SHOT FINAL = AHNIII... NOT YET. COUNTED AS SHOT THREE

Bad Boy. Good Girl.

Gyuri keluar berjalan sendirian ke taman permainan itu sekali lagi dengan tujuan mahu menenangkan fikiran. Ini malam kedua dia melepak sendirian di taman itu pada jam 2 pagi. Dia duduk di buaiannya, dan bermain seperti biasa. Seketika kemudian sebuah kereta datang dan berhenti di tepi taman itu. Gyuri jadi takut tiba-tiba. Tetapi apabila terlihat kelibat Jiyong yang keluar dari kereta, Gyuri merasa selamat semula.

 

            “Hey, aku baru je nak email kau.. tapi aku tengok kau pun baru datang,” Jiyong duduk di buaian sebelah. “Huh.. what’s up?” tanya Gyuri. “Aku bawa seseorang. Aku nak introduce kat kau formally,” umum Jiyong. “Hum..siapa?”

 

            Jiyong berlari semula ke kereta dan membuka pintu sebelah pemandu. Keluar seorang perempuan berjaket dan berseluar panjang dari perut kereta itu. Gyuri sudah mula memanjangkan lehernya mahu melihat siapa gerangan gadis yang dibawa oleh Jiyong. Mesti special sangat, sampai nak intro kat aku. Huh, menyampah. Mengada-ngada betul si Jiyong ni, Gyuri merungut dalam hati.

 

            Jiyong genggam erat jari si gadis hingga mereka kini berada di depan Gyuri. Gyuri bangun dan mengamati wajah si gadis dalam cahaya lampu taman yang samar-samar itu. “Sandara Park?” Gyuri cam wajah tetamu itu. Gadis tadi lalu mengangguk dan menanggalkan hood jaketnya. “Annyeonghaseyo,” Sandara tunduk hormat. “Oh, annyeonghaseyo,” jawab Gyuri juga tunduk.. dan pandangannya beralih kepada Jiyong yang senyum gembira.

 

            Gyuri telan air liur saja melihat Jiyong masih menggenggam erat jari Sandara. “Gyuri, dia lah noona yang aku ceritakan tu dan sekarang dia ialah...,” Jiyong yang tengah ceria bercakap dipotong oleh Gyuri. Jiyong tidak pernah memberitahu nama noona yang disukainya selama ini. Dan pada masa itu juga Gyuri teringat dan Gyuri tak mahu tahu apa lagi selebihnya. “Jiyong-ah, kau tak perlu nak bagi tahu aku semuanya. Aku dapat tengok,” potong Gyuri sambil matanya terus menatap jari mereka berdua yang masih bertaut.

 

            “Sandara unnie, maafkan saya. Saya nak balik rumah dulu. Dah lewat sangat ni. Awak berdua pun ..baliklah,” ucap Gyuri lalu berlalu menuju ke arah dormnya. Sekali lagi Jiyong terpinga-pinga. Hobi baru Gyuri agaknya, Jiyong sempat mengagak. Sandara yang hanya diam memerhatikan wajah Jiyong seperti kesal semacam.

 

            “Jiyong, I am not the one. But she is,” ucap Sandara lalu menarik tangannya dari genggaman Jiyong. Jiyong menoleh, hairan. “Dara..” Sandara senyum tawar. “Mianhae Jiyong. Selama ni bukan usia yang jadi penghalang kita berdua. Saya..sebenarnya sekarang dengan Youngbae. Saya nak beritahu awak tadi..keputusan saya masih sama. Tapi awak dah kidnap saya sampai sini. Tak sempat saya nak cakap baik-baik,” Sandara beri penjelasan dengan nada tenang. Jiyong hanya mampu terlopong.

 

            “Gyuri-ssi.., dia kawan baik awak. Dan awak berdua dah berjaya merahsiakan persahabatan ni agak lama. Jadi saya rasa tak menjadi masalah kalau awak berdua terus merahsiakannya lebih lama lagi..dalam bentuk percintaan ..hopefully,” Sandara berkata lagi. Jiyong menutup mulutnya, terdiam dan terpaku.

 

            “Ya Jiyong. Saya sayang awak dan mahu lihat awak bahagia macam saya dan Youngbae. Gyuri..saya sukakan dia dari dulu. Tak sangka dalam banyak-banyak orang, dia yang awak pilih untuk berkongsi segalanya. Kenapa awak sendiri tak nampak?”

 

            Jiyong cuba berfikir. “Apa yang awak maksudkan ni?” tanyanya dengan wajah keliru. “Awak ni memang bad boy. Dia sukakan awak lebih dari seorang kawan, awak nampak tak?” Sandara memeluk tubuhnya, menggeleng kepala melihat kelakuan lelaki terkenal itu menggaru kepalanya dalam kekeliruan.

 

            “Jiyong!”

 

            “Ah..ya?”

 

            “Saya tak nak kawan dengan awak lagi. Awak sangat beremosi tulis lagu dan menyanyi tapi... awak tak sensitive dengan perasaan kawan baik awak sendiri. Dahlah, saya nak balik!” Sandara lalu beredar ke kereta. Dia masuk ke dalam kereta dan terus memandu pergi, meninggalkan Jiyong di taman.

 

            Jiyong hanya memandang keretanya dipecut laju oleh gadis idamannya. Jiyong duduk semula di buaiannya dan berfikir sendiri. Kekeliruan yang dialami membuat dirinya terkaku dan terkelu. Dia mengingat semula setiap detik dia bersama Sandara tapi wajah Gyuri pula muncul di tengah-tengah memori itu. Jiyong mengeluh panjang. Apa yang aku buat ni? Aku dan Gyuri? Impossible! Jiyong berbisik dalam hati. Berlawan dengan diri sendiri.

 

            Gyuri marah ke? Apa salah aku? Aku nak dia yang pertama tahu siapa yang aku suka tapi kenapa semua ni jadi tak terurus pulak? Jiyong asyik bertanya pada dirinya. Jiyong geleng-geleng kepala dan menghela nafasnya. Terasa lemah seketika.

 

            Dia akui dia memang tertarik dengan Gyuri yang serba-boleh. Leteran kreatif Gyuri dijadikan ilham untuk menulis lagu-lagu baru Big Bang. Kata-kata makian Gyuri menjadi bahagian rap nyanyiannya dengan Seunghyun. Aksi comel dibuat-buat Gyuri ditirunya dalam kebanyakan MV Big Bang. Gyuri yang menyepak kepalanya ketika dia dalam keadaan khayal. Gyuri yang memastikan dia berhenti dari mengambil benda terlarang itu lagi. Setiap masa ada Gyuri. Malah setiap kali bercakap, dia pasti tersasul menyebut nama Gyuri tapi kerana dia cepat sedar, dia juga pandai menyembunyikan kesilapan pada kata-katanya. Kenapa dia tak menyedari betapa pentingnya Gyuri dalam hidupnya sebelum ini? Dia tarik pipinya. Sakit! Oh, ini reality, fikirnya.

 

            Gyuri yang pertama diingati setiap kali bangun pagi, bukan Sandara. Gyuri yang sudah melihat semua bahagian lemahnya.. mendengar tangisannya. Kata-kata nasihat Gyuri saja yang mahu dia turuti ..dan Gyuri juga gadis pertama yang dia cium di dahi. Omo! Omo! Takkanlah.., fikiran Jiyong mati.

 

Jiyong menoleh. Gyuri muncul lagi, bercekak pinggang. Jiyong lalu berlari mendapatkannya lalu memeluknya erat. “Omo! Oxygen..oxygen!” Gyuri cuba melepaskan diri. “Shh... mianhae.. I am a bad boy, you are a good girl..” dan Gyuri menjadi kaku plus blur seketika sebelum membalas pelukannya dan seketika kemudian menolak tubuh bad boy itu menjauhi dirinya. Then selamba je dia menyepak kaki Jiyong menyebabkan Jiyong terkejut dan mengerang sakit.

 

“Yah, Gyuri! Aku tarik balik apa aku cakap tadi! You’re not a good girl! Gyuri jahat!!!!!”

 

“Padan muka! Bwekkk!”

 

 

 

 

-----------------------------------------------------------------------------THE END------------------------------------------------------------------

 

T.T sekali lagi. Entah apa-apalah yang aku tulis ni. Mood OK je tapi kenapa story macam.. aish... sub n komen everyone. Maybe nak buat cite ni panjang sket ..hm, rasa macam CANCEL TWOSHOT NI AND BUAT CITE NI CAM FANFIC LAIN sebab idea untuk story ni macam mencurah-curahlah pulak.. amacam?. Pendapat anda sangat2 dihargai.

Thanks yorobun for supporting and reading! Sekian terima kasih! xoxox  

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
autumnX
bbgg- saya double update!!come come read!

Comments

You must be logged in to comment
AyumuChan #1
Chapter 58: Bestnyaa...Good jod author...Keep trying...So sweet.haha
namsaehee #2
Chapter 4: syok sendiri baca crite nie , btw , nice!! , tapi , lain kali , buat yg lebih romantik lagi ye ??
trexemo92
#3
Chapter 3: rasa mcm tgk cerita tp alih bahasa. hahaha. anyway, tk sangka kt sini ada jugak fics dlm BM. Kyaaaaaaaaa~~~i love it so much!!!!!!
MaryReeds
#4
Chapter 58: Nice story!!! Touching :'(
MaryReeds
#5
Chapter 42: Triple X? Ape tu?
MaryReeds
#6
Chapter 31: SERIOUSLY AKU TAK PAHAM BETOL DENGAN TOP NI! *CONTINUE READING*
MaryReeds
#7
Chapter 19: "Tanahair" haha !
-Yuan-
#8
Chapter 1: I love the couple sadly I can't malay
But it looked awesom if you ever decide to make a english fanfiction about them noth would be awesome
sndrprk
#9
Chapter 59: part 2? WAAAAA~~! suka suka
Catalina390 #10
Chapter 59: what sequel? OMG!