Chapter 31

I'm Falling in Love with You

 

Panggilan telefon yang diterimanya sebentar tadi membuatkan hati Jio dilanda keresahan.Dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya ketika memandu.Hyo Joo dan GiKwang yang turut berada di dalam kereta itu juga merasai keresahan yang dialami oleh Jio itu.Bora pula ditinggalkan bersama dengan Tae Yeon.

 

"Hyung,hati-hati bawa kereta tu,"pesan GiKwang.Hyo Joo mengiyakan kata-kata GiKwang itu.Dia cuba memegang tangan kanan Jio.Perlahan-lahan,Jio menoleh ke arahnya.

"Saya dapat agak apa yang akan berlaku lepas ni.Tuan Lee dah rancang perkara ni dengan teratur sekali,"kata Jio.

"Tapi,tak salahkan kalau kita fikirkan yang sebaliknya?"soal Hyo Joo.Jio tidak membalas.Kata-kata Hyo Joo itu ada benarnya cuma dia tidak yakin tanggapan Hyo Joo itu amat tipis sekali untuk berlaku.Barangkali tidak akan berlaku langsung.Gi Kwang yang duduk di belakang lebih selesa berdiam diri.Namun,hatinya benar-benar bengkak dengan perbuatan kejam bekas teman wanitanya,Krystal.Mungkin dia tidak ada bukti untuk menuduh Krystal dan ayahnya itu terlibat dalam kemalangan ibu bapanya.Namun,rancangan mereka untuk merampas kedudukan abangnya di dalam syarikat boleh dijadikan motif mereka untuk menghancurkan keluarga Jung.Gi Kwang memandang ke arah Hyo Joo yang masih berbual dengan Jio ketika itu.Dalam diam,dia bimbang sekiranya Hyo Joo juga akan dijadikan sasaran keluarga Lee semata-mata untuk melemahkan Jio.

 

 

Tanggapan Jio tepat apabila melihat beberapa orang lelaki berseragam formal menunggu kehadirannya di lobi.Dia kemudiannya memberhentikan keretanya.

"Awak tunggu dalam kereta,okey?GiKwang,tolong tengokkan Hyo Joo,"pesan Jio.Kemudian,perlahan-lahan,Jio keluar dari keretanya tanpa menghiraukan suara Hyo Joo yang memanggilnya ketika itu.Jio melangkah masuk ke dalam bangunan milik keluarganya itu sambil diiringi oleh beberapa lelaki berpakaian formal tadi.Sebaik sahaja mereka tiba di lif,Jio terkejut apabila merasakan tangannya dipegang oleh seseorang dari belakang.

"Hyo Joo ah?"soal Jio selepas menoleh ke belakang.

"Saya nak ikut,"kata Hyo Joo,sambil mengeratkan lagi genggamannya.Jio akhirnya membiarkan pegangan Hyo Joo itu.

 

 

Tae Yeon yang sedang membaca buku itu terkejut apabila melihat Bora melangkah keluar dari biliknya.

"Bora,kenapa ni?"soal Tae Yeon.Bora menoleh ke arahnya.

"Tae Yeon,Jio oppa mana?"soal Bora,perlahan.Tae Yeon tidak membalas pertanyaan Bora itu apabila teringatkan pesanan Jio sebentar tadi.

 

 

 

 

"Tolong jangan beritahu Bora mana oppa pergi,okey?"soal Jiosebelum beredar.Tanpa menyoal banyak,Tae Yeonsegera mengangguk.

 

 

 

"Tae Yeon ah?Mana Jio oppa dengan GiKwang oppa?Kenapa diorang tak datang tengok aku dengan Leo hari ni?"soal Bora.Tae Yeon mulai rasa serba salah apabila melihat Bora semakin terdesak bertanyakan perihal kedua-dua abangnya.Menyedari sikap Tae Yeon seperti sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya,Bora segera melangkah ke arah pintu.

"Bora ah!Kau nak pergi mana?"soal Tae Yeon,cemas.

"Nak cari oppa,"jawab Bora,lalu segera beredar keluar dari situ.Tae Yeon cuba mengekorinya.

 

Jio terkejut apabila beberapa pegawai atasan syarikat miliknya sudah pun menunggunya di bilik mesyuarat.Tuan Lee,Krystal dan Lee Joon turut berada di situ.Jio kemudiannya mengambil tempat di kerusi presiden namun dihalang oleh dua orang pekerjanya.Kemudian,pekerja itu menunjukkan kerusi yang harus diduduki oleh Jio dan kerusi presiden itu dibiarkan kosong.Tuan Lee yang melihat situasi itu mengukir senyuman sinis.Kemudian,tidak lama selepas itu,seorang peguam lelaki mula bersuara,memulakan sesi perbincangan mereka pada hari itu.Jio pula menahan getaran yang kian terasa di dalam dadanya ketika itu.

"Seperti yang kita tahu,struktur pentadbiran dan kewangan dalam syarikat Jung dah tak stabil lagi apatah lagi selepas berlakunya kematian Presiden Jung baru-baru ini.Jadi..."

 

 

Hyo Joo duduk sambil menggerakkan jari-jemarinya.Dia semakin resah apabila sudah hampir dua jam Jio masih belum keluar dari bilik mesyuarat itu.GiKwang yang turut duduk di sebelahnya turut resah.Kalau diikutkan hati,mahu sahaja dia merempuh masuk ke dalam bilik mesyuarat itu.Jio pasti dalam keadaan tertekan sekarang ini.

"Oppa!"jerit Bora sambil segera berlari ke arah Hyo Joo dan GiKwang.GiKwang terkejut melihat kehadiran adiknya di situ.

"Bora ah!Apa Bora buat kat sini?"soal GiKwang.Dia turut melihat ke arah TaeYeon yang mengekori Bora dari belakang.

 

"Miane oppa...Tae Yeon tak dapat nak halang Bora,"kata Tae Yeon.

"Oppa jangan marah Tae Yeon.Bora tahu,mesti ada yang tak kena berlaku sekarang kan?Mana Jio oppa?"soal Bora.

"Dia ada kat dalam,"jawab Gi Kwang.

"Apa yang mereka buat kat oppa?"soal Bora,risau.GiKwang menggeleng,tidak pasti.

 

 

"Pekerja semua sepakat tidak mahu lagi bekerja di bawah Tuan Jung Byung Hee sebagai Presiden baru bagi Syarikat Jung disebabkan oleh ketidakstabilan yang berlaku.Jadi,pihak mahkamah bersetuju untuk menyerahkan syarikat ini kepada Tuan Lee untuk menguruskan syarikat ini.Maafkan saya,Tuan.Tuan terpaksa meletakkan jawatan sebagai presiden syarikat ini atas permintaan dan kehendak pekerja syarikat ini juga.Lagipun,saya rasa Tuan maklum dengan keadaan Tuan sendiri.Saya harap..."

 

"Saya faham,"kata Jio,tenang.Dia kemudiannya memandang ke arah Tuan Lee.

"Saya harap awak boleh uruskan syarikat ini dengan baik.Good luck,"kata Jio,memandang sinis.Jio berdiri,bersedia untuk beredar dari situ.

"Nanti dulu,"kata Tuan Lee.Jio memberhentikan langkahnya tanpa menoleh ke arah Tuan Lee.

"Terima kasih kerana sudi meletakkan kepercayaan penuh terhadap saya untuk menguruskan syarikat ini.Tapi,malangnya,syarikat ini hanya akan diletakkan di bawah nama saya.Bukan saya yang menguruskannya,"kata Tuan Lee.Jio tersenyum nipis.Dia kemudiannya menoleh ke arah Krystal sambil mengukir senyuman nipis.

"Semoga berjaya,Krystal,"ucap Jio,sebelum beredar dari situ.

 

"Presiden Lee Chang Sun yang akan menguruskan syarikat ini!"kata Tuan Lee,lantang.Jio memberhentikan langkahnya sebaik sahaja mendengar kata-kata Tuan Lee sebentar tadi.Dia menoleh ke arah Tuan Lee. Lee Joon kemudiannya berdiri lalu melangkah ke arah kerusi presiden.

"Selamat pagi semua.Saya Lee Chang Sun,anak lelaki kepada Tuan Lee akan mengambil alih jawatan presiden daripada Jung Byung Hee mulai dari hari ini.Sila beri kerjasama yang baik kepada saya,"kata Lee Joon sambil memandang tajam ke arah Jio.

"Lee Joon?"Jio kelihatan sangat tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Lee Joon pula masih memandang tajam ke arahnya.Jio tertawa kecil sebelum meraup wajahnya.

"Jadi ini tujuan kau berkawan baik dengan aku?"soal Jio.Lee Joon tidak membalas.Jio menggengam tangannya.

"Kurang ajar!"Jio ingin memukul Lee Joon namun dihalang oleh pekerja-pekerja bawahan Tuan Lee.

"Pengkhianat!Lepaskan aku!"jerit Jio,berusaha untuk melepaskan diri.

"Bawa dia keluar!"arah Tuan Lee,tegas.

 

 

Mereka yang menunggu di luar terkejut apabila melihat Jio dihalau keluar dari bilik mesyuarat sambil meronta-ronta minta dilepaskan.Bora yang terpandang ke dalam bilik mesyuarat itu terkejut apabila melihat Lee Joon berdiri di tempat presiden.Pekerja-pekerja itu kemudiannya menutup pintu bilik mesyuarat itu semula.Bora segera mendekati ke arah abangnya yang masih mengetuk pintu bilik mesyuarat itu.Gi Kwang menghalang Jio daripada terus menghentakkan badannya ke pintu.

"Hyung!Apa yang dah berlaku?"soal Gi Kwang.Jio terduduk di hadapan pintu.Dia kemudiannya tersenyum nipis.Jio memandang ke arah Gi Kwang.

"Pernah tak...kau dikhianati oleh kawan baik kau sendiri?"soal Jio.Mata Bora terbuka luas apabila mendengar pertanyaan abangnya itu.Hyo Joo dan Tae Yeon yang berada di situ turut terkejut dengan kenyataan Jio itu.

"Lee Joon...dia sebenarnya anak lelaki Tuan Lee...dan..."Jio tidak dapat meneruskan kata-katanya.Dia tertawa lagi sambil mengalirkan air mata.Bora segera memeluk Jio.

"Oppa!"rintih Bora.Benar-benar rasa kecewa dengan penipuan yang telah dilakukan oleh teman lelakinya sendiri.

 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!