Chapter 18

I'm Falling in Love with You

 

Seulong termenung sambil memandang kosong ke arah laporan kesihatan yang terletak di atas meja itu.Dr.Song turut memandang simpati ke arah lelaki itu.Sesekali Seulong meraup wajahnya.Kedengaran keluhan beratnya.

"Aku minta maaf.Aku faham perkara ni sangat berat untuk diterima,"kata Dr.Song,perlahan.Cermin matanya ditanggalkan.Dia memandang ke arah wajah sepupunya yang kebimbangan itu.

"Keluarga kau..."

"Joong Ki,aku tak nak keluarga aku tahu pasal hal ni.Aku dah pernah cakap dekat kau kan?"soal Seulong,tegas.Dr.Song terdiam.Sikap Seulong yang agak keras kepala itu sudah masak baginya.Namun,jika dikaitkan dengan hal hidup dan mati,dia tidak boleh berdiam diri.

"Tapi sampai bila?Keadaan kau dah kronik,"kata Dr.Song.Seulong tidak memandang ke arahnya.

"Aku tak nak mereka susah sebab aku.Dan...aku tak nak mereka rasa simpati dekat aku.Aku tak selesa,"kata Seulong.Dr.Song melepaskan keluhan kecil.

"Apa-apa pun alasan kau,mereka berhak tahu mengenai pembedahan yang akan kau jalani nanti.Kau tak sayangkan famili kau ke?"soal Dr.Song.

"Sebab aku sayangkan merekalah aku buat macam ni.Lagipun,penyakit aku boleh sembuh kan lepas operation ni?"soal Seulong,sambil terbatuk.Dr.Song tidak menjawab.Dia tidak berani menjawab soalan itu.Setiap pembedahan ada risikonya.Dan...dia tidak berani menjamin 100% kejayaan pembedahan itu.Tetapi,tidak salah untuk mencuba dan mengharapkan yang terbaik.

"Seulong,keadaan kau dah kronik.Kalau kau tak buat operation ni,aku bimbang keadaan kau makin teruk.Dan...famili kau perlu tahu pasal ni,"pujuk Dr.Song lagi.Seulong terdiam.Dia bukan tidak bersetuju dengan kata-kata sepupunya itu tetapi dia enggan untuk menuruti kata-kata lelaki itu.

"Seulong,"panggil Dr.Song apabila menyedari Seulong tidak memberi sebarang respon terhadap kata-katanya.Seulong memandang ke arahnya.

"Kalau aku buat operation tu...aku akan mati juga kan?"soal Seulong,tiba-tiba.Dr.Song terkejut dengan kata-kata Seulong itu.

"Apa kau cakap ni?"soalnya.Seulong tersenyum.

"Aku tanya jelah.Tapi aku tahu,kau boleh tolong aku,"kata Seulong.Dr.Song tersenyum hambar.

"Aku akan tolong kau,"kata Dr.Song."Tapi...kau kena tolong diri kau dulu,"sambungnya lagi.Seulong tersenyum nipis,memahami maksud yang cuba disampaikan oleh doktor pakar itu.

"Tapi...aku amat mengharapkan kau tolong rahsiakan perkara ni dari keluarga aku.Kita kan dah lama kenal?Takkan kau sanggup nak khianati aku kan?Yalah,sebab aku pernah tolak cinta adik kau dulu,"kata Seulong,seraya bergurau.Dr.Song tersenyum saat mendengar kata-kata Seulong itu.Ya,dia masih ingat mengenai peristiwa 10 tahun lalu.Puas dipujuk adik perempuannya itu selepas cintanya ditolak mentah-mentah oleh Seulong.

"Sekurang-kurangnya kau dan keluarga kau sudi tolong jagakan adik aku sekarang selepas parents kami meninggal.Aku amat hargai bantuan kau dan keluarga kau,Seulong,"kata Dr.Song,ikhlas.Seulong tersenyum.Sesekali kedengaran dia terbatuk.Dr.Song menjadi kian risau melihat keadaan Seulong yang makin teruk itu.Jauh di sudut hatinya,dia berazam untuk terus memujuk Seulong supaya menukar keputusannya itu.

 

 

 

Kerja-kerja Jio terhenti apabila dua tiket ke taman hiburan diletakkan di atas mejanya.Dia memandang ke arah Lee Joon yang sedang mengambil tempat di hadapannya dengan senyuman nakal.

"Apa?"soal Jio,menoleh semula ke arah komputer ribanya,sambil menyambung kerjanya yang tertangguh seketika tadi.

"Aku tengok kau ni...sejak bercinta dengan cikgu adik angkat kau tu,bukan main tekun kau bekerja keras kan?Banggalah aku dengan kau ni,"kata Lee Joon,seraya mengusik kawan baiknya itu.Jio malas untuk melayan kerenah kawannya yang seorang tu.Nak mengusik lagi lah tu...

"Lah..tak payah tunjuk handsomelah kat sini.Mengaku je lah yang kau memang dah terpikat gila-gila kat cikgu tu.Dan,sekarang kau bekerja keras sebab nak buktikan kat cikgu tu yang kau layak untuk mewarisi syarikat besar keluarga kau ni dan mampu untuk jaga dia kelak.Kan?"soal Lee Joon lagi.Jio memandang ke arah Lee Joon.

"Kau tu?Macam main-main je.Kau tak nak ke buktikan kat aku yang kau ni layak jadi adik ipar aku?"balas Jio selamba.Lee Joon mencebik.

"Ceh,kenakan orang balik.Ala,sekurang-kurangnya aku dengan Bora dah confirm dah.Kau tu,samar-samar lagi.Takkan nak tunggu perigi cari timba pula kot?Tak gentlemanlah kau ni,"balas Lee Joon pula.Jio menelan air liur,seolah-olah termakan dengan kata-kata Lee Joon itu.

"Hah,sekarang bakal adik ipar kau ni dah bersedia nak tolong kau.Aku dah sediakan 2 tiket ke Lotte World untuk hujung minggu ni.Kau ajaklah cikgu tu.Kita pergi berempat.Amacam?Kita keluar dating sama-sama?"soal Lee Joon.Jio diam.Dia memandang ke arah tiket itu.

"Ala,tak payah fikirlah.Terima je.Tak apa,sekali-sekala aku belanja,"kata Lee Joon lagi.

"Perlu ke nak kena keluar dengan dia kat sana?Bukannya aku tak selalu jumpa dia,"kata Jio pula.

"Ish,kau ni!Main tarik tali pula dengan aku.Nak kata lembab,dah duduk kat kerusi naib presiden dah.Tapi aku rasa kau memang lembab dalam hal-hal bercinta ni.Kau memang nak membujang sampai ke tua ke?"soal Lee Joon,mulai geram dengan sikap Jio yang suka main tarik tali itu.Kalau nak,cakap jelah!Hatinya berbisik.

"Masalahnya aku tak suruh pun kau sibuk-sibuk dengan hal aku.Lantaklah aku nak bercinta ke tak nak ke...tu bukan masalah kau.Kau sibuk dengan hal kau je sudah,okey?"balas Jio.Lee Joon mengeluh.

"Tak bestlah macam ni.Jomlah,Jio.Tak apa,anggaplah kau keluar dengan dia as a friend,okey?Couple tak couple ke..okey,aku surrender... tu hal kau.Cuma,aku amat mengharapkan begitulah.Sebab aku tengok pun,kau dah banyak berubah menjadi lebih baik semenjak kau kenal dengan Hyo Joo tu.Jadi,aku yakin...dia memang wanita yang terbaik untuk kau.Cuma sayangnya,aku seorang je yang perasan pasal hal tu.Kau ajak lah dia nanti,okey?Kalau kau segan,tak apa...aku dengan Bora buat-buat tak tahu je nanti,"kata Lee Joon sambil menepuk bahu Jio.Dia kemudiannya keluar dari bilik Jio itu.Jio diam sejenak,memikirkan kembali kata-kata Lee Joon tadi.Sesekali kedengaran keluhan beratnya.Dia kemudiannya mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon wanita itu.Perlahan-lahan,dia menarik nafas dalam.Jantungnya berdegup pantas apabila kedengaran suara merdu di dalam talian.

"Hai ,Hyo Joo,"ucap Jio.

 

 

 

Bora dan Lee Joon tersenyum nakal sambil mengangkat kening apabila melihat Jio berjalan beriringan dengan Hyo Joo.Jio pura-pura tidak nampak kelakuan dan usikan dari pasangan itu.Hyo Joo pula kelihatan malu-malu apabila menyedari pandangan yang berbeza terhadapnya dengan Jio oleh Hyo Joo dan Lee Joon.

"Biar je.Diorang tu memang tak matang sikit,"kata Jio.Hyo Joo angguk perlahan.Jio mencuri pandang ke arah Hyo Joo.Cantik!Penampilan Hyo Joo sedikit berbeza dari sebelumnya.

"Jio,kami nak ke roller coaster.Nak join?"soal Lee Joon.

"Tak apalah.Korang pergilah dulu,"kata Jio.

"Oh...takut ekh?"soal Lee Joon,mengusik.

"Kau nak kena belasah ke?"soal Jio,dengan senyuman sinisnya.Lee Joon mengangkat tangannya.

"Okey.Aku tak nak lawan dengan bakal abang ipar.Jom,Bora,"kata Lee Joon sambil menarik tangan Bora.Hyo Joo tersenyum kecil melihat telatah mereka.

"Awak nak buat apa dulu?"soal Jio sebaik sahaja berjaya 'menghalau' Lee Joon dan Bora.Hyo Joo menoleh ke arah Jio.

"Entah.Awak?Saya ikut je,"kata Hyo Joo.Jio diam sejenak.Tidak lama kemudian,dia mengukir senyuman nakal.

"Masuk rumah hantu nak?"soal Jio.

"Awak nak masuk sekarang ke?"soal Hyo Joo,kelihatan riak wajahnya ketakutan.Jio angguk.Hyo Joo kemudiannya angguk perlahan.

"Okey.Jomlah,"kata Hyo Joo.Jio tertawa kecil.

"Kalau awak takut tak payahlah.Saya saja je nak usik awak,"kata Jio.

"Siapa kata saya takut?Jomlah kalau nak,"kata Hyo Joo,tidak mengaku kalah.

"Serius?"soal Jio,meminta kepastian.Hyo Joo angguk.

"Jangan tarik balik ye jawapan awak,"kata Jio,masih dengan senyuman nakalnya.

 

Hyo Joo memaut erat lengan Jio sambil menyembamkan wajahnya pada lengan lelaki itu.Jio merasakan lengan bajunya basah dek air mata Hyo Joo.Puas dipujuk wanita itu namun Hyo Joo masih lagi ketakutan.

"Kita dah keluarlah,Hyo Joo.Tak ada apa-apa,"kata Jio.Hyo Joo menggeleng.

"Awak tipu.Tadi pun awak cakap macam tu.Sekali ada hantu tengah berdiri depan saya,"kata Hyo Joo,suaranya tenggelam timbul kerana sebak.

"Okey,saya minta maaf pasal tadi.Tapi,betul kita dah keluar sekarang.Awak dengar kan bunyi-bunyi bising kat sini?"pujuk Jio lagi.Perlahan-lahan,Hyo Joo mengangkat wajahnya.Hatinya lega apabila melihat mereka sudah pun keluar dari rumah hantu tadi.Dia membetulkan rambutnya seketika.Jio tersenyum kecil melihat keadaan Hyo Joo yang ketakutan itu.

"Tulah.Saya ajak-ajak ayam je.Tapi awak ambil serius,"kata Jio.Hyo Joo tidak melayan kata-kata Jio itu.Jio kemudiannya memegang bahu Hyo Joo,dan memusingkan badan gadis itu menghadapnya.Hyo Joo terkejut.Perlahan-lahan,Jio mengesat air mata Hyo Joo yang masih bersisa itu.Hyo Joo tergamam.Rambut wanita itu juga diperkemas.Dipasangnya klip rambut berbentuk riben pada rambut Hyo Joo.

"Em,baru nampak okey dari tadi,"kata Jio.Hyo Joo menyentuh klip rambut itu.

"Mana awak dapat klip rambut ni?"soal Hyo Joo.

"Kat tempat awak beli anak beruang dululah,"jawab Jio.Hyo Joo tersenyum malu.

"Gomawo,"ucap Hyo Joo.

"Hah...baguslah dah senyum.Jom masuk rumah hantu lagi?"ajak Jio.

"Jio!"

 

 

Jio dan Hyo Joo selesa menikmati suasana petang yang damai itu.Mereka memilih untuk berjalan-jalan di kawasan yang tidak sesak dengan orang ramai setelah penat bermain pelbagai jenis permainan di Lotte World itu.Sesekali Jio menjeling ke arah Hyo Joo yang kusyuk menikmati pemandangan petang itu.Perlahan-lahan,tangan wanita itu dicapainya.Hyo Joo terkejut dengan genggaman Jio itu.

"Sejuk,"selamba Jio berkata.Hyo Joo tersenyum.Dia membiarkan sahaja tangannya digenggam oleh Jio.Kemudian,mereka berhenti di suatu kawasan sambil memandang pemandangan matahari terbenam.Hyo Joo memejamkan matanya sambil menikmati angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu.

"Nyamannya,"kata Hyo Joo.Jio tersenyum.

"Kalau awak suka,lain kali kita datang lagi.Awak nak tak?"soal Jio.Hyo Joo menoleh ke arah Jio.

"Kalau awak sudi pergi dengan saya lagi,okey je,"jawab Hyo Joo.Jio tersenyum lebar sehingga menampakkan barisan giginya yang putih.

"Kalau...selama-lamanya saya nak ajak awak datang sini,awak sudi ke?"soal Jio.Hyo Joo tergamam mendengar soalan Jio itu.Jio memandang ke arah Hyo Joo.Namun tidak bagi Hyo Joo.Dia kaget untuk memandang ke arah lelaki itu.

"Saya ada tiga soalan yang saya nak tanya dekat awak,"kata Jio.Hyo Joo menelan air liur.

"Apa?'soal Hyo Joo.

"Awak suka tak berkawan dengan saya?"soal Jio,serius.Hyo Joo memandang ke arah Jio,kemudian melarikan pandangannya ke bawah.

"Suka,"jawabnya perlahan.Jio tersenyum kecil.

"Awak rasa...saya dah berubah jadi yang lebih baik ke?"soal Jio lagi.Hyo Joo angguk sambil tersenyum.Jio menelan air liurnya.Entah mengapa,soalan terakhir amat payah untuk dilontarkan.

"Em..kalau.."Jio berhenti seketika.Dia memandang ke arah Hyo Joo.Hyo Joo pula menanti soalan terakhir yang ingin ditanya oleh Jio.Namun,Jio kelihatan masih ragu-ragu.

"Tak apalah kalau awak rasa susah nak tanya.Saya boleh tunggu,"kata Hyo Joo.Tangan kirinya pula dipegang oleh Jio.Hyo Joo terkejut.Jio memandang ke arahnya.

"Saya nak tanya juga.Tak boleh tunggu lagi,"kata Jio.Wajah Hyo Joo masih ditatapnya.

"Kalau...saya...nak..."

Tiba-tiba,seorang lelaki terlanggar belakang badan Jio sehingga membuatkan tubuh Jio hilang keseimbangan,lalu terjatuh menimpa ke arah Hyo Joo...dan..cupp!!!

"Sorry!"jerit lelaki itu .

Mata Jio dan Hyo Joo terbuka luas saat Jio tidak sengaja mencium bibirnya.Lekas Jio bangun dari atas tubuh Hyo Joo dan dia terus membelakangi wanita itu.Perlahan-lahan,dia menyentuh bibirnya.Hyo Joo pula masih terduduk.Jantung mereka berdegup kencang ketika itu.Jio berdehem beberapa kali.

"Eee...apalah!Sedap-sedap je langgar orang.Kacau line betul!"Jio berpura-pura marah.Seketika dia memandang ke arah Hyo Joo.Hyo Joo masih dalam keadaan tadi.

"Awak buat apa tu?Awak nak tidur sini ke?"soal Jio,cuba berlagak biasa.Hyo Joo memandang ke arahnya dengan pandangan kosong.Lagaknya seperti baru bangun dari tidur.

"Rasanya awak dah penat kot.Jomlah kita balik!"kata Jio sambil menarik tangan Hyo Joo supaya bangun.Dia kemudiannya berjalan mendahului Hyo Joo.Hyo Joo pula mengekorinya dari belakang dengan langkah perlahan.

 
 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!