Chapter 44

I'm Falling in Love with You

Sinaran matahari pagi yang tenang itu menyilaukan matanya.Jio menggosok-gosok matanya.Dia memandang siling yang kelihatan berbeza daripada biasa itu.Jio bangun dari pembaringannya.Dia kemudiannya memegang kepalanya yang masih berdenyut itu.Jio langsung tidak mengingati peristiwa semalam.Dia memandang keadaan bilik yang kelihatan berbeza itu.Bagaimana pula dia berada di sini pun dia tidak pasti.Jio melihat jam tangannya.

“Argh,rasa malas nak kerja,”ngomelnya.Jio menoleh ke pintu apabila terdengar bunyi ketukan pada pintu itu.

“Selamat pagi,Jio oppa,”ucap Krystal,mesra apabila melihat Jio yang sudah bangun dari tidurnya itu.Jio terkejut.Krystal mengukir senyuman manis lalu melangkah mendekati Jio yang masih dalam keadaan terpinga-pinga itu.Dia meletakkan tuala dan pakaian dia atas meja.

“Oppa mabuk sangat semalam.Sebab tu Krystal bawakan oppa balik ke rumah Krystal dulu,”kata Krystal,tanpa menunggu disoal oleh Jio.Melihat mukanya sahaja pun dia sudah tahu soalan-soalan yang bermain di benak fikiran lelaki itu.Jio masih duduk di situ.

”Oppa mandilah dulu.Nanti dah siap,oppa turun bawah,okey?Saya dah buatkan teh panas untuk oppa,”kata Krystal,lagaknya tak ubah seperti seorang isteri atau surirumah sepenuh masa.Jio pula tidak membalas walau sepatah pun.

Krystal mengukir senyuman manis apabila melihat kelibat Jio yang sedang melangkah menuruni tangga itu.

“Oppa,marilah sini.Kita minum dulu,”pelawa Krystal.Senyumannya mengendur apabila melihat Jio yang masih dalam keadaan seperti tadi.Bajunya langsung tidak bertukar.Cuma wajahnya sahaja yang kelihatan sedikit segar daripada sebelumnya.Krystal cuba mendekati Jio apabila lelaki itu menuju laju ke pintu rumahnya.

”Oppa nak pergi mana?”soalnya.Jio menoleh ke arahnya.

“Maaf sebab susahkan awak.Dan,terima kasih sebab tumpangkan saya tidur di rumah awak.Saya balik dulu,”kata Jio,lemah.Krystal memegang tangannya.

“Oppa minumlah dulu.Kepala oppa mesti rasa sakit lagi kan?”pujuk Krystal.Jio melepaskan tangannya dengan lembut.

“Miane.Saya…nak balik,”kata Jio,berkeras untuk pulang ke rumahnya.Krystal terpaksa akur.

“Arasso.Hati-hati,”kata Krystal,berusaha menyembunyikan hampanya.Sebaik sahaja Jio sudah jauh dari pandangannya,Krystal mengukir senyuman nipis.

”Sabar Krystal…kau tak boleh terburu-buru.Jangan risau,Jio oppa pasti kembali ke pangkuan kau juga,”bisik hatinya.

 

 

Bora segera berlari ke arah abangnya apabila melihat kelibat lelaki itu yang sedang menuju ke rumahnya dalam keadaan kusut sekali.Lagaknya seperti sedang menderita,menahan beban yang terlalu berat di atas bahunya.

“Oppa,oppa pergi mana semalam?Bora call,oppa tak angkat telefon pun.Oppa okey tak ni?”soal Bora bimbang.Tangannya diletakkan di atas dahi lelaki itu.Perlahan-lahan,Jio melepaskan tangan adiknya.

“Kenapa Bora ada kat sini?Tak pergi kolej ke?”soal Jio pula,tidak langsung menjawab pertanyaan adiknya sebentar tadi.

“Bora risaukan oppa.Sebab tu Bora terus datang sini,”kata Bora,jujur.Jio tersenyum nipis.

“Oppa okey.Bora baliklah dulu.Sempat lagi nak pergi kolej ni,”kata Jio,sambil melangkah masuk ke dalam rumahnya.

“Bora buatkan breakfast untuk oppa,okey?”Bora cuba menawarkan bantuan kepada Jio.

”Lepas Bora dah buatkan breakfast,baru Bora balik,”pujuk Bora lagi.

“Okey,”Jio akhirnya mengalah.

 

Bora menghidangkan sarapan di atas meja sambil memerhati ke arah Jio yang sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja itu.Sikap abangnya yang berubah pendiam itu benar-benar membimbangkannya.Dia mengeluh berat.Dia sendiri tidak faham  dengan tindakan Hyo Joo yang tiba-tiba meninggalkan abangnya itu.Padahal Hyo Joolah yang sentiasa menemani abangnya saat abangnya berada dalam keadaan yang bena-benar tersepit.Hal itu menunjukkan wanita itu amat mencintai abangnya.Mencintai diri abangnya bukan kerana harta mahupun kedudukan.Tetapi jika dibandingkan isi yang terkandung di dalam surat yang ditinggalkan oleh Hyo Joo itu,perkara itu menunjukkan perkara sebaliknya.Hyo Joo sebenarnya lebih selesa berada di samping Jio sewaktu Jio masih bergelar pewaris Syarikat Jung yang sememangnya terkenal dengan kehebatan mereka dalam seni bina bangunan pencakar langit di Korea Selatan itu.Bora yakin,pasti ada sebab yang membuatkan Hyo Joo bertindak sebegitu rupa.Mustahil Hyo Joo mudah berubah hati terhadap abangnya.

“Ni kenapa termenung pula ni?”Soalan Jio itu benar-benar mengejutkannya.

“Hah?”Bora terpinga-pinga.Jio tersenyum.

“Beranganlah tu.Dah,jom makan sekali.Nanti oppa hantarkan Bora pergi kolej sebelum oppa pergi kerja,”kata Jio.Bora sekadar angguk.Mereka menikmati sarapan itu tanpa mengucap sebarang kata.Seolah-olah terlalu banyak perkara yang sedang berlegar-legar di dalam fikiran mereka ketika itu.

“Oppa,”tegur Bora.Jio mendongak.

”Kalau lepas ni,oppa ada apa-apa masalah,oppa cakap je dekat Bora.Mesti Bora boleh tolong,”kata Bora,ikhlas.Jio tersenyum nipis sambil angguk.

“Gomawo,”ucap Jio.

 

 

Sudah hampir enam bulan,Jio tidak berjumpa dengan kekasih hatinya yang membawa diri itu.Bukan dia tidak pernah berusaha untuk mencari Hyo Joo,namun kesibukan kerjanya menghalang niatnya itu apatah lagi dia sendiri tidak tahu ke mana Hyo Joo membawa diri.Bora pula sering cuba menghubungi kawan-kawannya yang berada di luar negara untuk membantu mencari Hyo Joo termasuk abangnya yang seorang lagi,Gi Kwang.Berita kehilangan Hyo Joo benar-benar memeranjatkan Gi Kwang.Krystal pula sering mengambil kesempatan untuk sentiasa dekat dengan Jio walaupun lelaki itu berulang kali menjauhkan diri daripadanya.Jio kini menetap di Jeju-do untuk sementara waktu memandangkan sedang sibuk menyiapkan projek di situ.Kepakaran dan pengalaman yang dimilikinya amat diperlukan oleh Encik Hwang dalam pembangunan di Jeju-do itu.Walaupun Encik Hwang mengetahui mengenai sejarah yang terjadi antara keluarga Jung dan keluarga Lee itu,Encik Hwang tetap tidak merahsiakan mengenai kerjasama yang terjalin antara Syarikat Han dengan Syarikat Jung yang kini sedang diuruskan oleh Lee Chang Sun,anak lelaki kepada Tuan Lee yang telah menjatuhkan kedudukan keluarga Jung.Dia yakin Jio bersikap professional dan tidak mencampurkan urusan peribadi dengan urusan kerja.

Jio sibuk melihat pelan bangunan yang dilakarnya sambil melihat kerja-kerja pembinaan yang sedang berjalan di hadapannya itu.

“Perlu ke kita membaiki lakaran di beberapa sudut dekat ruang utama ni?”Tiba-tiba sahaja Lee Joon menyoal kepadanya apabila lelaki itu sudah menghampiri ke arahnya tanpa disedari

“Saya rasa tak perlu nak ubah.Lagipun,kerja-kerja pembinaan untuk ruang utama ni dah dimulakan walaupun baru 10 peratus,”jawab Jio,berlagak professional.Lee Joon tersenyum.Dia tahu jawapan itu akan terpacul di mulut lelaki itu.Sengaja dia mahu berbual dengan lelaki yang pernah menjadi kawan baiknya itu.Dia yakin hanya melalui projek ini sahajalah peluang baginya untuk mendapatkan semula kepercayaan lelaki itu.Lee Joon cuba berfikir untuk mencari idea supaya dia dapat berbual dengan lelaki itu.Dia yakin andai urusan peribadi dibangkitkan,pasti Jio akan beredar dari situ.

“Boleh saya tengok pelan tu lagi sekali?”soal Lee Joon,berpura-pura mahu memeriksa semula pelan yang ada di tangan Jio itu.Jio tidak membantah.Pelan bangunan itu berubah tangan.Lee Joon melihat pelan itu.

“Saya yakin yang awak mesti puas hati dapat berkhidmat dengan Syarikat Han.Peluang awak untuk menjadi arkitek yang kaya dengan pengalaman dan kepakaran pasti cerah.Tengoklah sekarang.Awak dapat melibatkan diri dalam projek besar ni.Pasti ramai orang akan puji hasil kerja awak ni,”puji Lee Joon,ikhlas.Jio tidak membalas.Dia sekadar memerhati kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan itu.

“Jio yah,aku…teringin nak berbual dengan kau.Kalau lepas ni,kita lunch sama-sama nak?”Lee Joon cuba memancing minat Jio.Gaya percakapannya yang bertukar tidak formal.Sungguh dia teringin untuk berbual dengan Jio setelah sekian lama berlagak seperti orang lain.Niat Lee Joon ingin terus berbual dengan Jio terbantut apabila telefon bimbit lelaki itu berdering.

“Baik,saya akan ke sana sekarang,”kata Jio sebelum mematikan panggilan.

”Maafkan saya.Saya kena pergi sekarang,”kata Jio sambil menghulurkan tangannya,meminta pelan itu semula daripada Lee Joon akur.Nampaknya ego Jio bukan mudah untuk diruntuhkan.Langkah Jio terhenti seketika.Dia menoleh ke arah Lee Joon.

“Saya tak tahu apa tujuan awak dan adik perempuan awak untuk cuba rapat dengan saya.Tapi,tolong ingatkan adik awak.Saya tak pernah mengharapkan langsung kehadiran dia dalam hidup saya.Saya tak perlukan dia.Jadi,dia tak perlu nak cuba rapat dengan saya atau cuba nak memenangi hati saya dengan lakonan dia yang berpura-pura baik tu,Saya harap awak boleh tolong kawal adik awak tu,”kata Jio sebelum beredar.Lee Joon tergamam.Krystal cuba mendekati Jio?Untuk apa?

 

 

Jio tergamam apabila melihat Encik Hwang sedang berbual dengan Tuan Lee sambil ditemani oleh Krystal.Tuan Lee mengukir senyuman sinis apabila melihat Jio sedang berdiri tidak jauh dari tempat mereka berada.Krystal pula tersenyum manis ke arah Jio.

“Ah,Jio.Mari sini,”arah Encik Hwang.Jio akur.

“Apa khabar,Jio?”soal Tuan Lee,berpura-pura ramah.Jio membalas huluran tangan Tuan Lee sambil angguk.Encik Hwang amat memahami sikap dingin yang ditunjukkan oleh Jio itu.Cuma dia amat mengharapkan Jio dapat memberi kerjasama dengan baik demi kebaikan projek mega yang sedang dijalankan ini juga.

“Em,begini Jio.Hari ini saya dan Tuan Lee nak adakan perbincangan ringkas mengenai projek ni.Jadi,disebabkan Min Woo tak dapat nak ikut sekali perbincangan ni…saya harap awak boleh ikut sekali.Sebab awak dan Min Woo yang lebih pakar dan tahu pasal projek sekarang ni.Kita akan makan tengahari sama-sama,”kata Encik Hwang.Krystal pula sudah lama tersenyum riang.Jio pasti tidak dapat untuk menolak permintaan Encik Hwang memandangkan Encik Hwang merupakan pihak atasan bagi Syarikat Han.

“Arasso,”Jio terpaksa akur.Krystal tersenyum kemenangan.

“Baguslah kalau macam tu.Baiklah Tuan Lee.Kita jumpa lepas ni.Saya ada hal sekejap,”kata Encik Hwang,meminta diri untuk beredar.Tinggallah Jio bersama-sama dengan Tuan Lee dan Krystal.Jio juga ingin beredar dari situ namun dihalang oleh Tuan Lee.

“Kau nampak makin tenang sekarang.Aku bangga dengan ketabahan kau,”kata Tuan Lee.Jio tidak membalas.

”Kau sepatutnya berterima kasih dengan Lee Joon,Jio.Dia dah menguruskan Syarikat Jung dengan baik sekali.Kalau kau nak tahu Syarikat Jung sekarang ni dah dapat banyak projek baru,”katanya lagi,membangga diri.Krystal mulai berasa tidak selesa dengan keadaan di situ.Tuan Lee seolah-olah sengaja mahu mencetuskan kemarahan dalam hati Jio.

“Appa…”Krystal memegang tangan ayahnya.

“Kau dah tak berupaya nak lawan aku,Jio.Kau sekarang ni hanya kuli orang.Bukan lagi anak presiden Syarikat Jung.Jadi,lupakan hasrat kau nak dapatkan balik Syarikat Jung.Kau dah hilang kuasa.Dah tak ada apa-apa,”kata Tuan Lee,sinis nadanya.Jio menoleh ke arahnya.

“Ambillah.Kalau ini jalan yang terbaik untuk awak tak ganggu lagi kehidupan keluarga saya,saya terima.Lagipun,saya bersyukur dengan apa yang saya dah ada sekarang ni.Kalau kesederhanaan lebih banyak membahagiakan saya dan keluarga saya daripada kekayaan,saya lebih memilih kesederhanaan.Cuma saya harap,awak dan keluarga awak bahagia dan rasa puas dengan apa yang awak semua miliki sekarang.Jangan cuba-cuba nak merampas hak orang lain lagi.Hidup ni umpama roda.Mungkin sekarang awak berada di atas.Tapi awak tak tahu esok awak berada di mana.Jangan nanti,awak melutut di depan saya pula,”balas Jio,menyindir tajam ke arah Tuan Lee.Tuan Lee menahan geram.Jio kemudiannya menjeling ke arah Krystal.

"Dan awak..."

“Lupakan saja niat awak tu,Krystal.Saya tak sebodoh yang awak sangkakan.Cinta saya tetap untuk Hyo Joo tidak kira apa pun terjadi,”katanya sebelum beredar.Krystal menggenggam tangannya.

 

 

Gi Kwang memeriksa jadualnya sambil mendengar iPOD di telinganya.14 Februari adalah hari yang amat sibuk baginya,Dia perlu mengadakan konsert sempena Hari Kekasih ketika itu.Lagi-lagi pula tiket konsert sudah mula dijual.Perlahan-lahan,Gi Kwang mengeluh kecil.

“Kenapalah aku kena buat konsert hari tu juga?Aku pun nak berkasih-kasih juga,”ngomelnya.Pengurusnya yang sedang duduk di sebelahnya sekadar tersenyum nipis.

“Sudah-sudahlah tu.Awek pun tak ada…ada hati nak sambut Hari Kekasih.Baik kau ikut je jadual tu.Lagipun,tiket dah habis dijual,”kata pengurusnya.Gi Kwang terkejut.

“Dah habis?Bukan baru jual semalam ke?”soal Gi Kwang,tidak percaya.

“15 minit je tiket dah habis dijual,”kata pengurusnya dengan senang hati.Gi Kwang mulai mengukir senyuman manis.Tidak sangka dia telah mempunyai penyokong yang begitu ramai di Jepun dalam masa yang singkat sahaja.Dia kemudiannya menoleh ke arah luar.Tiba-tiba pandangannya tertumpu kepada kelibat seseorang yang amat dikenalinya.

“Hyung!Berhentikan kereta sekejap!”Gi Kwang segera mahu keluar dari situ.Pemandu yang terkejut dengan jeritan Gi Kwang itu segera memberhentikan keretanya.Tanpa berlengah lagi,dia segera keluar dari kereta itu walaupun dihalang oleh pengurusnya.Sebaik sahaja Gi Kwang keluar dari kereta tersebut,peminat-peminat wanita yang mengenalinya itu segera berkerumun ke arahnya.Dia berusaha melepaskan diri daripada kesesakan itu.Dia ingin segera mengejar kelibat itu.

“Noona!Noona!”jerit Gi Kwang.Namun,Hyo Joo tidak menyedari panggilannya.

”Noona!”jeritnya lagi.Pengurus Kang segera menarik tangannya masuk ke dalam kereta semula.

“Apa kau buat ni?”soal Pengurus Kang,berang dengan sikap Gi Kwang yang tidak berhati-hati itu.

“Aku nampak Hyo Joo Noona.Dia ada kat sini,”kata Gi Kwang.Pengurus Kang yang sememangnya mengetahui masalah yang dihadapi oleh abang Gi Kwang itu sekadar mengeluh berat.

“Kau nak buat skandal baru ke?Ingat sikit,kau masih baru kat Jepun ni.Mereka belum-belum kenal kau lagi,”kata Pengurus Kang,cuba mengingatkan Gi Kwang.

“Tapi,dia bukan awek aku.Dia awek hyung aku.Hyung aku tak tahu pun yang noona ada kat sini,”balas Gi Kwang.

“Masalahnya orang lain tahu ke dia tu awek hyung kau?Peminat-peminat kau boleh salah faham nanti,”balas Pengurus Kang.Gi Kwang melepaskan keluhan berat.Bukan senang untuk mencari Hyo Joo di bandar besar ini.

”Kita boleh cuba cari lain kali.Tapi,bukan sekarang,arasso?”soal Pengurus Kang.Gi Kwang terpaksa angguk.Namun,sebenarnya dia sudah merangka cadangannya sendiri.

 

 

Gi kwang memakai sweater tebal beserta penutup kepala berwarna hitam.Dia perlu berpakaian yang dapat menyembunyikan identitinya sebagai AJ daripada pengetahuan orang ramai.Gi Kwang menoleh ke arah Pengurus Kang yang sedang lena tidur itu.Perlahan-lahan,dia mengambil kunci kereta yang berada di atas meja.Gi Kwang melangkah perlahan-lahan agar tidak disedari oleh pengurusnya itu.

Dia tersenyum lebar sambil memandu keretanya.Hatinya betul-betul puas kerana dapat juga melepaskan diri daripada ‘cengkaman’ pengurusnya yang sangat terkenal dengan ketegasannya itu.Mujur agensinya ada menyewa sebuah lagi kereta yang lebih kecil saiznya.Entah apa tujuannya pun Gi Kwang kurang pasti.Dia lebih kerap menaiki kereta Alphard putih sekiranya ada aktiviti di luar.Dia ingin mencari Hyo Joo yang ditemuinya siang tadi.Amat tidak mustahil untuk mencari Hyo Joo ketika waktu malam walaupun peratus kejayaannya mungkin tipis.Hal ini kerana,suasana malam di Tokyo itu tidak ubah seperti waktu siang.Sentiasa meriah dengan kehadiran orang ramai yang masih belum penat berhibur mahupun yang baru pulang dari bekerja.Setelah puas berpusing,Gi Kwang akhirnya memberhentikan keretanya di Menara Tokyo.Terasa ingin menikmati suasana malam di menara itu pula.Dia tidak lupa untuk memakai cermin mata untuk mengelakkan dirinya daripada dikenali ramai.Perlahan-lahan,Gi Kwang keluar dari keretanya lalu menuju ke suatu sudut yang amat selesa untuk menjadi tempat rehatnya.Dia menarik nafas panjang.

“Agak-agak kat mana aku boleh jumpa noona?”fikirnya.Dia sendiri hairan bagaimana Hyo Joo boleh terfikir untuk menjauhkan diri daripada abangnya sedangkan mereka saling mencintai.Pasti ada sesuatu yang menjadi sebab atas tindakan Hyo Joo itu.Cuma dia amat mengharapkan agar tindakan Hyo Joo itu tidak ada kaitan langsung dengan keluarga Lee terutamanya Krystal.Abangnya pula kenapa tidak ada usaha langsung untuk mencari Hyo Joo?Dia faham akan kesibukan Jio itu.Tetapi,dia bukannya tidak tahu mengenai perasaan abangnya terhadap wanita itu.Abangnya sangat menyanyangi Hyo Joo sehingga mengalami perubahan besar yang dia sendiri tidak jangka.Entahlah,dia sendiri pening.Apa yang pasti,dia yakin Hyo Joo berada di sekitar Tokyo.Dia perlu mendapatkan penjelasan daripada wanita itu.Gi Kwang kemudiannya mahu beredar dari situ.Dia mahu berjalan-jalan pula.Sebaik sahaja dia mulai melangkah dari situ,bahunya dilanggar oleh seseorang yang kelihatannya seperti dalam tergesa-gesa.

“Sumimasen,”ucap wanita itu.Gi Kwang memandang wanita itu.Matanya terbuka luas apabila mendapati wanita yang melanggarnya itu adalah Hyo Joo!

“Noona!”

Hyo Joo juga terkejut dengan pertemuan yang tidak terjangka itu.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!