Chapter 13

I'm Falling in Love with You

 

IU mengetuk berkali-kali pintu bilik Seulong,namun langsung tidak kedengaran suara Seulong dari dalam yang membenarkan dia masuk ke dalam.IU mulai bimbang.

"Oppa!!Oppa!!"IU ingin sahaja membuka pintu tersebut namun pintu itu terkunci dari dalam.

"Oppa,buka pintu ni!Oppa tak apa-apa ke kat dalam tu?"soal IU lagi.Mujurlah ahli keluarga yang lain tidak berada di rumah ketika ini.Kalau tak,pasti kecoh dibuatnya oleh IU.Tidak lama selepas itu,kelihatan wajah Seulong yang agak keletihan di hadapan IU.Pantas sahaja IU menyentuh wajah Seulong yang kelihatan letih itu.Seulong terkejut dengan tindakan IU yang tiba-tiba itu.

"Oppa,kenapa ni?Oppa tak sihat ke?"soal IU lagi.Seulong tersengih sambil melepaskan tangan IU dari menyentuh wajahnya.

"Mana ada apa-apa.Oppa okey jelah.Oppa tengah mandi tadi.Nampak ni rambut oppa tengah basah lagi ni,"kata Seulong sambil membilas-bilas rambutnya yang hitam keperangan itu.IU sekadar memerhati namun masih belum mempercayai kata-kata Seulong sepenuhnya.Manakan tidak,wajah Seulong kelihatan pucat.Kelihatan seperti orang sakit.

"Betul ke ni?Nampak muka oppa tu macam semacam je.Nak IU bawakan oppa ke klinik tak?Ni kalau ahjumma tengok mesti risau ni,"kata IU lagi.Seulong tersenyum nipis.Rambut IU yang panjang itu diusapnya,lembut.

"Ish,budak ni.Buat-buat tak faham pula.Oppa okey je kan?Oppa cuma penat je.Nanti kalau dah tidur,mesti dah okey,"kata Seulong.IU akhirnya mengangguk,walaupun hatinya masih belum berpuas hati dengan kenyataan lelaki itu.

"Kalau oppa nak apa-apa,bagitahu IU tau.IU ada kat bawah,"kata IU.Seulong tersenyum sambil angguk.IU membalas senyuman Seulong sebelum beredar dari situ.

"IU!"panggil Seulong.Mika menoleh ke arahnya."Terima kasih...sebab risaukan oppa,"ucap Seulong.IU tertawa kecil.

"Ada-ada je lah oppa ni.Okeylah,IU turun dulu,"kata IU,lalu beredar dari situ.Seulong memandang IU yang melangkah semakin jauh darinya itu.Perlahan-lahan,Seulong melepaskan nafas berat lalu menutup biliknya itu.Dia melangkah lemah menuju ke arah bilik airnya.Sisa-sisa darah yang masih ada di sinki itu dibersihkannya.Seulong menunduk lemah.Fikirannya benar-benar buntu.Rahsia ini lama-kelamaan akan terbongkar jua.Hyo Joo dan IU pasti akan mengetahuinya juga.Seulong menggeleng.Mereka tidak boleh mengetahui tentang rahsia ini.Dia akan berusaha untuk menyimpannya selama yang mungkin.

 

 

 

Hyo Joo mengemas bukunya selepas sahaja kelasnya sudah berakhir.Bibirnya menguntum senyuman manis apabila melihat kerajinan Leo menyusun kerusi dan meja kelas tersebut.

"Leo,tak apalah.Tinggalkan je kerja tu.Cikgu boleh buatkan nanti.Leo baliklah dulu.Mesti ahjussi dah tunggu lama kat luar tu,"kata Hyo Joo.Sejak Jio tidak lagi menghantar Leo ke sekolah,pemandu peribadi keluarga mereka yang mengambil alih tugas itu.Hyo Joo melepaskan keluhan berat.Sudah lama dia tidak mendengar khabar dari lelaki itu.Jauh di sudut hatinya,dia agak geram dengan sikap Jio itu.Bukannya bekerja di luar negara pun,setakat di Busan saja.Itupun susah nak berhubung ke?Hatinya menyoal sendiri.Apakah Jio sengaja menguji perasaannya selama ini?Hyo Joo segera melupakan segala-gala yang sedang bermain di fikirannya ketika itu.Perhatiannya beralih semula kepada Leo.

"Ala,tak apa.Ahjussi tak bising punya,cikgu.Kalau dia nak marah,nanti Leo reportlah kat appa.Kan senang?"kata Leo,selamba.Hyo Joo tersenyum.

"Ada-ada je,Leo ni,"katanya.Kerjanya yang tertangguh itu disambungnya semula.Ni Jio punya pasallah ni!

"Cikgu tak rindu kat Jio Hyung ke?"soal Leo,tiba-tiba.Hyo Joo tersentak dengan pertanyaan Leo itu.Sengaja dia tidak membalas pertanyaan itu.

"Hyung kata...diam tu tandanya..betullah tu,"kata Leo lagi.Kali ini,Hyo Joo benar-benar terkejut.Sejak bila pula Leo pandai berkata-kata sedemikian rupa?Ni tak lain tak bukan mesti ikut kepala si Jio ni.

"Kalau Jio setakat nak suruh Leo mengusik cikgu,tak payahlah Leo.Cikgu dah masak sangat dengan perangai dia.Macam budak-budak..."kata Hyo Joo.Tiba-tiba,telefon bimbitnya berdering.Pantas sahaja dia menjawab panggilan itu tanpa melihat dahulu nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.

"Sedap-sedap je cakap orang ni macam budak-budak ekh?"Mata Hyo Joo terbeliak apabila mendengar suara yang sedang berada di dalam talian itu.

"Aik...dah bisu ke?Tadi sedap-sedap je mengumpat pasal orang ekh.Tulah,Jung ByungHee ni berdaulat orangnya.Kan dah kena tulah,"kata Jio,seolah-olah marah.Hyo Joo segera melangkah ke luar kelas.Mengharapkan Jio sedang berdiri di situ.Namun,dia hampa.

"Awak kat mana ni?"soal Hyo Joo,cuba menahan getaran di hatinya.

"Em,betullah tu..."balas Jio.

"Apa yang betul?"soal Hyo Joo.

"Awak rindu kat saya kan?"soal Jio.Hyo Joo menelan air liur.Takkan nak mengaku pula?

"Ni yang saya malas nak cakap dengan awak ni,"kata Hyo Joo.Kedengaran Jio tertawa.

"Saya baru keluar dari pagar sekolah awak tadi.Ni dalam perjalanan nak ke tempat kita dating dulu..."kata Jio.Kening Hyo Joo terangkat sebelah.

"Tempat kita dating?"soal Hyo Joo.

"Ala,tempat awak beli anak beruang dulu tu,"kata Jio,masih belum berterus-terang.

"Apa awak merepek ni,Jio?Main-main pula,"kata Hyo Joo.

"Eh,saya tengah driving ni.Kita jumpa kat sana ekh,"kata Jio,lalu mematikan panggilan.

"Jio!"Hyo Joo cuba menghubunginya semula.Namun,panggilannya tidak berjawab.Pantas sahaja Hyo Joo berlari ke arah pintu pagar sekolahnya.Kelihatan sebuah kereta mewah merah sedang meluncur laju meninggalkan sekolahnya.Jio!

"Apa yang sedang dia buat ni?"soalnya sendiri.

"Cikgu,saya balik dulu ye,"kata Leo.Hyo Joo segera beralih ke arahnya.

"Em..okey.Hati-hati,"kata Hyo Joo.Fikirannya masih berserabut ketika itu.Entah mengapa,lama matanya memandang ke arah beg sandang Leo.Tidak lama selepas itu,matanya terbuka luas.Seolah-olah baru tersedar dari mimpi.Anak patung beruang putih yang tergantung pada beg sandang Leo itulah yang dimaksudkan oleh Jio sebentar tadi.Hyo Joo tersenyum sendiri.Memang dia terkena sungguh hari ini.Tak sangka licik sungguh adik beradik Jung ni!

 

 

 

Hyo Joo mencari-cari kelibat Jio di dalam kedai itu namun tidak kelihatan.Hanya kelihatan seorang lelaki bercermin mata hitam  yang sedang memilih barangan berada di situ.Hyo Joo meneruskan pencariannya namun gagal.Dia mulai runsing.Dia kemudiannya melangkah ke arah jurujual yang sedang berdiri di kaunter kedai itu.

"Ya,cik.Apa yang boleh saya bantu?"soal jurujual itu.

"Saya nak tanya,cik nampak tak seorang lelaki bermisai datang sini tadi?Umur dia macam dalam 26 tahun,"soal Hyo Joo.

"Oh,maaf.Sejak tadi,memang tak ada lelaki yang cik maksudkan tu datang ke sini,"jawab jurujual itu.Hyo Joo hampa namun disembunyikannya dengan senyuman manis,sebagai tanda terima kasih kepada jurujual itu.Tiba-tiba,lelaki bercermin mata hitam tadi melangkah ke arah kaunter jurujual itu.Dia kemudiannya menghulurkan barang-barang yang dibelinya tadi kepada jurujual itu.Hyo Joo tidak memandang ke arah lelaki itu.Dia ingin sahaja beredar dari situ.Geram sungguh terhadap Jio yang tidak habis-habis dengan permainannya itu.

"Memanglah lelaki 26 tahun yang bermisai tak ada masuk kat sini."Hyo Joo memberhentikan langkahnya apabila mendengar kata-kata lelaki itu.Tiba-tiba,dia merasakan lelaki itu sedang mendekati ke arahnya.Ingin sahaja dia menoleh ke arah lelaki itu namun matanya ditutup oleh lelaki itu.

"Sebab...lelaki 26 tahun yang awak cari-cari tu,dah tak ada misai,"kata lelaki itu lagi sebelum membuka semula mata Hyo Joo.Hyo Joo tidak percaya dengan apa yang dilihatnya itu.Benarkah lelaki itu adalah Jio?Lelaki itu tersenyum.

"Kenapa ni?Baru dua bulan tak jumpa,takkan dah tak kenal saya dah kot,"kata Jio lagi.Hyo Joo meraba-raba wajah Jio yang kelihatan terlalu berbeza daripada sebelum pemergiannya ke Busan itu.Jio terkejut.

"Eh,saya sihat je.Tak demam.Kenapa awak nak pegang-pegang muka saya ni?"soal Jio,hairan.

"Jio?"soal Hyo Joo,sungguh tidak percaya.Jio tersengih.

"Ye ye saya tahu saya makin kacak,"kata Jio sambil ketawa.Namun tawanya terhenti apabila Hyo Joo memeluk tubuhnya, erat sekali.Jio terpana dengan tindakan Hyo Joo itu.

"Hyo Joo?"soal Jio.Hatinya berbunga gembira.Dia tidak menyangka bahawa kepulangannya itu disambut oleh pelukan Hyo Joo.Ingat senang nak dapat ke?Namun,pelukan itu hanyalah seketika apabila berakhir dengan jeritan Jio.Rupa-rupanya,Hyo Joo mencubit belakang badannya.

"Yah!!Sakitlah!Lepaskan!!"jerit Jio.

"Saya takkan lepaskan selagi awak tak minta maaf kat saya,"kata Hyo Joo.

"Buat apa?!"soal Jio,dalam kesakitan.Hyo Joo menguatkan lagi cubitannya.

"Arasso!Arasso!Miane!"jerit Jio.Hyo Joo akhirnya melepaskan 'pelukannya'.Baru puas hatinya!Jio menyapu belakang badannya.Berbisa sungguh pelukan minah ni!

"Yah,kenapa nak cubit-cubit ni?Sakitlah!"marah Jio.Hyo Joo tersengih,tak rasa bersalah langsung.

"Memang padan dengan muka awak.Lain kali jangan nak susahkan saya.Kalau nak jumpa,cakap je direct.Ni tak,nak main explorace pula,"kata Hyo Joo.Jio memasamkan mukanya.

"Awak ingat muka awak tu kacak sangatlah?Ala setakat tak ada misai je.Cubit sikit dah tak tahan.Lembik!"ejek Hyo Joo.Mulut Jio terlopong mendengar ejekan Hyo Joo itu.

"Sikit awak cakap?Ni kalau saya tengok nanti,mesti biru punya!"balas Jio.Masih terasa kesakitannya lagi.Hyo Joo tersenyum.Dia kemudiannya memegang belakang Jio namun dielak oleh lelaki itu.

"Ah,jangan harap saya nak bagi awak pegang lagi belakang saya!Dah,jom.Saya dah lapar ni.Awak belanja!"kata Jio,lalu beredar dari situ.Hyo Joo mencebik.Namun,dia tersenyum juga tidak lama selepas itu.Gembira kerana dapat berjumpa dengan Jio semula.Jio yang lebih kacak dari sebelumnya!

 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!