Chapter 38

I'm Falling in Love with You

 

Jio tersenyum manis apabila terpandang Hyo Joo yang sedang menunggunya di luar rumah.Hyo Joo yang melihat Jio yang sedang mendekati ke arahnya turut mengukir senyuman manis sebagai menyambut kepulangan lelaki itu.

"Kan saya dah cakap minta kunci dari Bora.Tak payah awak tunggu kat luar sejuk-sejuk macam ni,"kata Jio.

"Saya terlupa.Lagipun,saya baru saja sampai.Tak sempat nak sejuk pun,"balas Hyo Joo.Jio kemudiannya memeluk Hyo Joo sebaik sahaja dia menghabiskan kata-katanya.

"Jio yah?"Hyo Joo hairan dengan kelakuan Jio itu.

"Shh...Sekejap je,"kata Jio,memperkemas lagi pelukannya.Hyo Joo tersenyum sambil tersenyum.

"Awak ada masalah ke,Jio?"soal Hyo Joo,bimbang.

"Taklah.Saja...Sebab bila saya nampak awak je,saya rasa penat saya dah hilang.Apatah lagi kalau saya peluk awak,"jawab Jio.Senyuman Hyo Joo kian lebar.Sampai begitu sekali Jio menghargai dirinya.Jio kemudiannya melepaskan pelukannya.

"Jomlah,kita masuk,"ajak Jio.Hyo Joo angguk.Jio mengeluarkan kunci rumahnya sambil diperhatikan oleh Hyo Joo.Sebaik sahaja Jio memetik suis lampu rumahnya...

 

"Chukae!!!"

Jio terundur beberapa langkah apabila melihat Bora,Tae Yeon dan adik lelakinya,Leo sedang berdiri di ruang tamu sambil mengucapkan tahniah kepadanya.Jio begitu terkejut sehingga tidak tahu untuk berkata apa-apa.Bora melangkah ke arahnya sebelum memeluk abangnya itu.

"Chukae...sebab oppa dah naik pangkat!"ucap Bora,teruja dengan kejayaan abangnya itu.

"Hyung!"jerit Leo pula sambil berlari ke arah Jio.Jio tersenyum apabila Leo turut memeluk dirinya.

"Yah...apa korang buat ni?"soal Jio,masih belum memahami situasi yang sedang berlaku itu.Bora dan Leo melepaskan pelukan mereka terhadap Jio.

"Kami dah rancang nak buat surprise party untuk oppa atas kejayaan oppa dapat jawatan tinggi dalam syarikat Han selain projek baru kat Jeju-do,"jawab Bora.Jio tersenyum malu.

"Ala,biasa je.Takkanlah sampai nak buat party macam ni.Malulah..."kata Jio sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Hyo Joo yang asyik memerhati telatah tiga beradik itu tersenyum manis.Begitu juga dengan Tae Yeon.Hyo Joo yakin sekiranya Gi Kwang juga turut berada di situ,pasti lagi meriah suasana itu sekarang.

"Dah,jom!Kita makan,"ajak Tae Yeon setelah sekian lama membisu.Ajakannya disambut dengan anggukan yang lain.

 

 

"Unni,suaplah oppa makan.Teringinlah nak tengok,"usik Bora sambil disambut oleh senyuman nakal Tae Yeon.Muka Hyo Joo berubah merah apabila diusik oleh Bora dan Tae Yeon.Begitu juga dengan Jio.

"Nak tengok juga,"pinta Leo.Jio menutup mulut Leo.Jio kemudiannya pura-pura ketawa.

"Wah,sedaplah awak masak,Hyo Joo!"Jio sengaja mengubah topik perbualan.Muka Bora mencuka apabila abangnya sengaja tidak mengendahkan permintaannya.

"Oppa..."rayu Bora.

"Apa...?"Jio malas hendak melayan kerenah adik perempuannya yang seorang itu.

"Jio ah..."panggil Hyo Joo yang sedang duduk di sebelahnya ketika itu.Jio menoleh ke arahnya.Jio terkejut apabila melihat Hyo Joo sedang menghalakan sudu ke arahnya.

 

"Ahh,"Hyo Joo mengangakan mulutnya,memberi isyarat supaya Jio turut membuka mulutnya.Perlahan-lahan,Jio membuka mulutnya dan menerima suapan Hyo Joo itu.Bora dan Tae Yeon yang melihat situasi romantik itu ketawa gembira.

"Kawaii!"jerit Bora.Jio kemudiannya berlagak biasa .Begitu juga dengan Hyo Joo.

"Sukanya tengok!Macam dalam drama pula,"kata Bora.Tae Yeon turut tertawa mendengar kata-kata kawannya itu.Perbualan mereka terganggu apabila kedengaran deringan telefon bimbit Tae Yeon.Tae Yeon kemudiannya menjawab panggilan itu sambil memperlahankan suaranya.Tidak lama selepas itu,dia menamatkan panggilannya dengan senyuman penuh makna sekali.

"Wah,senyum sampai ke telinga nampak?"usik Bora.

"Mana ada,"balas Tae Yeon,menidakkan kata-kata Bora itu.

"Eh,Tae Yeon ada boyfriend ke?"soal Jio.

"Mana ada,oppa!Tae Yeon tak ada boyfriend,"kata Tae Yeon.

"Dia dah nak ada boyfriend dah tu,oppa.Tengah tunggu confession dari orang tu je,"usik Bora lagi,sambil menjeling ke arah Tae Yeon.Tae Yeon menyiku lengannya.

"Tapi kan,Tae Yeon...baguslah kalau hati kau dah terbuka dekat Dong Hae tu.Sekurang-kurangnya kau dapat juga lupakan cinta pertama kau tu,betul tak?"soal Bora.Tae Yeon tersenyum penuh makna sambil memandang ke arah Jio.Begitu juga dengan Jio.Hyo Joo juga sekadar memerhati.Hanya mereka bertiga sahaja yang mengetahui mengenai rahsia itu.

 

Jio masih belum mahu tidur,sebaliknya dia masih berjaga untuk menyiapkan kerjanya.Hyo Joo,Bora,Tae Yeon serta Leo pula ditumpangkan biliknya untuk mereka berehat.

"Oppa..."tegur Bora sambil melabuhkan punggung di sebelah Jio.

"Eh,kenapa tak tidur lagi?Panas ke?"soal Jio.Bora menggeleng.

"Taklah.Saja nak tengok oppa tengah buat apa,"kata Bora sambil memerhati ke arah kerja-kerja Jio yang bertimbun di atas meja itu.

"Ala...nak tengok apanya?Macam biasa je kerja oppa ni.Apa yang Bora belajar kat kolej,tulah yang oppa tengah buat sekarang ni,"kata Jio,sambil meneruskan kerjanya yang tertangguh seketika itu.

"Oppa selalu tidur lewat macam ni ke?Esok kan oppa nak pergi kerja lagi,"kata Bora,sedikit bimbang tentang kesihatan abangnya itu.

"Oppa dah biasa dah.Tak ada apa-apa pun,"balas Jio,sambil tersenyum.

"Kerja,kerja juga oppa.Tapi jangan sampai seksa diri oppa tu.Nanti masuk hospital lagi,baru tahu.Kalau oppa masuk hospital lagi,Bora dah tak nak bagi Hyo Joo unni temankan oppa lagi,"ugut Bora.Jio tertawa sambil mencubit pipi gebu adik perempuannya itu.

"Amboi,garangnya!"usik Jio.Bora tersenyum.

"Oppa,"sapa Bora.

"Ya?"

"Oppa...tak pelik ke tiba-tiba Encik Hwang tu tawarkan jawatan arkitek syarikat Han dekat oppa?"soal Bora.Jio berhenti daripada meneruskan kerjanya apabila mendengar soalan Bora itu.

"Em,miane.Bora cuma tertanya-tanya je.Kalau oppa tak nak jawab pun tak apa,"kata Bora,rasa bersalah kerana mengganggu kerja Jio dengan bertanyakan soalan sebegitu rupa.

"Tak apa.Sebab,oppa pun sebenarnya masih tertanya-tanya pasal hal tu,"balas Jio.

"Walaupun dia cakap yang datuk dia dengan mendiang appa berkawan baik,oppa masih rasa sangsi pasal hal ni,"kata Jio.

"Jadi,kenapa oppa terima juga tawaran Encik Hwang?"soal Bora.

"Sebab...oppa fikirkan Bora dengan Leo,"jawab Jio,sambil menoleh ke arah Bora.

"Kalau boleh,oppa nak kita duduk sama-sama macam dulu.Mungkin tak dapat di rumah kita yang dulu.Tapi,kalau kita dapat duduk sama-sama macam dulu pun,dah cukup,"katanya lagi.Jio memandang ke arah Bora.

"Miane...sebab oppa tak dapat jadi abang yang terbaik untuk Bora dan lain-lain.Oppa tahu oppa tak layak untuk jadi seorang abang untuk Bora,Gi Kwang dan Leo.Sebab oppa,kita jadi macam ni,Miane,"kata Jio,perlahan.Bora memeluk abangnya itu.Air matanya mengalir,terharu.Hatinya benar-benar terharu apabila mendengar kenyataan Jio yang begitu bermakna itu.Selama dia menjadi adik kepada lelaki itu,tidak pernah dia mendengar Jio mengatakan sesuatu yang begitu menyentuh hati itu.

"Bora pun minta maaf,oppa,"ucap Bora,sebak.Jio tersenyum nipis.

"Tak ada benda yang Bora perlu minta maaf dari oppa.Kenapa nak minta maaf pula?"soal Jio.

"Untuk semua,"balas Bora,sambil menangis tersedu-sedan.

"Bora janji yang Bora akan belajar betul-betul supaya dapat tolong oppa,"sambungnya lagi.

"Gomawo,"balas Jio,percaya akan janji yang dibuat oleh adik perempuan tunggalnya itu.

 

 

 

Krystal tidak dapat melelapkan matanya.Puas dia pusing ke kanan dan ke kiri,namun matanya masih liat untuk tidur.Krystal mengeluh berat.Peristiwa petang tadi masih terbayang di ruang matanya.Entah mengapa,petang tadi,hatinya begitu terdesak untuk meluahkan perasaannya yang sebenar terhadap Jio setelah sekian lama dipendamnya.

 

"Aku yakin,Jio takkan terima cinta aku,"katanya,perlahan.Dia bangun dari katilnya lalu menuju ke koridor rumahnya.Matanya asyik memandang pemandangan malam yang tenang itu.Namun,dia sendiri tidak pasti jika ketenangan malam itu mampu menenangkan jiwanya yang sedang kacau ketika itu.

"Aku takkan menyerah dengan mudah.Aku mesti rebut balik hati Jio walaupun dah terlambat,"bisik hatinya.

 

 

"Jangan sesekali jatuh cinta kepada Jio,arasso?"

 

 

Tiba-tiba,ugutan ayahnya dahulu menerjah ke dalam fikirannya.Krystal mengeluh.Ayahnya juga tidak mahu dirinya jatuh cinta terhadap lelaki yang bernama Jung Byung Hee itu.Bimbang sekiranya perasaan cintanya itu mampu menggagalkan rancangan mereka yang sudah berjaya merampas segala-galanya yang pernah menjadi milik keluarga Jung.Namun,tidak lama selepas itu,Krystal mengukir senyuman sinis.

"Aku takkan lepaskan Jio dengan mudah.Aku boleh uruskan appa tanpa perlu risaukan apa-apa.Cuma ada satu hal yang sedang menghalang cinta aku sekarang ni,"katanya sebelum mengeluarkan sekeping gambar dari dalam lacinya.Gambar Hyo Joo!

"Kalau aku tak boleh dapatkan Jio oppa...kau pun tak boleh dapatkan dia,"katanya.Krystal kemudiannya memetik pemetik api lalu dihalakan ke arah gambar itu.Gambar Hyo Joo terbakar.Krystal ketawa.

"Aku akan dapatkan Jio oppa dengan mudah tanpa kau!"Ketawa Krystal semakin galak.

 

 

 

Jio dan Hyo Joo  berjalan menuju ke tanah perkuburan sambil membawa sejambak bunga.Langkah mereka terhenti apabila melihat IU dan Joong Ki sedang berjalan ke arah yang berlawanan dengan mereka.Langkah IU dan Joong Ki juga terhenti apabila melihat kehadiran Jio dan Hyo Joo di hadapan mereka.Mereka saling menundukkan badan mereka sedikit sebagai tanda hormat antara satu sama lain.

"Apa khabar,IU?"soal Hyo Joo.IU tersenyum nipis sambil angguk sebagai menjawab soalan Hyo Joo itu.Jio dan Joong Ki pula saling bertukar pandangan sambil tersenyum.

"Unni?"soal IU pula.

"Unni sihat,"jawab Hyo Joo.Mereka kemudiannya saling membisu,janggal berjumpa di situ.IU kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari dalam beg tangannya.IU menghulurkan dua pucuk surat kepada Jio dan Hyo Joo.

"Oppa amanahkan IU untuk serahkan surat ni dekat unni dengan Jio oppa.Nasib baik kita jumpa dekat sini.Jadi,dapatlah IU serahkan surat ni kat unni dengan Jio oppa,"kata IU.Nadanya kedengaran sebak.Joong Ki yang berdiri di sebelahnya pula cuba menenangkan hati adiknya yang masih bersedih itu dengan memaut bahu IU.Sudah hampir sebulan Seulong meninggal dunia,namun IU masih bersedih dan tidak seceria dahulu.Seolah-olah jiwanya turut mati tanpa ada Seulong di sisi.Hyo Joo mengambil kedua-dua surat itu daripada IU.

"Gomawo,"ucap Hyo Joo.Hatinya turut sebak apabila melihat butir-butir jernih yang mengalir ke pipi IU.IU kemudiannya memaksa dirinya untuk tersenyum.

"IU dengan Joong Ki oppa minta diri dulu,"kata IU sambil menundukkan sedikit badannya.Begitu juga dengan Joong Ki.

"Kami minta diri dulu,"ucap Joong Ki,tenang.Jio dan Hyo Joo menundukkan sedikit badan mereka.

"Semoga kita jumpa lagi,"kata Jio.Joong Ki tersenyum lalu ditolehnya ke arah IU.

"Jom,IU.Kita balik,"ajak Joong Ki sambil menarik lembut tangan adiknya itu.Jio kemudiannya memandang ke arah Hyo Joo yang kelihatan sugul itu.

"Jom?"Jio cuba mengajak Hyo Joo untuk menuju ke kubur Seulong yang sudah kian dekat itu.Hyo Joo memandang ke arah Jio sambil tersenyum nipis.Hyo Joo angguk.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!