SHOT TWO

Bad Boy. Good Girl.

Melihat Jiyong di kaca TV, beraksi, menyanyi.. wah, so manly, fikir Gyuri. Dia kagum dengan Jiyong. Kelihatan sangat gagah perkasa tapi sebenarnya, hanya dia yang tahu. Seorang lelaki dewasa yang gagah di mata umum, bila bersamanya adalah seorang lelaki yang lemah, fragile.. dan dia sangat kasihan padanya. Rupa sebenar Jiyong terperangkap dalam memorinya.

 

            “Unnie, kelas vocal!” jerit Hara dari luar bilik berdinding kaca itu. Gyuri angguk dan segera mengikuti Hara. Mereka ada latihan vocal petang itu dan dia tak dapat memberikan kepuasan kepada trainer mereka lalu dengan selambanya dia menerima kritikan trainer mereka dan setuju dihalau keluar dari kelas itu.

 

            Gyuri ambil masa terluang itu duduk di ruangan tadi, menonton TV sambil menyemak akaun emailnya di telefon. Tiada email terbaru daripada Jiyong. Sudah dua minggu lebih mereka tiada berhubungan. Agaknya Jiyong OK dah sekarang, fikir Gyuri. Kerana Jiyong hanya muncul, mencarinya jika dia ada masalah sahaja.

 

            “Gyuri, in my office now,” suara big boss tiba-tiba kedengaran dari arah pintu. Gyuri segera bangun dan mengikuti big boss a.k.a manager KARA. Gyuri mengeluh dalam hati. Dia tahu apa yang bakal dia hadapi. Dia tahu prestasinya menurun dengan mendadak.

 

            “Gyuri, awak tahu kenapa saya panggil awak?” tanya big boss sebaik saja mereka berada di dalam pejabat itu. Gyuri angguk. “Maafkan saya. Saya tak focus seminggu dua ni,” jawab Gyuri, tunduk. Manager KARA mengeluh berat. Iklan-iklan yang Gyuri sepatutnya berlakon kini diserahkan kepada Hara, Nicole dan yang lain. Gyuri entah kenapa ada saja salah silapnya semasa bekerja. “Saya bagi awak cuti satu minggu. Balik rumah makbapak awak. Kenangkan semula cita-cita awak dan usaha awak selama ni. Dan kembali ke sini sebagai Gyuri yang saya kenal selama ni,” si manager memberitahu dengan tenang. Gyuri mengeluh lega. Rasa-rasanya dia memang memerlukan itu sekarang.. cuti! “Terima kasih, boss!” ucapnya dan beredar dengan senyuman.

 

            Gyuri check lagi inboxnya. Masih tiada email terbaru. Dia dan Jiyong tidak berhubungan melalui telefon. Itu adalah salah satu cara mereka merahsiakan persahabatan mereka. Gyuri melangkah lemah keluar dari tempat itu dan berjalan kaki pulang ke dorm yang terletak tidak berapa jauh dari situ.

 

            Ketika hendak melintas jalan, sebuah kereta mewah memecut laju di hadapannya, hampir melanggarnya. Mujurlah Gyuri cepat berundur. Dia sempat melihat siapa pemandu kereta mewah itu. GD! Dan..seorang gadis di sebelahnya. “Oh, jadi dia sibuk.. dia dah dapat noona dia,” Gyuri berbisik sendiri. “Huh, tak pandai ucap terima kasih pun kat aku!” Gyuri sambung semula melintas jalan.

 

            Sampai di kawasan dormnya, dia berhenti dan pergi ke taman permainan kanak-kanak di seberang.. tempat dia selalu melepak dengan Jiyong pada pukul 2 3 pagi. Tiada pengunjung lain di taman itu. Sunyi saja. Gyuri lalu duduk di buaiannya dan membuai dirinya.

 

            “Kenapa dengan aku ni? ..Pelik! Tak bersemangat langsung..,” tanyanya sendiri. “Bencilah perasaan macam ni!” Gyuri hentak kakinya lalu menghayunkan buaiannya laju-laju. Dia bermain sebentar. Kemudian berhenti, termenung lagi. mengingat kembali Jiyong dengan penumpangnya di dalam kereta tadi. “Uh, benci!” rungutnya lagi dan seketika kemudian.. “Bosannya...”

 

            Gyuri mengeluh dan tunduk memandang tanah. Tiba-tiba ada orang mendekatinya dan duduk di buaian di sebelahnya. Gyuri mendongak dan menoleh. “Jiyong?” dan Jiyong tersenyum dan mula bermain buaian. “Kau OK?” tanya Gyuri, blur. “Kau OK?” Jiyong pula bertanya. Gyuri rasa pelik. Ini kali pertama Jiyong bertanya dia OK ke tak. “OK ke tak ni?” Jiyong tanya lagi. “Ah..OK..aku OK je. Kenapa kau muncul siang-siang macam ni? Hangus nanti..,” Gyuri tanya sambil mengaitkan Jiyong dengan kerabat Edward Cullen.

 

            “Aku tengok kau jalan sorang tadi. Sikit lagi aku nak langgar kau. Kau tak apa-apa ke?” Jiyong berhenti main buaian dan menoleh kepada Gyuri, mengamati wajah Gyuri. “Oh, aku OK je,” jawab Gyuri pendek lalu menoleh ke arah lain. “Betul ni, kau OK?” tanya Jiyong, semakin prihatin. “Ya.. I am always OK,” jawab Gyuri dengan nada tak selesa. Peliknya dia hari ni, Gyuri berkata dalam hati. Tapi tiba-tiba Gyuri terasa sebak. Airmata mula mengalir perlahan ke pipinya. Cis, kenapa pulak dengan aku ni? Parah betullah! Gyuri panic, memaki diri dalam hati.

            Dan ketika itu jugak... “Huh, macam tak OK je. Sini, aku check!” Jiyong lalu menarik rambut Gyuri membuat Gyuri berpaling semula kepadanya. Jiyong lantas terkejut melihat Gyuri sudah menangis senyap-senyap. “Yah, kau kenapa? Siapa buli kau?” Jiyong lalu berlutut di hadapan Gyuri yang masih duduk kaku di buaiannya. “Yah, tadi kau ada kena kereta aku ke? Atau..kau masih terkejut sebab aku sengaja pecut depan kau tadi?” Jiyong panic sendiri, kedua tangannya memegang bahu Gyuri.

 

            Gyuri hanya terus menangis. Dia mengesat airmatanya tapi nampaknya tangisan semakin menjadi. “Gyuri-ah, kau kenapa? Cakaplah! Kau tak pernah macam ni pun!” Gyuri hanya mampu menggeleng kepala, tak terjawab soalan bertubi-tubi dari Jiyong yang sudah panic.

 

            “Baiklah, bangun!” arah Jiyong, habis harapan untuk bertanya lagi. Gyuri masih kaku. Jiyong lalu bangun dan menarik Gyuri supaya berdiri juga. Dia lalu memeluk Gyuri dan Gyuri terus menyembamkan mukanya ke dada Jiyong. Tangisannya semakin menjadi. Jiyong juga terasa sebak. Pertama kali dia melihat Gyuri selemah itu dan dia tidak mengetahui apa puncanya.

 

            Jiyong membelai rambut Gyuri dan berbisik lembut, memujuk Gyuri supaya berhenti menangis. Dahi dan rambut Gyuri diciumnya berkali-kali. Pelukannya semakin erat dan Gyuri sudah mula menangis perlahan-lahan. Gyuri kesat airmatanya dengan baju Jiyong sebelum menolak Jiyong dan melepaskan diri dari pelukan lelaki itu.

 

            “OK. Sebagai upah..plus denda kau kesat hingus kau kat baju mahal aku ni..aku demand, nak tahu apahal kau hari ni?” tanya Jiyong membetulkan pakaiannya yang renyuk akibat memeluk Gyuri agak lama tadi. Gyuri cuba senyum.

 

            “Takde apa-apa... aku.. aku period.. emosi je,” jawab Gyuri lalu berlalu. “Aku balik dulu. Terima kasih, Jiyong,” ucapnya lalu berjalan menuju ke dormnya. Jiyong hanya melihat Gyuri pergi dengan terpinga-pinga.

 

 

-------------------------------------------------------------------<@<@<@------------------------------------------------------------

 

autumnX : --------------------- shot two up! -----------------

 

You know what to do. don't just be a silent a reader OK. if you are then, tell me in one comment please. thanks <3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
autumnX
bbgg- saya double update!!come come read!

Comments

You must be logged in to comment
AyumuChan #1
Chapter 58: Bestnyaa...Good jod author...Keep trying...So sweet.haha
namsaehee #2
Chapter 4: syok sendiri baca crite nie , btw , nice!! , tapi , lain kali , buat yg lebih romantik lagi ye ??
trexemo92
#3
Chapter 3: rasa mcm tgk cerita tp alih bahasa. hahaha. anyway, tk sangka kt sini ada jugak fics dlm BM. Kyaaaaaaaaa~~~i love it so much!!!!!!
MaryReeds
#4
Chapter 58: Nice story!!! Touching :'(
MaryReeds
#5
Chapter 42: Triple X? Ape tu?
MaryReeds
#6
Chapter 31: SERIOUSLY AKU TAK PAHAM BETOL DENGAN TOP NI! *CONTINUE READING*
MaryReeds
#7
Chapter 19: "Tanahair" haha !
-Yuan-
#8
Chapter 1: I love the couple sadly I can't malay
But it looked awesom if you ever decide to make a english fanfiction about them noth would be awesome
sndrprk
#9
Chapter 59: part 2? WAAAAA~~! suka suka
Catalina390 #10
Chapter 59: what sequel? OMG!