Chapter 1

I'm Falling in Love with You

 

Jio memarkirkan keretanya dengan pantas.Dia membantu Leo untuk dibukakan tali pinggang keledarnya.Kemudian,dia segera keluar dari kereta itu dan mengeluarkan barang-barang yang baru dibeli tadi dari tempat duduk belakang keretanya.

"Leo,cepat keluar,"arah Jio,sedikit kasar.Kelam-kabut Leo keluar dari kereta itu.Bimbang juga sekiranya Leo 'berleter' lagi ke arahnya.

 

"Omma!"jerit Leo selepas sahaja menjejakkan kaki ke dalam rumah agam itu.Jio kelam-kabut meletakkan barang-barang Leo yang baru dibeli tadi di atas rak kasut sebelum melangkah semula ke luar.Senyumannya melebar apabila dia berjaya membuka pintu keretanya dan bersedia untuk masuk ke dalamnya.

"Nak pergi mana pula tu?"Leo menggigit bibirnya apabila mendengar suara yang amat amat dikenalinya di belakang.Perlahan-lahan,dia menoleh ke belakang.Kemudian,dia berpura-pura tersenyum.

"Appa...Em...lambat appa balik hari ni?Banyak kerja ke?"soal Leo,sambil menutup pintu keretanya.

"Kamu nak pergi mana ni?Waktu pejabat kan habis?"soal Tuan Jung,turut memegang bahu anaknya.Jio tertawa.Dia cuba menahan dirinya dari dibawa masuk oleh appanya ke dalam rumah semula.Namun,Tuan Jung kelihatannya begitu bersungguh-sungguh mahu menghalang anaknya itu dari keluar.

"A..ap..appa....appa nak bawa Jio pergi mana ni?"soal Jio.Tuan Jung tidak jawab pertanyaan anaknya itu."Appa...!!"Jio mulai rimas.Rancangan malam ini tidak boleh dibatalkan.Dia sudah berjanji dengan kawan-kawannya.Apatah lagi,dia sudah lewat ketika ini.

"Appa...malam ni,Jio ada hallah.Jio dah janji dengan member,"kata Jio.

"Tak boleh.Hari ni kamu ponteng kerja lagi kan?"duga Tuan Jung.

"Mana ada!Hari ini,Jio keluar lambat dari office lagi,"dalih Jio,walaupun dia tahu alasan itu sudah terlalu basi bagi appanya.

"Masuk!!!"arah Tuan Jung,tegas.Jio melepaskan keluhan berat.Dia sudah tidak berani untuk melawan appanya lagi.Namun,dia masih belum putus asa untuk melepaskan diri dari appanya lagi.Sedang appanya membuka pintu rumah,Jio dengan pantasnya terus melepaskan diri dari pegangan appanya.Dia segera keluar dari pintu pagar rumah itu.

"Jio!!!"Jerit Tuan Jung."Ki Tae,pergi kejar dia cepat!"arah Tuan Jung.Ki Tae segera menuruti arahan majikannya itu.

 

Jio menyembunyikan dirinya dari pemandu peribadi appanya.Apabila dia yakin bahawa Ki Tae sudah jauh dari pandangannya,Jio segera beredar dari tempat persembunyiannya.Kemudian,dia menelefon rakannya.

"Lee Joon...aku 'dikepung' ni.Kau ambil aku wei,"kata Jio.Kedengaran tawa Lee Joon dalam talian.

"Kau kat mana ni?"soal Lee Joon.

 

Jio bersandar pada kerusi kereta Lee Joon.Lee Joon yang melihat keadaan Jio yang agak beserabut itu.Malang betul nasib anak orang kaya ni.

"Kau pandang jelah depan tu.Tak payah nak jeling-jeling kat aku.Gelilah,"kata Jio.Lee Joon mencebik.

"Tak ada maknanya aku nak ngorat kau.Aku pening tengok kau je.Ada je masalah kau dengan appa kau tu.Aku rasalah...jalan penyelesaiannya,kau ikut je apa yang appa kau nak,"balas Lee Joon.

"Tak ada maknanya.Lagi aku ikut,lagi terkongkonglah hidup aku.Cuba kau tengok macam adik aku tu.Sebab dia ikut sangat cakap appalah,dia jadi macam tu.Tak bahagia langsung hidup dia,"kata Jio.Lee Joon tersenyum.

"Kau je yang fikir macam tu.Eh,Bora apa khabar?Rindulah pula aku kat dia,"soal Lee Joon,merujuk kepada adik perempuan Jio.Jio menjeling ke arah Lee Joon.

"Kau tanyalah dia sendiri.Bukannya kau tak ada nombor telefon dia,"balas Jio.

"Ai...duduk serumah pun tak tahu khabar adik sendiri ke?"soal Lee Joon.

"Hari ni,aku sibuk dengan Leo kenit tu.Sebab dialah,aku jadi macam ni.Kalau dia tak kacaulah,tak adanya aku nak tumpang kereta kau ni,"balas Jio.

"Ala,tahulah kereta aku ni tak semewah kereta kau.Aku ni tengah besar hati dapat tumpangkan kau ni.Lepas ni,memang aku tak basuh kereta aku.Sebab aku tak nak bagi bau kau hilang,"kata Lee Joon,bergurau.

"Ish kau ni!Gelilah!"Jio rimas dengan gurauan rakannya itu.Lee Joon ketawa.

 

Tidur Jio yang lena itu terganggu apabila terdengar suara ommanya.Perlahan-lahan,Jio membuka matanya.

"Omma...kenapa pula ni?"soalnya.liat sekali untuk bangun.

"Jio tolong hantarkan Leo pergi sekolah hari ni,"kata Puan Jung sambil memegang bahu anak lelakinya itu.

"Ala..malaslah...suruh jelah Bora,omma,"balas Jio.

"Bora dah pergi kolej dah.Omma pun ada hal ni,"kata Puan Jung.Jio bangun dari pembaringannya.

"Omma ni,tak boleh tengok Jio senang langsunglah,"kata Jio,sambil menguap.

"Ala,Jio...tolong omma ekh?Kesianlah kat Leo.Dia kan baru nak mula sekolah hari ni?Jio jangan risau.Omma dah uruskan semuanya.Jio cuma tolong hantarkan je,"pujuk Puan Jung lagi.

"Okey.Kali ni je tau.Lepas ni,omma carilah driver lain untuk Leo,"kata Jio.

"Em...arasso...Nanti omma cuba,"kata Puan Jung.Kemudian,dia mencium dahi Jio sebelum meninggalkan lelaki itu di biliknya.

 

Jio membukakan pintu kereta untuk adik angkatnya itu.Matanya meliar ke arah sekeliling di sebalik cermin matanya.

"Masuklah,Leo.Leo tahu kan kelas Leo kat mana?"soal Jio.Leo tidak menjawab.

"Tak pun,kalau Leo tak pasti,Leo tanyalah cikgu-cikgu kat dalam tu,"pesan Jio lagi.Jio berkira-kira mahu beredar dari situ namun tangannya dicapai oleh Leo."Kenapa?"

"Hyung..temanlah.Takutlah masuk sorang-sorang,"rayu Leo.

"Ala,bukannya ada hantu pun.Leo masuk jelah.Hyung nak pergi kerja ni.Nanti appa marah pula hyung masuk office lambat,"kata Jio.

"Hyung..."Leo cuba memujuk lagi.

"Leo...hyung ada kerja ni,"kata Jio lagi.

 

"Ada masalah ke,Encik?"soal seorang wanita.Leo menoleh ke arah wanita itu.Begitu juga dengan Jio.

"Tak ada...dia cuma.."Jio berhenti dari meneruskan kata-katanya apabila melihat wajah wanita yang menegur mereka berdua itu.Begitu juga dengan wanita itu.

"Kau?!"

"Apa kau buat kat sini?"soal Jio,terkejut.

"Sepatutnya,saya yang patut tanya soalan tu.Awak buat apa kat sini?"soal Hyo Joo.Namun,niat Hyo Joo untuk terus memarahi Jio terganggu apabila Leo menarik-narik lengan bajunya.

"Noona...noona kenal ke cikgu dekat sini?"soal Leoo.

"Noona cikgu kat sini.Ada apa yang boleh cikgu bantu?"soal Hyo Joo,lembut.Leo tersenyum.

"Hyung,nilah cikgu sekolah ni,"kata Leo.Riak wajah Hyo Joo berubah apabila mendengar panggilan Leo terhadap Jio.Hyung?

"No way..."kata Hyo Joo dan Jio serentak.

 

 

To be continued....

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!