Chapter 35

I'm Falling in Love with You

 

Perlahan-lahan,Lee Joon membuka pintu keretanya sementara Jio pula masih berdiri seperti tadi.Lee Joon masih berkira-kira sama ada mahu melangkah dekat kepada Jio ataupun sekadar diam di situ.Menunggu 'serangan' daripada lelaki itu.Lee Joon kaget apabila Jio masih diam di situ.

 

"Apa kau buat kat sini?"soal Jio,tiba-tiba.Lee Joon memandang ke arahnya.

"Kenapa?Tak cukup lagi ke dengan apa yang kau dah dapat?"soal Jio lagi.Jio mengalihkan pandangannya ke arah Bora yang sedang duduk termenung di taman.Hari ini,dia sudah berjanji untuk bertemu dengan adik perempuannya itu.

"Aku tak tahu...tujuan sebenar kau berkawan dengan aku dan Bora sebelum ni,"kata Jio.Lee Joon sekadar mendengar.

"Aku ingat,aku dah jumpa seorang kawan yang bukan berkawan dengan aku semata-mata nakkan apa yang aku ada.Dan...aku ingatkan yang aku dah jumpa seseorang yang aku boleh percayai untuk lindungi Bora bila aku tak ada di sisi dia,"kata Jio,masih enggan untuk memandang ke arah Lee Joon yang telah membunuh seluruh kepercayaannya terhadap lelaki itu.

"Betullah apa yang orang kata.Tak semua yang kita nak tu...akan dapat.Aku bersetuju dengan kata-kata tu,"katanya lagi.

"Kau tak faham apa yang aku sedang cuba buat,Jio."Lee Joon mulai bersuara.Jio tersenyum sinis.

"Tak faham?Apa yang aku tak faham?"soal Jio.Dia kemudiannya menarik nafas panjang.

"Aku tak tahu apa yang aku tak faham.Dan...kalau ada perkara yang kau nak jelaskan pun,aku tak faham juga.Sorry,I'm not a president anymore.Aku hanya orang miskin yang dah tak ada apa-apa.Aku...malas nak ambil tahu hal-hal yang tak sama taraf dengan aku,"kata Jio.Lee Joon tidak membalas kata-kata Jio itu.Dia yakin Jio terlalu marah dan benci kepadanya.Cuma lelaki itu tidak menunjukkannya secara terbuka.Mungkin juga mereka berada di tempat awam yang menghalang mereka untuk melakukan sesuatu yang tidak wajar.

 

"Jio,aku..."

 

"Oppa?"

Lee Joon menoleh ke arah suara yang cukup dikenalinya itu.Hatinya berbunga apabila dapat juga melihat Bora dari jarak dekat setelah sekian lama tidak berjumpa.Bora terkejut apabila melihat Jio bersama dengan Lee Joon ketika itu.

"Bora..."ucapnya perlahan.Namun,Bora terus melangkah mendekati abangnya tanpa mempedulikan Lee Joon di situ.

"Oppa tak kerja ke hari ni?"soal Bora,sedikit ceria.

"Nak jumpa adik sendiri pun tak boleh ke?"soal Jio.Bora tersenyum.

"Oppa dah makan?Jomlah kita makan sama-sama,"ajak Bora.Jio menggeleng.

"Tak apa.Oppa nak jumpa Bora kejap je.Oppa ada hal lepas ni.Oppa cuma nak tahu yang Bora sihat ke tak.Tu je,"kata Jio.

"Bora okeylah,oppa.Oppa tak payah risaulah,"kata Bora.Sesekali matanya menjeling ke arah Lee Joon yang masih berdiri tidak jauh dari tempat mereka berdua berbual.Perbuatannya itu disedari oleh Jio.Dia yakin,Bora pasti ada banyak perkara yang mahu dikatakan kepada Lee Joon.Dia juga yakin,Bora pasti amat merindui lelaki itu walaupun lelaki itu telah meragut kebahagiannya sebelum ini.Jio kemudiannya memegang kedua-dua bahu adiknya.

"Oppa tahu,Bora ada benda nak cakap dekat Lee Joon kan?"soal Jio,perlahan.Bora terkejut apabila mendengar pertanyaan abangnya itu.

"Ish,apa oppa cakap ni?Tak adalah.Lagipun,oppa ...mesti tak nak Bora jumpa dengan orang tu lagi,kan?Bora tahulah,oppa.Jangan risau,"kata Bora.

"Seboleh-bolehnya memang oppa tak nak Bora jumpa dengan orang tu lagi.Tapi,kalau masih ada benda yang kamu berdua perlu selesaikan,oppa izinkan.Tapi,kali ni je.Lepas ni,oppa tak nak Bora jumpa dengan dia lagi,"kata Jio,separuh berbisik.Dia kemudiannya melihat ke arah jam.

"Ops,oppa dah lambat.Oppa kena pergi dulu.Nanti,kita jumpa lagi,okey?"soal Jio.Bora angguk.Jio segera beredar dari situ tanpa menoleh ke arah Lee Joon.

"Bora yah,"panggil Lee Joon,sebaik sahaja Jio sudah beredar dari situ.Bora menghentikan langkahnya apabila terdengar Lee Joon memanggil namanya.Perlahan-lahan,Lee Joon melangkah ke arahnya.

"Jangan dekat lagi,"kata Bora,menghalang Lee Joon daripada terus mendekatinya.Lee Joon akur.

"Saya ada kelas lepas ni.Tapi...kalau ada benda yang awak nak cakap,saya akan dengar.Tapi,untuk 5 minit je,"kata Bora.Tidak lagi membahasakan dirinya 'Bora' dan tidak lagi memanggil Lee Joon dengan panggilan 'oppa'.

"Apa dia?"soalnya.Lee Joon melepaskan keluhan berat.

 

"Em..."Lidah Lee Joon kelu untuk berbicara.Lama dia berkeadaan begitu.Bora pula masih menanti apa yang cuba disampaikan oleh lelaki itu.Lee Joon sekadar memandang anak mata Bora yang berwarna hazel itu.

"Boleh...op..saya peluk awak untuk masa yang singkat ni?"soal Lee Joon.Bora tidak menjawab.Tidak mengiyakan mahupun menidakkan.Lee Joon tersenyum nipis.

"Saya janji...lepas ni,saya takkan jumpa awak lagi.Saya takkan tengok awak dari jauh lagi.Tu janji saya dan saya akan tepatinya,"kata Lee Joon.Bora masih diam.Perlahan-lahan,Lee Joon memeluk tubuhnya,erat sekali.Seolah-olah mahu melepaskan rasa rindu yang dipendamnya terhadap gadis itu.

 

"Saya tak peduli apa yang fikirkan pasal saya sekarang.Cuma...saya nak awak tahu satu perkara yang saya harap awak takkan lupa sampai bila-bila,"kata Lee Joon lagi,kedengaran seperti dia menahan sebak dalam nada percakapannya.

"Miane..."kata Lee Joon.Bora masih didakapnya seperti tadi."Saya sangat rindukan awak,Bora.Sampai bila-bila pun...saya tetap cintakan awak,"kata Lee Joon.Air mata Bora mengalir.Sungguh dia amat merindui ungkapan itu daripada Lee Joon.Lee Joon kemudiannya melepaskan pelukannya terhadap Bora.Wajah manis gadis itu diperhatikannya lagi,mungkin untuk kali terakhir.

"Saya pergi dulu,"kata Lee Joon sebelum menuju ke arah keretanya.Tanpa menoleh belakang lagi,dia segera meninggalkan Bora yang masih berdiri di hadapan pintu pagar kolejnya itu.Bora kemudiannya terduduk.

"Opp...oppa..."Tangisnya tersedu-sedan.

 

 

 

Gi Kwang keluar dari pejabat pengurusnya dengan lemah.Surat putih yang diterimanya sebentar tadi masih dipegangnya.Dia terduduk di atas sofa sambil berfikir.Du Jun yang baru sahaja keluar dari studio rakaman terkejut apabila melihat Gi Kwang yang termenung itu.Pantas sahaja dia mendekati lelaki itu sebelum menepuk bahu kiri Gi Kwang.

 

"Yah,muka masam mencuka ni apahal?Kena tinggal dengan awek ke?"soal Du Jun sambil mengambil tempat di sisi lelaki itu.Gi Kwang mengukir senyuman kelat.

"Hyung..."balas Gi Kwang,lemah.

"Wei,kau ni kenapa?Kau kena marah dengan manager ke?"soal Du Jun.Gi Kwang menggeleng.

"Taklah."Pendek Gi Kwang menjawab.

"Habis tu?"soal Du Jun lagi.Gi Kwang kemudiannya menyerahkan surat yang dipegangnya itu kepada Du Jun.Du Jun segera membaca surat itu.Tidak lama kemudian,dia mengukir senyuman girang.

"Pergh!Tahniah!Tak sangka akhirnya kau akan debut solo kat Jepun juga,"kata Du Jun,ceria.Namun,tidak bagi Gi Kwang.

"Lah...kau ni apasal pula?"soal Du Jun.

"Saya...fikirkan pasal famili saya,"kata Gi Kwang.Du Jun terdiam.

"Saya...macam tak sampai hati nak tinggalkan diorang dalam keadaan macam ni,"katanya lagi.

"Yang tu...kau kena bincang sendiri dengan abang kau.Aku yakin diorang faham.Nikan hasil usaha keras kau juga,"kata Du Jun.

"Tak pun,kalau kau was-was,biar aku cakap direct dengan Bora.Mesti dia setuju kalau dengar apa-apa yang keluar dari mulut comel aku ni,"kata Du Jun.Gi Kwang ketawa.Du Jun memang pandai menceriakan hatinya saat dia sedang dalam keadaan tertekan.

"Saya cuba,"balasnya.

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!