SHOT SIX

Bad Boy. Good Girl.



2AM seterusnya, maksudnya, keesokannya pada masa yang sama di tempat yang sama, BFF ni berjumpa lagi. Kali ni Jiyong bawa dua iPad. Mereka lepak kat bangku tu lagi. Buaian tu jadi terasing buat sementara. Gyuri menguap-nguap sudah tapi bila tengok Jiyong datang bawak iPad dua bijik, dia pun jadi hairan. Jiyong siap datang bawa dua gelas kopi panas lagi tu.



    “Your highness.. what should we do with this?” Gyuri bertanya masih menguap. “Anja (duduk). Nah, minum. Ni iPad kau, yang pink ni. Ni aku punya,” kata Jiyong sambil menyuakan gelas kopi kepada Gyuri diikuti dengan iPad bercover pink. “Jiyong, nak buat apa? Main game ke?” tanya Gyuri lagi, duduk di sebelah Jiyong dan meletakkan iPad itu di ribanya. Jiyong tak jawab, dah leka dengan iPadnya sendiri.



    “Jiyong-ah..,” Gyuri blur. “Aku tak dapat tidur. Jom main game kat facebook kejap. Game apa yang kau main? Aku baru buat facebook account tadi,” Jiyong jawab selamba. Gyuri jadi.. “Mwo? Kau tak boleh tidur, jadi kau ajak aku berjaga sekali dengan kau? Kejamnya!” Jiyong cuma tersengih. “Takpe lah, kan kau setia dengan aku. Apa aku nak, kau on je. Mommyyyyyy...”



    Gyuri geleng kepala dan turn on iPad nya. Sebaik saja skrin on, ada gambar selca Jiyong jadi penghias utama. “Wah.. pasti ke ni aku punya? Apasal gambar kau pulak jadi wallpaper?” tanya Gyuri blur lagi. “Tengok ni,” arah Jiyong, sambil selamba je tarik rambut Gyuri kepadanya. Gyuri mengaduh tapi ikutkan saja kata Jiyong. Dia toleh ke skrin. Oh, ada gambar selca dia di skrin iPad Jiyong. “Wah? Apa ni Ji? Macam couple je.. weird,” komen Gyuri, terasa pipinya panas serta-merta. Nasib baik gelap, tak nampak dia tengah blushing. Kalau tak, confirm Jiyong dah ejek dia.



    “Tadi aku beli iPad ni, aku set wallpaper dia. Aku try gambar kau dulu, then aku nak remove, tukar dengan gambar album Alive.. tak dapat-dapat lah pulak. Then aku try pulak nak letak gambar kau ni kat iPad kau ni, keluar pulak gambar aku. Ntah apa masalah dia, aku tak tahu nak atur balik. Kau tahu tak?”



    Penjelasan Jiyong dengan riak wajahnya menjelaskan hal itu buat Gyuri tergelak besar. “Aigo, Jiyong-ah, comelnya kau!” komennya.. “Tapi aku pun tak tahu nak buat macam mana. Ala, kau suruh technician ke siapa-siapa ke kat YG tolong reset skrin ni, habis cerita. Kenapalah perlu nak datang sini komplen kat aku?” Jiyong pun garu kepalanya. “Betul.. tapi kau gila? Kalau aku tunjuk iPad aku ada gambar kau, haru aku dikerjakan budak-budak tu!” tempelak Jiyong, merefer kepada empat sahabat baiknya.




    “Cheh.. kita tukar iPad jelah. Tapi dua-dua pun iPad kau, kenapa lah nak bingung?” Gyuri suakan iPad pink tu kepada Jiyong tapi Jiyong tak nak sambut. “Tak nak! Aku suka iPad aku ni! Aku punya software lebih power daripada kau punya, tau?” Jiyong peluk iPadnya rapat ke dada. “Yang pink ni, memang aku nak bagi kau,” jelas Jiyong. Gyuri tersengih. Jiyong selalu belikan dia barang, tak kira barang apa, kalau Jiyong suka, dia akan belikan satu untuk Gyuri. Gyuri tak suka dia buat macam tu. Segan. Tapi Jiyong tak peduli. Ikhlas katanya. Dia betul-betul menghargai persahabatan mereka tapi Gyuri memang off sikit dengan cara penghargaan Jiyong tu sebab dia sendiri tak pernah bagi apa-apa kat Jiyong. Jadi patut pun dia segan, kan?



“Hm, bawak balik ni nanti, pergi reset kat kedai tempat kau beli or suruh sesiapa yang pandai reset,” kata Gyuri. Gyuri memang tak berapa nak pass pasal gajet-gajet dan teknologi terkini. Tapi tak sangka pulak Jiyong pun sama... adehhhh! Nama je Kpop Idol, terkenal pulak tu. ‘(-.-)



    Jiyong diam seketika, berfikir. “Hm, takpe lah. Biarkan je. Asalkan jangan terlepas kat tangan orang lain iPad ni, cukuplah,” suara Jiyong mengalah. “Nanti kalau aku rindu kau ke kau rindu aku ke.. boleh on. Ada jugak guna iPad ni, kan? Kan?” Jiyong tersenyum nakal. “Cheh, mengada-ngada... so, nak buat apa sebenarnya ni?” Gyuri cuba menghirup kopinya yang masih panas.



    “Mainlah dengan iPad tu. Check me2day kau,” cadang Jiyong, kembali focus kepada iPadnya. Gyuri pun checklah apa yang ada. Tak ada yang luarbiasa, so dia pun kembali ke kopinya semula. Sudah tiada lagi rasa mengantuk. “Jiyong-ah..,” panggil Gyuri separuh berbisik. Jiyong bulatkan mata dan menoleh perlahan kepada Gyuri di sebelahnya. Kekok pula rasanya, Jiyong telan air liur senyap-senyap. Gyuri jarang memanggil namanya selembut itu, berbisik selunak itu. Biasanya dia jerit-jerit je, tanpa mengira status mereka berdua.
 


    “Hm?” Jiyong buat-buat cool dengan mata masih menatap skrin iPadnya. “Aku terfikir pasal jaga badan... untuk dapatkan curve..,” Gyuri paused. “Aku dah mula bersenam di gym. Tapi aku tak tahu sesuai ke tak senaman tu dengan badan aku,” sambungnya lagi. “Buat senaman ramai-ramai, dengan KARA.. upah personal trainer, habis cerita,” jawab Jiyong buat-buat tak endah. Gyuri mengeluh. Siang tadi dia tanya pendapat dongsaeng-dongsaeng nya dalam KARA. Honestly jawapan mereka juga sama seperti kata-kata Jiyong malam sebelumnya.



    “Kau bingung? OK, macam ni. Kalau kau dapat buat yang aku suruh setiap hari, confirm kau dapat badan macam model majalah Playboy,” Jiyong bersuara, bila tengok Gyuri diam saja. “Huh, kau ni.. takde benda lain ke nak gina untuk compare dengan aku. Aku tak kesah curvy tak curvy. Aku cuma tak nak gemuk je.. kau pun tahu camana aku ni cepat gemuk,” Gyuri mengeluh di hujung kata-katanya.



    “Buat sit-up tiap hari, mula dari 50 kali setiap pagi, petang 100 kali. Tak payah buat senaman lain, tapi ingat makan kena ikut masa dan makan makanan yang sihat je..aa..kau tahulah!” cadang Jiyong. “Lagi satu, kau dah operate hari tu, suara tu jaga elok-elok. Asset tu. Cuba stop yelling around, especially around me” pesan Jiyong lagi. Ada hint didalam ayatnya. Beberapa bulan lalu, Gyuri buat pembedahan kod suaranya. Jiyonglah yang buat dia cepat sembuh, dengan segala saranan dan petua daripada Jiyong. Jadi untuk senaman, dia juga percaya pada kata-kata Jiyong.



    “Arrasso, aku akan buat nanti,” keluh Gyuri. “Ni, ni..tengok ni. Ni kawan aku kat Jepun, dia model tau. Famous! Kau cuba dapatkan body macam dia ni, cukuplah. Slim..yang normal, yang sihat,” Jiyong tarik lagi rambut Gyuri ke skrinnya. Terpapar seorang gadis muda beraksi seksi dengan pelbagai pakaian. “Ji, kau ada kawan perempuan lain, tak cakap pun kat aku?” tiba-tiba Gyuri rasa kecewa. Pelik tapi dia tahu perasaannya bernama kecewa.



    “Oh, mian. Aku kenal dia lama jugak, tapi kau lama lagi. Ni Kiko Mizuhara..” Gyuri tiba-tiba tutup mulut Jiyong dengan jari telunjuknya. Jiyong terdiam, Gyuri juga terdiam malah terkejut dengan reaksi dirinya. “Gyuri-ah...”



    “Kiko Mizuhara.. Audrie Daniel, anak campur Korea-Japan and some..european? Dia Eurasian, aku tahu. Aku minat dia..,” cepat-cepat Gyuri cover and buat pengakuan berserta senyuman palsu di hujung kata-katanya. Jarinya ditarik semula. Jiyong jadi blur tapi kemudiannya tersenyum nakal.



    “Wah, tak sangka! Kau minat dia? Kau patut jumpa dia! Dia akan datang ke sini lusa.. Apa kata kita jumpa dia bersama-sama? Aku lama dah tak jumpa dia since di US and Tokyo last year!” nada Jiyong sangat bersemangat sementara Gyuri.. dia tak pasti apa yang dia rasakan. Rasa tergugat? Pelik, fikirnya. Kenapa aku rasa macam tu?



    “Nak tak Mommyyyyy?” Jiyong tarik-tarik lembut rambut Gyuri, buat-buat macam dirinya masih budak kecil berumur tiga empat tahun. Gyuri toleh dan mengangguk lemah. “Ji.. lain kali, kalau kau ada kawan baru ke..girlfriend ke.. bagitahu kat aku awal-awal ek,” Gyuri terlepas kata. Kata-kata tu tadi sepatutnya dalam fikirannya saja tapi.. “Arrasso, Mommyyyy! Mommy pun kalau ada kawan baru ke siapa ke, boyfriend ke, cakap jugak dengan Daddy ya! Kawan kita patut jadi kawan bersama! Mutual friends,” Jiyong masih dengan wajah berkobar-kobar menjawab dengan nada bahagia. Tangannya autopilot memaut bahu Gyuri macam biasa. Gyuri hanya tersenyum tawar. Dan... ‘Mommy’... dia seakan mula menyukai nickname itu.
 


 

 


A/n : uh’oh...yorobun, do you feel what Mommy feels? Waeyo? sub and comments everyone.. that's for today! double update!~ <3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
autumnX
bbgg- saya double update!!come come read!

Comments

You must be logged in to comment
AyumuChan #1
Chapter 58: Bestnyaa...Good jod author...Keep trying...So sweet.haha
namsaehee #2
Chapter 4: syok sendiri baca crite nie , btw , nice!! , tapi , lain kali , buat yg lebih romantik lagi ye ??
trexemo92
#3
Chapter 3: rasa mcm tgk cerita tp alih bahasa. hahaha. anyway, tk sangka kt sini ada jugak fics dlm BM. Kyaaaaaaaaa~~~i love it so much!!!!!!
MaryReeds
#4
Chapter 58: Nice story!!! Touching :'(
MaryReeds
#5
Chapter 42: Triple X? Ape tu?
MaryReeds
#6
Chapter 31: SERIOUSLY AKU TAK PAHAM BETOL DENGAN TOP NI! *CONTINUE READING*
MaryReeds
#7
Chapter 19: "Tanahair" haha !
-Yuan-
#8
Chapter 1: I love the couple sadly I can't malay
But it looked awesom if you ever decide to make a english fanfiction about them noth would be awesome
sndrprk
#9
Chapter 59: part 2? WAAAAA~~! suka suka
Catalina390 #10
Chapter 59: what sequel? OMG!