Chapter 37

I'm Falling in Love with You

 

Jio membuka matanya perlahan-lahan.Dia kemudiannya menoleh ke kiri dan ke kanan.Dia sedikit hairan dengan keadaan yang sedikit ganjil ketika itu.Di mana dia berada sekarang?Dia cuba mengingati kembali peristiwa yang berlaku sebelum ini,namun usahanya tidak berhasil.Dia tidak mengingati langsung apa yang berlaku terhadapnya.Jio kemudiannya bangun dari pembaringannya sebelum memicit kepalanya yang masih terasa pening itu.

 

"Aku kat mana ni?"soalnya.

"Macam mana aku boleh ada kat sini?"soalnya lagi.Dia kemudiannya cuba untuk berdiri namun Jio terjatuh tidak lama selepas itu.Jio memegang kepalanya yang masih sakit itu.Nafasnya tercungap-cungap.Jio tidak menyedari apabila pintu biliknya itu ditolak dari luar.Hyo Joo terkejut apabila melihat Jio yang sedang terbaring di atas lantai itu.Dia segera menerpa ke arah Jio.

 

"Jio yah!Awak tak apa-apa?!"soalnya,cemas.Dia membantu Jio untuk baring di atas katilnya semula namun Jio enggan.

"Macam mana saya boleh ada kat sini?"soal Jio,lemah.

"Awak pengsan kat tempat kerja awak.Sebab tu awak ada kat sini,"jawab Hyo Joo.

"Dah berapa lama saya ada kat sini?"soal Jio lagi.Keadaannya seperti terdesak mahu keluar dari situ.

"Hampir 3 hari..."jawab Hyo Joo.Mata Jio terbuka luas.Dia kemudiannya cuba untuk melepaskan pegangan Hyo Joo.

"Jio,kenapa ni?"soal Hyo Joo,cemas dengan tindakan Jio itu.

"Saya kena keluar dari tempat ni,"jawab Jio,masih cuba untuk berjalan.

"Tapi,awak tak sihat lagi,"kata Hyo Joo,berusaha untuk menghalang Jio.Tangan Jio itu dicapainya namun dilepaskan oleh lelaki itu.Hyo Joo terkejut.

"Kalau saya tak keluar dari sini,macam mana saya nak dapat duit?!"soal Jio,keras nadanya walaupun masih kedengaran lemah.Hyo Joo terdiam.Jio melangkah keluar dari bilik itu namun kudratnya yang lemah itu tidak terdaya baginya untuk meneruskan niatnya itu.Jio terjatuh lagi.Pandangannya berpinar-pinar.Hyo Joo segera mendekati ke arah Jio.

"Jio yah?Jio yah?!"Hyo Joo cuba memanggil Jio namun tiada respon dari lelaki itu.

"Doktor!"

 

 

Hyo Joo mengesat air matanya yang mengalir itu.Jio kembali terlena setelah diberikan ubat oleh doktor.Dia yakin Jio tidak selesa untuk berada di hospital itu dalam tempoh yang lama.Jio pasti bimbang mengenai keadaan adik-adiknya serta pekerjaannya di tapak pembinaan itu.

 

 

"Kalau saya tak keluar dari sini,macam mana saya nak dapat duit?!"

 

 

Masih terngiang-ngiang kata-kata Jio siang tadi dalam fikirannya.Hyo Joo mengusap rambut Jio yang hitam keperangan itu.

"Jio ah..."Hyo Joo mula bersuara.Dia memandang ke arah wajah Jio yang tidak bermaya itu.

"Saya tahu...awak tak nak orang lain risaukan pasal awak.Tapi...sampai bila awak nak paksa diri awak macam ni?Sekuat mana pun keinginan awak untuk bekerja,awak tetap manusia biasa yang perlu ada waktu rehatnya.Saya kagum dengan kegigihan awak,tapi bukan sampai macam ni.Kalau awak tak nak kami risaukan awak,awak kena jaga diri awak.Jangan jadi macam ni lagi,arasso?"Hyo Joo memegang tangan Jio lantas dikucupnya.

"Saya sayangkan awak,Jio.Sangat sayangkan awak,"ucapnya,lembut.

 

"Saya pun..."Hyo Joo mengangkat mukanya apabila terdengar suara Jio.Kelihatan Jio sedang melihat ke arahnya sambil mengukir senyuman manis.

"Saya pun sangat sayangkan awak,"kata Jio lagi.Perlahan-lahan,dia mencapai tangan Hyo Joo.

"Miane.Sebab saya dah banyak susahkan awak.Miane..."Jio masih tidak melepaskan pandangannya dari memandang ke arah anak mata Hyo Joo itu.

"Sebab saya tak dapat jadi lelaki yang terbaik untuk awak,"sambungnya lagi.Air mata Hyo Joo kian lebat.Dia menggeleng selepas mendengar kata-kata Jio itu.Tangan Jio itu digengamnya erat.

"Saya faham.Saya faham apa yang awak rasakan,Jio.Awak tak perlu nak minta maaf dengan saya.Awak tak ada buat salah pun,"katanya sambil memandang ke arah Jio.

"Tapi,awak kena janji.Awak kena duduk kat sini sampai awak betul-betul sihat.Arasso?"soal Hyo Joo.Jio tersenyum.Dia kemudiannya mengangguk lemah.

"Dah.Awak tidur dulu,"kata Hyo Joo sambil membetulkan selimut Jio.

"Saya temankan awak,okey?"katanya lagi.Jio tersenyum lagi.

 

 

 

Hyo Joo membuka matanya.Dia kemudiannya mengalihkan tubuhnya ke arah kiri.Matanya terbuka luas apabila melihat Jio sedang memerhati ke arahnya yang sedang terbaring di atas katil itu.Pantas sahaja dia bangun dari katil itu.

"Macam mana saya boleh ada kat atas katil ni?"soal Hyo Joo.Jio tersenyum ke arahnya.

"Awak tertidur semalam.Jadi saya angkat awak tidur kat atas katil ni,"jawabnya.Hyo Joo malu.Jio mengangkatnya?

"Habis tu...awak tidur mana?"soal Hyo Joo,sambil memandang ke arah Jio yang sedang duduk di tempat duduknya semalam.

"Saya dah bosan tidurlah,Hyo Joo.Apa salahnya saya biarkan awak tidur kat atas ni?Boleh juga saya tengok awak tidur,"jawab Jio.Muka Hyo Joo menjadi merah.Jio memerhatikannya tidur sepanjang malam semalam?Hyo Joo menutup wajahnya dengan kedua-dua tangannya.

"Kenapa ni?"soal Jio.Dia cuba mengalihkan tangan Hyo Joo itu namun Hyo Joo enggan.

"Lah,kenapa pula ni?Awak tak nak bagi saya tengok muka comel awak tu ke?"soal Jio lagi.Hyo Joo menggeleng.

"Habis tu?"soal Jio.Geli hati melihat telatah Hyo Joo yang kebudak-budakan itu.

"Muka saya mesti terukkan masa tidur?"soal Hyo Joo,masih lagi menutup wajahnya.Jio tertawa kecil.

"Em,agaklah.Dahlah mulut ternganga,"usik Jio.

"Apa?"Hyo Joo mengalihkan tangannya yang menutupi wajahnya itu.Dia terkejut apabila Jio segera mencium dahinya sebaik sahaja dia membuka wajahnya itu.Mukanya kian merah,menahan malu.Jio menjauhkan wajahnya dari Hyo Joo.Wajah Hyo Joo yang malu itu diusapnya dengan lembut.

"Muka awak masa tidur comel sangat.Macam aegi,"kata Jio.Dia kemudiannya mencubit lembut pipi Hyo Joo yang gebu itu.Hyo Joo mengaduh kesakitan.Dia mengusap pipinya yang baru sahaja dicubit oleh Jio itu.

"Betul ke mulut saya ternganga masa tidur?"soal Hyo Joo.Jio tersenyum.Dia memeluk tubuh Hyo Joo.Hyo Joo terkejut.Lama mereka dalam keadaan begitu.Hyo Joo kemudiannya tersenyum sambil memeluk tubuh lelaki itu.

"Awak sangat comel masa awak tidur,"kata Jio,perlahan.Senyuman Hyo Joo kian melebar.

"Saranghae,"ucapnya lagi.

"Jio yah..."Hyo Joo mula bersuara.

"Em?"

"Kalau betul awak sayangkan saya,awak kena janji satu perkara dengan saya,"kata Hyo Joo.

"Apa dia?"soal Jio,masih memeluk erat wanita kesayangannya itu.

"Awak kena jaga diri awak selalu.Jangan paksa diri awak untuk buat sesuatu.Kalau boleh saya tak nak awak buat sesuatu yang membahayakan diri awak,Jio,"kata Hyo Joo.Jio tersenyum.

"Okey.Saya janji,"balas Jio.Hyo Joo tersenyum lantas melepaskan pelukannya terhadap Jio.

"Kalau awak dah janji,awak kena duduk kat hospital ni sampai awak betul-betul sihat,okey?"soal Hyo Joo,tegas.Muka Jio  mencuka apabila mendengar kata-kata Hyo Joo itu.

"Ala,boringlah macam tu.Tak seronoklah duduk kat sini sorang-sorang,"kata Jio.

"Saya temanlah,"balas Hyo Joo.Jio tersengih.

"Hyo Joo ah,tolong jangan buat comel macam tu.Saya rasa nak cubit je pipi gebu awak tu,"kata Jio,geram.Hyo Joo memegang pipinya.

"Awak nak cubit pipi saya?Sampainya hati awak,"kata Hyo Joo.Mereka kemudiannya tertawa,geli hati.

 

 

 

Setelah hampir seminggu Jio ditahan di hospital,akhirnya dia dibenarkan untuk pulang ke rumah.Jio amat gembira apabila doktor telah memberi lampu hijau kepadanya untuk keluar dari hospital.Apatah lagi kos rawatannya juga sudah dibayar oleh pihak majikannya.Jio berasa senang hati apabila majikannya amat mementingkan kebajikan pekerjanya.Entah mengapa,timbul rasa rindu terhadap mendiang bapanya yang juga seorang majikan yang amat mementingkan kebajikan pekerjanya.Pernah sekali salah seorang daripada pekerjanya menghadapi kematian ahli keluarga mereka namun tidak berupaya untuk menanggung kos bagi upacara pengebumian.Tuan Junglah yang telah membantu membiayai kos bagi upacara pengebumian ahli keluarga pekerja itu.

"Jio yah!"Lamunannya terganggu apabila salah seorang dari rakan sekerjanya memanggilnya.Jio menoleh ke arah pekerja itu.Pekerja itu berlari ke arahnya.

"Ada apa?"soal Jio.

"Encik Hwang nak jumpa kau dekat luar tu.Dia tengah tunggu kau sekarang ni,"jawab pekerja itu.

"Okey.Gomawo,"balas Jio,segera bergegas menuju ke tempat yang dimaksudkan oleh pekerja itu.

 

 

Encik Hwang mengukir senyuman manis apabila melihat Jio sedang bergegas menuju ke arahnya.

"Maafkan saya sebab buat Encik Hwang tunggu saya kat sini,"ucap Jio,tertib sambil menundukkan sedikit kepalanya.

"Oh,tak apa,"balas Encik Hwang.

"Ada apa Encik Hwang nak jumpa dengan saya?"soal Jio,sedikit cuak apabila sudah hampir seminggu dia tidak datang bekerja.

"Boleh kita bincang kat tempat lain?"soal Encik Hwang.Jio sekadar akur.

 

 

Jio terpana apabila melihat beberapa dokumen yang diletakkan di hadapannya.Dia benar-benar terkejut setelah membaca isi-isi yang terkandung di dalam muka hadapan dokumen itu.

"Macam mana,Jio?Awak setuju untuk terima tawaran saya ni?"soal Encik Hwang.

"Tapi,kenapa tiba-tiba je?Saya rasa saya tak pernah minta jawatan ni dalam syarikat encik,"kata Jio,hairan.Encik Hwang tersenyum.

"Saya dapat tahu awak ada terlibat dengan projek di Busan dulu.Dan,saya juga kagum yang projek di Busan tu dapat disiapkan dengan penuh jayanya,"jawab Encik Hwang.

"Tapi,saya taklah terlibat secara majoriti,Encik Hwang.Masa tu,mendiang appa saya yang banyak mengusahakan projek tu.Saya sekadar membantu je,"kata Jio,rendah diri.

"Saya rasa kalau awak tak bantu,mungkin projek tu takkan berjaya seperti sekarang ni.Betul tak?"soal Encik Hwang.Jio sekadar tersenyum sinis.

"Tapi,Encik Hwang...lesen saya dah ditarik sebab..."Jio seperti ragu-ragu untuk meneruskan kata-katanya.

"Saya tahu,"potong Encik Hwang.Jio terkejut.

"Datuk saya sangat kenal dan rapat dengan mendiang appa awak,Jio.Saya...simpati dengan apa yang dah berlaku dengan keluarga awak,"kata Encik Hwang.Jio menundukkan wajahnya.

"Jadi,Syarikat Han bukan nak tawarkan jawatan ni semata-mata sebab simpati dekat awak.Tapi,sebab kami yakin dengan kebolehan yang awak ada.Kami dah tengok kredibiliti awak sebagai seorang arkitek muda yang berjaya semasa awak masih berkhidmat dalam syarikat Jung.Dan...kalau awak bimbang pasal lesen awak,kami boleh bantu.Lagipun,kes awak bukannya disebabkan oleh jenayah pun.Jadi saya yakin urusannya lebih mudah.Sekarang,semuanya dah lengkap.Cuma perlukan persetujuan dari awak sahaja,Jio.Saya harap awak boleh pertimbangkan tawaran syarikat Han ni,"kata Encik Hwang.Jio diam,memikirkan kata-kata Encik Hwang itu.Encik Hwang kemudiannya bangun.

"Saya akan tunggu awak esok kat pejabat tepat pukul 8 pagi.Saya takkan paksa awak.Cuma,saya harap awak tak tolak tawaran kami,"kata Encik Hwang,sebelum beredar dari situ.

 

 

 

"Terima kasih sebab sudi untuk terima tawaran saya,Encik Jung Byung Hee,"kata Encik Hwang,gembira sambil menghulurkan tangannya.Jio tersenyum sambil menyambut huluran Encik Hwang itu.

"Silakan duduk,"pelawa Encik Hwang.Jio akur.

"Jadi,apa yang membuatkan awak untuk menerima tawaran saya ni,Jio?"soal Encik Hwang.

"Em...gerak hati mungkin,"jawab Jio.Encik Hwang tertawa.

"Saya kagum yang gerak hati awak tu buat keputusan yang sangat tepat,"kata Encik Hwang lagi.Jio tersenyum.

"Baiklah.Saya dah uruskan semua benda untuk awak,"kata Encik Hwang sambil meletakkan semua dokumen berserta lesen yang meletakkan diri Jio sebagai arkitek bertauliah,di atas meja.Jio terkejut.

"Saya dah agak,awak mesti terima tawaran ni.Sebab tu,saya dah tolong awak siapkan semua benda ni,"kata Encik Hwang.

"Kamsahamida,Encik Hwang,"ucap Jio,sambil mengukir senyuman terharu.

"No problem.Jadi,awak dah bersedia untuk mulakan tugas baru awak?"soal Encik Hwang.Pantas sahaja Jio angguk,bersetuju dengan kata-kata Encik Hwang itu.

 

 

Jio berasa sangat puas kerana dapat melakukan pekerjaannya yang sudah lama tidak dilakukannya itu.Kali ini,dia sibuk dengan projek yang bakal diadakan di Jeju-do.Sebuah pusat pelancongan mewah yang bertaraf lima bintang.Walaupun Jio masih belum diberikan peluang untuk mengetuai projek mega itu,namun,penglibatannya dalam projek mega itu sudah cukup memadai baginya.Hyo Joo serta adiknya,Bora begitu gembira dengan perkembangan kerjayanya.Begitu juga dengan Gi Kwang yang turut mengetahui perkembangan dirinya walaupun sedang sibuk memulakan debut solonya di Jepun.

"Baiklah,kita jumpa esok lagi.Kamsahamida,"ucap Jio sambil tunduk hormat terhadap ketuanya serta rakan-rakannya yang lain setelah menamatkan perbincangan mereka.

 

Jio melangkah ke arah perhentian bas untuk pulang ke rumah.Hatinya tidak sabar-sabar untuk pulang apabila Hyo Joo sudah berjanji untuk menunggunya di rumah.Penantiannya terganggu apabila matanya terpandang ke arah sebuah kereta mewah yang berhenti di hadapannya.Jio mengalihkan pandangannya apabila melihat Krystal keluar dari kereta mewah itu.

"Hai,oppa,"sapa Krystal.Jio tidak membalas.Krystal melangkah ke arah Jio sebelum berdiri tidak jauh dari tempat lelaki itu berada.

"Oppa apa khabar?"soal Krystal,sambil memandang ke arah Jio yang berkelakuan dingin terhadapnya itu.Krystal tersenyum nipis apabila Jio tidak membalas pertanyaannya itu.

"Saya dengar...oppa terlibat dalam projek Jeju-do tu.Tahniah,"ucap Krystal.Jio tersenyum sinis.

"Tak payah susah-susah nak ucap tahniah.Kenapa?Tak cukup lagi ke dengan apa yang kau dah ada sekarang ni?"soal Jio,tanpa menoleh ke arah Krystal.Sesekali dia melihat ke arah jam tangannya.

"Oppa...Saya..."Niat Krystal untuk meneruskan kata-katanya terganggu apabila bas yang ditunggu oleh Jio telah pun sampai.Tanpa mengendahkan kehadiran Krystal di situ,Jio segera melangkah ke arah bas itu namun dihalang serta-merta oleh Krystal.Wanita itu memeluk tubuhnya dari belakang.Jio terkejut.

"Oppa,jangan tinggalkan saya dulu.Saya ada benda yang saya nak katakan dekat oppa,"rayu Krystal.

"Lepaskan aku,"kata Jio,tegas.Krystal enggan.Jio segera melepaskan pelukan Krystal itu lalu bergegas menaiki bas yang sedang menunggunya itu.

"Oppa!"jerit Krystal,namun tidak diendahkan oleh Jio.

"Ada satu benda yang saya dah lama nak katakan dekat oppa!"jeritnya lagi.Jio tidak mengendahkannya sebaliknya terus membayar tambang bas sebelum melangkah ke arah tempat duduknya.

"Oppa,saranghae!!!"jerit Krystal sebelum pintu bas itu tertutup rapat.Mata Jio terbuka luas selepas mendengar pengakuan berani Krystal itu.

"Saranghae!!!"jerit Krystal lagi walaupun bas yang dinaiki Jio itu sudah mula bergerak.

"Saranghae..."ucapnya lagi.Krystal terduduk di situ.Dia yakin Jio pasti tidak akan membalas cintanya setelah apa yang sudah berlaku.

"Oppa,saya betul-betul cintakan oppa sejak dari kali pertama kita jumpa lagi..."bisiknya sambil mengalirkan air mata.

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!