SHOT FORTY NINE

Bad Boy. Good Girl.

a/n : mian. saje x update sebab tak pecaya dgn site ni...error memanjang..but im back! baca n komen2 ne.kamsahamnida!

 

 

 

 

Jiyong pasti gadis di hadapannya ialah gadis yang sama tempoh hari. Yang bersama TOP di café itu dan diekori TOP hingga ke rumahnya. Tersentak dia apabila mendengar gadis itu seperti bercakapseorang diri dan menyebut namanya. Dari jaketnya dia pasti gadis itulah orangnya. Sebaik saja mereka bertentangan mata, dia jadi lebih terkejut bila mendapati orangnya ialah tidak lain tidak bukan adalah Bora.

 

 

“Bora ssi??? Mwo-???” Bora terpenpam. Mahu lari tapi bagaimana. Tersekat jalan dan ideanya. “G-Dragon ssi…” Bora hanya mampu buat senyuman palsu. “Tunggu saya,” kata Jiyong lalu memesan minumannya. Kemudian dia berjalan melepasi Bora dan Bora langsung mengekorinya. Mereka duduk di sebuah sudut yang agak sunyi. “Saya nak tahu dan saya nak awak jujur,” kata Jiyong. Matanya tak lepas memandang wajah Bora yang mula nampak resahnya.

 

 

“Apa yang awak nak tahu dari saya?” tanyanya perlahan. Dia tak berani hendak bertentangan mata dengan lelaki terkenal itu. “Lihat saya, Bora ssi,” kata Jiyong dengan suara agak tegas. Bora perlahan-lahan mengangkat mukanya. Hendak telan air liur tapi tekaknya dah kering. “Awak..dengan TOP?” soalan yang sama daripada orang yang berbeza dalam satu hari.. Bora mengetap bibir. “Saya hanya berkawan dengan dia,” kata Bora.

 

 

“TOP dengan Gyuri pulak?” tanya Jiyong. Sebenarnya dia sudah merasa pelik akan hubungan TOP dan Gyuri. “Mereka? Saya…tak tahu apa-apa tentang mereka,” kata Bora, berdalih. Terdetik di fikirannya…patutkah aku bagitahu dia? Aku tak patut masuk campur lagi. Cukuplah apa yang dah jadi. Nak bagitahu tak? “Bora..saya tahu awak ada sesuatu dengan TOP. Sekarang awak cakap dengan saya, Gyuri macam mana? TOP is cheating right?” tanya Jiyong, serius. Bora terus menggigit bibirnya. Dahinya berkerut dan perlahan-lahan kepalanya digeleng. “Mollayo..” katanya dengan berat.

 

 

Jiyong mengeluh. “Jinja?” dan Bora angguk perlahan. “Kenapa TOP ikut awak sampai ke rumah? Awak pasti awak ni bukan kekasih dia?” tanya Jiyong lagi. Rasa tak percaya pada Bora kian menebal. “Saya dengan TOP ssi hanya kawan. Dia sudah ada Gyuri. Dan dia setia dengan Gyuri,” kata Bora, memberanikan dirinya untuk berkata benar. Benar padanya ialah tentang TOP memang sukakan Gyuri. Dan kalau mereka terus couple macam tu, memang TOP akan jadi kekasih yang setia. Itu yang Bora fikir dan anggap.

 

 

Jiyong menyandar pada sofa dengan satu keluhan berat. Kepalanya sudah mula sarat dengan macam-macam. Bora diam saja melihat muka Jiyong seperti sangat tertekan. “G-Dragon ssi… miane. Boleh saya tanya sesuatu?” Bora bersuara dengan berhati-hati. “Saya tahu Gyuri unnie dengan awak berkawan baik. Dari awak dia berkenalan dengan TOP dan jadi kekasih..” Jiyong segera mengangkat mukanya dan memandang ke wajah Bora dengan pandangan marah. Terdiam Bora seketika. “Saya yang satukan mereka?”tanyanya kepada Bora. “Er…bukan awak ke? Saya dengar unnie kenal TOP daripada awak..mian,” Bora spontan bertutur. Dalam kepalanya sudah tumbuh seketul geliga baru.

 

 

Jiyong terus mengerutkan keningnya. “Saya..sukakan TOP. Dan awak …macam sukakan unnie.. betul tak G-Dragon ssi?” tanya Bora. Idea spontan, tak baik dibazirkan, fikir Bora ketika itu. Jiyong pandang tajam kepadanya, terus diam. “Bagaimana kalau kita pisahkan mereka dan kita betulkan balik keadaan yang sepatutnya. Awak dengan Gyuri, saya dengan TOP..,” bibir Bora sudah tersenyum manis. Jiyong bulatkan matanya, terus memandang wajah Bora. “Sampai macam tu awak fikir? Saya tak nak. Gyuri dah happy. TOP pun happy. Jangan ganggu mereka,” Jiyong terasa agak marah dengan idea Bora. Tak tersangka olehnya gadis semanis Bora boleh mencadangkan idea untuk membinasakan hubungan orang lain.

 

 

“Awak rasa Gyuri bahagia ke? Awak rasa TOP bahagia?” Bora bertanya selamba tapi sebenarnya soalan ini bukanlah soalan biasa. Jiyong terdiam. “Awak sayang Gyuri tak?” tanya Bora, terus memancing. “Saya kawan baik dengan dia. Of course saya care pasal dia,” jawab Jiyong. “No. that’s not the answer. I asked.. do you love her or not?” Bora terus menggasak.

 

 

Bibir Jiyong sudah hendak menjawab tapi tiba-tiba dia jadi mengeluh pula. “Wae? I know you love her. More than just friends. Why you never tell her?” tanya Bora, hatinya mula menyukai pertemuan ini. “Awak pula? Kenapa tak cakap dengan TOP?” tanya Jiyong tiba-tiba. Bora senyum. “Saya dah beritahu dia tapi tidak secara terus. Dia tersepit sebab ada Gyuri dan saya. Dia takkan bahagia selagi dia tersepit. Dia Cuma perlukan seorang saja daripada kami. Awak nak tengok dia stress dan tak dapat bekerja? Saya boleh lakukan itu pada dia. Saya boleh hancurkan Big Bang tapi.. saya tak nak sebab saya cintakan dia. Sekarang saya tanya awak. Awak nak tak buat macam yang saya suggest ni? Awak pikat balik dia dan sedarkan TOP supaya kembali dengan saya macam dulu.”

 

 

Suara Bora yang tiba-tiba keras dan serius itu mematikan fikiran Jiyong. Sungguh dia tak sangka gadis muda itu berfikiran begitu. Bora seakan mengugutnya dan juga memberinya satu peluang. Anehnya gadis ini, fikirnya tapi dalam diam dia mengakui kebenaran pada kata-katanya tadi.

 

 

“Bora ssi. Apa hubungan awak dengan TOP sebenarnya?” tanya Jiyong. Bora mengerling dan senyum sinis. “Itu soalan awak dan jawapannya ada pada awak sendiri,” Bora terus bangun dan tunduk hormat padanya sebelum beredar.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
autumnX
bbgg- saya double update!!come come read!

Comments

You must be logged in to comment
AyumuChan #1
Chapter 58: Bestnyaa...Good jod author...Keep trying...So sweet.haha
namsaehee #2
Chapter 4: syok sendiri baca crite nie , btw , nice!! , tapi , lain kali , buat yg lebih romantik lagi ye ??
trexemo92
#3
Chapter 3: rasa mcm tgk cerita tp alih bahasa. hahaha. anyway, tk sangka kt sini ada jugak fics dlm BM. Kyaaaaaaaaa~~~i love it so much!!!!!!
MaryReeds
#4
Chapter 58: Nice story!!! Touching :'(
MaryReeds
#5
Chapter 42: Triple X? Ape tu?
MaryReeds
#6
Chapter 31: SERIOUSLY AKU TAK PAHAM BETOL DENGAN TOP NI! *CONTINUE READING*
MaryReeds
#7
Chapter 19: "Tanahair" haha !
-Yuan-
#8
Chapter 1: I love the couple sadly I can't malay
But it looked awesom if you ever decide to make a english fanfiction about them noth would be awesome
sndrprk
#9
Chapter 59: part 2? WAAAAA~~! suka suka
Catalina390 #10
Chapter 59: what sequel? OMG!