya melalui cermin pandang belakang.

 

"Kamsahamida,Jio oppa,"ucap Tae Yeon sambil menundukkan sedikit badannya.

"Sama-sama...pergilah masuk,"kata Jio.Tae Yeon tersenyum sambil angguk.Dia kemudiannya beredar dari situ.Jio menoleh ke tempat duduk belakang.Matanya tertangkap sebuah fail berwarna merah jambu berada di atas tempat duduk belakang keretanya.Pasti kepunyaan Tae Yeon,fikirnya.

"Tae Yeon!"panggil Jio.Tae Yeon yang baru hendak membuka pintu rumahnya terkejut dengan panggilan Jio itu.Jio kemudiannya melangkah mendekati Tae Yeon.

"Nah,awak tertinggal fail ni,"kata Jio,sambil menghulurkan fail itu kepada Tae Yeon.Tae Yeon tersenyum.
"Gomawo...sorry sebab susahkan,"kata Tae Yeon.

"Sama-sama.Dah,pergilah masuk,"kata Jio,sambil tersenyum sebelum beredar menuju ke keretanya.Tae Yeon kusyuk memerhatikan Jio sehinggalah lelaki itu sudah hilang dari pandangan matanya.

"Jio oppa..."

 

 

To be continued...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!