SHOT THIRTEEN

Bad Boy. Good Girl.



Jimin lalu mencapai seketul daging  masak rempah dengan chopsticknya dan meletakkannya ke dalam mangkuk Jiyong. Kemudian kepada Gyuri. Mereka berdua jelas tersentak. Tak sangat Jimin memerhatikan mereka. So mereka pun terpaksalah makan jugak. Jimin senyum tawar melihat pasangan itu.  Dalam hatinya berdoa supaya masalah antara mereka cepat selesai. Dia tak faham sepenuhnya tapi dia tahu Gyuri pasti sukakan Jiyong lebih dari yang diketahui. Siapa yang tak nak dengan Jiyong kan? Tapi Jiyong? Erh.. giliran Jimin pula dengan muka takde moodnya. Giliran Gyuri pula meletakkan sesuatu didalam mangkuknya. Jimin mengangkat muka dan senyum sebaik saja melihat Gyuri tersenyum manis. Dia memang selalu macam ni ke? Nampak OK je.. Jimin sambung lagi sambil mengunyah..



--
 


Lunch end dan Papa YG bagi masa free sampai malam kat anak-anak buahnya. Gyuri juga minta diri nak balik ke dorm. Sebab rasanya dia dah takde apa-apa nak buat dengan Jiyong selain exchange masam muka sepanjang masa. Tapi Bom ajak mereka semua pergi minumlah pulak. Gyuri kata tak nak tapi bila lihat muka Jimin buat muka kucing famous tu lagi, Gyuri mengalah. “Unnie needed this,” bisik Jimin apabila mereka melangkah ke tempat seterusnya.. Karaoke bar di tempat high class!
 


Jiyong dan TOP rancak berbual sambil Minzy dan CL buli Seungri cari lagu apa yang nak dinyanyikan. Sekarang semuanya dah berkumpul dalam satu bilik besar di bar itu. Jimin dan Daesung dah menyanyi lagu pertama. Bom pula dah berebut dengan CL nak nyanyi lagu Baek Jiyoung OST Secret Garden tu.. This Woman.



Gyuri..di hujung sekali duduk di sofa berasingan, bersandar dengan selesanya kaki diunjurkan ke atas sofa panjang. Dia hanyut dalam lamunannya sendiri sambil melihat skrin besar di hadapannya. TOP beralih kepada Bom dan CL dan merampas lagu mereka dan dia jadikan lagu tu lagu rosak (pemalu tapi nakal? Auww!!!) dan Jiyong memerhatikan Gyuri dengan wajah guilty..
 


Jiyong ambil minumannya dan melangkah kepada Gyuri. Kaki Gyuri ditepisnya kasar dari atas sofa dan raung itu segera digantikan dengan punggungnya. “Mommy, are you OK?” tanya Jiyong, buat-buat muka cool macam takde apa yang berlaku. Gyuri tak menjawab sebaliknya mengeluh dan terus focus kepada skrin. Giliran Bom menyanyi dengan nada lucu dan teruk. Yang lain ketawa terbahak-bahak. Bilik itu jadi riuh dan meriah.



Semuanya sengaja menyanyi dengan teruk. Kalau orang lain dengar dari luar memang tak terfikir bahawa penyanyi sebenar yang menyanyi didalam. Malah mereka mungkin dikutuk oleh orang luar yang tak tahu apa-apa selain merana sakit telinga.



“Hey, are you OK?” tanya Jiyong lagi, mata masih pada wajah Gyuri. Dia dapat mengesan Gyuri tidak gembira. Malah seperti tak gembira langsung sejak awal tadi. “Deh...,” jawab Gyuri pendek. “Betul ni? Are you OK?” Jiyong alih tempat duduknya dan duduk di sebelah Gyuri pula, bersandar seperti Gyuri juga. Jiyong letak kepalanya ke bahu Gyuri. Dia mengeluh berat dan cuba menghidu bau haruman tubuh Gyuri. Perfume Gyuri memang selalu dapat menenangkan jiwa dan perasaannya. “I’m always OK, Jiyong-ah...”
 


“Are you OK?” Gyuri pula tanya balik. Dia perasan Jiyong dah mula pelik semacam. Kalau dah sampai lentuk kepala kat bahu, memang Jiyong ada masalah, fikirnya. “Hmm... I’m gonna miss you when I’m overseas later,” bisiknya lemah. Huh! Miss me ke miss Audrie? Yuck! Gyuri terasa keji pula. “erm.. me too. I’m going to Tokyo next month,” Gyuri turut mengeluh. KARA juga akan mula sibuk dengan album baru mereka. Mereka berdua sama mengeluh dan Gyuri pula lentukkan kepalanya pada kepala Jiyong.
 


“Mommy-ah.. we have few hours left, should we do anything to remember today? Aku ni pergi maybe sampai tujuh bulan...”
 


“Molla...”
 


“Oh-..” Jiyong tegakkan badannya tiba-tiba dan Gyuri hampir saja jatuh terbaring kat sofa. Aish! Jiyong tarik sesuatu dari tangannya dan letak pada tangan Gyuri. Gyuri blur. Gelang hari tu..dan Gyuri dongak wajahnya kepada Jiyong. “You will always be my BFF,” bisiknya sambil menyarungkan gelang tu ke tangan kanan Gyuri. Kemudian dia tunjukkan satu lagi gelang di tangannya sambil tersenyum. Gyuri teliti gelang di tangannya, ada tulisan terukir di bahagian dalamnya. GD:KJY. Gyuri capai pula tangan Jiyong dan cari benda yang sama. Jiyong tersengih saja bila lihat Gyuri melopong. GM:PGR. Initials mereka!
 


“Yah! apa GM ni?”

 


“Tak tahu lagi? lembab betul! GMommyyyyy lahhhh!”
 


Dan Gyuri terus memukul tangan Jiyong sambil Jiyong ketawa kecil. Jiyong tangkap kedua tangan Gyuri yang masih memukul Jiyong dan tatap ke dalam matanya. Tiba-tiba. Gyuri tak selesa tapi terdiam dan berhenti pukul Jiyong. “Waeyo?”



“Gyuri-ah, gomawoyo,” ucap Jiyong serius. Gyuri geleng kepala tak faham. “Thanks for being such a best friend to me,” dan Jiyong lalu memeluk Gyuri. Gyuri masih blur tapi dia balas pelukan bestie nya. Sebak muncul di dada. “Jiyong-ah, oxygen...” Gyuri meronta tapi sebenarnya dia..hatinya merasa tak mampu nak dipeluk erat sebegitu lama-lama. Takut tsunami datang menyerang. Jiyong ketawa kecil dan melepaskan pelukannya. Terasa badan Gyuri tidak berisi sangat seperti sebelumnya. “yah.. cepat kau slim down eh!” komen Jiyong kembali ketawa. “Yah! sempat lagi kau! ert!!!” dan Gyuri tampar tangan Jiyong dengan muka blushblush. Jiyong gelak besar bila tengok Gyuri on blushblush mode!
 


Jimin senyum melihat mereka dan Daesung senyum melihat Jimin. Telefon di tangannya diambil Daesung dan mereka berdua sama-sama tersenyum penuh makna. Yang lain pula dengan TOP yang melebih-lebih terus menghiburkan diri sambil berebut nak menyanyi. Sandara dan Youngbae dah mengasingkan diri... dating mode! Dan Minzy masih lagi membuli Seungri... aigo.. dia gunakan ki dia habis-habisan sampai Seungri merayu tak nak dibuli lagi.
 


Dah malam..tapi belum lewat sangat. Gyuri peluk 2NE1 dan Jimin. Gyuri senyum manis kat empat jejaka terhangat Korea dan tunduk kepada mereka..masa perpisahan dah tiba. Jiyong berhentikan keretanya di depan Gyuri dan yang lain. Gyuri naik dan melambai tangannya kepada mereka semua. Sedih jugak, fikirnya. Baru seharian bersama, dah rasa macam rapat sangat..macam dah lama kenal.



“Mommy..flight kami pukul 5AM ni. So aku lepas ni terpaksa rush balik dan kemas baju..,” kata Jiyong mula bercakap. “It’s OK. I had great fun today. Thank you Jiyong-ah,” jawab Gyuri cool. Tapi hatinya dah mula risau. Masih awal ni, kenapa rush nak balik? We can hang out like forever. 2am..still can bah. Or..kau nak pergi mengadap princess kau ke? Kenapa kau tak bagitahu kau dah ada gf? Cubalah bagitahu sekarang. Aku cakap jangan ada rahsia kan? Kan? Tengok! tengok! Gyuri cakap banyak dalam hatinya dan otaknya berfungsi hyperaktif pada masa tu.



“Tapi kau sorang je kat dorm kan?” Eh? Tetibe pulak Jiyong bertanya lagi. Gyuri angguk dengan muka hairan. “Wae?” Jiyong geleng kepala saja. “Mian. Aku tak dapat temankan kau lama-lama malam ni. Sepatutnya aku temankan kau masa ni..” kata Jiyong dengan nada sedih dan rasa bersalah. “It’s OK Jiyong-ah. Siang tadi pun dah cukup. Walaupun kita tak jumpa dalam sejam tu, kau dah bagi aku kawan-kawan baru!” Gyuri bersuara ceria. Yang ini ikhlas sambil nak mengingatkan Jiyong pasal the lost hour tu.
 


“Mian Mommy-ah. That lost hour, I will make it up for you. I promise. Just wait for me to come back, arrasso?”



“Arra!!! Promise ha!!!”
 


--
 


Kiko menyanyi gembira bila melihat pakaiannya sudah siap dikemas dalam beg. Sesekali dia melihat telefonnya kalau-kalau ada pesanan daripada Oppanya tapi takde mesej. Takpelah, fikirnya. Yang penting aku dah ada pass ikut dia ke mana saja..I am the best.. I am his VVIP,fikirnya sambil tersenyum bangga.
 


YOU, face it. At least try too. Kiko sambung lagi senyuman evilnya...

 

 

A/N : THANKS FOR ALL MY SUBSCRIBERS. PLS DROP SOME COMMENTS. YOU HELP ME A LOT TO WRITE BETTER UPDATES. ATTACKKKKK!!!!!!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
autumnX
bbgg- saya double update!!come come read!

Comments

You must be logged in to comment
AyumuChan #1
Chapter 58: Bestnyaa...Good jod author...Keep trying...So sweet.haha
namsaehee #2
Chapter 4: syok sendiri baca crite nie , btw , nice!! , tapi , lain kali , buat yg lebih romantik lagi ye ??
trexemo92
#3
Chapter 3: rasa mcm tgk cerita tp alih bahasa. hahaha. anyway, tk sangka kt sini ada jugak fics dlm BM. Kyaaaaaaaaa~~~i love it so much!!!!!!
MaryReeds
#4
Chapter 58: Nice story!!! Touching :'(
MaryReeds
#5
Chapter 42: Triple X? Ape tu?
MaryReeds
#6
Chapter 31: SERIOUSLY AKU TAK PAHAM BETOL DENGAN TOP NI! *CONTINUE READING*
MaryReeds
#7
Chapter 19: "Tanahair" haha !
-Yuan-
#8
Chapter 1: I love the couple sadly I can't malay
But it looked awesom if you ever decide to make a english fanfiction about them noth would be awesome
sndrprk
#9
Chapter 59: part 2? WAAAAA~~! suka suka
Catalina390 #10
Chapter 59: what sequel? OMG!