Chapter 14

I'm Falling in Love with You

 

"Bukan awak sayang sangat ke kat misai awak tu?"soal Hyo Joo sebelum menghirup jus epal di hadapannya.Jio membalasnya dengan anggukan sambil menikmati hidangan petang yang menyelerakan itu."Kenapa awak cukur?"soal Hyo Joo lagi.Jio memandang ke arahnya.

"Awak ni,saya tak cukup kacak lagi ke macam ni?"soal Jio pula.

"Tak adalah.Dulu kan awaklah yang paling marah lagi kalau bangkitkan soal cukur-mencukur ni.Ni,tengok tiba-tiba dah bersih dah muka awak.Ha~...ni mesti ada awek yang awak dah sangkut ni?"duga Hyo Joo.Jio tersedak.Hyo Joo terkejut lalu segera menghulurkan air kepada lelaki itu.Jio kembali lega selepas meneguk air itu.

"Ha,kalau dah sampai tersedak-sedak tu,betullah tu,"sambung Hyo Joo lagi.Seronok pula rasanya apabila dapat mengenakan lelaki itu.

"Awak memang sengaja nak balas dendam kat saya kan?"balas Jio.Hyo Joo ketawa kecil.

"Ala,bukannya selalu,"kata Hyo Joo,sambil tersengih.Jio tersenyum kecil apabila melihat keadaan Hyo Joo yang riang itu.

"Awak macam gembira sangat je bila saya dah balik ni?Mesti awak rindu kat saya kan?Dah terubat ke rindu awak kat saya?"usik Jio.Hyo Joo mencebik.

"Perasanlah awak ni,"balas Hyo Joo lalu terus menikmati makanannya tanpa mahu mempedulikan lelaki yang sedang seronok mengusiknya itu.

"Kat sana saya terlalu sibuk,sampai tak ada masa nak jaga misai saya tu.Senang-senang,cukur je lah,"jawab Jio.Hyo Joo menoleh ke arahnya.Dia benar-benar tidak sangka dengan perubahan wajah Jio yang kelihatan drastik itu.Seolah-olah lelaki itu bukan Jio.Namun,dia percaya lelaki di hadapannya itu adalah Jio kerana sikapnya yang tidak matang itu.

"Kerja awak dah siap ke kat sana?Lepas ni awak dah tak payah balik sana dah?"soal Hyo Joo.Kali ini,topik perbincangan mereka kembali 'matang'.Jio menggeleng.

"Belum lagi.Tapi...saya tak terikat sangat dah kerja kat Busan tu.Cuma saya kena pergi pantau projek tu dalam dua minggu sekali.Selebihnya,saya buat kerja saya kat sini jelah,"kata Jio.Dia juga benar-benar lega kerana tidak perlu menetap di Busan dalam tempoh yang lebih lama.Dia bosan berada di sana,melainkan Hyo Joo sudi menemaninya di sana.Hatinya ketawa kecil.Jio tersenyum kecil namun disedari oleh Hyo Joo.

"Kenapa senyum sorang-sorang ni?"soal Hyo Joo.Jio menggeleng.

"Ala,nak senyum pun salah.Apalah cikgu ni,"kata Jio,berpura-pura memasamkan muka.Hyo Joo tidak mempedulikannya.Malas nak layan lelaki yang berperangai macam budak-budak ni!

"Lepas ni,nak pergi mana pula?"soal Hyo Joo,sambil melihat jam tangannya.Jio tidak menjawab.

"Jio,"tegur Hyo Joo lagi.Jio masih seperti tadi.

"Jung Byung hee,saya sedang tanya awak ni,"kata Hyo Joo lagi.

"Saya tak nak jawab soalan awak kalau awak tak panggil saya...OPPA,"kata Jio,selamba.Mata Hyo Joo terbuka luas.Oppa?!!

"Ah,tak payah nak mengada-ngada kat sini,"balas Hyo Joo.Dia ingin beredar dari situ,namun dia tidak menjumpai kunci skuternya.

"Awak cari ni ke?"soal Jio sambil mengawang-awangkan kunci skuter Hyo Joo di hadapan wajah Hyo Joo.Hyo Joo ingin merampasnya kembali,namun pantas disorokkan oleh Jio semula.

"Jio,tolong bagi balik kunci skuter saya,"kata Hyo Joo,tegas.Jio tersenyum sumbing.

"Apa?Oppa tak dengar lah,"kata Jio ,pura-pura tidak dengar apa yang dikatakan oleh Hyo Joo itu.Hyo Joo bercekak pinggang.

"Jio!"

"Oppa..."usik Jio lagi.Hyo Joo melepaskan nafas berat.

"Jio ah...bagilah balik kunci skuter saya tu.Saya nak baliklah.Dah lewat ni,"rayu Hyo Joo.

"Oppa!"Jio masih berdegil.

"Arasso..arasso!"Hyo Joo memandang ke arah Jio.Jio turut membalas pandangan gadis itu.Hyo Joo melepaskan nafas panjang.

"Boleh tak bagi balik kunci skuter saya...op..p..bagilah!"kata Hyo Joo.Kening Jio terangkat sebelah.

Hyo Joo mulai geram.

"Boleh tak saya nak kunci skuter saya balik,oppa?"soal Hyo Joo,berusaha mengawal amarahnya.Jio tersenyum lebar.Dia kemudiannya berdiri lalu mendekati Hyo Joo.Hyo Joo memandang ke arahnya dengan pandangan yang tajam sekali.Dia meletakkan kunci skuter itu di atas tangan Hyo Joo.

"Kan manis kalau panggil saya..oppa,"bisiknya.Hyo Joo tidak membalas.Tiba-tiba,dia merasakan pipinya dicium oleh Jio.Dia menoleh ke arah Jio namun lelaki itu sudah agak jauh meninggalkannya.Hyo Joo meraba-raba pipinya yang panas itu.

"Jio!!!"jeritnya.Jio hanya ketawa besar.

 

 

 

Jio terjun ke dalam kolam renang sambil diperhatikan oleh Lee Joon.Lee Joon pula selesa merehatkan dirinya di atas kerusi sambil menikmati jus oren.Jio menolak rambutnya ke belakang.

"Joon ah,jomlah renang sekali.Apa ni,duduk lepak atas kerusi pula.Macam perempuanlah kau ni,"kata Jio.Lee Joon tersengih.

"Sekejaplah.Aku tengah syok tengok kau mandi ni.Buatlah gaya renang kau yang seksi sangat tu,"balas Lee Joon sambil bergurau.Jio melibaskan air ke arah Lee Joon.

"Yah,kau saja kan nak basahkan aku?!"balas Lee Joon.Jio tersenyum sumbing.

"Ala,alang-alang dah tunjuk badan seksi kau tu,join je lah mandi sekali.Habis tu,buat apa datang ke sini kalau bukan nak membasahkan diri,"balas Jio.Lee Joon mencebik.Mahu tak mahu,dia terjun juga ke dalam kolam itu.

"Hah,macam tu lah!"Jio tertawa besar.Lee Joon membalas perbuatan Jio sebentar tadi dengan cara yang sama.Jio menyapu wajahnya yang basah itu.

"Kau ingat sejak misai kau dah tak ada tu,kau hebat sangatlah,"kata Lee Joon.Jio tersengih.

"Eh,bukan aku serba hebat ke?"soal Jio.Lee Joon tersenyum.

"Perasanlah kau ni.Kalau kau selalu macam nilah,sampai ke tua pun Hyo Joo tak sangkut kat kau.Cuba kau jadi gentleman macam aku.Kan dah bahagia dengan Bora dah,"kata Lee Joon,membangga diri.

"Tu lagi perasan!"jerit Jio sambil melibas air ke arah Lee Joon lagi.Dia terus menyelam ke dalam air,malas mahu melayan angin perasan Lee Joon itu.Mentang-mentang dah couple dengan adik aku,nak tunjuk hebat pula!

Jio memunculkan wajahnya semula di permukaan.Lee Joon mengecilkan matanya apabila menyedari sesuatu yang berbeza di belakang badan Jio itu.Dia berenang ke arah Jio.

"Yo,apasal dengan belakang kau ni?Biru-biru je ni,"soal Lee Joon.Dia cuba menyentuh belakang badan Jio itu namun ditegah oleh lelaki itu.

"Wowowo...jangan berani-berani nak sentuh!Berbisa tu!"kata Jio.

"Macam mana boleh jadi macam ni?Gila cantik biru dia,"kata Lee Joon,sekaligus bergurau.Jio menjeling ke arahnya.

"Hyo Joo yang cubit aku,"jawab Jio,perlahan.Lee Joon menahan tawanya.

"Ala,kalau nak gelak..gelak jelah.Tak payah nak cover-cover,"kata Jio.

"Boleh ke?"soal Lee Joon.Namun,belum sempat Jio membalas pertanyaan Lee Joon itu,Lee Joon terlebih dahulu menghamburkan tawanya.Jio menahan geramnya.Dah agak dah semua ni akan terjadi.

"Macam mana boleh jadi macam ni?Mesti kau ada usik dia kan?Kalau tak,tak adanya kau kena cubitan berbisa ni,"kata Lee Joon,masih bersisa tawanya itu.Jio melangkah ke arah kerusi lalu meneguk jus yang terletak di atas meja itu.Lee Joon menggelengkan kepalanya.

"Betullah tu.Bukannya aku tak pernah kenal kau.Tulah,lain kali jangan nak tunjuk daebak sangat.Kan dah kena serangan ketam,"usik Lee Joon lagi sambil diikuti dengan tawanya.Lee Joon kemudiannya melangkah mendekati Jio.

"Jio,kau sebenarnya memang sukakan kat cikgu tu kan?"duga Lee Joon.Jio mengerutkan dahinya lalu memandang ke arah Lee Joon.

"Apa yang kau mengarut ni?"soal Jio.Lee Joon mencebik.

"Lah...bajet macho pulak...Ni yang aku malas ni.Bro,aku malas nak soal selidik kau banyak kali.Tapi,kalau betul kau dah suka kat dia,mengaku jelah.Bukannya jatuh macho kau pun.Ni..muka baru kau yang...agak kacak ni.Kau buat semua ni,sebab dia kan?"soal Lee Joon,mengalahkan seorang detektif.Jio masih berdiam diri.

"Betullah tu.Jio,sebelum kau terlambat,baik kau bertindak cepat.Nanti,kalau dah terlepas kat tangan orang lain,kau menangis sampai keluar air mata darah pun dah tak guna dah.Lagipun,kau pernah cerita kat aku kan,yang ada lelaki lain cuba nak pikat Cik Hyo Joo tu?Kau kena agresiflah sikit!Aku macam tak percaya je ada kawan yang lembik macam kau ni,"kata Lee Joon.

"Amboi,mengata lebih nampak,"balas Jio sambil memandang tajam ke arah Lee Joon.Lee Joon tersengih.

"Takdelah.Aku tengah bagi kata-kata semangat ni kat kau.Aku pun nak tengok kau bahagia macam aku juga.Nanti kalau kau dapat Cik Hyo Joo tu,aku pun tumpang happy sekali.Maklumlah,bakal abang ipar dah jumpa dengan bakal biras aku,"kata Lee Joon,diselangi dengan tawanya.Jio membaling tuala kecil ke arah Lee Joon.

"Wei,diamlah.Macam mak nenek pula mulut kau ni!"balas Jio,sebelum kembali menyelam ke dalam kolam renang.Lee Joon mengambil tuala yang menutup wajahnya itu.Dia tersenyum kecil apabila melihat Jio yang begitu kusyuk berenang itu.Mungkin juga Jio sedang memikirkan kata-katanya sebentar tadi.

"Harap-harap,turunlah sikit ego dia tu,"bisik hatinya.Lamunannya terhenti apabila terdengar deringan telefon bimbitnya.Bibirnya mengukir senyuman manis apabila melihat nama buah hatinya yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.

"Bora..."ucapnya,penuh romantik sekali.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!