Chapter 40

I'm Falling in Love with You

Hyo Joo dan Krystal saling membisu antara satu sama lain.Terasa janggal apabila bertemu semula setelah pelbagai perkara buruk terjadi ke atas keluarga Jung disebabkan oleh ketamakan keluarga Lee sendiri.Hyo Joo lebih selesa melihat ke arah luar daripada bertentang mata dengan Krystal yang sudah dikenali zalim itu.

"Dah lama kita tak jumpa,kan?"soal Krystal,berbasa-basi.Hyo Joo sekadar membisu,tidak langsung membalas sapaan adik perempuan kepada Lee Joon itu.Krystal tersenyum sinis,memahami layanan dingin Hyo Joo terhadapnya.Namun,dia yakin Hyo Joo tidak mengetahui agenda sebenar pertemuan mereka ketika itu.

"Jio oppa apa khabar ye?"soal Krystal,sengaja menjentik perasaan Hyo Joo yang sedang kesunyian ketika itu.

"Baik,"jawab Krystal,pendek.Malas untuk mengulas lebih.

"Cepatlah cakap apa yang awak cuba sampaikan tu,"kata Hyo Joo,semakin tidak selesa berada berhadapan dengan wanita itu.Siapa yang boleh lupakan semua perkara yang telah terjadi ke atas Jio terutamanya?Hatta,Hyo Joo turut merasai tempiasnya daripada kejadian itu.Krystal mengukir senyuman sinis.

"Okey,aku takkan buang masa lagi,"kata Krystal.Krystal kemudiannya mengeluarkan sekeping sampul surat berwarna coklat daripada beg tangannya lalu diletakkan di atas meja.Sampul surat itu kemudiannya ditolak ke arah Hyo Joo.

"Apa ni?"soal Hyo Joo,kehairanan.Krystal memberi isyarat kepadanya untuk membuka sampul surat itu.Hyo Joo terkejut apabila melihat terdapat sekeping tiket penerbangan ke Jepun beserta sekeping cek yang tertera jumlah wang yang sangat banyak!Hyo Joo memandang ke arah Krystal dengan penuh tanda tanya.Krystal menghirup jus epal di hadapannya tanpa menghiraukan pandangan Hyo Joo itu.

"Apa maksud semua ni?"soal Hyo Joo.Krystal memandang ke arah Hyo Joo.

"Sebelum aku jawab persoalan kau tu,aku nak kau tahu satu perkara yang kau masih belum jelas lagi,"kata Krystal.Hyo Joo memandang tajam ke arahnya.

"Segala kemahuan aku dipenuhi walau apa pun yang aku minta.Setakat ni,tak ada satu pun yang tertinggal.Tapi...kaulah orang pertama yang sudah menghalang kemahuan aku untuk dipenuhi semuanya,"kata Krystal.

"Takkan awak maksudkan..."

"Yup.Jung Byung Hee.Jio oppa,"pintas Krystal.Hyo Joo terkejut.

"Mudah je tujuan aku datang jumpa kau hari ni.Aku nak uji sejauh mana perasaan cinta kau tu terhadap Jio oppa,"kata Krystal lagi.

"Kalau betul,kau cintakan Jio oppa...tinggalkan dia!"Krystal menekankan suaranya.Mata Hyo Joo terbuntang luas saat mendengar kata-kata Krystal yang berbaur ugutan itu.

"Tapi,kalau kau masih enggan nak tinggalkan Jio oppa...aku pun enggan.Cuma kau kena ingat...kalau kemahuan aku tak dipenuhi...begitu juga dengan orang lain.Maksudnya...kalau aku tak dapat memiliki Jio oppa,orang lain pun tak boleh,"kata Krystal,memandang tajam ke arah Hyo Joo.Hyo Joo terkejut.Apakah sesuatu bakal terjadi ke atas Jio sekiranya tuntutan Krystal itu tidak dipenuhi?

"Apa yang kau nak buat dekat Jio?"soal Hyo Joo,cemas.Krystal tersenyum sinis.

"Aku tak tahu.Terpulang kepada keputusan kau lah.Lagipun aku dah tolong kau untuk buat keputusan.Tu...tiket dengan cek tu adalah jalan keluar bagi semua kekusutan kau tu.Lagipun,aku dengar kau pernah bercita-cita untuk lanjutkan pelajaran kan?Kenapa?Nak samakan taraf kau dengan Jio oppa ke?Tapi,Jio oppa kan dah muflis?Kau tak kisah ke kalau taraf kau lagi tinggi dari Jio oppa nanti?"soal Krystal,sambil ketawa.Hyo Joo menahan geram.

"Kau memang kejam,Krystal!Apa salah Jio sampai kau tergamak buat semua ni?!"soal Krystal,meninggikan nada suaranya tanpa menghiraukan orang lain sekeliling.

"Sebab dia dah buat aku jatuh cinta dekat dia!"jawab Krystal,tanpa ragu-ragu.Hyo Joo terkejut besar saat mendengar pengakuan berani Krystal itu.

"Ya,aku memang cintakan dia sejak dari pandang pertama lagi.Puas?"

"Tapi,kalau betul kau cintakan dia...takkan kau tergamak nak buat semua ni?Kau dah lupa apa yang keluarga kau dah buat dekat keluarga Jio?"soal Hyo Joo.Andai diikutkan hati,mahu sahaja dia menampar pipi wanita yang tidak tahu malu itu.Sudahlah merampas kebahagiaan orang lain,mahu menagih cinta pula!

"Aku?Bukan appa dengan oppa aku ke yang buat semua ni?"Krystal cuba bermain tarik tali dengan Hyo Joo.

"Sepatutnya kau cakap benda tu dekat diri kau sendiri.Kalau betul kau cintakan Jio oppa,kau takkan tergamak kan kalau sesuatu yang buruk terjadi kat Jio oppa,disebabkan sikap kau yang pentingkan diri sendiri tu?"soal Krystal.Mulut Hyo Joo terkunci.Bukan kerana takut,tetapi dia benar-benar tidak menjangkakan semua ini akan berlaku.Kali ini,bukan sahaja meragut kebahagiaan dirinya dan Jio yang kian bercambah itu,malah turut mengundang risiko terhadap nyawa Jio.

"Aku akan bagi kau peluang untuk menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada untuk kau bersama dengan Jio oppa.Tapi,sampai masanya nanti,kau mesti keluar dari Seoul!"ugut Krystal sebelum bangun untuk beredar dari situ.Dia segera meninggalkan Hyo Joo dengan penuh kepuasan.Air mata Krystal mengalir.Hatinya benar-benar rasa sakit dengan apa yang sudah dilakukan oleh Krystal itu.Dia kemudiannya memandang ke arah cek dan tiket penerbangan itu.Apakah dia harus menjual cintanya terhadap Jio demi untuk keselamatan lelaki itu sendiri?Hyo Joo melepaskan rasa sedihnya sepuas-puasnya tanpa mempedulikan pandangan orang lain terhadapnya.Fikirannya benar-benar kusut dengan permainan Krystal ketika ini.

 

 

 

Sejak dari pertemuan dengan Krystal itu,kelakuan Hyo Joo sedikit berubah murung.Bibirnya jarang mengukir senyuman lagi seperti dulu.Apabila ditanya sebabnya,Hyo Joo lebih selesa menggeleng dan berpura-pura senyum.Sudah hampir genap 3 bulan,Jio jauh darinya.Entah bila mahu pulang ke Seoul,langsung tidak diketahuinya.Jio memang suka membuat kejutan.Bunyi loceng tamat waktu persekolahan mematikan lamunannya yang baru kunjung tiba itu.Hyo Joo memaniskan raut wajahnya apabila melihat anak-anak muridnya mulai berkemas untuk beredar.Leo pula akan pulang bersama-sama dengan Bora.Sejak belakangan ini,Bora lebih kerap menjemput Leo pulang dari sekolah,walhal Leo boleh sahaja pulang bersamanya.Cuma,mungkin agak lewat sedikit berbanding dengan orang lain kerana Hyo Joo perlu menyelesaikan kerjanya yang masih belum siap sebelum pulang ke rumah.Hyo Joo mengeluarkan pemain mp3nya daripada beg tangannya.Rakaman suara Jio dimainkan.Sesekali bibirnya tersenyum apabila mendengar rakaman suara tersebut.Senyumannya mengendur apabila dia ternampak kelibat Jio tidak jauh dari tempatnya berdiri ketika ini.Senyuman Jio yang terukir di bibir lelaki itu benar-benar menggetarkan jiwanya yang sedang kerinduan itu.Perlahan-lahan,Jio menghampirinya.Sebaik sahaja Jio sudah berada dekat dengannya,perlahan-lahan Hyo Joo mengusap lembut pipi lelaki itu seolah-olah membuktikan bahawa dirinya tidak bermimpi ketika itu.Jio tersenyum lebar lantas mencium dahi Hyo Joo.

 

"Missing you so much,"ucap Jio lalu memeluk Hyo Joo,melepaskan kerinduannya yang kian menebal itu.Hyo Joo masih terkejut dengan kehadiran Jio ketika itu.

"Miane...sebab lambat balik seperti yang saya dah janji kat awak dulu.Awak mesti marah saya kan?"soal Jio apabila menyedari Hyo Joo menyepi sejak dari tadi.Jio mengeratkan lagi pelukannya.

"Miane..."ucap Jio lagi.

"Ah,rasa macam 3 tahun tak jumpa awak.Awak tahu tak,saya sangat tak sabar nak jumpa awak hari ini.Masa saya sampai kat Jeju-do dulu,saya rasa macam nak patah balik sebab rindu sangat kat awak masa tu,"kata Jio lagi,masih memeluk tubuh Hyo Joo ketika itu.Sungguh dia amat merindui wanita itu.Jio kemudiannya  melepaskan pelukannya apabila menyedari Hyo Joo menyepi,tanpa berkata sepatah pun.

"Hyo Joo ah?Kenapa senyap je ni?Awak...tak suka saya balik ke?"soal Jio,kecewa dengan kelakuan Hyo Joo yang kelihatan seperti tidak selesa dengan kepulangannya ketika itu.Perlahan-lahan,Jio melepaskan tangan Hyo Joo.

"Arasso.Mungkin saya ganggu awak sekarang ni.Tak apalah,saya balik dulu.Nanti kita jumpa lagi ya,"kata Jio,berura-ura mahu beredar dari situ.Namun,niatnya itu terhalang apabila tangannya dicapai oleh Hyo Joo tiba-tiba,seolah-olah enggan melepaskannya pergi jauh daripadanya lagi.Jio terkejut apabila Hyo Joo mencium bibirnya sebaik sahaja Jio berkalih ke arah Hyo Joo.

 

 

 

Jio menemani Hyo Joo pulang ke rumahnya tanpa berniat untuk bertemu dengan adik-adiknya terlebih dahulu,memandangkan sudah lewat malam.Enggan mahu mengganggu waktu rehat adik-adiknya itu.Jio tersenyum lebar apabila Hyo Joo menggenggam tangannya erat.Pasti wanita itu terlalu merinduinya sepanjang 3 bulan ini.Mereka berhenti apabila sudah sampai di hadapan rumah Hyo Joo.

"Gomawo...sebab temankan saya balik.Mesti awak penat,"kata Hyo Joo sambil menyapu bahu Jio yang tegap itu.Jio tersenyum.Tangan Hyo Joo itu dicapainya lalu dikucup.

"Saranghaeyo,"kata Jio.Hatinya kembang apabila melihat cincin pemberiannya itu masih tersarung di jari manis wanita itu.Jari manis Hyo Joo itu dipegangnya.

"Tak sangka cincin ni nampak lebih cantik dekat jari awak,"puji Jio.Hyo Joo tersenyum.Kembang hatinya apabila dipuji oleh Jio.Hyo Joo kemudiannya memeluk Jio.Jio membalas pelukannya.

"Saranghae..."ucap Hyo Joo.

"Saya lagi sayangkan awak,Hyo Joo,"balas Jio.

"Saya akan selalu ada di sisi awak sampai bila-bila macam yang awak pernah janji kat saya dulu,"kata Jio lagi.Hyo Joo terdiam.

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!