SHOT FIFTY ONE

Bad Boy. Good Girl.

Ya, masa memang berhenti buat mereka untuk entah berapa ketika… serbuan cahaya terang berkelipan dengan bunyi riuh shutter mengasak, itu saja yang dapat mereka dengar. Gyuri dan Jiyong menutup mata dan muka. Silau dek cahaya-cahaya yang datang dari lensa kamera. Keadaan jadi gamat seketika.

 

 

Gyuri diiringi pergi oleh pengawal-pengawal keselamatan dari DSP Ent. Sementara Jiyong pergi dengan pengawal-pengawal yang Papa YG hantar untuk menjemputnya. Jiyong dan Gyuri berpandangan seketika sebelum berpisah dalam keadaan riuh itu. Mata Jiyong turun ke paper bag yang dipegang Gyuri. Gyuri seperti mahu menyerahkan paper bag itu kepadanya tapi asakan pihak media yang menyerbu mereka membuatkan Gyuri terlepas pegangannya pada paper bag itu dan mereka berdua dibawa pergi.

 

 

Pihak media terus mengekori mereka berdua yang dibawa pergi oleh dua kenderaan MPV yang berasingan. Paper bag tadi masih berada di tanah..dan seseorang telah mengutipnya dengan bibirnya tersenyum sinis.

 

==

 

Hampir sejam selepas insiden serbuan yang dibuat oleh pihak media, netizen dan cyber news, segalanya mula bising bercerita tentang Jiyong dan Gyuri. Ada yang suka, ada yang tidak. Yang pasti buat masa itu, inilah cerita Kpop terhangat. Pelbagai tajuk artikel keluar di internet.

 

“GD and Gyuri were secretly dating!”

 

“Two top leaders dates at dawns!”

 

“GD x Gyuri : Midnight to Dawn?”

 

“Big Bang leader’s girl is Kara’s leader!”

 

Tak lupa versi Malaysia, Brunei, Singapore, Indonesia, negara-negara Asia Tenggara!

 

“GD dan Gyuri bercinta senyap-senyap!”

 

“Gyuri dan GD ketahuan!!!”

 

G-Dragon dan Goddess, mungkinkah?”

 

“Gyuri Park and Jiyong Kwon caught dating!”

 

"GD & Gyuri : Toto'o? Inde ba?"

 

Wah…Thailand dan yang lain tak tahulah pulak macam mana, pastinya tak kurang gempak jugak. Sebab negara ni pun supporter Kpop dia ramai…

 

 

Tweets berlambak, fb Like mencecah ratusan ribu, youtube ada trailer fanmade. Asianfanfics.com…juga tak kalah! Ada terus fanfic terbaru mengenai pasangan terbaru yang ..kira baru terdedahlah hubungan mereka. Kamilia sangat gembira untuk Gyuri kerana menjadi seorang yang sangat istimewa di hati G-Dragon Big Bang adalah sangat mustahil walaupun untuk seorang selebriti. V.I.P dan BlackJack pulak ada yang suka ada yang tak suka.. ada yang ship Gyuri umpama Goddess sangat sesuailah dengan jejaka pujaan mereka. Ada juga yang menempelak dan menyumpah hubungan mereka itu. Kata mereka.. GD lebih sesuai dengan gadis-gadis 2NE1, especially Dara.. siap ada nama lagi..Daragon. tapi Gyuri dan GD, ada nama pasangan tak? Takde kan? Cuba cipta satu!

 

 

 

Berita di Seoul dalam beberapa saat, iyelah internet di hujung jari je tapi seluruh dunia dapat tahu tentangnya …internet ..ia sepantas cahaya tapi ia buatan/ciptaan manusia. Teknologi manusia yang dimanfaatkan sepenuhnya terus memberi impak yang besar kepada YG dan DSP, esp kepada mereka yang berkaitan secara langsung.

 

 

==

 

Dara mengepal penumbuknya. Baginya Gyuri yang menjadi punca segalanya. Ketamakan Gyuri meruntuhkan imej baik Jiyong. Betul-betul mencari nahas. Gyuri benar-benar menjadikan dua dongsaengnya sebagai bahan mainan. Taeyang sudah tak terkata apa lagi. Melihat Dara mendengus marah bukan lah sesuatu yang disukai. Bila dia menenangkan teman wanitanya itu, dia pula yang kena marah.

 

 

Taeyang toleh kepada Seungri dan Daesung. Kedua-duanya menggeleng kepala. Masih tak dapat menjejak TOP. Mana pulak hyung ni? Kita ada meeting tergempar, dia boleh pulak hilang! Taeyang mula merungut dalam hati. “Jap, aku cuba call Hyorin dulu. Maybe dia ada dengan Hyorin..,” cadang Seungri.

 

 

“Hyorin?” Dara jadi tertarik. “TOP ni sejak bila kawan dengan banyak perempuan ni? Bukan dia dengan Bora ke?” tanya Dara dan yang lain terus melopong. “Noona…” Seungri bagaikan hilang kata. Ketika itu cuma mereka berempat yang sudah berkumpul. Bom, Minzy dan CL on the way nak jumpa mereka. Jiyong pula berada di dalam pejabat bos besar, Papa YG.

 

 

“Seungri, jangan nak buat tak tahulah. Hyorin tu cover aje. Bora yang sebenarnya dengan TOP tu. Lebih baik kau call Bora sekarang. Tak perlu cari Hyorin,” suara Dara bergema, ketika Bom, Minzy dan CL masuk ke bilik itu. Langkah Bom dan Minzy langsung terhenti. “Bora????” kedua-dua bertanya separuh menjerit. Kalut lagi…

 

 

 

 

 

A/n : tajuk2 news tu..saya terjah je. for fun. :) oh, miane for late update... sibuk dating dengan Kai lah.. keke

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
autumnX
bbgg- saya double update!!come come read!

Comments

You must be logged in to comment
AyumuChan #1
Chapter 58: Bestnyaa...Good jod author...Keep trying...So sweet.haha
namsaehee #2
Chapter 4: syok sendiri baca crite nie , btw , nice!! , tapi , lain kali , buat yg lebih romantik lagi ye ??
trexemo92
#3
Chapter 3: rasa mcm tgk cerita tp alih bahasa. hahaha. anyway, tk sangka kt sini ada jugak fics dlm BM. Kyaaaaaaaaa~~~i love it so much!!!!!!
MaryReeds
#4
Chapter 58: Nice story!!! Touching :'(
MaryReeds
#5
Chapter 42: Triple X? Ape tu?
MaryReeds
#6
Chapter 31: SERIOUSLY AKU TAK PAHAM BETOL DENGAN TOP NI! *CONTINUE READING*
MaryReeds
#7
Chapter 19: "Tanahair" haha !
-Yuan-
#8
Chapter 1: I love the couple sadly I can't malay
But it looked awesom if you ever decide to make a english fanfiction about them noth would be awesome
sndrprk
#9
Chapter 59: part 2? WAAAAA~~! suka suka
Catalina390 #10
Chapter 59: what sequel? OMG!