Chapter 23

I'm Falling in Love with You

 

 

Jio kelihatan sangat ceria sehingga menimbulkan pertanyaan Lee Joon sendiri.Tanpa membuang masa,dia segera mendekati ke arah Jio yang sedang selesa merehatkan diri di pejabatnya itu.Sesekali kedengaran lelaki itu bersiul kecil.

“Amboi,seronok sangat nampak?”soal Lee Joon.Jio sekadar menoleh ke arah Lee Joon sambil mengukir senyuman manis ke arahnya.

”Okey,straight to the point.Apasal kau nampak lain macam hari ni?Gembira tak terkata sungguh kau ni,”soal Lee Joon.Jio masih dengan senyumannya itu.Lee Joon mencebik.

”Ala…come onla,Jio.Takkan dengan kawan sendiri pun nak sorok-sorok cerita.Mentang-mentanglah aku dah lama tak jumpa dengan buah hati aku tu,kau nak berlagak dengan aku la pasal kau boleh berkepit dengan Hyo Joo tu selalu?”soal Lee Joon,sedikit masam mukanya.Sudah hampir seminggu dia tidak berjumpa dengan Bora.Katanya,Bora ada aktiviti kampus di luar.Lemas dalam  rindulah Lee Joon dibuatnya.

“Nasib kaulah bercinta dengan adik aku,”balas Jio.Sesekali kedengaran dia melepaskan tawanya,seolah-olah mengejek nasib malang yang menimpa Lee Joon itu.

“Tak kisahlah.Siapa suruh adik kau tu comel sangat?Mana tak rasa nak mati rindu aku ni sebab tak jumpa dia,”kata Lee Joon.

”Hei,kau dengan Hyo Joo tu….”Lee Joon tidak menghabiskan kata-katanya.Dia membuat gaya ‘flying kiss’ kepada Jio sebagai penyambung katanya.

”Kan?”soalnya lagi.

“Ish,kalau ya pun,aku nak kena bagitahu kau juga ke?”balas Jio.Lee Joon ketawa.

“Macam betul je.Tahniahlah,bro!Akhirnya kau tunjuk juga perasaan kau sebenar kat dia,”kata Lee Joon sambil menghulurkan tangan ,gayanya seperti mahu berjabat tangan.Jio membalasnya dengan tamparan kecil pada tangan Lee Joon.

“Kau jangan nak pandai-pandai nak mengarut.Kau dah rindu sangat ke nak makan penumbuk aku ni?”soal Jio,sambil menunjukkan buku lima kepada Lee Joon.

“Teringinlah juga.Nak juga merasa penumbuk dari orang yang tengah dilamun cinta ni,”balas Lee Joon,diselangi dengan tawanya.Jio menjeling ke arahnya.

“Kau ni kenapa?Ada apa kau nak jumpa dengan aku ni sebenarnya?Kalau nak bincang pasal projek baru kat Icheon tu,aku rasa dah selesai dah.Kau nak tambah apa-apa lagi ke?”soal Jio.

“Kau tak payahlah nak berlagak professional kat sini.Menyampah aku tengok.Tadi aku tengok kau tersengih-sengih macam orang tak betul ,ni tiba-tiba dah elok balik dah?Wayar mana yang terputus kat otak kau tu?”soal Lee Joon,seraya bergurau.Jio menyandarkan dirinya pada kerusi empuknya itu.Dia kemudiannya memandang ke arah siling pejabatnya.

“Hah,tengok tu.Dah tak betul balik dah.Aish,parah aku tengok kau ni?Jampi manalah yang Hyo Joo tu dah bacakan kat kau,aku pun tak tahu,”kata Lee Joon sambil menggeleng.

“Jampi Hyo Joo…”balas Jio,sambil tersenyum.Matanya masih memandang ke arah siling.Lee Joon turut memandang ke arah yang sama.

“Okey,aku rasa aku dah faham.Kau memang dah jatuh cinta sungguh kat dia,”kata Lee Joon,sambil memandang semula ke arah kawan baiknya itu.Bibirnya tersenyum apabila melihat Jio sedang kusyuk memegang seutas rantai yang tergantung pada lehernya itu.

“Arasso…ada rantai baru di sebalik baju rupanya,”kata Lee Joon,sambil memegang dagunya.

”Yah,dia bagi kat kau ekh?”soal Lee Joon,berminat untuk tahu.Jio menoleh ke arahnya.Bibirnya mengukir senyuman manis.Perlahan-lahan,dia angguk.Mata Lee Joon terbuka luas.

”Lepas tu,dia cakap apa dekat kau?Wei,tu bukan rantai sebarangan tu.Ni rantai couple kan?”soal Lee Joon.

“Dia cakap saegil chukamnida je…”balas Jio sambil memandang semula rantainya itu.Mulut Lee Joon terlopong apabila mendengar jawapan Jio itu.

“Bila birthday kau?”soal Lee Joon.Dia benar-benar terlupa mengenai hari jadi kawan baiknya itu.

“Tak perlulah.Kalau kau nak bagi hadiah pun,aku tak nak,”kata Jio.Lee Joon tertawa mengejek.

“Blahlah…baru dapat rantai dari Hyo Joo pun kau nak berlagak dengan aku.Wei,Bora pernah bagi hadiah lagi mahal dari tulah.Aku tak pernah kecoh pun,”kata Lee Joon.

“Peduli apa aku.Kisah cinta korang tu dah lapuklah.Dah bernanah telinga aku nak dengar.Aku Cuma harap hubungan korang tu berjaya lah,”balas Jio.Lee Joon segera bangun dari tempat duduknya.

“Fine!Kau teruskanlah dengan angau kau tu.Jangan lupa,selagi kau tak luahkan perasaan kau tu,tak ada maknanya kau nak gembira sekarang.Jangan nanti dah terlepas,baru nak sedar,”kata Lee Joon,sebelum beredar dari situ.Namun,dia toleh semula ke arah Jio.

“Happy belated birthday,Jio,”ucap Lee Joon sambil tersenyum.Jio turut membalas senyumannya.

“Gomawo…”balasnya.

 

 

 

Hyo Joo membuka pintu bilik tidur Tae Yeon apabila melihat jam sudah hampir menunjukkan pukul 8 pagi.Hyo Joo perlahan-lahan menggoncang bahu adiknya itu.

“Tae Yeon…bangunlah.Hari ni tak ada kelas ke?”soal Hyo Joo.Namun,tiada respon dari Tae Yeon.Hyo Joo hairan apabila melihat Tae Yeon tidak terjaga dari tidurnya seperti biasa.Lazimnya,Tae Yeon tidak perlu dikejut dari tidurnya.Pagi-pagi lagi dia sudah bersiap untuk ke kolej.Namun tidak seperti hari tersebut.Mungkin Tae Yeon masih keletihan selepas pulang dari aktiviti kampusnya itu.Hyo Joo cuba meletakkan tangannya pada dahi Tae Yeon,bimbang sekiranya adik perempuannya itu tidak sihat.Tekaannya tepat.Hyo Joo terkejut apabila mendapati dahi Tae Yeon panas.

“Tae Yeon ah...”Hyo Joo cuba mengejutkan adiknya lagi.

”Kita pergi hospital jom?Tae Yeon tak sihat ni,’pujuknya pula.Tae Yeon membuka matanya perlahan-lahan.Hyo Joo tersenyum ke arahnya.

”Kita pergi hospital ekh?”

“Tak naklah,unni.Nanti okeylah,”balas Tae Yeon.Hyo Joo sudah mengagak jawapan yang keluar dari mulut adiknya itu.

“Kita pergi kejap je.Ubat kat rumah dah habis.Kita pergi ye?Panas sangat ni,”pujuk Hyo Joo lagi.Tae Yeon mengeluh.Dia cuba bangun dari tempat tidurnya sambil dibantu oleh kakaknya.

“Unni tak kerja ke?”soalnya,lemah.

“Hari ni,unni minta cutilah.Tae Yeon sakit.Siapa yang nak jaga?”soal Hyo Joo pula.

“Unni pergi jelah kerja.Tae Yeon boleh jaga diri,”balas Tae Yeon.Dia enggan dilayan seperti budak kecil.”Kalau unni tak nak,Tae Yeon pun tak nak pergi hospital,”katanya lagi.Hyo Joo melepaskan keluhan kecil.

“Okey.Unni pergi kerja.Tapi unni bawa Tae Yeon pergi hospital dulu okey?”katanya,mengalah.Tae Yeon sekadar angguk lemah.

 

“Cik Han Tae Yeon!”panggil seorang jururawat muda sambil memandang ke arah Tae Yeon yang sedang bersandar lemah pada kerusi.Tae Yeon bangun perlahan dari tempat duduknya itu.

“Unni tak payah ikutlah,”kata Tae Yeon kepada Hyo Joo apabila melihat Hyo Joo turut bangun dari tempat duduknya.

”Unni belikan air suam boleh?”pintanya.Hyo Joo sekadar tersenyum.

“Nanti Tae Yeon tunggu unni kat sini ya?”pesan Hyo Joo,persis seorang ibu.Tae Yeon angguk.Hyo Joo segera beredar dari situ sebaik sahaja Tae Yeon melangkah masuk ke dalam bilik rawatan.

 

“Oppa tak cakap apa-apa lagi?”Kedengaran suara yang cukup dikenali oleh Hyo Joo.Hyo Joo mulai memperlahankan langkahnya.

“Oppa dah cakap banyak kali kat dia.Tapi,dia masih berkeras nak teruskan dulu dengan rawatan biasa.Padahal dia tahu kan keadaan dia macam mana?”balas suara seorang lelaki.Hyo Joo mengintai di sebalik dinding.Matanya terbuka luas apabila melihat IU sedang berbual dengan seorang doktor.Wajahnya kelihatan resah sekali.

“Oppa,Seulong oppa betul-betul sakit sekarang ni.Sekarang ni,oppa kerap duduk kat bilik.Kalau IU cuba ajak dia keluar,dia kata dia letih.IU risau…”kata IU,sebak.Air matanya mulai mengalir.Joong Ki memegang bahu IU,cuba memujuk adik perempuannya itu.

”Biar IU pujuk Seulong oppa ye?IU dah tak sanggup nak pura-pura yang IU tak tahu pasal penyakit dia lagi,”kata IU.Seulong melepaskan keluhan berat.Jika diikutkan hati,ingin sahaja dia mengkhabarkan perkara itu kepada keluarga Seulong sendiri.Namun,janji Seulong itu harus ditepati.Cuma persoalannya ,sampai bila?Kanser bukan satu penyakit sebarangan.Pembedahannya tidak boleh ditangguh lagi.Joong Ki buntu.

“Oppa…”panggil IU apabila mendapati abangnya itu masih mendiamkan diri.

“Oppa rasa…”

“Seulong sakit apa?”soal Hyo Joo.Kemunculan Hyo Joo yang tiba-tiba itu amat mengejutkan Joong Ki dan IU,terutama sekali IU.

“Unni…”panggil IU,serba-salah.Joong Ki yang tidak pernah mengenali Hyo Joo sedikit terkejut apabila adiknya mengenali wanita itu.

”Apa…apa unni buat kat sini?”soal IU.

“Kenapa dengan Seulong?Dia sakit apa?”soal Hyo Joo,cemas.Matanya mulai bergenang.Mulut IU terkunci untuk menjawab soalan Sa Rang itu.

”IU?”soal Hyo Joo lagi.Hyo Joo kemudiannya mendekati kea rah Joong Ki.

“Seulong sakit apa?Tolonglah jawab,”rayu Hyo Joo.Joong Ki serba salah.Dia kemudiannya menoleh ke arah IU.Rahsia sudah terbongkar.

‘Seulong oppa…”IU cuba menjawab soalan itu namun masih teragak-agak.

“Seulong menghidap kanser paru-paru,”jawab Joong Ki,memotong kata-kata IU.Hyo Joo terkejut.Air matanya mengalir laju sebaik sahaja mendengar jawapan Joong Ki itu.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!