Chapter 46

I'm Falling in Love with You
 

 

“Saya tahu…permintaan saya ni mungkin kedengaran berat untuk kamu,Jio.Tapi,saya bukan buat keputusan ni dalam tempoh yang singkat.Saya dah pertimbangkan perkara ni bersungguh-sungguh.Impak baik dan buruknya semua saya dah pertimbangkan,”kata Presiden Han,cuba memujuk Jio untuk menerima permintaannya.Jio masih terkejut dengan permintaan Presiden Han itu.Encik Hwang turut memandang ke arahnya.

“Saya pun dah bersetuju dengan cadangan datuk saya,Jio.Kalau awak berat hati nak terima cadangan datuk saya sebab saya,awak tak perlu risau.Saya memang dah setuju dengan cadangan ni.Lagipun,kami memang yakin dengan kemampuan awak untuk uruskan cawangan syarikat kami di New York.Saya pula boleh bantu datuk saya untuk menguruskan ibu pejabat di Seoul,”kata Encik Hwang,menyokong kenyataan datuknya itu.Jio masih belum mahu membalas apa-apa.

“Jio,saya bukan nak kamu uruskan cawangan syarikat kami di New York semata-mata,malah saya nak serahkan syarikat tu atas nama awak dan keluarga awak.Saya nak cawangan syarikat kami tu menjadi milik awak,Jio,”kata Presiden Han,bersungguh-sungguh.Jio memandang ke arah Presiden Han dengan pandangan yang tidak percaya.Presiden Han memegang tangan Jio.

”Saya tak bercakap kosong,Jio.Kalau awak sudi terima permintaan saya ni,senanglah hati saya.Saya pun dah tak rasa bersalah lagi dekat mendiang ayah kamu,”katanya lagi.Perlahan-lahan,Jio melepaskan keluhan berat.

“Maafkan saya,Tuan…Tapi,saya rasa permintaan Tuan dengan Encik Hwang ni,terlalu berat untuk saya terima.Lagipun,saya bukan daripada keluarga Han.Mana mungkin saya boleh dapatkan hak ni sedangkan masih ada ahli keluarga Tuan yang layak untuk mendapatkannya.Saya minta maaf…saya terpaksa tolak…”kata Jio,berkali-kali memohon maaf kerana dia tidak mampu untuk memenuhi permintaan Presiden Han itu.Jio kemudiannya menundukkan badannya sedikit sebagai tanda hormat sebelum dia beredar dari situ.Encik Hwang mahu menghalang Jio namun niatnya terbantut apabila dihalang oleh Presiden Han.

“Biarkan dia,Tae Kyung.Dia masih terkejut.Suatu masa nanti,dia pasti terima permintaan datuk.Datuk yakin,katanya sambil tersenyum nipis.

 

 

Jio bergegas ke hospital apabila mendapat panggilan daripada pihak hospital.Jio menghembus nafas berat apabila melihat Krystal terbaring lemah di atas katil dengan pergelangan tangannya yang berbalut itu.Menurut doktor,Krystal cuba untuk membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangannya menggunakan pisau.Jio hanya memerhati Krystal dari jauh.Entah apa yang merasuk Krystal untuk melakukan tindakan bodoh itu pun Jio tidak pasti.Penantian Jio berakhir apabila melihat mata wanita itu mulai terbuka perlahan-lahan.Krystal menoleh ke arah Jio yang sedang bersandar di dinding.Krystal mengukir senyuman manis.Gembira hatinya apabila melihat wajah Jio adalah wajah yang pertama yang memenuhi ruang matanya sebaik sahaja dia sedar dari lenanya.

“Oppa…”sapanya,lemah.Namun,sapaannya tidak dibalas oleh Jio.Senyuman Krystal mengendur apabila melihat pandangan tajam daripada lelaki itu.Krystal pasti Jio pasti marah dengan tindakan tidak matangnya itu.

“Miane…Saya terlalu emosi tadi,sampai tak boleh nak berfikir secara matang,”kata Krystal,akui kesalahannya.Jio sekadar membisu.Tidak langsung mencelah.Krystal menoleh ke arahnya.

”Tapi,saya betul-betul tak boleh lupakan oppa.Saya betul-betul tak boleh terima yang oppa terlalu cintakan Hyo Joo sehingga oppa tak nampak kehadiran saya dalam hidup oppa.Apa kekurangan saya,oppa?Apa yang oppa nak saya berubah?Cakaplah…”rayunya.Krystal betul-betul tidak boleh terima apabila cintanya ditolak mentah-mentah oleh Jio.Krystal terkejut apabila Jio melabuhkan punggung di atas katilnya.

“Dekat dunia ni,tak ada sesiapa pun yang sempurna.Setiap orang ada kekurangannya walaupun di luarnya dia nampak sempurna.Kekurangan dan kelebihan itulah yang menjadikan setiap orang istimewa.Saya pun ada kekurangan saya sendiri.Begitu juga dengan awak,Krystal.Jadi,untuk apa saya nak seseorang yang begitu sempurna sedangkan saya sendiri tak sesempurna yang orang lain mahukan?Sama juga dengan Hyo Joo.Dia juga ada kelemahan dia sendiri.Dan kelemahannya itulah yang menguatkan cinta saya terhadap dia.Saya bukan cintakan dia semata-mata kerana kelebihannya.Tetapi,saya cintakan dia kerana dia ada kedua-duanya,iaitu kelebihan dan kekurangan…”kata Jio.Cara dia menceritakan mengenai perasaan cintanya terhadap Hyo Joo sudah jelas menggambarkan bahawa dia amat mencintai wanita itu walau apa pun yang terjadi.Jio menoleh ke arah Krystal sambil memegang tangan wanita itu.

“Kalau seseorang tu betul-betul cintakan awak,dia takkan ungkit kelemahan awak.Sebaliknya dia akan bantu awak untuk melengkapkan apa yang awak tak ada.Dia akan terima awak seadanya.Tulah namanya cinta,”kata Jio.Krystal menundukkan wajahnya.

“Awak putus dengan adik saya sebab dia selalu ungkit pasal kelemahan awak ke?”soal Jio,tiba-tiba.Krystal terkejut.Jio pula tersenyum.

“Macam mana oppa tahu pasal saya dengan AJ?”soal Krystal.Jio tersenyum hingga menampakkan barisan giginya yang tersusun kemas itu.

“Saya abang dia…saya tahulah,”jawab Jio,selamba.

”Saya ternampak gambar awak dalam bilik dia.Tak silap gambar tu,masa awak dengan Gi Kwang belajar kat New York dulu,”kata Jio.Krystal tersenyum nipis.

“Kami dah tak ada apa-apa.Tu semua kisah lama.Malas nak ingat balik,”balas Krystal.Jio angguk.

“Sebab tu,saya nak awak buka buku baru.Lupakan segala yang kenangan pahit.Kalau awak fikir saya adalah penawarnya,maaf…saya tak layak.Saya hanya akan buat awak terseksa,sebab sungguh…saya tak boleh nak memaksa diri saya untuk mencintai awak.Awak sebenarnya gadis yang baik.Cuma hidup awak sekarang lebih dibayangi oleh ayah awak.Ayah awak terlalu mengejar kemewahan…sehingga lupa kepada kasih sayang yang sepatutnya ayah awak curahkan kepada awak dengan Lee Joon.Saya cakap macam ni,bukan sebab saya nak awak bencikan ayah awak sebab saya tak ada hak nak buat macam tu.Saya Cuma harap awak boleh tolong ubah sikap ayah awak.Saya tak nak…suatu hari nanti,sikap tamaknya tu akan memakan diri dia sendiri,”kata Jio,memberi nasihat kepada Krystal.Perlahan-lahan,Krystal angguk.

“Arasso,”ujarnya sambil tersenyum.Jio turut membalas senyumannya.Jio sudah berura-ura mahu beredar dari situ.

”Oppa…”panggil Krystal lagi.Jio menoleh ke arahnya.

”Hyo Joo…”Jio masih setia menanti butir-butir yang mahu dikatakan oleh wanita itu.Krystal menelan air liur.Dia kemudiannya memejamkan matanya.

“Hyo Joo ada dekat Tokyo sekarang…”katanya.Jio terkejut sebaik sahaja mendengar kata-kata Krystal itu.

 

 

Puas Tuan Lee menghubungi semula Encik Aizawa namun satu panggilan pun tidak dijawab.Malah panggilan itu dijawab oleh operator telefon.Nombor yang anda dail tidak terdapat di dalam perkhidmatan!Tuan Lee hampir menjadi gila.Habis semua staf pejabatnya dimaki kerana terlalu marah dengan tindakan Encik Aizawa.Semua duit yang dilaburnya kononnya untuk projek mega yang bakal diadakan dengan kerjasama syarikat korporat Jepun itu lebur begitu sahaja.Bukan itu sahaja,malah syarikat korporat Jepun yang diuar-uarkan oleh Encik Aizawa itu langsung tidak wujud!Encik Aizawa sudah menipunya hidup-hidup walaupun Tuan Lee sudah menjalankan langkah berwaspada dengan teliti.Encik Lee memegang dadanya yang terasa sakit itu.Tidak lama selepas itu,pandangannya menjadi gelap.Suasana pejabatnya menjadi kecoh apabila pihak polis menyerbu pejabat Tuan Lee dengan kuasa waran tangkap yang mereka peroleh daripada pihak mahkamah.

Lee Joon mengukir senyuman puas apabila melihat dokumen yang dicari-carinya selama ini sudah berada di dalam genggamannya.Kurosagi yang melihat senyuman Lee Joon itu turut tersenyum nipis.Rancangannya berjaya.Dia berjaya menyelewengkan duit syarikat keluarga Lee tanpa langsung meninggalkan jejak.Lee Joon memandang ke arahnya.

“Terima kasih,Kurosagi.Akhirnya dapat juga saya bagi pengajaran berharga kepada appa saya.Kalau awak tak ada,saya tak tahulah nak buat macam mana lagi,”kata Lee Joon,amat menghargai bantuan daripada Kurosagi walaupun terpaksa mengorbankan nasib keluarganya sendiri.Kurosagi sekadar angguk.

“Saya hanya akan menerima ucapan terima kasih awak kalau awak serahkan balik hak Jio yang sepatutnya dia dapat,”kata Kurosagi.Lee Joon tersenyum.Dia kemudiannya menghulurkan tangan sebagai tanda terima kasih.Kurosagi menyambut huluran tangannya.Tugasnya sudah berakhir.Selebihnya,biarlah Lee Joon yang menguruskannya.

 

 

Jio memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Han yang baru sahaja meninggal dunia kerana penyakit jantung yang sudah lama dialaminya.Dia benar-benar tidak sangka bahawa pertemuannya dengan Presiden Han pada beberapa minggu yang lalu adalah pertemuannya yang terakhir.Jio juga kecewa apabila dia tidak dapat memenuhi permintaan terakhir lelaki itu.Rasa bersalahnya kian menggunung terhadap Presiden Han.Sebaik sahaja Jio melangkah keluar dari rumah agam keluarga Han itu,Encik Hwang segera mendapatkannya.Jio menundukkan kepalanya sedikit apabila berjumpa dengan cucu kepada Presiden Han itu.

“Datuk saya ada amanahkan saya untuk menyerahkan dokumen ni kepada awak.Saya harap awak boleh baca dokumen ni terlebih dahulu sebelum buat apa-apa keputusan.Lepas ni,apa sahaja keputusan yang awak buat…saya akan terima,”kata Encik Hwang.Perlahan-lahan,Jio mengambil dokumen dari tangan Encik Hwang.Jio mengukir senyuman manis.

“Arasso,”kata Jio.Encik Hwang turut tersenyum sambil menepuk perlahan bahu lelaki itu.

“Kamsahamida.Datuk saya kata…dia sangat gembira bila dapat berjumpa dengan awak semula,”kata Encik Hwang.Jio hampir-hampir sahaja mengalirkan air mata sebaik sahaja mendengar kata-kata Encik Hwang itu.Kehilangan Presiden Han amat dirasainya seperti ketika dia kehilangan kedua-dua ibu bapanya dahulu.

Jio benar-benar tidak percaya dengan apa yang tertera di dalam dokumen yang diserahkan oleh Encik Hwang kepadanya.Encik Hwang bersama peguamnya menyedari perubahan riak wajah lelaki itu.

 

“Apa maksud semua ni?Cawangan Syarikat Han di New York tu…sebenarnya milik keluarga saya?”soal Jio,tidak percaya.Encik Hwang angguk.Jio tertawa kecil.

”Sejak bila pula appa saya ada buka syarikat baru dekat New York?Saya tak tahu pun pasal ni,”kata Jio lagi.Mengharapkan yang dia hanya bermimpi ketika itu.Encik Hwang memandang ke arah  peguamnya,memberi isyarat kepada peguamnya untuk menjelaskan semuanya kepada Jio.Peguamnya angguk.

“Begini,Encik ByungHee.Seperti yang tertera di atas dokumen tu,syarikat yang berada di New York tu sememangnya milik keluarga Jung.Ayah kepada Encik ByungHee sudah menamakan syarikat di New York tu atas nama Encik ByungHee.Cuma sebelum Encik ByungHee mencapai umur 30 tahun,mendiang Presiden Jung telah meminta bantuan mendiang Presiden Han untuk menjadikan syarikat milik keluarga Jung di New York tu sebagai salah satu cawangan Syarikat Han.Jadi,mendiang Presiden Han telah bantu menguruskannya seperti menguruskan syarikatnya sendiri.Sebab tu,mendiang Presiden Han jarang sekali berada di Korea,”jelas peguam itu.Jio menggeleng.

“Saya tak faham.Kenapa appa saya tak pernah cakap pasal hal ni?Kenapa dia nak Presiden Han yang bantu uruskan syarikat kat New York tu sedangkan Presiden Han sendiri ada syarikat dia kat Seoul?”soal Jio,tidak puas hati dengan kejutan itu.Setahunya,ayahnya tidak pernah langsung membicarakan mengenai syarikat di New York itu selama hayatnya.Peguam itu tersenyum manis.

“Sebab mendiang Presiden Jung mahukan Encik ByungHee belajar dahulu selok belok pengurusan syarikat di Seoul.Lagipun Presiden Jung dengan Presiden Han dah lama berkawan.Jadi,hanya Presiden Han yang tahu corak pengurusan Presiden Jung,”jawab peguam itu.

“Tapi kenapa appa saya tak nak uruskan syarikat di New York tu sendiri? “soal Jio.

“Sebab…mendiang Presiden Jung mahu selalu berada di samping Encik Byung Hee sepanjang Encik mempelajari selok belok pengurusan syarikat di Seoul.Memandangkan anak kedua kepada mendiang Presiden Jung, Encik Gi Kwang, tidak berminat dalam meneruskan legasi keluarga Jung,jadi mendiang meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada Encik ByungHee dan Cik Bora.Oleh sebab itu,sebaik sahaja umur Encik ByungHee mencecah 30 tahun,syarikat keluarga Jung di New York akan menjadi milik Encik ByungHee.Manakala,syarikat keluarga Jung di Seoul pula akan diserahkan kepada Cik Bora sebaik sahaja umurnya mencecah 24 tahun,”kata peguam itu lagi.Jio bersandar pada dinding.Matanya terpejam rapat.Dia benar-benar tidak sangka dengan kejutan yang dirancang oleh mendiang ayahnya sendiri.Dia benar-benar tidak tahu mengenai syarikat keluarganya di New York itu.

“Tapi…syarikat keluarga Jung di Seoul sudah menjadi milik keluarga Lee selepas kematian ibu bapa saya.Aset keluarga saya pun sudah diambil oleh pihak bank.Keluarga kami dah tak ada apa-apa,”keluh Jio.Encik Hwang meminta izin daripada peguamnya untuk menyampaikan sesuatu kepada Jio.

“Encik Lee Joon dah selesaikan semuanya,Jio.Tuan Lee baru sahaja ditangkap oleh pihak polis atas tuduhan penipuan,penyelewengan dan pembunuhan.Dokumen-dokumen asal mengenai pengurusan kewangan,pinjaman bank serta bukti pembunuhan Presiden Jung serta Puan Jung sudah berjaya didapatkan semula daripada simpanan Tuan Lee.Jadi,dengan bukti yang ada pada Lee Joon,Tuan Lee berjaya ditangkap oleh pihak polis.Jadi,selepas menjalani beberapa prosedur mahkamah ni,mungkin awak boleh dapatkan balik kerusi awak di Syarikat Jung,”kata Encik Hwang,menyampaikan berita gembira yang baru diterimanya daripada Lee Joon itu.Jio begitu terkejut sehingga tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi.Namun,sebaik sahaja teringatkan Lee Joon dengan Krystal,Jio memandang ke arah Encik Hwang.

“Macam mana pula dengan Lee Joon dan Krystal?Mereka ditangkap juga ke?”soal Jio.Encik Hwang menoleh ke arah peguamnya.Jio menanti jawapan mereka dengan penuh debaran.

 

 

Lee Joon yang diiringi oleh warden penjara itu terkejut apabila melihat Jio sedang menantinya di sebalik kaca yang memisahkan mereka berdua daripada berbicara secara langsung.Jio yang melihat Lee Joon turut terkejut apabila melihat lelaki itu berpakaian banduan.Atas permintaan Jio,pihak penjara bersetuju untuk membenarkan mereka berbual di sebuah bilik khas.Lee Joon menundukkan wajahnya apabila dia merasakan keadaan dirinya itu sedang diperhatikan oleh Jio.

“Aku bagi masa dua minit untuk kau jelaskan semuanya kepada aku sekarang,”kata Jio sambil melihat jam tangannya.Lee Joon melepaskan keluhan berat.

“Aku…aku nak minta maaf atas apa yang keluarga aku dah buat.Aku tahu,walaupun aku dah kembalikan semula hak kau…tapi aku tetap tak boleh nak kembalikan ibu bapa kau..yang aku sendiri dah anggap macam ibu bapa aku sendiri.Aku mengaku…masa mula-mula aku berkawan dengan kau dulu,aku tak ikhlas.Aku berkawan dengan kau sebab itu permintaan appa aku.Dia nak aku rampas kedudukan kau dalam Syarikat Jung.Tapi,aku tak sampai hati nak teruskan niat jahat appa aku.Sebab kau terlalu baik untuk aku.Kau banyak tolong aku bila aku berada dalam kesusahan.Perkenalan aku dengan Bora pun…terus melupakan niat sebenar aku berkawan dengan kau.Begitu juga dengan keluarga kau.Aku masih ingat lagi,mendiang appa kau pernah cakap yang aku ni adalah kawan terbaik yang pernah kau jumpa.Dia banyak kali pesan dekat aku untuk tengok-tengokkan kau.Walaupun dulu,kita ni nakal…tapi dia tak pernah halang kita berkawan.Mungkin aku tak berjaya ubah sikap nakal kau,tapi…bila aku tahu Hyo Joolah yang membuka hati kau untuk serius dalam kerjaya,aku pun berbesar hati nak tolong kau.Dan…sekarang aku sangat gembira bila kau dah berjaya dapatkan cinta Hyo Joo.Chukae…”kata Lee Joon.Jio mengukir senyuman nipis.Sebenarnya,Lee Joon tidak perlu menjelaskan apa-apa lagi.Jio sudah tahu semuanya daripada Encik Hwang.Jio sekadar mahu mencari alasan untuk berbual dengan lelaki itu.Jio melihat jam tangannya.

“Okey,dua minit dah tamat.Aku kena balik dulu,”kata Jio,mulai bangun dari tempat duduknya.Lee Joon tidak menghalang.Jio berdiri di hadapan Lee Joon.Jio kemudiannya menundukkan sedikit badannya.Lee Joon terkejut.

“Kamsahamida…kamsahamida…”ucap Jio.

”Aku…sangat berterima kasih atas bantuan kau.Kamsahamida,”ucap Jio.Lee Joon turut berdiri.

“Jio ah…”

Jio memandang ke arahnya sambil tersenyum.Bahu lelaki itu dicapainya.Perlahan-lahan,dia memeluk rakan baiknya itu.Lee Joon benar-benar tergamam.

“Gomawo…gomawo…”ucap Jio berkali-kali mengucapkan terima kasih.Lee Joon terharu.Dia tidak mampu untuk membalas pelukan rakan baiknya itu memandangkan tangannya digari.Lee Joon sekadar angguk.Jio kemudiannya melepaskan pelukannya.Wajah Lee Joon itu diperhatinya.

“Disebabkan kau adalah kawan baik aku yang kacak,jadi…aku akan cuba dapatkan keadilan untuk kau.Kau tak bersalah dalam hal ni.Aku akan bantu kau untuk keluar dari sini,”kata Jio,mengikat satu janji.Lee Joon tersenyum.

“Kamsahamida,”ucap Lee Joon.Jio tersenyum.

 “Tapi…aku minta maaf sebab aku mungkin tak dapat nak bantu Krystal.Aku dah berbincang dengan peguam,untuk lepaskan Krystal,mungkin sedikit susah memandangkan dia turut bersubahat dalam kemalangan ibu bapa aku,”kata Jio.Lee Joon sekadar angguk.

”Aku tahu orang lain akan fikir aku ni gila…sebab aku nak bebaskan orang yang dah hancurkan keluarga aku.Tapi,aku buat semua ni sebab aku tahu Krystal tu baik sebenarnya.Selama ni,dia hanya jadi boneka appa kau.Jadi,aku rasa dia patut diberi peluang kedua,”kata Jio.Lee Joon tersenyum.

“Kalau Krystal dengar pengakuan ikhlas kau ni,mesti dia gembira,”kata Lee Joon.Jio sekadar tersenyum.Lee Joon berusaha mencapai tangan Jio.

”Sampai bila-bila pun,aku tetap nak minta maaf bagi pihak keluarga aku atas apa yang berlaku terhadap keluarga kau,Jio,”kata Lee Joon,ikhlas.Jio tersenyum.

“Kau dah bantu aku untuk dapatkan kembali hak aku.Kalau aku berdendam sampai mati pun,semua benda dah terjadi.Dah tak boleh nak patah balik,”kata Jio.Lee Joon benar-benar terharu apabila begitu mudah Jio memaafkan kesalahan besar keluarganya.Jio benar-benar sudah matang.Mungkin kerana penderitaan yang dialaminya selama ini yang telah mematang dirinya.

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!