Chapter 27

I'm Falling in Love with You

 

Loceng tamat waktu persekolahan baru sahaja berbunyi.Murid-murid mulai mengemas barang-barang dan menyimpan alatan sekolah mereka ke dalam beg.Hyo Joo pula sekadar memerhati tingkah laku anak-anak muridnya.

“Baiklah,jangan lupa siapkan kerja sekolah yang cikgu dah bagi,ya?”pesan Hyo Joo,sebelum anak-anak muridnya melangkah keluar dari kelas.

“Baik,cikgu!”jawab anak-anak muridnya.Hyo Joo tersenyum.Senyumannya kian lebar apabila matanya terpandang ke arah susuk tubuh yang sedang berdiri di hadapan pintu kelasnya.Dia melangkah ke arah  lelaki itu tidak lama selepas kelasnya berakhir.Bahu lelaki itu dicuitnya dari tepi.Jio menoleh ke arahnya sambil mengukir senyuman manis.Hyo Joo membalas senyumannya.Masih ada rasa kekok dalam hubungan baru mereka itu.

“Cikgu dah habis kelas?”soal Jio.Hyo Joo angguk.

“Kenapa?”soal Hyo Joo pula.

“Saya nak cikgu buatkan kelas tambahan untuk saya,boleh?”soal Jio.Hyo Joo tertawa,memahami maksud sebenar kedatangan Jio itu.Tak lain tak bukan mesti nak ajak lunch ni…

“Boleh.Tapi,cikgu nak pergi hospital kejap,”kata Hyo Joo.Riak wajah Jio berubah.Pantas sahaja tangannya diletakkan di atas dahi Hyo Joo.

“Awak sakit ke?Kat mana?Kenapa tak cakap kat saya?”soal Jio,panik.

“Saya okeylah.Tak ada apa-apa,”balas Hyo Joo,sedikit geli hati dengan kelakuan Jio itu.

“Habis tu?Kenapa nak pergi hospital?”soal Jio lagi.

“Nak jumpa kawan,”jawab Hyo Joo.

 

 

“Saya tunggu kat luar je lah,”kata Jio,enggan masuk ke dalam bilik rakan Hyo Joo walaupun sudah beberapa kali diajak oleh Hyo Joo.

“Marilah,Jio.Dia teringin sangat nak jumpa dengan awak.Sekejap pun tak apa.Okey?”Hyo Joo tidak mengalah.Masih terus cuba untuk memujuk.Jio masih enggan.

”Awak sayangkan saya tak?”soal Hyo Joo.Jio memandang ke arah anak matanya.Perlahan-lahan,dia angguk.Hyo Joo tersenyum.

”Kalau awak sayangkan saya,awak kena sayangkan semua orang yang saya kenal.Okey?”kata Hyo Joo.Jio akhirnya bersetuju dengan permintaan Hyo Joo itu.

 

Jio terpana apabila melihat keadaan Seulong yang terbaring lesu itu.Dadanya berombak perlahan itu menggambarkan keadaannya yang kian tenat.Hyo Joo memandang ke arah wajah Jio yang terkejut itu.

“Maafkan saya sebab sembunyikan perkara ni dari awak.Ini semua permintaan Seulong sendiri.Dia nak…kita selesaikan hal kita berdua dulu.Sebab tu…saya baru nak beritahu awak pasal ni.Maafkan saya,”kata Hyo Joo,perlahan.Jio tidak menjawab.Apa yang dilihat di hadapannya ini amat memeranjatkannya.

"Jio ah?”soal Hyo Joo.Jio menoleh ke arahnya sambil tersenyum nipis.

“Tak apa.Saya faham.Tak ada apa yang perlu dimaafkan,”balas Jio sambil mengusap lembut pipi Hyo Joo.Hyo Joo terharu.Jio memahami kesulitan yang sedang dihadapinya selama ini.Perlahan-lahan,dia menyandarkan kepalanya pada dada Jio.

“Gomawo…”ucapnya.Jio memeluk tubuh Hyo Joo sambil memandang ke arah Seulong yang masih belum sedarkan diri itu.

 

 

Seulong membuka matanya perlahan-lahan sebelum menoleh ke arah kanannya apabila menyedari kehadiran Jio di situ.

“Jio ah…”sapanya,lemah.Jio tidak membalas apa-apa.Seulong mengukir senyuman nipis.

”Lama tak jumpa.Apa khabar?”soal Seulong,sambil mengukir senyuman nipis.Badannya terasa lemah sekali,seperti tiada apa yang mampu dilakukannya lagi.Sekadar terbaring lesu di atas katil dan hanya mampu menunggu masa untuk nyawanya terpisah dari badan.Jio angguk,sebagai menjawab soalan Seulong.

“Kenapa kau pandang aku macam tu?Janganlah tunjuk muka sedih tu.Tak macholah…”kata Seulong,sambil tertawa kecil.Namun riak wajah Jio tetap tidak berubah.Tawa Seulong kian perlahan.

”Aku tahu…kau tak selesa bila jumpa dengan aku,”kata Seulong,mula mengalihkan pandangannya dari Jio.Dia lebih selesa menjadikan pemandangan di luar sebagai santapan matanya.Sesekali kedengaran Seulong menarik nafas panjang.

“Sepatutnya kau rasa lega dan gembira bila tengok keadaan aku macam ni,Jio.Aku dah tak mampu nak buat apa dah.Hanya mampu tunggu…nyawa aku terpisah dari badan,”kata Seulong,perlahan.Sesekali kedengaran dia terbatuk.Tangannya diletakkan di atas dada,menahan kesakitan yang dialaminya.

”Dan kau patut rasa bertuah…sebab…aku dah tak mampu nak rebut Hyo Joo dari kau lagi.Apatah lagi,Hyo Joo benar-benar cintakan kau.Aku dah kalah…tapi aku tetap doakan kebahagiaan kamu berdua…”kata Seulong.Jio tersenyum sinis.

“Aku tak sangka kau selemah ni.Dan aku betul-betul tak sangka…kau ni memang mudah menyerah kalah,”kata Jio,tiba-tiba bersuara.Seulong terkejut apabila mendengar kata-kata Jio itu.

”Kau tak percayakan keajaiban ke?Sekurang-kurangnya kau kena berfikiran positif,dan berusaha untuk teruskan hidup kau.Bukan mengalah macam ni,”katanya lagi.

”Memang doktor boleh ramal sampai bila kita boleh bertahan dengan penyakit yang kita alami,tapi bukan mereka yang menentukan hidup mati kita.Mereka cakap macam tu berdasarkan logik akal dalam perubatan ni.Mana Seulong yang aku kenal dulu?Seulong yang tak mudah menyerah kalah untuk merebut cinta Hyo Joo?Mana?Aku tak kenal kau.Aku hanya kenal Seulong yang dulu je,”kata Jio.Dia kemudiannya mula melangkah untuk keluar dari bilik itu.

“Jio!”panggil Seulong.Jio memberhentikan langkahnya.Namun,tidak pula dia menoleh ke arah Seulong.

”Aku tak menyerah…tapi aku berpijak di atas bumi yang nyata.Dan aku tak kisah…kalau keajaiban tu terjadi atau tak dalam hidup aku.Apa yang aku dah capai dalam hidup aku ni,semuanya dah memadai.Walaupun aku gagal untuk memiliki cinta Hyo Joo,sekurang-kurangnya, mengenali wanita sebaik dan secantik dia dah amat memadai bagi aku.Walaupun hubungan kita berdua tak sehaluan,tapi…bila aku tahu Hyo Joo mencintai kau…aku rasa lega.Sekurang-kurangnya,aku boleh mengharapkan kau untuk mencintai dia…menghargai dia…dan menjaga dia…lebih daripada apa yang aku boleh bagi kepada Hyo Joo.Aku percayakan kau…”luah Seulong.Jio melangkah keluar dari bilik itu tidak lama selepas Seulong menghabiskan kata-katanya.Hyo Joo yang sedang duduk bersama-sama dengan IU itu memandang ke arah Jio dengan penuh tanda tanya apabila melihat lelaki itu terus beredar dari bilik Seulong tanpa menoleh langsung ke arahnya.Hyo Joo tidak terus mengejar Jio.Sebaliknya,dia melangkah ke arah bilik Seulong.

“Seulong?”panggil Hyo Joo.Seulong menoleh ke arahnya sambil mengukir senyuman nipis.

“Hyo Joo ah…”

 

 

Hyo Joo mendekati ke arah Jio yang sedang termenung di taman hospital itu.Jio seperti kusyuk melayani perasaannya sehinggakan tidak sedar Hyo Joo mengambil tempat di sisinya.Perlahan-lahan,Hyo Joo menyentuh tangannya.Jio kelihatan seperti baru tersedar dari lena apabila merasakan tangannya seperti disentuh oleh seseorang.Hyo Joo tersenyum ke arahnya.

“Kenapa ni?”soal Hyo Joo,lembut.Jio tidak menjawab.

”Awak marahkan Seulong ye?Seulong ada salah cakap dengan awak ke?”soal Hyo Joo lagi.Perlahan-lahan,Jio menggeleng.

”Habis tu?”soalnya lagi.Jio menoleh ke arahnya.Kemudian,dia memeluk wanita itu.Hyo Joo sekadar membiarkannya.

“Awak…betul-betul cintakan saya?”soal Jio.Hyo Joo tersenyum.Dia angguk,sebagai menjawab soalan Jio itu.

”Kenapa awak cintakan saya?”soal Jio lagi.

“Awak?Kenapa awak cintakan saya?”Hyo Joo mengulangi soalan Jio tanpa menjawab soalan daripada lelaki itu.Jio melepaskan keluhan kecil.

“Saya tak tahu…”jawab Jio,lemah.Hyo Joo tersenyum lagi.

“Tulah jawapan saya.Saya pun tak tahu…kenapa saya cintakan awak.Mungkin,perasaan tu datang sendiri,tanpa dipaksa.Alasan kenapa saya cintakan awak…dan alasan kenapa awak cintakan saya,semua tu tak penting.Yang penting…saya percayakan awak…dan awak percayakan saya.Saya percaya…awak cintakan saya sepenuh hati awak…dan akan jaga saya sebagai harta yang paling berharga dalam hidup awak,”kata Hyo Joo.

“Sampai macam tu sekali awak percayakan saya?”soal Jio,memperkemas lagi pelukannya terhadap Hyo Joo.Hyo Joo angguk.

“Sebab saya pun akan buat macam tu dekat awak,”jawab Hyo Joo.Jio akhirnya mengukir senyuman bahagia.

“Gomawo…”ucapnya,sambil mengeratkan lagi pelukannya.

 

 

“Masuk!”arah Krystal apabila terdengar ketukan pada pintu biliknya.Dia hanya membiarkan seorang wanita berpakaian serba hitam melangkah ke arahnya.

“Apa maklumat yang awak dapat hari ni?”soal Krystal.Wanita itu tidak menjawab sebaliknya meletakkan sekeping sampul berat tebal ke atas meja Krystal.Krystal tidak bersoal banyak sebaliknya terus sahaja membuka sampul surat itu.Bibirnya mengukir senyuman sinis apabila melihat isi di dalamnya.Segala dokumen-dokumen penting syarikat milik Tuan Jung sudah menjadi miliknya.Senyumannya kian lebar apabila melihat kepingan-kepingan gambar Hyo Joo dan Jio turut disertakan.

“Bagus!Kerja awak memang amat memuaskan hati saya,”puji Krystal.Dia kemudiannya menyerahkan sehelai kertas putih kepada wanita itu.

”Ni baki bayaran saya.Ingat,lepas ni,kita tak perlu berjumpa lagi.Arasso?”soal Krystal.Wanita itu angguk.Kertas putih berupa cek itu diambilnya sebelum melangkah keluar dari bilik Krystal.Krystal tersenyum sinis.Rancangannya hampir berjaya.Tidak lama lagi,Tuan Jung dan Jio pasti akan melutut kepadanya.Krystal memandang ke arah gambar Jio.Gambar itu diusapnya lembut.

“Jio oppa…miane…”ucapnya perlahan,sebelum mengucup lembut gambar Jio itu.

 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!