Chapter 5

I'm Falling in Love with You

Leo mengetuk pintu bilik Jio berkali-kali,namun langsung tidak dibuka oleh lelaki berusia 25 tahun itu.Leo sedikit resah.Kemudian,dia melihat jam di dinding.Sudah pukul 8 pagi.Selalunya,Jio sudah terpacak di garaj kereta pada waktu ini.

"Hyung!!!"jerit Leo,sekuat hati."Hyung,bukalah pintu!"jeritnya lagi,sambil menegtuk pintu bilik Leo.Bora yang baru keluar dari bilik itu terkejut mendengar jeritan adik angkatnya itu.Dia kemudiannya mendekati ke arah Leo.

"Leo...kenapa ni?"soal Bora,lembut.Leo memandang ke arah kakak angkatnya itu.

"Hyung tak buka pintulah,Noona,"jawab Leo,sebelum memuncungkan mulutnya.Bora kemudiannya membawa Leo turun ke ruang tamu,untuk mencari ommanya.

"Omma!!!"panggil Bora,tangannya masih memegang tangan Leo.Leo sekadar menurutinya.Bora cuba mencari ommanya di dapur,taman,dan di seluruh pelusuk rumah agam itu,namun ommanya tidak ditemui juga.

"Ish,omma pun tak de.Mana ni?Oppa pun takda...omma pun takde...Oppa pun takde..peliknya..."ngomel Bora.Leo mendongak ke arah Bora.

"Kita berdua je ke tinggal kat sini?"soal Leo.Bora menjungkit bahunya.

"Kejap ekh,Noona try call oppa,"kata Bora,sebelum mendail nombor telefon bimbitnya Jio.Agak lama Bora menunggu panggilannya dijawab.

"Oppa!"kata Bora apabila mendengar suara Jio menjawab panggilannya.

"Hah,kenapa call ni,Bora?"soal Jio.

"Oppa pergi mana?Leo ni sapa yang nak hantar?"soal Bora,sambil memandang ke arah Leo.

"O..Lupalah nak bagitahu..Oppa kena ikut appa pergi Busan ni.Ada hal sikit.Awal pagi lagi oppa dah keluar.Omma tak ada ke?"soal Jio pula.

"Tak ada.Ahjussi pun tak ada.Siapa yang nak hantarkan Leo ni?"soal Bora.

"Boralah hantarkan.Boleh?"soal Jio.

"Bora hantarkan?Tapi,Bora tak tahu sekolah Leo kat mana,"jawab Bora.

"Kejap...nanti oppa mesejkan alamat sekolah dia.Bora hantarkan Leo ekh?"pinta Jio.

"Arasso,"balas Bora,tidak membantah.

"Em...Bora,tolong panggilkan Leo kejap,"kata Jio.Bora menyerahkan telefon bimbitnya kepada Leo.

"Hyung!"panggil Leo.

"Leo..hyung nak minta tolong sikit boleh?"soal Jio.

"Apa?"soal Leo pula.

"Em...kalau Cikgu tanya pasal hyung,cakapkan hyung ada hal kat Busan ekh,"pesan Jio.

"Nak buat apa?"soal Leo,hairan.Jio malu sendiri.

"Em,kalau dia tanyalah.Biasakan hyung yang hantarkan.Ish...!"balas Jio.Leo tersengih.

 

 

"Okey...hyung baik-baik kat sana tau,"kata Leo sebelum menamatkan panggilan.Jio tersenyum sambil menamatkan panggilan dari adiknya itu.Lee Joon yang menyedari riak wajah Jio yang berubah itu berasa sedikit hairan.

"Kau ni apasal pula tiba-tiba tersengih macam kerang busuk ni?"soal Lee Joon.Jio menoleh ke arah Lee Joon.

"Apa yang busuk?Kau ni,memandai je,"balas Jio.

"Buah hati aku call ekh?"soal Lee Joon,teruja."Dia cakap apa?Ada tak dia cakap yang dia rindu kat aku?"lanjut Lee Joon lagi.Jio mencebik.

"Jangan nak perasan!Dia cuma pening macam mana nak hantar Leo kenit tu je,"kata Jio,sambil membuka helaian akhbar di hadapannya.

"Aku pun peliklah.Kenapa appa kau tak nak upah driver baru untuk hantar Leo tu?"soal Lee Joon.

"Amboi,waktu aku yang hantar si kenit tu,tak ada pula kau nak tanya soalan tu.Bila aku minta tolong Bora hantarkan,baru sibuk-sibuk nak tanya.Apa jenis kawan lah kau ni?"balas Jio,sambil menjeling ke arah kawannya itu.Lee Joon menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Yelah.Bora tu pun tengah study lagi.Kesian dia,"jawab Lee Joon diikuti dengan tawanya yang dibuat-buat.

"Patutnya kau kena ambil berat pasal bakal abang ipar kau juga.Restu aku pun penting juga,"balas Jio.

"Arasso.Janganlah marah,ye bakal abang ipar,"Lee Joon cuba memujuk.Jio mengalihkan wajahnya apabila Lee Joon cuba memegang dagunya.

"Ish,kau ni!Gurauan kau ni tak boleh update yang lain sikit ke?"soal Jio,rimas dengan usikan Lee Joon itu.Lee Joon ketawa.

"Seriuslah aku tanya ni.Kenapa appa kau nak sangat kau tolong hantarkan adik kau tu ke sekolah?Kenapa tak upah driver baru je?Setahu aku,family kau mampu nak upah lagi sepuluh driver,"kata Lee Joon,mengulangi soalannya.Jio melepaskan keluhan berat.Fikirannya menerawang seketika.

 

 

 

Imbas kembali......

 

 

"Kalau Jio tak nak appa sekat segala kemudahan yang appa dan omma dah bagi,Jio kena buat satu perkara,"kata Tuan Jung,tanpa memandang ke arah anaknya itu.Puan Jung sekadar membisu di sebelah Jio.Jio pula melepaskan keluhan berat.Malam ini,dia disekat lagi dari berjumpa dengan kawan-kawannya.

"Appa nak Jio bertanggungjawab terhadap Leo,setiap masa!"kata Tuan Jung sambil menoleh ke arah Jio.Jio terkejut apabila mendengar kata-kata appanya itu.

"Apa maksud appa?"soal Jio,mengharapkan agar sangkaannya meleset.

"Mulai dari esok,Jio mesti menghantar dan menjemput Leo dari sekolah.Selain tu,Jio kena ikut je apa yang Leo nak.Bawa dia ke mana saja dia nak pergi.Arasso?"kata Tuan Jung,tegas.Jio bangun.

"Jio...jadi driver Leo ke?"soal Jio,tidak percaya.

"Itupun kalau Jio masih nak merasa kereta sport merah tu dan juga segala kad kredit yang ada dalam poket tu.Kalau dah puas dengan semua tu,dengan senang hati appa akan ambilnya semula..."kata Tuan Jung,selamba.Jio memegang dompetnya.Takkan mahu melepaskan segala kesenangannya semata-mata enggan menghantarkan Leo ke sekolah?

"Apa yang Jio dapat kalau Jio setuju dengan tawaran appa tu?"soal Jio.Tuan Jung tersenyum.

 

 

"Oh,kiranya kaulah driver si Leo tu?"soal Lee Joon,tidak percaya.

"Of course.Kau bayangkan gaji aku dua kali ganda lagi banyak dari kau.Kau ingat senang nak jumpa driver budak kecik bergaji arkitek?"soal Jio,kembang hidungnya.

"Kalau macam tu,aku pun nak jadi driver juga,"kata Lee Joon.

"Nak jadi driver siapa?"soal Jio,hairan.

"Bora akulah,"balas Lee Joon,malu-malu.Jio mencebik.Perbualan mereka terhenti apabila terdengar laungan Tuan Jung memanggil nama mereka.

"Jom,Lee Joon.Aku tak nak kena potong gaji,"ajak Jio,bergegas ke arah appanya.

 

 

Bora memarkirkan keretanya di hadapan pintu pagar sekolah tadika Leo itu.Leo bergegas keluar dari kereta kakak angkatnya itu.

"Leo...jangan lari!Nanti jatuh!"jerit Bora,selepas keluar dari keretanya.Bora kemudiannya menundukkan sedikit kepalanya apabila melihat seorang wanita menghampirinya.

"Annyeonghaseyo..."ucap Bora,penuh hormat.Begitu juga dengan wanita itu.

"Cik ni ...kakaknya Leo ke?"soal Hyo Joo.

"Ya...saya kakak Leo.Em,sebenarnya saya nak minta maaf sebab hantar Leo lambat sikit hari ni,"kata Bora.

"Em,mana Jio?Bukan dia ke yang selalu hantar Leo ke sekolah?"soal Hyo Joo,ingin tahu.

"Oppa ada hal sikit hari ni kat Busan.Tu yang dia tak dapat hantar tu,"jawab Bora.Hyo Joo angguk.

"Sekali lagi,saya minta maaf ye..cikgu.Hari ni,memang kelam kabut sikit,"kata Bora,sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.Hyo Joo tersenyum.

"Tak apa.Habis tu,balik nanti...siapa yang ambil?"soal Hyo Joo,sedikit risau.

"Em...saya akan cuba ambil Leo nanti.Sebab saya pun ada kelas hari ni.Tapi,rasanya saya boleh skip kejap kot,"jawab Bora,tidak pasti.

"O..tak apalah kalau macam tu,"balas Hyo Joo,sambil tersenyum.

"Saya pergi dulu ye,cikgu,"kata Bora,meminta izin untuk pergi.Hyo Joo sekadar angguk.Hyo Joo kemudiannya menoleh ke arah Leo lantas mengukir senyuman manis terhadap anak muridnya itu.

"Jom,Leo.Kita masuk kelas ye,"ajak Leo sambil menyentuh bahu Leo.

 

 

Loceng sudah lama berbunyi.Pelajar-pelajar yang lain pun sudah ramai yang pulang dengan penjaga masing-masing.Namun tidak bagi Leo.Leo masih menunggu kedatangan Bora untuk menjemputnya pulang.Wajahnya masam mencuka.Hyo Joo yang menyedari kemuraman Leo itu segera menghampirinya.

"Leo,Noona kamu tahu tak Leo balik pukul berapa?"soal Hyo Joo lembut sambil mengusap kepala Leo.Leo menggeleng.Hyo Joo mulai risau."Leo dah makan?Kalau belum,cikgu ada makanan kat dalam.Kita makan sama-sama nak?"soal Hyo Joo.

"Tak lapar,"jawab Leo,sepatah.Dia benar-benar sedih ketika ini.Hyo Joo hampa.Dia yakin bahawa Bora pasti terlupa tentang Leo.Hyo Joo melepaskan keluhan berat.

"Hyo Joo,kenapa ni?"soal Ji Eun,rakan sekerja Hyo Joo yang sudah bersedia untuk pulang ke rumah.

"Noona Leo ni,lupa nak ambil Leo rasanya,"kata Hyo Joo,berbisik.Enggan mahu Leo mendengar perbualannya.

"Eh,bukan selalu hyung dia ke yang ambil?"soal Ji Eun.

"Hyung dia kat Busan sekarang.Ada hal,"jawab Hyo Joo.Ji Eun tersenyum nakal.

"Amboi,tahu aja pasal hyung dia ye.Kau ni memang ada apa-apa ke?"usik Ji Eun.

"Yah,mana ada!Adik perempuan dia yang bagitahu,"jawab Hyo Joo.

"Tapi,mesti kau yang tanya kan?"usik Ji Eun lagi.Hyo Joo mencebik.

"Dahlah.Sekarang ni aku nak buat macam mana ni?"soal Hyo Joo,menukar topik perbualan.

"Kau ni sajalah,Hyo Joo,"balas Ji Eun sambil menepuk bahu rakannya itu.Hyo Joo sekadar tersengih.

"Cuba kau cari dalam beg dia,ada tak alamat rumah ke..nombor telefon ke..."cadang Ji Eun.Hyo Joo segera mendekati Leo selepas sahaja mendengar cadangan Ji Eun itu.

"Leo,cikgu nak tengok beg Leo kejap boleh?"soal Hyo Joo.Leo sekadar menurut.Pantas sahaja Hyo Joo mencari-cari alamat dan nombor telefon dalam beg Leo itu.

"Ada alamat rumah jelah,Ji Eun,"kata Hyo Joo sambil menunjukkan kertas kecil itu kepada Ji Eun.

"Kau kena tolong hantarkanlah,Hyo Joo,"balas Ji Eun.Hyo Joo terkejut."Kenapa kau terkejut?Takut jumpa hyung dia ekh?"soal Ji Eun,sekaligus mengusik.

"Mana adalah.Cuma...kalau rumah dia memang tak ada orang langsung macam mana?"soal Hyo Joo.Ji Eun menggeleng.

"Sekurang-kurangnya orang gaji dia mesti ada,"balas Ji Eun.Hyo Joo mengeluh.Kemudian,dia masuk semula ke dalam kelas.Hyo Joo pula melabuhkan punggung di sebelah Leo.

"Leo,biar cikgu hantarkan Leo balik ye,"kata Hyo Joo,sekaligus memujuk.

"Nah,helmet anak aku ni kau pinjamlah dulu,"kata Ji Eun sambil menyerahkan helmet kanak-kanak itu kepada Hyo Joo.

"Kamsahamida,"ucap Sa Rang kemudian menyarungkan helmet itu kepada Yun Ho.

"Kita naik motor ke,cikgu?"soal Leo.

"Nope.Skuter je,"jawab Hyo Joo sambil tersenyum.

 

 

Hyo Joo berasa kagum apabila melihat rumah agam keluarga Leo yang tersergam megah itu.Jauh di sudut hatinya,dia benar-benar tidak sangka tahap kekayaan keluarga Leo sehingga mampu memiliki rumah agam setinggi empat tingkat!Belum dikira dengan perhiasan luaran dan dalaman lagi.Kereta-kereta mewah juga turut tidak ketinggalan.'Patutla berlagak je memanjang mamat tu'bisik hatinya.Kemudian,dia menoleh ke arah Leo.

"Betul ke ni rumah Leo?"soal Hyo Joo,tidak percaya.Leo angguk.Hyo Joo benar-benar tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Hyo Joo kemudiannya menekan loceng rumah agam itu.

"Siapa tu?"Kedengaran suara seorang wanita dari dalam melalui loceng itu.

"Em,saya Han Hyo Joo.Cikgu kepada Leo,"jawab Hyo Joo.Kemudian,pintu pagar itu dibuka secara automatik.Leo pantas sahaja melangkah masuk ke rumah itu.Hyo Joo pula teragak-agak untuk melangkah.

"Cikgu,marilah masuk,"pelawa Leo.Hyo Joo sekadar angguk.

 

"Eh,siapa ambil Leo dari sekolah?"soal Ahjumma sebaik sahaja melihat kelibat Leo memasuki ruang tamu.

"Cikgu,"jawab Leo sambil menunjuk ke arah Hyo Joo.Hyo Joo menundukkan sedikit badannya apabila bertemu dengan Ahjumma.Begitu juga dengan Ahjumma.

"Apa khabar,Ahjumma?"soal Hyo Joo,sambil tersenyum.

"Baik.Terima kasih sebab tolong hantarkan Leo balik.Tuan Muda Jung tak ada hari ni,"kata Ahjumma.

"Oh,tak apa.Sepatutnya  Noonanya Leo yang jemput,tapi rasanya dia pun ada hal kot,"jawab Hyo Joo.

"Minta maaflah,Cikgu.Hari ni memang kelam kabut sikit.Semua ada hal.Puan Jung pun tak ada hari ni.Ada hal pasal persatuan.Tu yang semua driver tak ada hari ni,"kata Ahjumma.Hyo Joo terkejut.

"Semua driver?Sebenarnya ada berapa ramai driver kat sini,Ahjumma?"soal Hyo Joo.

"Dulu ada 4.Sekarang ada 2 je.Satu untuk Tuan,satu lagi untuk Puan.Tuan Muda dengan adiknya lebih suka memandu sendiri.Orang mudalah katakan,"kata Ahjumma,sambil ketawa.Hyo Joo pura-pura ketawa.Kayanya!!!

"Eh,terbual panjang pula kita ni.Jemputlah duduk dulu Cikgu,"kata Ahjumma,mesra.

"Eh,tak apa.Saya pun dah nak balik ni,"kata Hyo Joo,menolak dengan baik pelawaan Ahjumma itu.

"Ala,cikgu.Duduklah kejap.Boringla saya kat rumah sorang-sorang,"pujuk Leo,manja.Hyo Joo melepaskan keluhan kecil.

"Okey,tapi kejap je tau.Cikgu seganla,"akui Hyo Joo.Leo angguk sambil tersenyum.

 

"Lain kali,Bora kena alert la.Dah tau hari ni oppa tak ada kat sini,Bora tolonglah jaga si Kenit tu,"marah Jio,sebaik sahaja keluar dari kereta.Bora keluar dari kereta oppanya dengan muka yang masam.Dia akui itu salahnya.Dia benar-benar terlupa untuk menjemput Leo pulang dari sekolah.Dia mulai sedar mengenai Leo sebaik sahaja jam sudah menunjukkan pukul 5 petang.Apabila dia pergi ke tadika Leo,kosong semuanya.Leo tidak ada di situ.Tanpa berfikir panjang,dia terus menghubungi oppanya yang sedang dalam perjalanan pulang dari Busan.

"Miane.Bora betul-betul tak ingat,"kata Bora,hampir menangis.

"Kalau apa-apa jadi kat Leo,Bora kena jawab dengan appa.Oppa tak nak masuk campur!"katJio,geram.Jio terpandang pada sebuah skuter berwarna merah jambu terparkir di hadapan pintu pagar rumahnya.

"Siapa pula tu?"soal Jio.Bora sekadar memandang kosong ke arah skuter itu.Dia lebih risaukan mengenai adik angkatnya itu.

 

"Leo,pandainya!Macam mana Leo buat?"soal Hyo Joo teruja melihat kemahiran Leo memasang robot kecil.Leo sekadar tersengih.

"Appa yang ajar,"jawab Leo.Hyo Joo tersenyum kecil mendengar jawapan Leo itu.

"Boleh ajarkan cikgu pula?"soal Hyo Joo.Leo angguk.Perbualan mereka terganggu apabila terdengar suara lelaki menegur Hyo Joo dari belakang.

"Hyo Joo?"soal Jio.Hyo Joo menoleh ke belakang.

"Jio?"Hyo Joo turut terkejut dengan kehadiran Jio di situ.

"Leo!"jerit Bora apabila melihat adik angkatnya di situ lalu memeluk kanak-kanak itu."Syukurlah kamu selamat.Miane,Noona betul-betul terlupa nak jemput Leo tadi,"kata Bora,sebak.

"Tak apa,Noona.Cikgu dah tolong hantarkan Leo balik tadi,"jawab Leo.Jio sekadar mengukir senyuman lega.Nasib baik...

"Bukan awak kat Busan ke sekarang?"soal Hyo Joo.

"Em,salah ke saya ada kat Seoul sekarang?"soal Jio pula.

"Tak adalah,tiba-tiba je ada kat sini.Urusan awak dah habis ke kat sana?"soal Hyo Joo lagi.

"Sekejap je.Appa saya suruh saya tengokkan office kat sini.Sebenarnya tak ada apa-apa pun,saja je nak menyusahkan orang,"ngomel Jio.Hyo Joo tersenyum.

 

"Macamlah awak tu tak pernah susahkan appa awak,"kata Hyo Joo.Jio mencebik.

"Macamlah awak tu baik sangat,"balas Jio.Hyo Joo tertawa kecil."Eh,awak dah lama ke kat sini?"soal Jio.Hyo Joo angguk.

"Leo yang tak bagi saya balik.Boring katanya,"kata Hyo Joo sambil ketawa.Jio menyembunyikan tawanya.

"Miane..."ucap Jio,perlahan.Dia tidak menoleh ke arah wanita itu.Kembang hati Hyo Joo mendengar ucapan itu.Apatah lagi dari Jio."Sepatutnya awak boleh telefon saya atau telefon rumah ni...tak payahlah susah-susah nak tolong hantarkan Leo balik,"kata Jio lagi.

 

"Tak apa.Hari ni saya tolong dia,esok-esok mungkin dia yang tolong saya pula,"balas Hyo Joo.Bora dan Leo leka mencuri-curi pandang ke arah Jio dan Hyo Joo yang turut leka berbual.Lantas Bora mendekatkan mulutnya pada telinga Leo.

"Oppa dengan cikgu tu ada apa-apa ke?"soal Bora,berbisik.Leo menjungkit bahunya."Ish,takkan tahu langsung?Leo kan selalu jumpa cikgu tu..lagi-lagi oppa yang tolong hantarkan,"kata Bora lagi,tidak puas hati.

"Tak taulah,Noona.Selalunya hyung dengan cikgu selalu gaduh.Jarang baik-baik macam ni,"kata Leo.Bora angguk sambil mengukir senyuman nakal.Satu rahsia besar mesti dibongkar!

 

"Saya pun dah lama kat sini.Jadi...saya minta diri dululah,"pinta Hyo Joo,sambil menundukkan sedikit badannya.

"Eh,cikgu dah makan ke?"soal Bora.Hyo Joo angguk.

"Terima kasih,cikgu.Minta maaflah sebab susahkan cikgu je,"kata Bora pula.

"Tak apa.Memang ni sebahagian dari tugas saya pun,"balas Hyo Joo,masih tak lekang dengan senyuman.

"Saya balik dululah.Lagipun dah lewat ni.Nanti adik saya risau pula,"kata Hyo Joo lagi.

"Oppa,hantarkanlah cikgu Hyo Joo.Takkan nak biarkan cikgu balik sorang-sorang pula?"pujuk Nora,sekaligus mengusik.Hyo Joo dan Jio terkejut mendengar kata-kata Bora itu.Ahjumma sekadar tersenyum kecil.Geli hati dengan gelagat anak-anak majikannya itu.

"Eh,tak apa.Saya boleh balik sendiri,"kata Hyo Joo,enggan ditemani oleh Jio.

 

Hyo Joo memberhentikan skuternya di hadapan apartmentnya.Kemudian,dia menoleh ke arah kereta merah mewah yang turut berhenti di belakangnya.Hyo Joo membuka helmetnya.Jio pula membuka pintu keretanya lalu keluar dari situ.

"Kat sini ke rumah awak?"soal Jio.Hyo Joo angguk.

"Tak semegah rumah awak,"balas Hyo Joo.

"Saya tak cakap apa-apapun,"kata Jio pula.Hyo Joo menoleh ke arahnya.

"Gomawo...maaflah sebab susahkan awak je,"kata Hyo Joo.Jio tersenyum nipis.

"Tak apa.Saya yang patut cakap macam tu kat awak..."kata JioHyo Joo tersenyum.

"Gomawo,"ucap Jio sebelum berdehem beberapa kali.Hyo Joo mengukir senyuman manis,terharu mendengar ucapan keramat itu.Apatah lagi dari seorang lelaki bernama Jio!

"Awak naiklah cepat!Takkan saya nak tumpang tidur kat sini pula.Dahlah sejuk ni,"kata Jio,pura-pura marah.

"Oh ya,terima kasih sebab temankan saya balik,"kata Hyo Joo,sambil menundukkan sedikit kepalanya.Jio sekadar angguk.Hyo Joo memarkirkan skuternya di tempat parkir.Kemudian dia menoleh dan melambai ke arah Jio sebelum menuju ke arah lif.Jio sekadar mengangkat tangannya.Selepas melihat Hyo Joo sudah memasuki lif dengan selamat,Jio pun memasuki keretanya.Mahu segera berehat di rumah.Hari yang terlalu penat baginya!

 

To be continued...

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!