Chapter 10

I'm Falling in Love with You

 

Hyo Joo melepaskan keluhan berat.Ruang tamunya yang sedikit bersepah itu sudah dikemasnya.Tae Yeon pula sudah keluar.Mahu berjumpa dengan rakan katanya.Hyo Joo meletakkan tangannya di atas dahi sambil memejamkan matanya.Hujung minggu seperti ini teramat-amat dinantikannya.Bukannya selau dapat berehat macam ni...Namun,rehatnya terganggu apabila kedengaran telefon bimbitnya berdering.Matanya terbuka luas apabila melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.

"Jio ah,"jawab Hyo Joo.Kedengaran keluhan Jio dalam talian.Hyo Joo hairan.

"Jio?"soal Hyo Joo.Kedengaran keluhan Jio lagi dalam talian.Hyo Joo mulai resah.

"Jio,kenapa ni?"soal Hyo Joo.Namun,Jio tidak memberi sebarang respon.

"Lebih baik awak cakap.Kalau tak,saya letak telefon,"ugut Hyo Joo,mulai rimas dengan gurauan Jio.

"Ala,nak main-main pun tak boleh.Garanglah cikgu ni."Kedengaran suara Jio dalam talian.Hyo Joo tersenyum sumbing.

"Awak kat mana ni?Tiba-tiba je call saya.Leo tak ada apa-apa kan?"soal Hyo Joo.

"Yela,kalau saya call je...mesti kena cakap pasal si kenit tu kan?"balas Jio.Hyo Joo tertawa.

"Oh,bukan pasal Leo ke?Habis tu?"soal Hyo Joo lagi.

"Saja.Nak tengok awak hidup lagi ke tak,"kata Jio,bergurau.

"Kenapa pula?"soal Hyo Joo sambil berjalan ke arah balkoni rumahnya.

"Yela.Manalah tahu yang awak dah mati rindu kat saya.Kan saya dah lama tak hantar Leo ke sekolah,"balas Jio.Hyo Joo mencebik.

"Tak payah nak perasan.Ala,baru dua minggu...apalah yang nak dikecohkan sangat,"kata Hyo Joo.

"Ala,dengan saya,awak bolehlah cakap macam tu.Cuba kalau dengan boyfriend awak tu,mesti sesaat pun awak tak boleh tak jumpa dia,"kata Jio.Hyo Joo terkejut.

"Seulong ke?Dia tu kawan saya je la,"balas Hyo Joo.Kedengaran Jio tertawa dalam talian.

"Sekarang yela awak cakap macam tu.Nanti-nanti tak tahu lagi,"kata Jio lagi.

"Dahlah.Lupakanlah pasal tu.Awak kat mana ni?"soal Hyo Joo,cuba menukar topik perbualan.

"Kat bawah,"jawab Jio.

"Bawah?"soal Hyo Joo,tidak percaya.

"Em,"balas Jio.Hyo Joo memandang ke bawah.Memang benar!Jio sedang menelefonnya dari bawah.

"Yah,apa awak buat kat sini?!"soal Hyo Joo.

"Boringlah duduk kat rumah.Jom keluar,"kata Jio.Hyo Joo masih memandang ke arah Jio yang juga sedang memandang ke arahnya.

"Cepatlah turun.Awak nak tengkuk saya patah ke?"soal Jio.

 

 

Hyo Joo membelek-belek anak patung beruang berwarna putih sambil tersenyum-senyum.Jio sekadar menunggunya dari luar.Dia kemudiannya melihat jam tangannya.Perempuan memang suka melabur duit kat tempat macam ni ke?Penantiannya berakhir apabila Hyo Joo mulai melangkah keluar dari kedai itu sambil menjinjing beg kertas berwarna merah jambu.Jio terkejut apabila Hyo Joo menghulurkan beg kertas itu kepadanya.

"Kenapa ni?"soal Jio.Hyo Joo kemudiannya mencapai tangan Jio dan memaksa lelaki itu untuk memegang beg kertas itu.Jio melihat isi di dalamnya.

"Untuk Leo ke?"soal Jio.

"Takkan nak bagi kat ahjussi kot,"jawab Hyo Joo,bergurau.

"Yah,siapa yang ahjussi ni?Cakap baik-baik sikit ekh,"kata Jio,tidak senang dipanggil 'ahjussi'.Hyo Joo tersenyum.

"Alang-alang dah keluar ni,saya nak juga belikan sesuatu kat anak murid saya,"kata Hyo Joo.

"Dekat Leo je ke?"soal Jio.

"Gilir-gilirlah.Lepas ni,belikan untuk yang lain pula,"jawab Hyo Joo.Jio sekadar mendengar.Kalau Hyo Joo sedang membicarakan mengenai tadika dan anak-anak muridnya,Jio tidak mahu mencelah.Hyo Joo kelihatan sangat gembira apabila berbicara mengenainya.Jio menyembunyikan senyumannya apabila melihat Hyo Joo ketawa yang sedang rancak bercerita itu.

"Hah,Jio...awak memang dah tak hantar adik awak ke tadika lagi dah ke lepas ni?"soal Hyo Joo,sehingga membuatkan Jio tersentak dari lamunannya yang baru singgah seketika.Jio menoleh ke arahnya.

"Hantar ke sekolah?Em...tak tahu lagi,"kata Jio.

"Apa maksud awak?"soal Hyo Joo.

"Saya kena balik Busan semula Selasa ni.Sebab,nak kena turun ke tapak...tengok perjalanan projek tu,"kata Jio,perlahan.

"Wah,nampaknya appa awak dah percayakan kebolehan awak untuk uruskan projek besar!Tahniah!"ucap Hyo Joo sambil menepuk perlahan bahu Jio.Jio tersenyum nipis.

"Tapi...lepas ni,saya dah jarang balik ke Seoul.Mungkin,sebulan lebih saya ada kat Busan,"kata Jio lagi.Riak wajah Hyo Joo berubah.Sebulan lebih?Namun,Hyo Joo berlagak biasa.

"Tak apalah.Memang tu kerja awak kan?"kata Hyo Joo,pura-pura tersenyum.Entah kenapa,dia rasa tidak senang dengan perpisahan sementara yang bakal terjadi itu.

"Awak ni nampak sedih pula kenapa ni?"soal Hyo Joo apabila melihat riak wajah Jio yang berubah sedih itu.

"Sedih?Tak adalah...cuma..."

"Cuma apa?"soal Hyo Joo.Namun,perbualan mereka terganggu apabila terdengar tangisan seorang kanak-kanak perempuan tidak jauh dari tempat mereka berdiri.Hyo Joo segera mendekati kanak-kanak itu.

"Adik,kenapa ni?"soal Hyo Joo,cemas.Jio sekadar melihat dari jauh.

"Omma..."jawab kanak-kanak itu,sebak.Hyo Joo mengesat air mata kanak-kanak itu sebelum mendukung kanak-kanak itu.

"Biar unni tolong carikan omma ye.Nama adik siapa?"soal Hyo Joo.

"Julie..."jawab kanak-kanak itu.Hyo Joo tersenyum.Dia kemudiannya melangkah ke arah Jio sambil mendukung Julie.

"Awak nak buat apa dengan budak ni?"soal Jio.

"Kita tolong carikan omma Julie ni lah,"jawab Hyo Joo.Jio terkejut.

"Kenapa pula?Awak letak je lah budak ni kat balai polis.Tak payah nak susahkan diri,"kata Jio,tidak bersetuju dengan cadangan Hyo Joo.

"Jio,tak baik awak cakap macam tu.Kita kena tolong Julie,"kata Hyo Joo.

"Saya tak nak tolong.Awaklah yang tolong budak ni sorang-sorang,"kata Jio.Hyo Joo menahan geram.

"Baik,tapi saya nak awak dukung Julie.Biar saya pergi ke balai polis,"kata Hyo Joo.Jio terkejut apabila Hyo Joo meletakkan Julie pada pangkuannya.

"Yah,awak patutnya bawa budak ni sekali,"kata Jio.Hyo Joo menunjukkan gambar yang tertera pada skrin telefon bimbitnya.Jio terkejut.

"Bila masa pula awak tangkap gambar budak ni?"soal Jio,hairan.

"Awak tak perlu tahu.Tapi,awak tolong jagakan Julie kejap ye?Mungkin omma Julie pun ada kat balai polis juga.Julie duduk dengan oppa ye,"kata Hyo Joo kemudiannya mengusap lembut rambut Julie yang panjang itu.

"Yah,Hyo Joo!"panggil Jio.Namun tidak diendahkan oleh Hyo Joo yang segera beredar dari situ.Jio mengeluh dan kemudiannya menjeling ke arah Julie.

"Kau ni kacaulah.Ingat senang ke aku nak date dengan dia?"kata Jio kepada Julie yang sedang duduk di sebelahnya.Julie sekadar mendiamkan diri.Jio mengeluh lagi.

"Kau nak aiskrim ke?"soal Jio.Perlahan-lahan,Julie angguk.Jio kemudiannya mendukung kanak-kanak itu sambil menuju ke arah kedai aiskrim,tidak jauh dari situ.

 

"Minta maaf,ahjussi,"ucap seorang budak lelaki apabila terlanggar Jio yang sedang melangkah masuk ke dalam kedai itu.Jio memandang tajam ke arah budak lelaki itu.

"Apa kau panggil aku?Ahjussi?"soal Jio,geram.Budak lelaki itu ketakutan dengan pandangan tajam Jio lalu segera berlari dari situ.

"Yah!"jerit Jio.Dia kemudiannya menoleh semula ke arah kedai itu.

"Sedap-sedap je panggil orang 'ahjussi',"katanya perlahan.Julie tersenyum kecil."Apa yang kelakarnya?"soal Jio.Julie menggeleng.Jio mencebik.

 

"Julie!"panggil Puan Mary apabila melihat anaknya sedang duduk sambil menjamah aiskrim bersama-sama dengan Jio.Hyo Joo yang turut berada di sebelah Puan Mary turut tersenyum melihat kerajinan Jio melayan kanak-kanak itu.Julie yang melihat kelibat ommanya segera berlari ke arah Puan Mary.Jio berdiri apabila Puan Mary berjalan ke arahnya.

"Kamsahamida.Maaflah buat kamu berdua...susah je,"ucap wanita itu sambil menundukkan sedikit badannya.Begitu juga dengan Jio.

"Oh,tak ada apa-apa.Cuma lain kali,Puan kena hati-hati sikitlah lepas ni,"kata Jio.Puan Mary angguk lalu meminta izin untuk beredar dari situ.Hyo Joo mendekati Jio dengan senyuman yang lebar.

"Awak ni kenapa pula?"soal Jio.

"Awak ni...baik juga dengan budak-budak ekh?"usik Hyo Joo.Jio menelan air liur.

"Ni yang saya malas ni.Kalau keluar dengan cikgu tadika,memang saya tak boleh terlepas dari budak-budak ekh?Fine,kalau macam tu,saya bawa Leo jela lepas ni kalau keluar dengan awak lagi,"kata Jio lalu beredar,meninggalkan Hyo Joo.Hyo Joo ketawa sambil menggeleng.

 

 

Jio memarkirkan keretanya di hadapan apartment Hyo Joo.Hyo Joo membuka tali pinggang keledarnya.

"Terima kasih,Jio.Sebab sudi ajak saya keluar,"kata Hyo Joo.Jio angguk.

"Tapi tak seperti yang saya rancangkan,"kata Jio,perlahan.

"Apa?"soal Hyo Joo.

"Tak ada apa..."kata Jio,pura-pura ketawa.Hyo Joo tersenyum.

"Esok..."

"Mungkin saya hantar Leo ke sekolah,sebab saya cuti esok,"kata Jio,memotong percakapan Hyo Joo.

"Oh ye ke?"soal Hyo Joo,pinta kepastian.Jio angguk.

"Kalau macam tu,kita jumpa esoklah,"kata Hyo Joo.Dia kemudiannya keluar dari kereta Jio.Begitu juga dengan Jio.

"Unni?"Hyo Joo dan Jio menoleh ke arah suara yang memanggil 'unni' itu.Jio terkejut apabila melihat Tae Yeon sedang memerhatikan mereka.

"Tae Yeon,baru balik ke?"soal Hyo Joo.Tae Yeon tersenyum sambil berjalan ke arah kakaknya.

"Tae Yeon baru balik dengan kawan,"kata Tae Yeon,sekali-sekala memandang ke arah Jio yang masih terpinga-pinga itu.

"Jio,kenalkan...ini Tae Yeon,adik saya,"kata Hyo Joo.

"Adik awak?"soal Jio.Hyo Joo angguk.Jio tersenyum.

"La,kenapa tak cakap awal-awal?"soal Jio.

"Cakap apa?"soal Hyo Joo.

"Tae Yeon ni kawan adik saya,Bora..."kata Jio.

"Oh yeke?Baguslah macam tu.Kan,Tae Yeon?"soal Hyo Joo.Tae Yeon sekadar angguk.

"Em,tak apalah.Kita jumpa esok.Saya balik dulu,"kata Jio.Hyo Joo angguk.Jio kemudiannya memasuki semula ke dalam keretanya.Tae Yeon tidak senang dengan situasi itu.Bagaimana Hyo Joo dan Jio boleh berkenalan?Rasa cemburu  mulai bersarang dalam hatinya.

"Tae Yeon...jom naik,"ajak Hyo Joo,sambil memegang tangan adiknya.Tae Yeon sekadar tersenyum nipis.

"Tae Yeon memang dah kenal dengan Jio ke?"soal Hyo Joo.

"Tak sangat...sikit je,"jawab Tae Yeon,lemah.Hyo Joo memaut bahu adiknya tanpa mengesyaki sesuatu.

"Jom,unni masakkan ramen.Mesti Tae Yeon penat kan?"soal Hyo Joo.Tae Yeon sekadar angguk.

 
 
 
To be continued...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!