Chapter 28

I'm Falling in Love with You

 

Gi Kwang memberhentikan motosikalnya apabila melihat kelibat seseorang yang amat dikenalinya berada di hadapannya.

“Krystal!”panggilnya selepas betul-betul memberhentikan motosikalnya di hadapan Krystal.Krystal menoleh ke arahnya.Sedikit terkejut dengan kehadiran Gi Kwang di situ.

“AJ?Apa awak buat kat sini?”soal Krystal.Dia segera menyembunyikan sampul surat tebal itu di dalam begnya.Dia cuba berlagak biasa.Jika bukan kerana siasatan daripada pembantunya sebentar tadi,sudah tentu dia tidak mengetahui mengenai hubungan sebenar antara Jio dengan Gi Kwang itu.Selain daripada mereka,mereka turut mempunyai seorang adik perempuan bernama Bora dan seorang lagi adik angkat lelaki bernama Leo.Oleh itu,Gi Kwang tidak boleh mengetahui mengenai rancangannya.Apatah lagi,rancangannya itu melibatkan keluarga Gi Kwang sendiri.

“Saya saja lalu kat sini.On the way nak ke rumah.Awak ni kenapa?Macam nampak hantu je?Ada hantu berdiri sebelah saya ke?”soal Gi Kwang,sedikit hairan dengan pandangan Krystal terhadapnya.

“Tak ada apa-apa.Em,mungkin penat sikit kot.Banyak kerja sikit hari ni,”dalih Krystal.

“Em,kalau macam tu,apa kata saya belanja awak makan.Boleh juga hilangkan penat awak sikit.Lagipun saya nak ucapkan terima kasih kat awak pasal tolong saya masa accident hari tu,”ajak Gi Kwang.

“Ah…tak apalah.Kalau pasal accident tu,dah lama berlalu pun.Saya dah tak kisah.Lagipun,saya ada hal urgent kat rumah ni.Lain kali je lah ye,”kata Krystal,menolak ajakan Gi Kwang dengan baik.Dia kemudiannya masuk ke dalam kereta dan segera menghidupkan enjin keretanya.Dia segera memandu laju keretanya,meninggalkan Gi Kwang tanpa sebarang kata.Gi Kwang hairan dengan sikap Krystal yang agak terburu-buru itu.Seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh wanita itu.

 

 

Tae Yeon hanya mendiamkan diri di dalam kelas.Puas Bora mengajaknya untuk makan bersama,namun ditolaknya mentah-mentah.Jika ditanya mengapa,tidak pula dia menjawab.Walaupun Bora sedia maklum mengenai kisah Tae Yeon putus cinta dengan seseorang yang tidak pernah Tae Yeon ceritakan kepadanya,namun,dia juga bimbang sekiranya Tae Yeon ada mengalami masalah yang lain pula.

“Saya pergi kafe dulu.Kalau awak ada apa-apa,telefon saya,okey?”pesan Bora.Tae Yeon sekadar tersenyum nipis.

“Okey,”balasnya.Bora turut membalas senyuman kawan baiknya itu sebelum dia melangkah keluar dari kelas.Tae Yeon melepaskan keluhan kecil selepas sahaja Bora melangkah keluar dari kelas.Namun,tidak lama selepas itu,lamunannya terganggu apabila kedengaran suara orang berdehem di belakangnya.Malas pula dia hendak menoleh ke belakang kerana sudah tahu siapa yang berada di belakangnya ketika itu.

“Hai,Tae Yeon,”tegur Dong Hae,lembut.Tae Yeon tidak membalas sapaan lelaki itu dan kelakuannya itu sudah dapat dijangka oleh Dong Hae.Dia segera mengambil tempat di hadapan Tae Yeon.Wajah muram Tae Yeon itu ditenungnya.

“Saya rasa…sepanjang saya kenal awak…dan…sepanjang saya berbual dengan awak,awak tak pernah pun nak senyum kat saya,macam yang awak selalu senyum kat kawan-kawan awak.Kenapa ye?Muka saya ni…ada virus yang boleh buat orang tak nak senyum kat saya ke?”soalnya.Tae Yeon tidak lagi membalas.Sekadar merenung mejanya dan tingkah lakunya itu menimbulkan satu idea dalam benak fikiran Dong Hae.Dia kemudiannya mengeluarkan pensil dari dalam poket bajunya.Dia menulis sesuatu di atas meja Tae Yeon.

“Kenapa ni?”soal Dong Hae.Perlahan-lahan,Tae Yeon menulis sesuatu di atas mejanya untuk membalas pertanyaan Dong Hae itu.Dong Hae tersenyum apabila membaca sesuatu yang ditulis oleh Tae Yeon itu.

“Jangan sibuklah!”balas Tae Yeon.

“Kalau awak tak nak cerita pun tak apa.Tapi,kalau saya nak duduk dengan awak kat sini,tak apa kan?”soal Dong Hae.Lama Tae Yeon tidak membalas tulisan Dong Hae di atas mejanya itu.

“Boleh.Tapi tutup mulut awak tu.Bisinglah,”balas Tae Yeon.Senyuman Dong Hae kian lebar.

“Okey!”balasnya.Kemudian,masing-masing mendiamkan diri di situ.Tae Yeon pula sekadar merenung mejanya yang penuh dengan ‘perbualannya’ dengan Dong Hae.Tidak lama selepas itu,Tae Yeon menulis sesuatu di atas mejanya lagi.

“Boleh awak nyanyikan satu lagu untuk saya?Saya…nak hilangkan rasa sedih…”soal Tae Yeon.Dong Hae membaca tulisan Tae Yeon itu sambil mengukir senyuman manis.Dong Hae kemudiannya menyanyikan lagu No Other kepada Tae Yeon.Tae Yeon sekadar mendengar.Mendengar nyanyian Dong Hae itu,Tae Yeon tidak dapat menahan sebak lagi.Laju sahaja air matanya mengalir.Dong Hae tidak berhenti menyanyi.Sekadar memandang wajah Tae Yeon yang sayu itu.

 

 

Setiausaha Tuan Jung mengetuk pintu pejabatnya dengan cermat sebelum mendengar panggilan Tuan Jung yang mengizinkannya untuk masuk.Kedengaran sekali-sekala Tuan Jung terbatuk-batuk.Walaupun sudah beberapa kali ditegah oleh Puan Jung dan anak lelakinya,Jio supaya berehat sahaja di rumah,dan menyerahkan segala urusan syarikat kepada Jio,Tuan Jung tetap berdegil mahu memantau sendiri perjalanan syarikatnya.Tuan Jung bukan tidak mempercayai kebolehan Jio menguruskan syarikatnya sendiri,tetapi masih ada banyak kerja yang masih perlu Tuan Jung selesaikan sendiri.

“Ada apa,Cik Jia?”soal Tuan Jung.

“Saya datang nak ingatkan Tuan Jung pasal jadual untuk hari ni,”kata Cik Jia.Tuan Jung sekadar angguk,sebagai tanda mengizinkan Cik Jia untuk meneruskan tugasnya.

“Pukul 9 pagi nanti,Tuan ada meeting dengan Pegawai Lim dekat Hotel Seoul…”Cik Jia terus membacakan jadual Tuan Jung ketika itu.Tuan Jung sekadar mendengar.

”Dan…pukul 5 petang nanti,Tuan ada meeting dengan Tuan Lee,”kata Cik Jia sebelum menutup buku catatannya.

”Tuan ada sesuatu yang Tuan nak katakan kepada saya?”soal Cik Jia pula.

“Pasal meeting saya pukul 2 nanti,tolong serahkan kepada Jio ya?Saya rasa dia boleh handle pasal meeting tu sebab dia ada involve dalam projek tu,”kata Tuan Jung.Cik Jia sekadar angguk.

”Baiklah,tu saja,”kata Tuan Jung.Cik Jia kemudiannya meminta izin untuk beredar.Tuan Jung mendail nombor telefon rumahnya.

“Yeobo,”kata Tuan Jung apabila mendengar suara Puan Jung menjawab panggilannya.

“Ya?Ada apa?Yeobo tak sihat ke?”soal Puan Jung,kedengaran nada cemas dalam percakapannya.

“Taklah.Yeobo ingat kan pasal jemputan Tuan Lee ke rumah dia hari ni?Pukul 4.30 nanti,yeobo siap-siap dan tunggu kat rumah,okey?”pesan Tuan Jung.

“Oh ye,yeobo baru ingat.Okey,nanti yeobo tunggu pukul 4.30,”balas Puan Jung.

“Pesan kat Bora,tolong tengokkan Leo tu,”pesan Tuan Jung lagi.

“Arasso…”balas Puan Jung.Perbualan mereka ditamatkan apabila Tuan Jung menghubungi pemandunya pula,Ki Tae.

 

“Arigatogozaimatsu,”ucap Jio sambil menundukkan sedikit kepalanya kepada wakil dari syarikat Jepun itu selepas menamatkan mesyuarat mereka sebentar tadi.Dia kemudiannya melihat jam tangannya.Sudah hampir mencecah pukul 4 petang.Masih ada masa lagi sebelum pukul 5 petang.Pukul 5 petang nanti,dia perlu ke tempat Lee Joon pula.Sudah lama dia tidak bertemu dengan kawan baiknya itu walaupun mereka bekerja di tempat yang sama.Masing-masing sedang sibuk menguruskan hal kerja tersendiri.Dua minggu lalu,Lee Joon dihantar oleh ayahnya ke Icheon untuk memantau kerja-kerja di sana.

“Sempat lagi ni nak ke kedai tu,”bisiknya.Dia segera beredar dari situ.Niatnya mahu menuntut sesuatu yang sudah ditempah sekian lama.Sesuatu yang bakal menjadi milik Hyo Joo.

 

“Ada apa Tuan Lee nak ajak kita berdua dinner kat rumah dia?”soal Puan Jung,sambil membetulkan sedikit rambutnya.Kedengaran Tuan Jung terbatuk-batuk.

“Entahlah.Tak ada pula dia cakap.Saja je kot.Kalau nak bincang pasal hal kerja,mesti dia lagi selesa jumpa kat luar,”kata Tuan Jung.Han Ki Tae sekadar menumpukan pemanduannya,tidak pula berniat mahu mendengar apatah lagi mencelah perbualan majikannya itu.

“Bora dah balik rumah ke?”soal Tuan Jung pula.Puan Jung angguk.Tuan Jung tersenyum.

"Dia tak keluar dengan si Lee Joon ke?”soal Tuan Jung lagi.

“Dah yeobo suruh dia balik rumah awal,tengokkan si Leo tu.Mestilah dia balik awal.Takkan nak bawa Leo sekali keluar dating kot,”balas Puan Jung.Tuan Jung tertawa kecil mendengar kata-kata isterinya itu.Tangan isterinya itu digenggamnya.

“Kenapa pula ni?”soal Puan Jung,sedikit hairan dengan sikap suaminya itu.

“Nak pegang tangan isteri sendiri pun tak boleh ke?”balas Tuan Jung.Isterinya tersenyum.

“Tak adalah.Cuma,lain macam je ni,Mesti ada apa-apa ni,”duga Puan Jung.

“Tak ada.Rindu je…”ucap Tuan Jung,romantik.Puan Jung tersenyum bahagia.Dalam diam,dia bersyukur kerana dikurniakan suami yang masih menghargai dirinya.Namun,perbualan mereka terganggu apabila kereta yang mereka naiki itu bergegar secara tiba-tiba.Ki Tae yang sedang memandu kereta itu juga panik.

“Ki Tae,kenapa ni?”soal Tuan Jung.Puan Jung pula memaut lengan suaminya kerana ketakutan.

“Saya tak tahu,Tuan.Tiba-tiba je kereta macam ni,”jawab Ki Tae,masih cuba berusaha untuk mengawal kereta itu.Namun,usahanya gagal apabila kereta yang dipandunya itu melanggar besi penghadang jalan dan akhirnya terjatuh ke dalam laut.Tidak lama selepas itu,kedengaran bunyi letupan dari laut tersebut.

 

 

Bora meninggalkan Leo yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya di ruang tamu apabila terdengar deringan telefon rumahnya.Niat pembantu rumahnya mahu menjawabkan panggilan itu ditolaknya dengan lembut.

“Hello,kediaman Jung bercakap?”jawab Bora.

“Ini rumah keluarga Tuan Jung ke?”soal seorang lelaki.Hati Bora mulai tidak senang.

“Ya?Ni siapa ya?”soal Bora.

“Maafkan saya,Cik.Saya Pegawai Kim ingin melaporkan kemalangan yang melibatkan kedua-dua ibu bapa Cik,”kata Pegawai Kim itu.Bora terkejut.

"Dan...kami tak dapat jumpa mayat ketiga-tiga mangsa memandangkan kereta mereka terjunam ke dalam laut dan terbakar.Maaf..."Telefon rumah itu terlepas dari pegangan Bora.Bora terduduk.Air matanya mengalir.Gi Kwang yang baru melangkah masuk ke dalam rumah itu hairan melihat kelakuan Bora itu.Pantas sahaja dia mendekati ke arah adik perempuannya itu.

"Bora,kenapa ni?"soal Gi Kwang,cemas.Bora tidak menjawab pertanyaan abangnya itu.

"Bora!!"Gi Kwang memegang bahu Bora.Bora memandang ke arah abangnya.

"Oppa...."katanya.

"Om..omma....a...ap...appa..."Air mata Bora mengalir laju.Dia tidak mampu meneruskan kata-katanya.Dia segera memeluk tubuh Gi Kwang,menghamburkan segala kesedihan yang terbuku di dalam dadanya.Gi Kwang mengambil telefon yang dilepaskan oleh Bora sebentar tadi.

"Hello,siapa ni?"soal Gi kwang,cemas.Mujur orang di sana masih belum memutuskan talian.Tidak lama selepas itu,matanya terbuka luas selepas sahaja mendengar berita yang disampaikan oleh pegawai itu.

 
 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!