Chapter 17

I'm Falling in Love with You

 

Leo mengesat matanya sambil menuruni tangga menuju ke dapur.Suasana ruang tamu yang agak gelap itu tidak diendahnya.Yang penting,dia mahu menghilangkan dahaganya dahulu.Tiba-tiba jam di dinding berbunyi,menandakan pukul 3 pagi sedikit menegejutkan Leo yang keseorangan ketika itu.Leo segera melangkah menuju ke dapur.Namun,langkahnya terhenti apabila melihat suatu lembaga sedang memasuki ke dapur melalui tingkap.Jantungnya berdegup pantas apabila lembaga itu perlahan-lahan mendekati ke arahnya.Kakinya menggeletar.Sebaik sahaja lembaga itu kian hampir dengannya,Leo menjerit sekuat hati.

"OMMA!!!!!!!!!!!"Lembaga itu terlalu terkejut apabila mendengar jeritan nyaring Leo sehingga mampu membuatkannya terjatuh.Pembantu rumah yang turut terkejut segera melangkah ke arah dapur apabila terdengar jeritan Leo.Lembaga itu kembali bangun dan cuba melangkah ke arah Leo.Pembantu rumah yang ketika itu sudah berada di sebelah Leo turut menjerit ketakutan sehingga sempat membaling sebuah pinggan plastik ke arah lembaga itu.Lembaga itu menjerit kesakitan dan menunduk sambil memegang kepalanya.Tuan Jung,Puan Jung,Jio dan Bora segera menuju ke dapur apabila mendengar kekecohan yang berlaku di sana.Tuan Jung segera memetik suis lampu dapur sambil memegang kayu golf di tangan kirinya.

"Siapa tu?!"jerit Tuan Jung.Dia sudah bersedia untuk memukul lembaga itu dengan kayu golfnya.

"Jangan,appa!!!"jerit lembaga itu sambil menutup kepalanya dengan tangan.Tuan Jung dan yang lain terkejut mendengar jeritan lembaga itu.Jio mendekati ke arah lelaki yang disangka lembaga itu sambil mengangkat wajah lelaki itu.Matanya terbuka luas.

"Gi Kwang?"soal Jio.Gi Kwang tersenyum sumbing.

"Hai Hyung,"kata Gi Kwang,masih dengan senyuman sumbingnya itu.

 

 

 

"Kenapa tak cakap dengan appa dan omma yang Gi Kwang nak balik?Ahjussi boleh ambilkan Gi Kwang tadi,"kata Puan Jung sambil meletakkan tuala panas pada dahi Gi Kwang yang lebam itu.Gi Kwang mengaduh kesakitan.

"Ala..nak buat surpriselah,omma,"jawab Gi Kwang.

"Surprise konon!Tahniahlah sebab dah dapat lebam sebiji kat dahi tu,"balas Jio,sinis.Bora sekadar menahan tawa.Leo pula kembali lena dalam pangkuan Bora.

"Maafkan ahjumma ya.Ahjumma betul-betul tak sengaja tadi,"kata pembantu rumah itu,penuh rasa bersalah.

"Tak apalah,ahjumma.Saya yang salah.Masuk rumah tak bagi salam,memang patutlah dapat pinggan sebiji,"kata Gi Kwang sambil tertawa kecil.

"Kenapa ahjumma tak bagi periuk je kat dia tadi?Biar padan dengan muka dia!Menyusahkan jelah budak ni,"kata Jio,geram.Gi Kwang mencebik.

"Ala hyung.Tahulah tak suka AJ balik.Hyung takutkan,yang AJ akan rampas title lelaki paling kacak kat rumah ni?"soal Gi Kwang.

"Apa?AJ?Siapa tu?"soal Jio.Gi Kwang menepuk-nepuk dadanya dengan penuh rasa bangga.Jio berpura-pura mahu muntah.Begitu juga dengan Bora.

"Oppa...AJ?"soal Bora.Gi Kwang angguk sambil tersenyum.

"Oi...sedarlah yang kau tu bukan orang putih.Tak payah nak berlagak...AJ konon!Speaking pun tak betul,"kata Jio.

"Hyung,AJ baru balik dari New York okey?Mustahillah yang AJ tak pandai speaking,"balas Gi Kwang,bangga.Jio membaling bantal ke arah muka Gi Kwang.

"Jio,tak baik buat adik macam tu."Puan Jung menegur perbuatan kasar Jio itu.

"Sakit jiwa aku layan budak ni,"kata Jio,lalu beredar dari situ.

"Hyung,awalnya tidur?"soal Gi Kwang,tidak percaya.

"Esok kerjalah!"balas Jio.

"Hyung kerja?Appa,dunia ni dah nak kiamat ke?"soal Gi Kwang.Tanpa disedari,satu lagi bantal dibaling dari arah tangga ke arah mukanya.Jio kemudiannya meneruskan langkahnya,menuju ke bilik.

"Hyung!"jerit Gi Kwang,tidak puas hati.

"Padan muka oppa.Tulah..cari pasal dengan Jio oppa lagi,"kata Bora,mengejek.Gi Kwang memuncungkan mulutnya.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!