Chapter 34

I'm Falling in Love with You

 

Jio kerap pulang lewat ke rumah sejak dia mula bekerja di sebuah tapak pembinaan tidak jauh dari tempat tinggalnya sekarang ini.Pada sebelah malamnya pula,dia akan bekerja di sebuah restoran sebagai pelayan restoran.Gi Kwang pula semakin sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi.Kadang-kadang,dia tidak pulang ke rumah kerana kesibukannya.Mujur Jio sudah pulih dan tidak kisah mengenai kesibukan adik lelakinya itu.Jio melangkah ke arah rumahnya selepas sahaja membayar tambang bas yang dinaikinya sebentar tadi.Sebaik sahaja tiba di hadapan rumahnya,Jio terkejut apabila melihat Hyo Joo sedang menunggu di hadapan pintu rumahnya sambil tertidur.Dia segera mendekati ke arah wanita itu.

"Hyo Joo ah?"Jio mengejut Hyo Joo dari lenanya.Perlahan-lahan,Hyo Joo membuka matanya apabila terdengar suara Jio memanggilnya.

"Apa awak buat kat sini?"soal Jio.Hyo Joo mengukir senyuman manis kepadanya.

"Tunggu awaklah,"jawabnya,sambil mengesat matanya yang mengantuk itu.Jio menarik lembut tangan wanita itu supaya berdiri di hadapannya.

"Awak ingat saya ni kerja macam dulu ke?Bahayalah tunggu kat sini sorang sorang,"kata Jio.

"Awak mesti tak makan lagi.Saya ada bawakan makanan untuk awak,"kata Hyo Joo,segera menukar topik perbualan.Jio tersenyum nipis.Dia kemudiannya membuka pintu rumahnya sambil diperhatikan oleh Hyo Joo.

 

Mata Jio terbuka luas apabila melihat makanan yang dibawa oleh Hyo Joo.Melihat makanan yang baru sahaja dipanaskan oleh Hyo Joo ketika itu membuatkan Jio memasukkan ibu jarinya ke dalam mulut.Hyo Joo yang melihat telatah Jio itu tersenyum manis.

"Comelnya!Macam budak-budaklah awak ni,"kata Hyo Joo.Jio malu.Dia pura-pura tertawa apabila ditegur Hyo Joo sebentar tadi.

"Saya tengok kat dapur awak tadi banyak sangat ramen.Awak ingat elok sangat ke makan makanan segera ni selalu?"ngomel Hyo Joo sambil meletakkan makanan yang masih panas itu di atas mangkuk Jio.Jio tidak menjawab.Makanan yang sudah tersedia di atas meja itu membuatkan dia seolah-olah terlupa kehadiran Hyo Joo di situ.Sebaik sahaja Hyo Joo selesai meletakkan nasi di dalam mangkuk Jio,Jio terus menikmatinya tanpa menunggu lama lagi.Hyo Joo terkejut apabila melihat Jio makan dalam keadaan yang lahap sekali.Hatinya tersentuh dan kasihan terhadap lelaki itu.Dia yakin,Jio sudah lama tidak menikmati makanan sebegitu.Jio berasal dari keluarga yang berada.Jadi,mustahil Jio pernah menghadapi kesusahan seperti ini.

"Macam budak-budaklah awak ni,Jio.Tengok ni,makan comot-comot.Leo pun tak makan macam ni tau,"kata Hyo Joo sambil mengelap kesan makanan yang melekat pada hujung bibir Jio.Jio terpana apabila diperlakukan sebegitu oleh Hyo Joo.Kelakuan Hyo Joo juga terhenti apabila terpandang ke arah anak mata Jio itu.Pantas sahaja dia menjatuhkan tangannya dari wajah Jio.

"Maaf,"ucap Hyo Joo tanpa memandang ke arah Jio.Jio juga begitu.Mereka terus berlagak biasa seperti tiada apa yang berlaku.Suasana sepi seketika.

"Awak tak makan ke,Hyo Joo?"soal Jio,tiba-tiba.

"Em,dah lewatlah nak makan pun.Nanti gemuk pula kalau makan lewat-lewat ni,"kata Hyo Joo,selamba.Jio terhenti dari meneruskan suapannya.

"Oh,jadi awak nak biar saya gemuk sorang-soranglah?"soal Jio,pura-pura marah.Hyo Joo pura-pura tidak mendengar kata-kata Jio itu.Jio mengalihkan wajah Hyo Joo supaya memandang ke arahnya.Hyo Joo terkejut apabila wajah Jio hampir kepadanya.Hyo Joo tidak berani untuk bertentang mata dengan lelaki itu.Jio tersenyum nakal.

"Em...masih belum ada kemajuan.Kenapa?Mata saya ada hantu ke?"soal Jio.Hyo Joo tidak menjawab.Pipi wanita itu diusapnya lembut.

"Cuba awak pandang mata saya selama yang awak boleh.Kalau tak...awak tahu akibatnya,"kata Jio.Hyo Joo menelan air liurnya.

"Perlu ke?"soal Hyo Joo,berani.

"Kalau awak tak kisah..."Jio meletakkan jari telunjuknya pada bibirnya sambil tersenyum nakal.

"Saya lagi tak kisah,"sambungnya lagi.

"Awak ni..."Hyo Joo terhenti dari meneruskan kata-katanya apabila terpandang ke arah anak mata Jio yang redup itu.Lama dia merenung anak mata lelaki itu.Seolah-olah terhanyut dengan perasaannya sendiri,Hyo Joo tidak menyedari apabila wajah Jio kian menghampiri wajahnya.Perlahan-lahan,Jio mencium bibirnya.Tidak lama selepas itu,Jio menjauhkan wajahnya daripada Hyo Joo.Hyo Joo membuka matanya.

"Awak takut gemuk...sebab saya ke?"soal Jio,perlahan.Hyo Joo tersenyum.Jio juga begitu.Perlahan-lahan,Hyo Joo mengangguk.

"Habis tu,kalau saya gemuk?"soal Jio.Hyo Joo mendekatkan dahinya ke arah dahi Jio sambil menutup matanya.

"Awak tetap comel bagi saya..."kata Hyo Joo.Jio tertawa.Hyo Joo juga begitu.

"Saranghaeyo..."ucap Jio,perlahan.

"Saranghae..."balas Hyo Joo.

 

 

 

Hyo Joo bimbang apabila hujan turun semakin lebat dan amat sukar baginya untuk pulang ke rumahnya.Dia mengeluh berat.Mujur esok pagi dia tidak perlu ke tadika.Tapi,takkan nak bermalam kat sini kot?Hyo Joo menelan air liur.Jio pula sedang mandi di dalam bilik air.Hyo Joo lebih selesa melihat pemandangan malam menerusi tingkap walaupun ketika itu hujan turun dengan lebatnya.Lamunannya terganggu apabila terdengar deringan telefon bimbitnya.

"Unni kat mana  ni?Kenapa tak balik lagi?"Kedegaran suara adiknya,Tae Yeon di hujung talian.

 

"Em...unni..."

 

"Ha~...arasso.Unni kat rumah Jio oppa ye?"soal Tae Yeon,berbaur usikan.

"Kenapa?Unni nak hantarkan makanan je,"balas Hyo Joo,menahan malu.Kedengaran Tae Yeon ketawa.

"Hujan lebat ni.Macam mana unni nak balik?"soal Tae Yeon.

"Nanti unni baliklah bila hujan dah berhenti nanti,"kata Hyo Joo,sedikit risau apabila melihat tiada tanda bahawa hujan akan berhenti dalam jangka masa yang terdekat.

"Unni tidur jelah kat rumah Jio oppa tu.Bukannya dengan orang lain,"balas Tae Yeon.Merah muka Hyo Joo sebaik sahaja mendengar kata-kata adiknya itu.

"Tae Yeon ah!"

"Argh~...mengantuklah,unni.Nak tidur dah ni.Kite jumpa esok jelah ye,"kata Tae Yeon dan pantas sahaja talian itu diputuskan.Hyo Joo terkejut.

"Tae Yeon?Tae Yeon ah!"kata Hyo Joo.

 

"Kenapa ni,Hyo Joo?"soal Jio sebaik sahaja keluar dari biliknya.Hyo Joo menoleh ke arahnya namun segera berpaling dari lelaki itu apabila melihat Jio hanya memakai seluar panjang tanpa meyarungkan baju pada tubuhnya.Merah muka Hyo Joo ketika itu.

"Lah,kenapa pula dengan awak ni?"soal Jio sambil mendekati ke arah Hyo Joo.Dia cuba memusingkan tubuh Hyo Joo agar menghadap ke arahnya namun Hyo Joo enggan.Malah ditutupnya pula wajahnya dengan kedua-dua tangan.

"Awak tak sejuk ke pakai macam tu?"soal Hyo Joo.Jio melihat ke arah tubuhnya sendiri.Tidak lama kemudian,dia mengukir senyuman nakal.

"Oh,awak malu ye tengok saya?"soal Jio.Hyo Joo tidak membalas.

"Ala...buat-buat malu konon,"kata Jio lagi.Jio kemudiannya mendukung Hyo Joo dan membawanya ke bilik,tanpa menghiraukan jeritan wanita itu.Jio kemudiannya membaringkan Hyo Joo di atas katilnya.Hyo Joo berasa gerun dengan pandangan yang berbeza sekali daripada lelaki itu.Jio juga sudah mula naik ke atas katil.Mata Hyo Joo terbuka luas.

"Jio,apa awak buat ni?"soal Hyo Joo,cuak.Namun,Jio tetap berlagak biasa.Tangan Hyo Joo kemudiannya di genggam.Kali ini,tubuhnya sudah berada di atas tubuh Hyo Joo.Hyo Joo memalingkan wajahnya daripada Jio sambil menutup matanya.

"Jio,lepaskan saya..."rayu Hyo Joo.Jio mendekatkan wajahnya kepada Hyo Joo.

"Jio..."Mata Hyo Joo terbuka perlahan-lahan apabila terdengar ketawa Jio tidak lama selepas itu.

"Gotcha!"kata Jio,diikuti dengan tawanya.Jio kemudiannya bangun dari katil tanpa mempedulikan pandangan Hyo Joo terhadapnya ketika itu.

"Awak tidur lah dulu kat sini,okey yeobo?"soal Jio,masih tidak jemu mengusik wanita itu.Hyo Joo geram apabila dipermainkan oleh lelaki itu.Pantas sahaja dia membaling bantal ke arah Jio yang mulai melangkah keluar dari bilik itu.Jio pula masih ketawa.

"Good night,yeobo,"ucap Jio sebelum mengukir senyuman nakal ke arah wanita itu.Hyo Joo geram apabila Jio masih ketawa walaupun sudah beredar dari bilik itu.Hyo Joo menyembamkan wajahnya ke arah bantal.Malu kerana dikenakan oleh Jio.

 

 

Lee Joon terus memerhati Bora dari jauh.Sesekali bibirnya mengukir senyuman manis apabila melihat Bora ketawa bersama-sama dengan kawan-kawannya.Dia bersyukur sekurang-kurangnya dia masih boleh melihat senyuman Bora walaupun gadis itu telah menghadapi ujian yang begitu berat dalam hidupnya.

"Bora yah...jeongmal miane...oppa terpaksa buat semua ni,"katanya perlahan.Cermin keretanya disentuh.Dia benar-benar merindui gadis itu.Namun,dia tahu gadis itu pasti tidak mahu berjumpa dengannya lagi.

"I miss you..."katanya lagi.Entah mengapa,air matanya mengalir laju.Dia begitu merindui Bora.Dia juga begitu rindu untuk berbual dengan Jio.Lee Joon memandang semula ke hadapan.Matanya terbuka luas apabila melihat Jio berdiri tidak jauh dari tempatnya berada ketika itu.Lee Joon menelan air liur apabila melihat pandangan Jio yang tajam itu terhadapnya.

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!