Chapter 19

I'm Falling in Love with You

 

Hyo Joo termenung di atas katil semenjak pulang dari Lotte World petang tadi.Sepanjang perjalanan pulang ke rumahnya tadi,mereka langsung tidak berbual.Jio lebih selesa mendiamkan diri.Begitu juga dengan dirinya.Hyo Joo menutup mukanya apabila teringatkan semula kejadian yang memalukan tadi.Kemudian,dia menyentuh bibirnya.Kejadian tadi menjelma kembali.Hyo Joo menggeleng.

 

"Lupakan.Jangan nak perasan,Hyo Joo.Dia bukannya sengaja.Dia tak ada apa-apa perasaan kat kau,"katanya perlahan.Lamunannya terhenti apabila terdengar ketukan pintu biliknya.Kemudian,muncul kelibat adiknya di pintu biliknya.

"Unni,"panggil Tae Yeon.

"Ada apa?"soal Hyo Joo,cuba berlagak biasa.Tae Yeon berjalan ke arah kakaknya.Dia mengambil tempat disisi kakaknya.Hyo Joo sekadar memerhati.

"Tae Yeon dah makan ke?"soal Hyo Joo,sambil membelai rambut adiknya yang panjang itu.Tae Yeon sekadar angguk perlahan.

"Lama unni keluar dating dengan Jio oppa ekh?Ada apa-apa ke?"soal Tae Yeon,menyembunyikan api cemburu di hatinya.Hyo Joo tersenyum malu.

"Tak adalah.Kami kawan je.Biasalah kawan keluar dengan kawan,"balas Hyo Joo.Tae Yeon senyum mengejek.

"Ye la tu.Tae Yeon tengok unni dengan oppa tu semacam je.Takkan tak ada apa-apa.Tipu je,"kata Tae Yeon.

"Betullah.Unni tak ada apa-apa dengan dia.Kalau ada,mesti unni bagitahu kat Tae Yeon nanti.Cuma masalahnya,kami tak ada apa-apa,"balas Hyo Joo.Tae Yeon angguk perlahan,walaupun dia langsung tidak mempercayai walau sepatah pun kata-kata yang keluar dari mulut kakaknya itu.

"Mungkin juga kan.Sebab unni kan dah ada Seulong oppa,"kata Tae Yeon.Hyo Joo terdiam.Entah mengapa dia boleh terlupa mengenai lelaki itu.Dia berdehem berkali-kali.

"Dia sibuklah.Unni memang jarang contact dia.Tak nak kacau dia kerja je,"kata Hyo Joo.

"Unni dengan dia macam mana?"soal Tae Yeon.Hyo Joo tersenyum hambar.

"Unni pun tak tahu.Unni...sayang kat dia,tapi...tak macam dia sayangkan unni.Entahlah,unni tak boleh nak paksa perasaan unni sendiri,"kata Hyo Joo perlahan.

"Mesti sebab Jio oppa,"teka Tae Yeon.Hyo Joo tersenyum.

"Dahlah.Unni penatlah.Tae Yeon pergi tidur dulu ya,"kata Hyo Joo,malas mahu membincangkan mengenai perkara itu lagi.Tae Yeon mengangkat keningnya.

"Okey,Unni.Good night,"ucap Tae Yeon sambil memeluk Hyo Joo.Hyo Joo membalas pelukannya.

"Good night,"ucapnya.

 

 

Tae Yeon memandang wajahnya di cermin.Perasaan cemburu masih membara dalam hatinya.Dia menggenggam tangannya membentuk penumbuk.Jika diikutkan,mahu sahaja dia melepaskan amarahnya kepada kakaknya sebentar tadi.Cuma akal warasnya masih lagi mengawal pergerakannya.Tae Yeon melepaskan nafas berat.Dia terduduk di atas katil.Sesekali dia meraup wajahnya.

 

"Oh ya,lupa pula nak bagi patung ni kat Tae Yeon,"kata Hyo Joo apabila matanya terpandang pada anak patung yang dibelinya siang tadi.Hajatnya ingin menghadiahkan patung itu kepada Tae Yeon.Dia kemudiannya keluar dari biliknya,menuju ke bilik tidur adik perempuannya itu.

 

Tae Yeon mengesat air matanya.Entah mengapa,perasaannya betul-betul tidak keruan ketika ini.Rasa bencinya membuak-buak apabila mengingatkan kembali kejadian hari ini.Mustahil Hyo Joo keluar dengan Jio hanya sebagai kawan.Melalui cerita yang didengarnya daripada Bora sebentar tadi, benar-benar mengguris perasaannya.Katanya,Jio kelihatan begitu mesra bersama-sama kakaknya.Layanan sangat berbeza yang tidak pernah dilihat oleh Bora sebelum abangnya mengenali Hyo Joo.Tae Yeon cemburu.Dia yakin Jio juga mencintai kakaknya.Cuma,cintanya itu belum diluahkan dengan kata-kata.Hanya melalui gerak tubuh dan layanan mesranya.Tae Yeon melepaskan tumbukannya di atas meja soleknya.Air matanya mengalir laju.

"Aku pun sayangkan Jio oppa juga!"rintihnya.Dia terduduk di atas lantai sambil menangis teresak-esak.

 

 

Patung yang berada dalam pegangannya terjatuh di atas lantai.Hyo Joo terkejut saat mendengar rintihan adiknya sebentar tadi.Tangannya menyentuh pintu bilik adiknya.Dia kemudiannya terduduk di hadapan bilik Tae Yeon.Matanya bergenang.Tangannya diletak pada dadanya,menahan sebak.Air matanya mengalir jua.Malam itu,hanya air mata sahaja yang menemani kesunyian malam dua beradik tersebut.

 

 

 

 

 

GiKwang meluncur laju motornya menuju ke agensi Cube Entertainment untuk menghadiri sesi menandatangani kontrak sebagai artis di bawah naungan agensi tersebut.Bunyi hon-hon kereta lain yang tidak selesa dengan penunggangannya lagsung tidak diendahkan.Apa yang penting,dia sudah terlambat untuk ke agensi itu.Namun,dia sempat membelokkan motosikal hitamnya ke bahu jalan apabila melihat sebuah kereta tiba-tiba menukar lorong tanpa memberikan 'signal' terlebih dahulu.Oleh sebab,motosikal Gi Kwang hilang kawalannya,dia terjatuh berguling hingga ke bahu jalan.Nasibnya baik apabila kepalanya tidak terhantuk kepada penghadang besi jalan.

 

Jung Min mengaduh kesakitan.Dia memegang lengannya yang bergesel dengan jalan raya sebentar tadi.Tiba-tiba sebuah kereta putih berhenti tidak jauh dari tempatnya terjatuh tadi.

"Awak tak ada apa-apa?"soal Krystal,cemas apabila melihat keadaan Gi Kwang yang kesakitan itu.Gi Kwang tidak menjawab.Hanya mengaduh,menahan kesakitan.

"Saya bukakan topi keledar awak ya?"soal Krystal.Gi Kwang sekadar angguk lemah.Krystal membuka topi keledar Gi Kwang,perlahan-lahan.

"AJ?"soal Krystal,terkejut apabila melihat penunggang motor yang cedera itu ialah Gi Kwang,bekas kekasihnya semasa menuntut di New York dahulu.Gi Kwang mengerutkan dahinya.

"Krystal?"Gi Kwang juga terkejut dengan pertemuan yang tidak dijangka itu.Apatah lagi dengan Krystal yang merupakan bekas kekasihnya semasa di New York dahulu.

"Biar saya bawakan awak ke hospital.Okey?"soal Krystal,segera melupakan kisah lama antara mereka.Gi Kwang sekadar angguk.

 

 

"Awak ni masih tak berubah.Lain kali jangan bawa motor laju-laju.Awak ni dah puas hidup lama ke?"bebel Krystal sambil memandu keretanya.Gi Kwang sekadar tersenyum kelat.

"Awak pun sama.Dari dulu,kuat sangat membebel,"balas Gi Kwang.

"Sekurang-kurangnya saya berhemah kat jalan raya,"kata Krystal.

"Gomawo.Kalau awak tak tolong saya tadi,tak tahulah,"kata Gi Kwang.Krystal mengukir senyuman manis.

"Kita kan kawan.Kenalah tolong sesama kawan,"balas Krystal.

"Macam mana dengan kehidupan awak sekarang?"soal Gi Kwang.Sesekali matanya memandang ke arah Krystal yang sedang kusyuk memandu itu.Jelas,kecantikan wanita itu tidak pernah pudar.Malah semakin lama,semakin cantik pula wajahnya.Krystal juga kelihatan lebih matang dari sebelumnya.Punca mereka berpisah pun disebabkan oleh sikap mereka yang masih belum matang.Masing-masing ego,tidak mahu mengalah.Mungkin mereka lebih sesuai berhubung sebagai sahabat,bukan sebagai pasangan kekasih.

"Em,saya kerja sebagai arkitek kat syarikat appa saya.Sekarang ni tengah sibuk pasal projek kat Busan.Lepas ni,baru boleh rehat sikit,"jawab Krystal.

"Wah,bagusnya!Awak memang hebatlah.Krystal memang tak pernah kalah,"puji Gi Kwang,sambil mengajuk motto yang sering dipegang oleh Krystal suatu ketika dahulu.Krystal ketawa.

"Tak sangka awak ingat lagi motto saya dulu,"kata Krystal.Gi Kwang ketawa.

"Awak sekarang pula macam mana?"soal Krystal.

"Kalau hari ni berjalan lancar,mungkin saya akan dilantik sebagai artis naungan Cube Entertainment sebentar lagi,"kata Gi Kwang.Riak wajah Krystal berubah.

"Awak...jadi penyanyi?"soal Krystal,tidak percaya.GiKwang tersenyum bangga.

"Tahniah,AJ.Tercapai juga cita-cita awak kan?"ucap Krystal.

"Thanks,"ucap GiKwang.

 

 

Krystal memberhentikan keretanya di hadapan bangunan agensi Cube Entertainment.

"Sorry sebab susahkan awak hari ni,"kata Gi Kwang.Krystal menggeleng.

"Perkara kecil je.Lain kali hati-hati,"pesan Krystal.Gi Kwang tersenyum.

"Arasso.Saya pergi dulu.Kamsahamida,"ucap Gi Kwang.

"Good luck,"balas Krystal.Gi Kwang melambai ke arah Krystal yang mula memandu keretanya,meninggalkannya sendirian di situ.Gi Kwang melepaskan keluhan berat.Dia benar-benar tidak sangka pertemuan mengejut itu.Krystal gayanya seperti sudah melupakan segala kisah lama percintaan mereka.Namun,dia terharu kerana gadis itu sudi membantunya.Sayang pula hubungan mereka terhenti di tengah jalan.

"Dua kali dah putus cinta.Entah aku ni memang tak layak bercinta kot,"ngomelnya.Dia kemudiannya melangkah menuju ke arah pintu masuk agensi itu dengan sejuta harapan.Cube Entertainment,here I come!

 

 

 

Jio keluar dari keretanya apabila melihat murid-murid bawah jagaan Hyo Joo sudah keluar dari kelas.Dia menanti kehadiaran Hyo Joo di luar pagar sekolah tersebut.

"Hyung!"jerit Leo.Jio mengukir senyuman ke arahnya.

"Leo masuk dalam kereta dulu ekh,"kata Jio.

"Mana ahjussi?"soal Leo pula.

"Hyung saja nak jemput Leo,"jawab Jio,sambil matanya mencari-cari kelibat Hyo Joo.

"Ala cakap jelah nak jumpa dengan cikgu,"kata Leo.

"Hyung kata apa tadi?Masuk dalam kereta kan?"soal Jio.

"Cikgu ada kat dalam kelas.Hyung masuk jelah,"balas Leo.Jio malu sendiri.Ish,budak ni!Jio melangkah menuju ke kelas Leo.

 

Hyo Joo mengemas mejanya dan mula melangkah keluar dari kelas.Namun,niatnya terhenti apabila melihat Jio sedang berdiri di hadapannya.

"Jio,"sapanya.Dia tidak berani memandang ke arah wajah lelaki itu.

"Awak ambil adik awak ke hari ni?"soal Hyo Joo,cuba berlagak biasa.Jio masih mendiamkan diri.

"Em,kalau awak tak ada apa-apa nak cakap,maafkan saya.Saya nak keluar,"kata Hyo Joo,cuba beredar dari situ namun tidak semena-mena lengannya dipegang oleh Jio.

"Kenapa awak tak angkat panggilan saya sebelum ni?"soal Jio,tegas.Hyo Joo melepaskan keluhan kecil.

"Lepaskan tangan saya,Jio,"kata Hyo Joo.Namun,pegangan Jio kian erat.

"Jawab dulu soalan saya.Kenapa awak macam nak mengelakkan diri dari saya ni?"soal Jio lagi.Hyo Joo tidak menjawab.

"Oh,awak marahkan saya pasal kejadian kat Lotte World ke?Okey,kalau awak marah pasal tu...saya minta maaf.Perkara tu memang saya tak sengaja..."kata Jio.Namun,Hyo Joo masih membisu.Jio memusingkan badan Hyo Joo menghadap ke arahnya.

"Hyo Joo ah,"sapa Jio.Dia benar-benar tidak selesa dengan perubahan sikap Hyo Joo yang dingin itu.

"Saya minta maaf,"ucap Jio.Mata redup wanita itu ditatapnya.Kelihatan mata wanita itu bergenang.

"Hyo Joo ah?"soal Jio,cemas menyedari riak wajah Hyo Joo yang kian berubah sedih itu.Hyo Joo mengesat air matanya yang hampir mengalir itu.Ini kali kedua Jio melihat air mata Hyo Joo mengalir sepanjang perkenalan mereka.Dagu wanita itu diangkatnya.

"Kenapa ni?Awak nampak berbeza sangat sekarang ni,"soal Jio.Hyo Joo menggeleng.

"Saya okey.Cuma penat..."kata Hyo Joo,berbohong.Jio kelihatan tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Hyo Joo.

"Bohong.Macam ada sesuatu yang cuba sembunyikan dari saya,"kata Jio.Hyo Joo melepaskan pegangan Jio.

"Awak tak payah nak sibuk pasal hal saya.Baik awak sibukkan je dengan hal awak.Dah,saya nak balik,"kata Hyo Joo,mula beredar dari situ.Namun,tiba-tiba dia merasakan tubuhnya dipeluk dari belakang.

"Jio,lepaskan saya,"kata Hyo Joo.Namun,pelukan Jio kian erat.

"Jio ah..."

"Miane..."bisik Jio.Hyo Joo terkejut.

"Miane..."ucap Jio lagi.

"Saya takkan lepaskan awak kalau awak masih belum maafkan saya,"kata Jio lagi.Hyo Joo memejamkan matanya.

"Saya maafkan awak..."katanya ,perlahan.Perlahan-lahan,Jio melepaskan pelukannya.Hyo Joo segera beredar dari situ.Jio mengeluh.Dia meraup wajahnya.Dia yakin,Hyo Joo ada menyembunyikan sesuatu darinya.Hyo Joo tidak pernah bersikap dingin seperti tadi.

"Hyung?"sapaan adiknya mematikan lamunannya.Jio menoleh ke arahnya.

"Okey,jom kita balik,"kata Jio,sambil tersenyum nipis.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!